Qaisara bersama kakak sepupunya Alin..
Semalam Qaisara pergi ke tandas untuk membuang air kecil. Lepas keluar dari bilik air, dia menjerit memanggil bibik.
"Bik..Teta kencing kuning sangat. Teta kena minum air"
Saya pernah beritahu Qaisara yang apabila kita kurang minum, bila buang air kecil, warnanya akan menjadi kuning. Untuk mengelak begitu harus minum banyak air.
"Itulah Qaisara, bibik dah letak air depan Teta, Teta tak mahu minum..."
Balas bibik. Qaisara merenung wajah pembantu rumah saya dan mencebirkan bibir.
"Huh bibik, nak cakap Teta habis bibik yang tak minum air sampai pergi klinik tu?"
Ha ha ha..ambik kau. Bibik tersipu-sipu malu kerana dismash oleh Qaisara. Saya tahu ketika bibik sakit sayalah bercerita dengan Qaisara punca penyakit bibik. Sampai sekarang Qaisara ingat dan mungkin akan ingat buat selama-lamanya.
4 comments:
Salam kak...hahahaha...teta ni tahu dia smash on the spot. bagus juga kan...bijak dia.
nak bercakap dgn budak2 pandai cakap ni mmg kena beringat2..hehe
mmg bijak teta ni..
za..bukan sahaja smash, asyik bergaduh dengan bibik aje..ha ha..
ieda betul sangat..kena hati-hati.
ida..bijak bercakap aje, lebihnya tidak..he he
Post a Comment