Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, December 16, 2010

SIAPA YANG SAYA LIHAT?

Minggu lepas hari Jumaat sebelum majlis perkahwinan adik saya, saya ke Tesco bersama kakak saya Maznah untuk membeli barangan untuk di buat lauk pengantin. Saya balik ketika waktu maghrib. Ketika memasuki lorong rumah saya, saya terlihat kereta adik ipar saya yang mahu keluar dari lorong rumah. Saya tidak nampak siapa yang memandu tetapi saya nampak seorang kanak-kanak duduk di tempat belakang dalam keadaan sedkikit membongkok memegang tempat belakang pemandu dan tempat duduk di sebelah pemandu.Saya juga nampak ada beberapa bayang kanak-kanak walau tidak begitu jelas.
"Mana Hamdan nak pergi maghrib begini, bawa Danish pula.."
Saya beritahu kakak saya, kakak saya yang duduk di sebelah saya sebenarnya tidak ternampak sesiapa pun di dalam kereta tersebut. Waima pemandu sebab agak terlindung.
"Ya tak ya, ya..." Kakak saya menjawab. Saya biarkan kereta adik ipar saya keluar dahulu barulah saya masuk kerana lorong masuk ke rumah agak kecil.
Tiba di rumah pada mulanya saya tidak perasan adik ipar saya ada di rumah, saya perasan bila kakak saya menegur.
"Hamdan..asal kau ada dekat sini? Tadi bukankah kereta kau?"
Tanya kakak saya.
"Oh...kereta tu adik saya pinjam. Esok dia nak ke Johor." Jelas adik ipar saya..
"Habis dia bawa ke Danish pergi mana?" Tanya saya.
"Bawa Danish? Mana ada Danishnya? Danish ada kat rumah sebelah.."
Rumah sebelah adalah rumah abang saya. Untuk memastikan Danish ada di rumah sebelah, adik ipar saya memanggil anaknya dan tidak lama kemudian Danish muncul dengan tersenyum-senyum.
Sah..Danish memang ada di sini?
Tetapi siapa yang saya nampak dengan jelas, duduk di tengah-tengah tempat duduk sedikit membongkok dan memandang ke hadapan? Hanya ALLAH sahaja yang tahu...



12 comments:

Umie said...

eee...seramnya akak ni...

Marzalina said...

ish..serammmmm kakkk!

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

umie akak tak rasa seram pun tapi skrg doc fikir siapa pulak budak tu..ha ha

Intan, kata adik akak..maghrib baru lepas azan, ada orang tumpang nak pergi jalan2..ha ha

En iLHAM said...

huhuhuhu
adalah yang teringin nak naik kereta tu
takpelah die menumpang kak, asalkan die tak kacau orang. hehe

yatie chomeyl said...

seramnyye kak...

farahi said...

Kak..! siapakah itu yer kak?huhuhu.. knapa saya terbayangkan cerita Ju-on plak nih?hikhik..

Mama Nazhan said...

kak yati... memang seram laa...seram sejuk ..ni opis saya yg memang sejuk ni...hehe

Nor Ramli said...

jeng jeng jeng....misteri nusantara ni kak...:D

radziah AR said...

hanya Dia (allah) saja yang tahu.
kira insan bertuah utk mengalami seperti ini

idasm said...

aduh... mmg terasa seramnya kak...

GREENJADE said...

owhh..siapakah mereka2 itu..?bediri pulak bulu roma..

Unknown said...

misteri tu... ;)