Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, September 11, 2008

LELAKI YANG CUKUP BAIK

“Ayah kau macam mana?”
Saya tanya Ainon ketika berjumpa Ainon hari itu selepas berbelas-belas tahun tidak berjumpa. Pertemuan kami di Pasar Besar Melaka. Ketawa Ainon kerana saya bukan bertanyakan mengenai dirinya tetapi bertanya mengenai ayahnya.
“Sihat..” Balas Ainon.
“Dia menarik lagi?” tanya saya. Serta merta saya teringatkan ayah Ainon yang kurus kering. Namun begitu tetap gagah mengayuh becanya.
“Tidak..aku suruh dia duduk rumah. Lutut pun dia tidak kuat..”
Ayah Ainon mengambil upah menarik beca di sekitar Bandar Melaka. Saya masih ingat Ainon setiap hari ke sekolah dengan menaiki beca yang dihantar oleh si ayah. Kemiskinan sewaktu kecil menyebabkan kami cepat tertarik antara satu sama lain.
Namun dalam miskin Ainon pun, Ainon masih ada emak dan ayah. Tetapi emak saya sudah meninggal.
Walau miskin, setiap hari Ainon berpakaian bersih dan licin ke sekolah. Menurut Ainon emaknya seorang yang cukup pembersih. Pantang bagi emak Ainon kalau melihat anaknya pulang dari sekolah dengan baju kotor. Alamat batang penyapu atau galah akan hinggap di belakang anak-anaknya.
Saya masih ingat betapa Ainon selalu mengatakan ayahnya seorang lelaki yang terbaik dalam hidupnya dan emaknya seorang wanita yang cukup digeruni.
Mula-mula saya tidak faham. Tetapi apabila saya datang ke rumah Ainon di hari raya. Saya masih ingat bagaimana di hadapan saya, emak Ainon menyumpah seranah anak-anak dan paling malang si ayah juga turut terkena tempiasnya.
“Emak aku memang macam tu. Semua orang tak betul di matanya. Jatuhkan air di lantai pun kena maki hamun. Bukan kami sahaja yang kena. Dengan ayah pun dia tebai sama.”
Ainon bercerita dengan saya di bawah pokok Semarak Api di padang sekolah. Berkawan dengan Ainon dan sesekali pergi ke rumah Ainon yang tidak jauh dari Bandar Melaka, saya dapat melihat tingkah emak Ainon yang kasar dan kadangkala membuat saya takut.
“Dalam ramai-ramai kawan aku, kau sahaja yang berani ke rumah aku..” Ainon pernah memberitahu saya begitu.
“Semua takut dengan suara emak aku, perangai mak aku. Kawan-kawan kampung pun tak berani dekat dengan rumah aku..”
Tidak lama kemudian Ainon ke ITM. Saya menyambung pelajaran ke tingkatan enam dan kemudian bekerja di kilang. Hubungan kami menjadi tidak serapat dahulu.
Namun ketika keluar dari ITM Ainon juga bekerja di kilang yang sama dengan saya. Ketika itu baru saya dapat tahu emak Ainon diserang angin Ahmar sehingga lumpuh. Satu hari saya melawatnya emak Ainon di rumah. Kali ini saya tidak gusar lagi kerana emak Ainon pasti tidak boleh memekik atau menyumpah seranah di hadapan saya.
Di rumah Ainon, apa yang saya lihat membuat saya menitiskan air mata. Ayah Ainon yang kami panggil Pak Cik Hamzahlah yang menguruskan emak Ainon ketika dia berada di rumah. Membawa emak Ainon ke bilik air, membersihkan dan menyuap makanan.
Emak Ainon hanya terkebil-kebil dan kadangkala bercakap dengan mulutnya yang sengit dan butir-butir yang tidak kami fahami kecuali Pak Cik Hamzah.
“Mak dah banyak buat salah dengan ayah. Kadangkala emak pukul ayah dengan buluh. Ini balasan emak terima. Tapi ayah masih nak jaga emak dan bersihkan emak..”
Itu kata Ainon ketika itu. Saya dapat tahu emak Ainon diserang angin ahmar ketika Ainon di tahun pertama di ITM lagi. Menurut Ainon, si ayah akan membersihan emaknya setiap pagi dan memberi makan sebelum ayahnya pergi mencari rezeki, menarik beca di Bandar Melaka.
Pada waktu tengah hari, Pak Cik Hamzah akan pulang ke rumah dan menyuap isterinya makan. Menurut Ainon mereka terpaksa bertawakal meninggalkan emaknya di rumah kerana tidak ada sesiapa yang akan menjaga. Dia berada di ITM dan dua abangnya pula tinggal jauh.
“Emak aku dah meninggal. 8 tahun dia lumpuh, ayah aku jaga dia..”
Cerita Ainon tanpa saya bertanya sambil matanya meliar merenung orang ramai yang keluar masuk pasar Melaka. Hari minggu! Pasar macam ada jualan murah lagaknya!
“Habis ayah kau tak kahwin lain?” usik saya.
“Aku ada suruh dia kahwin tapi kau tahulah ayah aku. Kena bantai dengan emak aku pun dia masih sayangkan emak aku. Sampai sekarang pun dia tetap cakap emak aku baik...” balas Ainon sambil ketawa-ketawa.
Sebelum berpisah saya menyampaikan salam kepada Pak Cik Hamzah dan berkali-kali saya mengatakan pada Ainon yang ayahnya bukan sahaja hebat tetapi antara lelaki yang terbaik pernah saya jumpa.

P/S Pada Anim yang mengirim cerita pada saya mengenai kebaikan sahabatnya seorang ayah dan suami. Terima kasih banyak2. Memang di dalam dunia ini ramai lelaki yang baik sebenarnya dan mereka semua ini seperti permata di dalam pasir.

0 comments: