Sinopsis Aku Tak Bodoh:-
Berkisarkan tentang seorang pelajar bernama Roy, 16 tahun yang menghadapi liku-liku hidup remajanya. Seperti remaja yang lain, Roy cuba memahami kata neneknya yang menegaskan bahawa adat orang melayu menuntut orang muda menghormati orang yang lebih tua dan tidak boleh melawan kata walau apa jua keadaannya. Ibubapa Roy terlalu sibuk dengan urusan kerja sehingga tiada masa untuk Roy dan adiknya di rumah.
Terus terang saya katakan ini film terbaik sepanjang 2010 yang pernah saya tonton. Walau dahulu saya suka Adnan sempit tapi saya lebih sukakan Aku tak bodoh. Ketika menonton ini saya bawa anak-anak buah seramai 8 orang menonton bersama dengan saya. Ojan, Akim dan Irfan yang duduk di belakang kerusi saya diam membisu dan penuh khusyuk menontonnya. (usia 13-16). Anak-anak yang berusia 4-9 tahun berkeliaran dalam panggung kerana mungkin tidak berminat.
Ha ha part ni lucu....
Namun beberapa kali saya menangis menonton filem ini kerana persepsi salah emak ayah yang terlalu sibuk dan tidak mendengar keluhan si anak. Oh..saya seperti merasakan ianya pernah berlaku pada saya. Bila saya tanya Ojan apakah dia suka filem ini (Ojan selalu menonton film inggeris bersama ayahnya).
"Tersangatlah bestnya andak.."
Saya tahu film ini seperti memihak pada anak-anak. Tetapi inilah hakikat, kita sebagai ibu bapa tidak seharusnya lepas tangan dan terlepas pandang apa sahaja keluhan anak-anak. Bahkan ia juga memaparkan persespi salah anak-anak kepada ibu bapa mereka. Saya menangis bila si bapa berhujan dan berpanas ketika menghantar surat rayuan kepada Kementerian supaya anaknya tidak dibuang sekolah. Bukan itu sahaja, saya seperti dapat merasakan bagaimana satu ketika dahulu guru selalu membuat persepsi salah pada saya yang tidak begitu pandai di sekolah menengah kerana kadangkala terpaksa bangun pagi membantu ayah menoreh getah.
Oh yang ini sangat menyayat hati, saya mengaku saya menangis!
Geram sungguh dengan cikgu ni..
Ayuh..tinggalkan semua filem-filem lain, sila tonton Aku tak Bodoh yang sangat menyentuh hati dan tidak akan memperbodohkan kita. Moga-moga kita sebagai ibu bapa, remaja dan guru dapat belajar sesuatu darinya.
P/S Saya tersangatlah suka dengan watak Adibah Noor. Perempuan ini walaupun tidak cantik dan berbadan besar tapi saya selalu mengagumi sikap beliau yang amat pandai membawa watak (rasanya selalu film dia saya akan menonton) dan tidak pernah merasa rendah diri.
9 comments:
Thanks for sharing....tengah cari masa nak ajak luqman menonton citer ini. Adibah noor kesukaan saya jugak.
adibah noor cantik lah...cuma dia berbadan besar...
saya dah tonton.memang ada
pengajarannya. saya yang 'keras'
ini pun boleh tersentuh...
memang best!!!!
lama dah ida xpegi tgk wayang kak.
kalau akak kata best, mesti citer ni best. ida suka bila ada part yg nangis2 tu.. hehe..
(rasanya kena tunggu kat astro ajelah..)
uwwaaa, kakyong dah lama tak masuk panggung.. rasanya kena tunggu filem ni masuk tv @ kot2 la ade DVD ker...
bab mendengar keluhan anak2 tu.. rasanya saya dulu byk bawa diri, sbb mak ayah selalu tak faham @ mungkin tak perasan apa yg saya cuba nak beritahu..
Adibah Noor memang terlalu istimewa..:D
teringin nak tgk citer ni..adibah noor tu idola sy kekeke sbb dia jadi apa yg dia nak jadi...ada sesiapa nak tgk dgn saya?
sangat suka adibah noor...bila bersembang dgn dia boleh terleka.
mmg the best film nih..amat sesuai ditonton seisi family :)
plg suke part sindir sinis oleh si nenek..
Jef: nek..baby asal dr mana?
nenek: tepi jalan
terkedu dgn jwpn nenek..teringat betapa byk baby luar nikah dibuang2 di tepi jalan nowdays
skrip best & fresh
Post a Comment