Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, July 3, 2008

CERITA PASAL HUTANG

Hari itu ayah saya datang dari kampung ke rumah saya, sambil duduk-duduk melepak dan makan satay ayah bercerita mengenai hutang.
“Si polan tu hutang saya, berapa ribu. Dah bertahun tak bayar. Tapi pergi haji boleh pulak. Bla..bla..bla..”
Tidak tahu di mana puncanya ayah yang membahasakan diri ‘saya’ mengeluarkan isu mengenai hutang. Saya tahu, ayah seorang yang cukup pemurah. Kalau orang ketuk pintu pukul 10 malam dan minta RM100 ayah akan beri, kalau ada yang minta RM500 pun ayah bagi. Rasanya jarang ayah mengatakan tidak.
“Bercerita pasal hutang memang menyakitkan hati..”
Balas saya. Dalam ramai-ramai anak, saya salah seorang yang mengikut jejak ayah. Tempat orang membuat hutang dan jarang hutang tersebut dibayar. Sikap lemah hati memang sering memakan diri saya.
“Kamu juga ada orang yang berhutang?”
Saya ketawa mendengar pertanyaan tersebut. Saya tahu ayah pasti tahu ada ramai orang yang berhutang dengan saya tetapi cuma ayah sebenarnya tidak tahu berapa jumlah hutang orang pada saya dan juga suami.
“Kalau nak ikutkan, kami dah papa kedana dah ..”
Balas saya sambil mengeluh. Lantas saya ceritakan pada ayah, siapa yang berhutang dengan saya dan suami. Satu masa dahulu, ketika suami membuat perniagaan tradingnya. Ada beberapa kawan bukan sahaja berhutang tetapi menipu suami saya. Membawa lari wang beratus ribu ringgit dan menghilangkan diri begitu sahaja. Saya masih ingat bagaimana suami menangis dan terduduk apabila si kawan yang kononnya mengajak suami membuat pelaburan. Melarikan duit suami berjumlah lebih ratusan ribu. Saya menyuruh suami membuat laporan polis, tapi tidak ada gunanya. Sahabatnya sudah melarikan diri keluar negara.
“Kamua berniaga ni ada orang hutang kamu?”
Tanya ayah saya. Saya hanya ketawa. Bercerita mengenai hutang hati saya pedih. Ada penerbit buku yang berhutang sampai sekarang sebanyak RM100 ribu dengan saya, melarikan diri. Tanpa khabar berita. Penerbit satu hal, distributor satu hal. Bila saya menerbitkan buku sendiri, distributor ambil kesempatan. Sudah 1 tahun, beratus ribu tidak dibayar.
“Tapi Alhamdulilah, saya tidak pernah berhutang ketika berniaga ini. Macam mana susahnya kami. Kami jauhkan dari berhutang. Biar tak makan sekalipun jangan kami berhutang..” saya memberitahu ayah.
“Bagus-bagus itu sikap yang baik..” ayah saya memuji namun dalam hati mengatakan, Itukan sikap ayah yang saya ikut.
“Itu cerita pasal berniaga. Hutang kawan-kawan pun satu hal..”
Saya cerita pada ayah saya bagaimana seorang kawan yang saya bantu dan berhutang dengan saya beribu-ribu ringgit, memberitahu orang lain yang dia tak ingin membayar hutang saya.
“Si Yatie tu, mana nak kaya. Zakat pun tak keluar. Kita pinjam duit dari dia bukan dia nak halalkan sahaja. Sepatutnya dia beri zakat pada kita yang miskin ini..” saya mengajuk kata-kata kawan saya yang berhutang dengan saya itu.
“Dia miskin ke?”
Tanya ayah saya. Saya menggelengkan kepala.
“Miskin apa. Ada rumah, ada kereta…”
“Macam mana kamu nak beri zakat sebab dia tak masuk dalam asnaf. Lagipun kalau kamu berzakat, masakan kamu cakap dengan orang.” ayah saya mengeluh dan menggelengkan kepala.
Kalau orang lain mengatakan saya tidak mengeluarkan zakat. Ayah lebih tahu. Kerana setiap tahun, ayahlah ditugaskan oleh saya mengagihkan zakat.
“Niat dia tak betul tu. Nanti hidupnya bertambah susah kalau niatnya begitu..”
Tambah ayah saya. Saya hanya mengiakan dalam hati tapi tidak sampai hati mahu memberitahu ayah yang sahabat saya itu, memang semakin susah hidupnya bahkan kawan-kawan ramai yang melarikan diri darinya.
“Ada pulak tu, masa nak berhutang buat muka sedih. Bila dah berhutang dia tuduh kita macam-macam, simpan hantulah. Gilakan suami dialah. Tak fahamlah. Rasanya kadangkala dah serik nak buat baik dengan orang..”
Kalau dikira orang yang berhutang dan menipu saya dan suami. Jumlahnya sudah melebihi setengah juta ringgit. Memang tidak percaya, tapi itulah kenyataannya.
“Tapi orang berhutang dengan kamu, kamu tak miskin. Mereka yang akan miskin. Kalau tidak miskin di dunia, akan miskin di akhirat. Kerana orang yang berhutang ni, kalau tidak bayar di dunia. Diakhirat dia kena bayar. Dia kena cari kamu. Dan setiap pahala yang dia ada, akan ditolak dan diberi pada kamu bagi membayar hutang dia pada kamu. Lain kali tak payah bagi orang pinjam. Saya sekarang kalau orang nak pinjam, saya bagi aja. Sedekah. Tak banyak RM50, RM100. Itu lebih baik daripada kita memberi hutang, rasa sakit hati dan kemudian berdosa kerana marah-marah..”
Betul juga kata ayah saya. Bila mengingatkan hutang-hutang orang kepada saya yang masih tidak berbayar. Hati saya sakit dan kadangkala rasa marah.
“Tapi syukur saya tak jatuh miskin, tetapi orang yang berhutang dan tidak membayarnya ada tu sampai terpaksa jual rumah..”
Saya beritahu ayah mengenai kes terbaru yang saya dengar. . Orang yang berhutang dengan saya dan kemudian memburuk-burukkan saya terpaksa mengadaikan rumahnya mungkin kerana terpaksa membayar hutang, bukan dengan saya tetapi dengan orang lain termasuk juga bank.
“Itulah..saya dah cakap. Kamu tidak akan miskin, orang yang berhutang itu akan jatuh miskin. Perbanyakkan sedekah, perbanyakkan zikir dan amalan kamu. Insya-ALLAH rezeki kamu pasti ada. Tak banyak..ada. Tentang orang yang tak bayar hutang kamu tu, jangan fikir sangat. Itu saham kamu diakhirat. Mereka kena bayar juga.”
Memang saya bersyukur, walau ramai yang berhutang dengan saya, menipu suami saya. Tetapi rezeki kami tidak putus. Walau tidak mewah tetapi kami tidak dibeban dengan hutang. Kecuali hutang kereta dan rumah yang memang tidak dapat dielakkan.

