Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, July 4, 2008

REJAB DAN NENEK

Kalau salah seorang pembaca blog Awwa tidak mengingatkan saya hari ini sudah masuk Rejab. Saya hampir lupa. Sedangkan bulan Rejab sering saya tunggu.Bulan di mana seringkala saya melatih diri untuk berpuasa, meningkatkan sedikit amalan demi menyiapkan mental dan fizikal saya menghadapi ramadan.
Teringat saya nenek di kampung. Walau dia hanya nenek saudara saya iaitu emak saudara kepada ayah saya. Dia satu-satunya nenek yang kami ada. Usianya mungkin sudah menjangkau 90an memandangkan ayah saya sendiri sudah berusia 70an.
Nenek saya ini tidak pernah berkahwin, tetapi mempunyai beberapa orang anak angkat. Orangnya cukup suka bercerita dan agak kelakar orangnya. Terlalu banyak ilmu didada. Sebab itu tidak ada lelaki yang berani mendekatinya. Bahkan nenek pernah menurunkan setandan buah kelapa dengan hanya melempar sebatang ranting kecil. Cuma kata nenek, sejak dia berusia 40an, sebelum mengerjakan haji. Semua ilmu yang dia ada. Sudah dibuangnya ke laut. Dulu saya tidak mengerti. Namun semakin dewasa, saya sudah mula memahami.
Sejak saya masih kecil lagi saya masih ingat, nenek akan berpuasa selama tiga bulan setiap tahun. Bermula dari Rejab sehinggalah pada bulan ramadhan. Sampailah sekarang ini nenek masih berpuasa lagi. Kalau dulu nenek tahu mengira kelendar, tapi sekarang nenek sering berpesan kepada sesiapa sahaja yang dikenalnya, supaya bila tiba Rejab, dia harus diberitahu. Mungkin mata sudah tidak dapat melihat dan meneliti kelendar lagi dan ingatan sudah semakin pudar.
Tahun lepas ketika saya datang menziarahi nenek pada hari ke dua hari raya di pondok kecilnya. Dia memberitahu saya.
“Hari itu abah kamu semua datang, hantar kuih, hantar beras rumah nenek. Hantar ketupat. Dia ingatkan nenek. Mak Cik esok jangan puasa tau! Esok dah raya. Jangan puasa tau. Isshh..abah kamu, memang baik. Anak ramai tapi sempat hantar makanan pada nenek?”
Memang ayah saya yang saya panggil abah tidak pernah culas datang setiap minggu, setiap bulan menjenguk nenek dan menghantar makanan untuk nenek. Walau nenek duduk berdekatan dengan rumah anak angkatnya, walau terpaksa menyebrang sungai tetapi ayah tetap melakukan rutinnya kerana kata ayah saya. Itulah satu-satunya emak saudara dia yang masih ada. Tanggungjawab dia menjaga nenek!
“Yalah..nenek dah raya ni..”
Saya pandang wajah nenek yang sudah semakin tua, telinganya sudah tidak kedengaran sangat. Bila bercakap terpaksa menjerit-jerit. Sayu hati saya. Wanita yang satu ketika dahulu berhati waja, yang mempunyai banyak ilmu di dada akhirnya terpaksa mengalah dengan masa. Masa yang menyebabkan nenek semakin tua, dan masa-lah yang mengambil semua ingatan nenek, pendengaran dan daya tahan dirinya.
“Nenek..harap-harap kita jumpa lagi..
Saya peluk dan cium nenek. Saya hulurkan sedikit wang padanya. Tapi dia enggan menerima. Kata nenek. Dia sudah tua, tak perlukan duit lagi. Hanya menunggu mati. Hati saya sebak mendengarnya. Kadangkala rasa terkilan, kerana jarang berjumpa dengan nenek. Cuma apabila menjelang Rejab, saya pasti teringatkan nenek dan saya sering berharap yang Syawal nanti saya masih sempat beraya dengannya!

1 comments:

Lily Haslina Nasir said...

kita memang selalu teringat rejab sebab arwah mak lahir bulan rejab, secara kebetulan tarikh kematian dia sama tarikh rejab dia lahir. ikutkan kami tak tahu... tapi nenek yg bukak cerita.. masa mak nazak nenek kata tak sedap hati.. tanya kenapa.. dia kata, "mak kau lahir bulan rejab.. ni bulan rejab.." bila nenek tanya kami waktu tu berapa haribulan rejab dan kami beritahu, nenek mcm tergamam... esok hari lahir mak kau dlm bulan islam... kuasa Tuhan, esok tu mak meninggal lepas beberapa jam adik bernikah.