Qaisara suka makan coleslaw, tapi masakan hari-hari mahu makan coleslaw ye tak?
Qaisara makin besar, makin tidak suka makan sayur. Susah menyuruh dia makan sayur dan harus bergaduh dengannya dahulu sebelum dia makan...
Macam-macam akal kadangkala saya gunakan untuk dia makan sayur.
Satu tebiat makan Qaisara yang saya benci, Qaisara suka amat makan gula-gula. Satu makanan yang saya kawal pengambilannya.
Nasib baik setiap kali mandi atau makan gula-gula saya akan seret dia ke bilik air untuk mengosok gigi.
Mengosok gigi memang tidak ada pilihan untuk Qaisara. Saya akan kepit dia celah kaki dan gosok gigi dia atau dia gosok sendiri? Ha ha..
Beberapa hari yang lalu Qaisara marah-marah bibik apabila melihat ada sayuran yang banyak dalam nasi gorengnya.
"Kenapa nak marah.." tegur saya pada Qaisara. Sebenarnya malas saya mahu marah-marah dengan anak nan seorang ini.
"Umi tengok, banyak sangat sayur dalam nasi goreng Teta"
Qaisara menunjukkan sayur campur yang berada di dalam nasi gorengnya.
"Cuba Qaisara pejam mata"
Saya suruh Qaisara. Sambil mengambil sudu di tangannya dan menyuapkan dia.
'Kenapa umi?"
"Pejam mata dan rasa manisnya lobak yang Qaisara makan ni. Qaisara bayangkan macam makan gula-gula."
Nasib saya baik ketika itu Qaisara mahu mengikut dan dia memejam matanya.
"Yelah umi manislah.."
"Cuba Qaisara makan lagi.."
Saya suap dia, ada udang, ada jagung dan lobak. Qaisara makan sedikit demi sedikit dan akhirnya suapan yang terakhir.
"Lain kali Qaisara makan lobak, Qaisara bayangkan macam makan gula-gulakan. Kalau Qaisara nak tahu, orang yang makan sayur wajahnya akan jadi cantik dan seksi.."
Ha ha..Qaisara kalau part cantik dan seksi suka aje. Nampaknya beberapa hari ini sukalah dia makan lobak dan sayur-sayuran. Tidak tahulah esok-esoknya nanti, ketika itu kenalah saya mencari akal yang lain.
10 comments:
nadiah pun tak suka sayur! ngee~
hahah...comel...
am tak pernah tak suka sayur kak..memang sangat hairan org tak suka sayur ni:)
saya pun tak makan syaur mas akecik sampai arwah mama dha tak tahu macam man anak pujuk last2 dia biarkan aje.
dulu dia cakap kalau tak makan sayur nanti tak tinggi, tapi nampaknya saya tinggi jugak hehehe
budak-budak memang payah betul nak makan sayur...kena pandai plak kita nak memujuk
Sayur makanan kegemaran ana.Sangat2 suka makan sayur..alahai laparlah plak
dlu kecik2 cam teta jugak, xsuka sayur..bila dah besar neh, dah tau khasiat sayur, hari2 mkn nasi kena ada sayur..
hehehe sooo cute reason & tektik akak tuh.. :)
Lah si nadia tak suka sayur..heasy2
Am akak tak gemar sayur yang dimasak sampai layu, suka ulam2, jering..semua suka..
yatie..akak suka sayur yang tak dimasak, ulam2..sampai asparagus pun makan yang mentah punya..
Ziela, Teta dari kecil suka makan sayur dah besar ni payah sikit..
Suhana..baguslah kalau suka makan sayurkan..sihat..
genuine..itulah kita makan tak ada sayur macam tak lengkapkan..
si Teta banyak akal, kena macam2 cara..nak perdaya dia..
kak,
fikri & anis pun susah benor nak makan sayur.. kdg2 habis akal di buatnya...
aliya pula jenis memilih sayur.. dia cuma mau bendi, baby corn & cauliflower... lain2 memang gud bye la..
Post a Comment