Hari Selasa yang lepas ketika saya berada di pejabat sedang membantu Ojan yang sedang membungkus buku untuk di hantar kepada kedai yang memesan, dua orang lelaki yang memakai jubah, berserban dan berjanggut tanpa salam masuk. Dia membawa sebuah file menunjukkan beberapa keping surat pelbagai pihak merayu bantuan untuk anak-anak miskin Islam di India. Saya tahu India ada program di mana, seseorang boleh menaja untuk anak-anak miskin sepanjang tahun. Tidak banyak yang diperlukan. Rasanya cuma seratus dua sahaja setahun. Program tersebut satu ketika dahulu sering dimasuki oleh beberapa orang rakan saya. Saya kemudian mengambil beg saya dan mengulurkan sekeping not.
"Malaysia, children eat one day RM50.."
Salah seorang darinya bercakap tanpa mengucapkan terima kasih.
"But in India, the whole children can eat.."
Dia bercakap dengan bahasa India yang cukup pekat. Saya hanya diam sahaja.
"Please give us another RM100, we need RM150."
Mak aii....saya beristighfar di dalam hati. Orang sudah bersedekah boleh meminta lagi. Bila saya cukuplah, dia masih tidak mahu berganjak. Masih berdegil.
Saya memberitahu dia, banyak kerja yang perlu saya lakukan dan meminta dia keluar. Dalam hati mahu sahaja dia marah, mengeluarkan perkataan yang bukan-bukan tetapi saya tahan. Saya tidak mahu bertingkah suara, nanti niat saya untuk menderma sudah hilang.
Saya tidak tahu sama ada lelaki itu jujur atau tidak, tapi kalau duit yang saya beri itu digunakan untuk makan mereka (macam orang tabligh) saya halalkan sahaja. Namun saya sedih, bagaimana Islam itu boleh dipandang indah kalau orang yang sebegini ujud. Sudah minta orang bersedekah tetapi tidak puas hati dengan sedekah yang diberi.
Saya teringat seorang tua yang sering meminta derma di Melaka untuk sebuah sekolah agama di sana. Kalau saya beri RM5 pun dia akan mengucap terima kasih berkali-kali. Pak cik yang saya kenal itu sering mendoakan saya murah rezeki setiap kali saya memasukkan ke dalam tong dermanya. Saya juga selalu mendoakan dia sihat kerana saya tahu, sekolah itu adalah sekolah yang didirikan seratus peratus atas bantuan orang ramai. dan sekolah itu masih tegak berdiri, walau musim berganti.
4 comments:
ada juga orang macam tu kan? dia ingat kita ni sesuka hati nak kuarkan duit utk dia?
Salam Yatie,
Sungguh pemurah Yati ni...kalau Auntie, orang datang macam tu, memang hati ni rasa was-was sangat. Nak derma pun rasa macam tak ikhlas. Tengok sajalah, bukan sikit Yati sedekahkan, macam tak bersyukur pulak.:-(
Saya pernah kena kak yati. Time tu hujung bulan jadi keadaan tu paham2 la. Datang kerumah minta derma, kami hulur RM5 ja dah itu jer yg mampu time tu. Tapi dia siap sound yg kena bg 10 hinggit sbb dia bg buku dan CD. En.Atan dah hangin dia kata..u ambik balik buku dan cd ni..duit 5 tu saya halalkan dan boleh keluar dr kawasan rumah saya. Si peminta derma tu berdolak-dalik nak bg buku tu tapi En.Atan dah naik angin..dia terus tutup pintu pagar. Saya tak terkata apa. Terkejut. Rasanya org tu dari Pakistan.
saya biasanya tak bagi derma kat org2 yg datang ofis tak kiralah org luar @ tempatan sebab saya tak pasti kebenarannya.lebih suka bg kat badan2 kebajikan @ rumah anak yatim ja.
Post a Comment