Sepanjang kami ke Kuala Gula, kakak saya bercerita. Kalau jumpa kawasan perkuburan, ustaz beritahu jangan cakap Assalamuailaikum hai ahli kubur. Sebab mereka tidak boleh menjawab. Kata-kata yang harus diucapkan adalah.
"Alaika salam"
Sejahtera ke atas anda atau moga kedamaian menyertai anda.
Jadi baik Qaisara atau Balkish, bila jumpa kawasan perkuburan sahaja akan menyebut kuat-kuat.
"Alaika Salam.."
Tetapi tiba-tiba di satu rumah di Perak itu, mereka pun menyebut
"Alaika salam."
Lantas kakak saya Maznah menegur.
"Kita bagi salam pada ahli kubur sahaja, bagi salam dekat rumah orang buat apa?"
"Abis tu mak long, dekat tangga dia ada kubur.."
Qaisara memberitahu.
"Yelahkan Teta.."
Balkish menjawab. Ha ha ha..
Sedikit lebih kurang beginilah tangga rumah yang Balkish dan Qaisara sangka batu nisan. Ha ha.
8 comments:
hahahah, pandainye anak akak :)
kak kuala gula kat mana?
A'ah, tangga nya membuatkan
anak NB konfuse..he he he
Hahahaa...ada aje kreatifnya pemikiran anak NB. aduiiii sakit perut gelak tak ingat pagi ni.Teta o teta.
Hahaha...comel betul dua2 nya ^__^....
mcm2 keletah diorang ya, kak yati....
haahhahhahaa..hahahhaha
ampun kak sy gelak dulu..
good teta...:) good balqis..
hahahahahahahhahaa,....
hahaha ade2 aje keletah anak2 dara akak nih..berlaku kekeliruan di situ hahaha
tesengih2 besau saye nih kak uitss :p
tak pasal2 tuan rumah tu jadi ahli kubur...hehehehe
Post a Comment