Rindu..
Pernah tak kita rasa rindukan seseorang. Bukan rindu beralaskan nafsu, tapi rindu kerana mahu mendengar cerita dari dia. Kerana rindu mahu mendengar secebis nasihat?
Ya..saya rindukan seseorang. Seseorang yang pernah hadir dalam hidup saya. Seseorang yang banyak mengajar saya erti kehidupan.
Walau kenal dia tidak lama, tetapi rasanya banyak yang saya pelajari daripada beliau.
Beliau seorang lelaki cina. Usianya kalau dia masih hidup mungkin sudah melebihi 50 tahun.
Satu ketika dahulu dia ketua saya. Dia seorang lelaki yang amat lemah lembut
Dia bujang dan saya pun bujang. Dia pernah beritahu saya.
"Yatie..awak kahwin dahulu, kemudian baru saya berkahwin."
tapi bila saya sudah berkahwin. Dia pula tidak berkahwin-kahwin. Ha ha..
Saya amat rindu mahu mendengar cerita dia. Cerita bagaimana dia menghias wajah pelakon opera Cina.
Mendengar cerita bagaimana setiap kali dia mengembara, berjalan atau tinggal di hotel sekali pun, dia akan membawa bantalnya sendiri.
Saya rindu juga dengan cerewat beliau dengan kebersihan, sehingga dia marah saya yang makan buah epal tanpa mengopek kulitnya.
Bahkan dia banyak mengajar saya prinsip merendah diri.
"Dunia boleh berubah sekelip mata yati. Sekarang mungkin saya ketua awak tapi esok-esok awak mungkin boleh menjadi seorang ketua. Lebih dari saya.."
Ya..kata-katanya ada benarnya.
"Jangan pandang hina orang sapu sampah, budak pejabat. Satu hari bila dia berusaha dia boleh menjadi orang lebih berjaya dari kita.."
Ya..itu satu kebenaran. Di mana ada usaha di situ ada jalan.
Dia mengajar saya bagaimana menguruskan kehidupan dengan teratur. Kata dia, catit sesuatu kerana catitan yang kecil akan membantu. Buat kerja jangan bertangguh kerana kerja bertangguh lebih banyak rugi dari untung.
Sudah lama benar saya tidak mendapat nasihat ringkas tetapi berguna seperti dia.
Sekarang saya pula banyak memberi nasihat pada orang dan sebab itu saya rindu pada nasihat seperti lelaki itu berikan pada saya.
Saya tidak tahu di mana dia berada. Kami putus hubungan dan dia menukar nombor telefon.
Walau di mana dia berada, saya berharap kehidupannya berjalan lancar dan dia sudah berumah tangga supaya segala nasihatnya dapat diberikan kepada generasinya pula.
aku bukan budak baik
7 months ago
3 comments:
insya allah...mudah mudahan akan dipertemukan kelak kak yati:)
p/s: sy dah follow akak:)
saya rindu nabila...tiap2 hari.
saya juga rindu nak tgk muka & dengar nasihat lecturer saya dulu...handsome,sporting,sabar,gentleman...yet tegas..untung wife dia.
salam k.yati,
nak pinjam kata2 ni boleh ""Jangan pandang hina orang sapu sampah, budak pejabat. Satu hari bila dia berusaha dia boleh menjadi orang lebih berjaya dari kita.." saya nak letak kat FB...supaya menjadi peringatan pd sesetengah org.....
thanks kak.
emy
Post a Comment