Tahniah Malaysia!
Oh..rasanya dah lama sungguh saya tidak meraikan kejayaan Malaysia di mana-mana perlawanan bolasepak.
Kali terakhir, saya tak ingat bila.
Dulu saya rajin tengok piala Merdeka. Semua pemain saya ingat dan kenal. Soh Chin Aun, Khalid Ali, Zainal Abidin dan ramai lagi.
Sekarang ini, jarang sekali saya menonton bola sepak Malaysia
Selalunya English League dan Turki League di Telivisyen (terpaksa sebab suami menonton thru internet atas katil..ha ha).
Malam tadi berpeluh-peluh saya menonton. Pada mulanya kecewa juga permainan Malaysia yang kehilangan sedikit rentak.
Sekejap saya keluar bilik sekejap saya masuk. Sekejap buka tv sekejap tutup.
Suami tengok di tingkat bawah saya tengok di atas. Suami kalau tengok bola, sangat cool. Jarang menjerit. Melihat tanpa perasaan walau dia menyokong Malaysia.
Sekejap-sekejap saya menjerit. Suami pula menjerit menyuruh saya relax. ha ha..
"Umi..dah gol belum.?"
Anak dara saya seorang ini sekejap naik tingkat atas, sekejap turun tingkat bawah.
"Gol Teta..gol.."
Teta pun menjerit. Golllllllllllllllllll!
Kemudian kami menonton lagi. Sekejap Qaisara tanya saya.
"Gol dah umi, gol tak?" (masa tu rasa nak cekik-cekik aje dia..ha ha).
"Alamak gollah.." muka saya sudah pucat apabila Nasuha menyaringkan gol untuk Indonesia.
"Gol ke umi? Golllllllllllllllll!"
Teta menjerit-jerit dan melompat kesukaan. Mahu ketawa pun ada, nak marah pun ada.
Aduh..Teta, Teta.. Malaysia punya gol pun dia menjerit suka, Indonesia pun gol pun dia menjerit sama.
Ha ha ha ha ha..
Bila tamat perlawanan, saya lihat dari tingkap bunga api dilepaskan. Rupanya baru saya perasan. Ada skrin besar di seberang jalan rumah saya. Qaisara pun baru tahu.
"Umi kenapa kita tak pergi tengok bola kat padang tadi?"
"Heasy..malulah, semua orang lelaki.."
'Umi ni, bola bukan untuk orang lelakilah. Tadi kat TV, ramai lelaki bawa isteri-isteri mereka?"
Ha ha ha..aduh. Macam-macamlah Teta ni!
Apa pun tahniah pada pemain muda Malaysia yang ada baru berusia 19 tahun. Harap-harap permaianan seperti ini dikekalkan.!
aku bukan budak baik
9 months ago
5 comments:
Salam Mommy,
Nak invite Mommy untuk join contest dan menang cute slogan tees for your kids sempena pelancaran blog kami!
Thanks ya.
mykedaibaby.blogspot.com
haha
tahniah untuk malaysia, memang dah lama sangat malaysia tak menang apa2 cup. so menang di akhir tahun ni memang kenangan manis sungguhlah.hehe
Salam.memang satu perlawanan yang sgt menarik. Tahniah MALAYSIA!!
a ah.. alhamdulillah Msia menang, walaupon dapat menonton di separuh masa ke2.. boss tahan meeting smp malam.. huhuhu.. en rizal x kaki bola, sy n suraya syok menjerit2... apa2 pon double happiness, esok public holiday.. yippieee
Salam kak....kelakar sungguh si Teta. ada2 je dia, makin nakal lah pulak. hahahha...
Post a Comment