Dengan sekali lafaz Khairul Hidayat sudah menjadi suami kepada Hamisah Hamzah.
Pemberian mas kahwin. Di Perak sekarang mas kahwin paling mahal rasanya di Malaysia. Kalau di Melaka RM80 sahaja. Tapi di Perak RM552. Ada pulak RM2.
Cincin yang diwajibkan dan harus ditulis dalam surat nikah disamping mas kahwin dan juga wang hantaran.
Makan beradab. Adik saya ni dia nak kahwin, kakak-kakak yang kelam kabut. Apa tidaknya. Saat terakhir mahu ke Perak bernikah, baru saya teringat bekas meletakkan wang mas kahwin tak ada. Saya pula yang kena telefon dia bertanya. Dengan selamba dia menjawab.
"Nak kena bekas ke? Orang nak tanya kak Tie..lupa.."
Rasa nak tarik aje telinga dia tau..
Kek hantaran dari pihak kami ke pihak perempuan. Saya pesan dari d'little kitchen, Roza Ngah. Cantikkan?
Salah satu hantaran bidan terjun yang saya buat. Ha ha
Keluarga Pak Seyit yang sempat bergambar ..ha ha
6 comments:
sweet la family pak seyit pakai baju kaler pink ;)
selamat pengantin baru buat adik kak yati...moga bahagia hingga ke syurga.
Selamat Pengantin baru buat adik K.Yati...mahalnya mas kahwin kt negeri Perak..
tahniah.. selamat pengantin baru..
kak yati,
di Perak ni tak tetapkan limit, minima adalah RM80.. tapi tiada paksaan mesti ikut.. la ni RM1000++ pun ade... ikut berapa pengantin lelaki nak bagi... ;)
mas kawen adik kak tie consider okay la tuh standard mas kawen org perak rm1000 skng ni. kakak saya bru kawen lepas raya haji ari tuh rm1001. mas kawen org perak mmg mahal ckt tp t'pulang la pada pasangan :)
tahniah le kpd kak yati mendpt adik ipar baru..
Post a Comment