Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, December 10, 2010

SEDIKIT NASIHAT

Ada seorang  teman yang saya anggap seperti adik bila saya tanya, bila mahu berkahwin, dia menjawab.
"Belum masanya. Saya tidak bertemu lagi dengan wanita yang baik untuk dijadikan isteri."
"Aik..punyalah ramai wanita di mukabumi ini masakan tidak ada yang baik?"
Saya bertanya sambil tersenyum. Sengaja menduga hatinya.
"Ada tapi ramai sudah menjadi isteri orang. Susah sebenarnya kak mahu mencari seorang wanita solehah, mendengar kata, akur dengan kata-kata suami dan juga hormat pada orang tua, pandai memasak, pandai jaga anak.."
Oh..banyak sungguh permintaan pemuda ini. Memang semua orang mahukan yang baik-baik belaka. Lelaki mahukan perempuan yang baik dan mendengar kata. Perempuan pula mahukan lelaki yang bertanggungjawab.
"Sebenarnya dalam Islam sendiri, kalau kita mahu memperbetulkan orang lain kita kena betulkan diri kita dahulu.."
"Maksud akak?"
"Kamu kena jadi lelaki yang soleh, mendengar kata ibu bapa, kena hormat orang lain, kamu kena pandai masak.."
"Aik saya kena pandai masak?"
Memang pelik kalau orang mendengar kata-kata sayakan?
"Habis kamu mahukan isteri yang pandai masak, kamu juga kena pandai masak. Kalau kamu tak pandai, macam mana kamu nak tahu isteri kamu pandai memasak ke tidak. Lelaki ini macam guru juga pada isterinya. Seorang guru yang mengajar matematik mesti pandai matematik bukan?"
Tergaru-garu pemuda yang baya-baya adik saya itu..
"Hmm..masakan saya nak kena pandai masak baru boleh cari isteri kak.."
"Samalah juga jangan harap seorang isteri terlalu pandai memasak, terlalu pandai beragama kerana kamu sendiri belum tentu pandai dalam apa yang kamu harap ada pada isteri kamu. Perkahwinan adalah pembelajaran dan ianya boleh ditingkatkan dari masa ke semasa. Kamu bantu isteri kamu, dia bantu kamu dan sebagai ketua keluarga seharusnya kamu lebih pandai dari seorang wanita yang mahu kamu kahwini. Jangan minta yang berlebihan sedangkan diri kamu tidak cukup bagus untuk seorang wanita.."
Kata-kata itu memang pedih tetapi akhirnya dia mengeluh. Sambil menganggukkan kepalanya.
"Tidak ada manusia yang sempurna, wanita yang baik adalah wanita yang mahu belajar, menghargai apa yang dia ada, rendah hatinya dan sentiasa ada bersama kamu di saat susah senang kamu. Dan kamu sendiri harus memperbaiki kekurangan diri kamu dan sedia menerima teguran walau teguran itu dari isteri sendiri.."
Saya tidak tahu apa yang berada di dalam fikiran pemuda itu tapi saya harap dia mengerti, manusia memang tidak pernah sempurna dan ketidaksempurnaan itulah membuatkan hidup ini tampak lebih indah sebenarnya.


13 comments:

Ijah EmoTemo said...

betul jgk. kita pun kena betulkan diri kita sendiri jgk.

nasihat yg berguna :)

NIk Fauziah Nik Hussin said...

hehe..sukeeee nasihat akak tu..mmg btol sgt. kdg2 lelaki ni expectation dia sgt besar kpd wanita, nak wanita pandai masak..dia boleh ke jadi imam? Nak wanita beragama..tp dia bijak ke bab hukum hakam.... kesimpulannya, kena jd apa yg dia nak!! kena sgtlah dgn nasihat akak tu...

Leeza said...

kalaulah semua lelaki menerima nasihat ini dan bersifat sederhana....takkan ada wanita seperti saya......

lindior said...

alangkah indahnya nasihat ini..terima kasih kakak

Rashifa Rosli said...

aka...mintak share sikit yer...nak taq buat tunang

genuine1224 said...

sokong nasihat NB...para lelaki kat luar sana kena ambil perhatian perkara2 mcm ni...

Marzalina said...

kak..ini bukan nasihat yg sedikit tapi nasihat yg amat besar manfaat buat semua...kita perlu menilai diri sendiri dulu sebelum meminta sesuatu yg sempurna untuk diri kita kan kak...terima kasih kak..

Anonymous said...

tapi kak nanti diorg akan pikir cmni pula..Allah jadikan pasangan spy melengkapi atr satu sama lain.kalo diorg tak pandai masak,tentula nak yg pandai masak.ntahla.agaknya sbb tu kot saya pon takde org nak sbb xpndai masak.hihi..

nas azahari said...

kak yati , meh saya nak kenal dgn sidia ni..hahaha..

ieda said...

pasangan suami isteri kan saling melengkapi.mana ada org yg sempurna dlm dunia ni.
saya pernah terbaca satu poster yg tulisannya memberi maksud begini (dah lama baca so tak ingat the exact sentences)..
utk seorg lelaki..
*kamu mencari isteri untuk memasak makanan yg sedap utk kamu
*kamu mencari isteri utk mencuci & menggosok pakaian kamu setiap hari
*kamu mencari isteri untuk menjaga anak2 kamu
...maka kamu sebenarnya tidak layak untuk beristeri.kamu perlu mencari orang gaji.
...isteri adalah untuk disayangi & dijaga oleh suami.

sharif said...

wah!!!demand sungguh adik itu...setuju sangat entry kak yati kali nie..sebelum nak yang lebih baik..kita kena la jadi seperti apa yang akan kita nak@dapat..(pesanan nie khas untuk saya jugak..he he he he..)..

gadiselatan said...

terima kasih dengan entry akak kali nih..saya nk tunjuk kat lelaki2 di luar sana yg hanya nmpk salah istri tnpa nmpk kekurangan diri sendiri...tq kak yati..

Dyra Nasarudin said...

salam..minta share ya kak..