Logitech Wave wireless.
Saya memang memerlukan keyboard yang sedap untuk menaip.
Keyboard yang disambung kepada laptop saya.
Saya memang banyak menulis. Menghabiskan masa kadangkala selama 10 jam sehari dengan keyboard jadi saya mahukan sesuatu yang amat selesa.
Saya terjumpa keyboard in ketika mencari-cari keyboard yang sesuai di Mines.
Harganya RM148.
"RM148 just for one keyboard? Dont spend so much on it honey"
Suami mengeleng kepala. Tidak membenarkan saya membelinya.
Sebab itu saya tidak suka bershopping dengan suami.
Semua mahal di mata dia. Ha ha ha
Tetapi saya tahu saya suka..
Ada palm rest dan button antara satu sama lain agak jauh dan tidak rapat.
Saya boleh menaip di dalam gelap dan tahu arah butangnya.
Cari punya cari, akhirnya suami belikan saya keyboard yang berharga RM50.
Balik saya gunakan, memang tidak kena dengan selera saya. Di kepala terbayangkan logitech Wave keyboard.
Seminggu kemudian saya pergi sekali lagi ke Mines. Kali ini dengan Ojan dan Akim.
Budak-budak berdua tu kalau saya cakap mahu beli sesuatu, mereka cepat sokong andak mereka.
"Wah.."
Kata Ojan sambil melihat keyboard ini. Saya sambar sahaja tanpa fikir panjang.
Balik saya gunakan..
Sangat-sangat puas hati dan sangat-sangat selesa.
Patutlah orang berkata..
"Good things not cheap, cheap things not good.." Ha ha ha
8 comments:
sangat2 bersetuju...
betul tu kak Yati...setuju sangat...cuma selalunya, to but an expensive item tu kena fikir banyak kali :)
Betul tu kak..yg penting kita selesa dengan apa yg selalu kita gunakan tu
tak best kan shopping dgn org yg x sokong kita nak beli apa ekekekeke...lenkali nak gi shopping dgn Ojan & Akim jugak ah gini ;)
Salam Yatie,
Memang betul, dan sangat betul untuk orang yang ada duit. Bagi orang yang kurang duit macam Kak Yan ni....boleh gak beli, TAPIIII...kena tunggu lama sikit....himpun duit dulu daaaa, baruuuu dapat! ;-)
"tengok...tengok...haaa...kan dah bazir RM50.kalau terus beli yg berkenan hari tu kan elok"...ayat utk tuan seyit....hehehe.
gurau ja.jgn marah nooo..
setuju kak..instead jenama logitech memang ok kak...
kak,
memang ssesuai la dgn kerja kak.. sbb keyboard ni pengantara utama..
Post a Comment