Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Saturday, July 5, 2008

HARI LAHIR DAN HARI MATI

Lily haslina nasir said
“kita memang selalu teringat rejab sebab arwah mak lahir bulan rejab, secara kebetulan tarikh kematian dia sama tarikh rejab dia lahir. ikutkan kami tak tahu... tapi nenek yg bukak cerita.. masa mak nazak nenek kata tak sedap hati.. tanya kenapa.. dia kata, "mak kau lahir bulan rejab.. ni bulan rejab.." bila nenek tanya kami waktu tu berapa haribulan rejab dan kami beritahu, nenek mcm tergamam... esok hari lahir mak kau dlm bulan islam... kuasa Tuhan, esok tu mak meninggal lepas beberapa jam adik bernikah.”
Friday, July 04, 2008

Membaca komen Lily di atas,. seingat saya apabila masjid kampong saya di Bukit Katil di buka, ketika itu saya berusia sekitar 6-7 tahun, saya selalu mendengar ceramah agama daripada ustaz dan guru-guru di situ. Salah seorang daripada ustaz tersebut memberitahu. Orang-orang Islam, Insya-ALLAH akan mati dan meninggal pada tarikh yang sama. Contohnya Nabi Muhammad S.A.W, nabi yang kita sayangi. Beliau lahir pada 12 Rabiul awwal iaitu pada hari Isnin dan wafatnya juga 12 Rabiul awwal pada hari Isnin juga. Kata ustaz itu lagi, kalau kita tidak mati ditarikh yang sama. Insya-ALLAH akan meninggal di hari yang sama kita dilahirkan. Kalau hari Jumaat lahirnya kita. Kita akan meninggal pada hari Jumaat.
Dan masih jelas diingatan bagaimana saya adik beradik bertanya emak, hari apakah kami dilahirkan. Bila emak memberitahu saya, yang saya lahir di hari Khamis. Maka setiap hari Khamis saya akan lalui dengan debaran di dada.
Anehnya, hari Khamis bukanlah hari bertuah untuk saya. Banyak peristiwa yang menyedihkan berlaku pada hari Khamis. Hari Khamislah hari di mana saya pernah dipukul oleh ayah, dimarahi guru, saya jatuh perigi, dicakar kucing, kereta saya disondol dari tepi oleh lori dan 5 tahun yang lepas, kereta saya pancit di tengah hujan lebat, ketika jalanraya terlalu sarat dengan kereta! Ahh..hari Khamis lagi!
Bahkan saya hampir phobia dengan hari Khamis! Bertahun-tahun walaupun saya memberitahu diri saya, setiap kejadian semuanya telah diatur oleh ALLAH namun terselit juga rasa gusar dan bimbang menjelang hari Khamis. Namun tanggapan saya hari Khamis bukanlah hari molek untuk saya, sirna apabila Qaisara di lahirkan pada pukul 3 petang hari Khamis!.
Bahkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini bila menjelang hari Khamis saya sudah menjadi begitu gembira, kerana selepas Khamis, hari Jumaat. Selepas Jumaat sudah pasti hari Sabtu dan hari Sabtu adalah hari saya berehat bersama keluarga saya.
Cuma kata-kata ustaz kita akan meninggal pada hari kita dilahirkan seperti satu kebenaran, kerana kata emak dia dilahirkan hari Isnin dan hari Isnin mungkin emak akan meninggal. Nyata memang benar, emak menghembuskan nafas terakhirnya pada hari Isnin….
Tetapi yang pasti segala ketentuan hidup dan kematian kita semuanya di tangan ALLAH.

1 comments:

Lily Haslina Nasir said...

salam kak tie,
kita pun pernah terdengar ustaz cakap pasal tarikh lahir dgn tarikh kematian dgn kehendak ALLAH mungkin sama. kita lahir jumaat 1 syawal (masa 19 nov 71).. kita selalu sebut jugak benda ni pada anak-anak... ee, entah entah mak mati masa raya.. entah entah jumaat kot.. anak kita yg mulut sebijik mulut melaka gelak dan kata.. hah, kita tau.. mak bukan mati masa nak balik raya (cittt, tak senonohkan syafiq), dia kata.. kita agaklah, mak dah tua bila tak der gigi tercekik dodol kot masa 1 syawal tu sebab mak suka sangat dodol... kurang asamkan....