2 comments:

kak lia said...

Betul tu kak yati, pengalaman saya pun lebih kurang sama ngan kak yati, tapi saya sendiri tak ramai org yang berhutang ngan saya, tak tau kenapa, tapi Allah Maha Mengetahui, sebab saya pun cukup2 je... Tapi suami saya, selalu orang pinjam duit dengan dia, kadang-kadang ntah kawan siapa-siapa nak pinjam RM500/= pun dia bagi, lepas tu kawan tu tak dengar khabar pulak, tak mau bayar ansur2 walau RM100 sebulan... tak tau lah. Tapi ye lah hutang ni membebankan kita, si pemiutang atau si hutang.. kita terpaksa fikir cara nak kutip bali hutang kita, pada hal bukan nya kita yang sengaja cari orang nak bagi hutang.... pening-pening kepala suami saya..

Lily Haslina Nasir said...

kak tie,
di dunia ni memang ada insan-insan yg lembut hati, tak berkisah, tak berkira, tak tahu nak marah (secara lisan) pd orang yg dah buat dajal..
cerita kak tie buat kita teringat pada daddy mentua .. ha!ha! pak cik seli kita tu...
abah lan tu setahu kita asyiklah kena tipu bab duit ringgit. pantang aje orang tua tu ada duit sikit.. mesti lesap entah ke mana-mana.. lepas tu mcm biasa, pak cik seli akan kata, biarlah.... yg membebel marah mcm biasa jugak mak cik semah kita tu...
lah ni, yg menurun perangai pak cik seli tu rasanya cik lan tu... memanjang aje kalau ada duit lesap di tangan kengkawan..kita tukang bebel. lan mcm biasa cool tanpa emosi nak marah