Anak dara saya nan seorang ini memang suka mengacau kalau saya bersolat. Bila saya bertahiyat, sibuk sahaja dia duduk di pangku. Dulu masa dia kecil-kecil, masih badannya masih ringan. Suami rajin juga mendukung dia ketika bersolat. Macam kita lihat orang-orang Arab layan anak mereka di Mekah. Anak bergayut di leher si ayah dan ayah tetap khusyuk bersolat.
Tapi sebab sekarang badannya dah besar, dah tak larat hendak mengendongnya waktu bersolat. Mahu dengan tidak saya terpaksa belikan dia telekong sendiri dan sejadah untuk dia bersolat di sebelah saya. Telekongnya saya beli di Mydin ni berharga RM35 he.he.he..(siap letak harga)

Tapi seperti biasa, kegemaran Qaisara berposing tak kira tempat dan waktu. Posing dia tetap sama. Dekat kolam renang pun macam tu, dalam telekong pun macam tu..
4 comments:
akak, qaisara sangat comel..untung akak ada anak comel macam dia..erm, siapa nama penuh dia ye? teringin nak tau..
Salam Shayra..
Nama penuh dia Qaisara aje Shayra. Senang menyebutnya..dan akak panggil dgn nama penuh...
muga qaisarah binti seyit kara akan menjadi muslimah solehah seperti yg akak doakan.. aminn...
salam, anak akak memang comel,, a'a, harap dia jadi seperti yang akak doakan,,
Post a Comment