Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, July 15, 2008

KG JAWA MELAKA

Deretan kedai di Jalan Kampong Jawa. Masih seperti 30 tahun yang lalu.

Sudah lama saya tidak merayau-rayau di kampong Jawa Melaka. Tempat membeli belah bukan untuk saya, menurut seorang teman. Mungkin merujuk pada saya yang selalu ke luar negara atau membeli belah di Sogo dan KLCC. Tetapi kawan saya itu tidak tahu, saya hanya membeli apabila ada Mega Sale dan ada potongan harga 50% ataupun 70% he..he.he.. Bahkan saya juga tidak membeli hanya sekadar jenama yang ditawarkan. Saya pernah pergi ke butik Coach di luar negara yang menawarkan potongan harga sehingga 80%, tetapi kerana tidak begitu berminat dengan design beg tangan dan juga beg duit yang dipamerkan. Saya langsung tidak membeli padahal harganya memang cukup berpatutan!

Jambatan Kg Jawa. Saya suka duduk di situ masa kecil, memerhatikan tongkang yang lalu lalang, membawa muatan garam ataupun kayu arang.

Setiap kali pulang ke kampung kalau ada ke sempatan memang saya akan ke Jalan Bunga raya, atau ke Kampong Jawa. Kampung Jawa, mempunyai deretan kedai kecil yang menjual barangan dari negara Thailand ataupun China dengan harga yang murah.
Ketika kecil dahulu, sebulan sebelum bulan puasa, arwah emak pasti ke kampong Jawa. Membeli kain untuk dibuat baju raya dan juga baju melayu untuk kami adik beradik dan kemudian menjahitnya sendiri. Kadangkala saya dan adik beradik yang lain, ikut emak dan membantu emak membawa barangan. Dan pasti acara yang paling saya suka, selepas membeli belah itu kami akan menjamu selera di tepi sungai yang airnya yang agak kehitaman dan pekat. Biasanya emak akan memesan satay. Walau emak menetapkan kami hanya boleh makan 3 atau 4 cucuk seorang, tetapi kami tetap gembira. Kalau tidak makan satay, emak akan memesan rojak ataupun cendol (yummy).
Cendol dulu harganya cuma 20 sen..yalah 30 tahun yang lalu sekarang sudah RM1.20

Selepas kami menjamu selera, kalau nasib kami baik, kami akan dapat melihat pementasan opera cina yang diadakan tidak jauh dari situ (ada pasar basah di situ, satu ketika dahulu dan sudah dipindahkan sebanyak dua kali).
Saya sering menonton sambil duduk bertinggung. Kadangkala takut juga melihat pelakon yang menghias wajah mereka dengan pelbagai rupa. Serupa macam hantu cina yang saya tengok dalam telivisyen di rumah jiran. Cuma ketika itu hantu cina tersebut tidak berwarna warni sebab telivisyen jiran saya hanya hitam putih!
Kali ini ketika mengunjungi kampong jawa, saya sempat menikmati cendol yang pernah saya rasai 30 tahun yang lalu. Rasanya masih sama. Tetapi harganya memang terlalu jauh bezanya. Kalau dulu cuma 20 sen tetapi sekarang sudah berharga RM1.20sen. Bahkan rojak yang saya sukai satu ketika dahulu berharga 50 sen sekarang sudah berharga RM2.50sen.
Sambil berjalan dan menjamu selera, sempatlah saya membeli beberapa barangan dengan harga yang berpatutan dan murah.
Setiap kali majlis perkahwinan mahu diadakan, keluarga pengantin akan ke Kampung Jawa, mencari kekabu untuk dibuat bantal dan batang bantal. Kali ini giliran saya membelinya, ingat saya mahu membuat tilam untuk si qaisara. Harap-harap projek saya akan terlaksana.he.he. RM6 sekilo.


Tikar buluh yang direka seperti karpet. saya angkut sampai 4 helai. Kerana suami alergi dengan karpet jadi memandailah..tikar buluh berwajah karpet. Anggaran harga RM45-RM150 mengikut size.

Selipar kanak-kanak RM6. Saya beli tiga pasang. Untuk Qaisara dan anak-anak buah yang lain. Qaisara sukanya bukan main, sampai bawa tidur. Sedangkan saya belikan dia sandal Clarks, adidas dan berjenama yang lain. Tidak pernah pula dibawa tidur!

5 comments:

hertiny said...

Salam Kak Yati..Banyak yang tiny nak cakap tapi pertama sekali tiny nak ucapkan Salam Persaudaraan pada kak yati sekeluarga..terus terang tiny bagitau tiny exited sangat2 sbb dapat buat komen terus ke blog kak yati.. bukan apa tiny nih diantara ribuan peminat setia pada novel yang kak yati tulis...Syabas dan tahniah, hampir semua koleksi novel kak yati ada dlm simpanan tiny...kalau boleh buatlah novel tiap2 bulan...hehe, satu hari nanti bolehlah kak yati buat novel berdasarkan kisah hidup tiny pulak..senang2 jalan2 le blog tiny...teruskan perjuangan kak yati dalam melahirkan novel2 yang membuat kasih sayang sesama insan akan berterusan...
http://hertinylaiman.blogspot.com/

wanupeh said...

salam kak norhayati...

melaka...saya pernah jejak baru sekali. itu pun masa zaman belajar dulu, lebih tertumpu di tempat2 pelancongan iaitu di tgh bandar.
saya amat tertarik pada gambar deretan kedai di Jln Kg. Jawa... gambar yg pastinya ada sentimental value pada kak norhayati...dan pada saya pula, ada tarikan dari segi astetik (ditambah dgn keadaan warna hitam putih pula) dan composisi yang menarik...teringat saya pada tiang2 lama di bangunan2 lama di pekan zaman saya kecik2 dulu. satu ciri unik dari zaman colonial akibat penjajahan zaman dahulu...
tp yang penting nya, bg tread kali ini saya juga amat tertarik dgn cendol di dlm mangkuk berwarna merah jambu...comelnya bekas... =D
teringat zaman kecik2 dulu...seronoknya...makan ais kacang, ais kepal...

Aku Yang Weird said...

Macam tak percaya pulak, cendol dulu 20sen jer.. hehehe. Tikar buluh tu betul2 mcm karpet. Tak boleh jadi ni, kena p cari jugak. Baru2 ni saya pergi Melaka, tak sempat nak ronda2 pun, sbb nak cepat siapkan research.

alamanda said...

my favourite place. huhuhu.

SYADIYAH MOHD SHAHRUL AMIN said...
This comment has been removed by the author.