Cuti sekolah ini tidak lama lagi akan tamat. Saya suka juga kalau cuti sekolah dibuka. Tidaklah Qaisara asyik memekak di telinga saya, dia kebosanan tinggal di rumah. Walau sepanjang minggu ada aktiviti tapi anak dara nan seorang itu, ada sahaja tingkahnya.
"Bosanlah, boringlah. Jom jalan-jalan umi!"
Ayat kegemaran Qaisara itu akan keluar dari mulutnya sentiasa. Semalam suami mengajak dia ke pejabat. Ketika itu kami sedang makan di meja.
"I will teach you how to become the big boss."
Ajar Mr Seyit Kara sambil bercekak pinggang dan berlakon seperti marahkan pekerja. Orang Turki ni kadangkala memang bila berlakon ada terlebih sedikit. Ha ha ha..
"Baba baba..wait, wait baba.."
Qaisara yang sedang makan mengangkat tangannya.
"Why?" Si baba yang terawang-awang tanganya mengerutkan dahinya.
"Baba, I just children baba. I dont want become big boss. I want play, i want eat. I dont want angry like you do baba.."
Kah kah kah. Saya rasa nak gelak guling-guling sahaja. Saya pandang muka suami yang tersengeh-sengeh. Dalam hati saya berkata. Pandai anak umi..ha ha
aku bukan budak baik
7 months ago
8 comments:
speechless dibuatnya dengan jawapan teta ini.
haha comel la teta pnye jawapan.. :D
hahah..aduhai lah Teta..pndai btul.. tak trkata baba yg mndgrnya...haha..
hhehe.. bijak bijak
Pandai Teta balas balik kat babah dia..agaknya Teta punya hobi suka jalan2..menurun dari akak ek :)
hahaha...she knows what she wants..
Teta ni memang tahu apa dia nak... usah le ciba nak pengaruh dia... hehehhe.. bijak sungguh qaisara..
huhuhu sure terkedu tesipu2 baba Teta hik hik hik
ade2 aje jawapan pintar si tecit nih hahaha
Post a Comment