“Kenapa awak tidak berkahwin.”
Saya bertanya Dinelio pada satu hari ketika kami sedang duduk di luar gereja. Memang sudah berapa hari saya menumpang Dinelio di gerejanya. Bahkan Dinelio cukup gembira saya menemaninya di gereja tersebut memandangkan dia memang keseorangan di situ.
Gereja itu tidaklah terlalu besar dan tidak ramai pengunjung setiap hari. Saya selalu melihat ada dua atau tiga orang perempuan tua yang datang ke gereja setiap hari. Dan yang datang setiap hari itu adalah orang yang sama.
“Saya memang belum dibenarkan untuk berkahwin..”
Saya memang tidak faham tetapi menurut Dinelio, seseorang paderi itu tidak dibenarkan berkahwin kecuali kalau dia sudah mencapai tahap tertentu seperti menjadi ketua Paderi (itu yang saya faham walaupun sebenarnya saya tidak begitu faham)
“Kahwin sahajalah, saya rasa ramai orang yang mahukan awak. Awak bukan sahaja alim, baik tetapi awak juga tampan..”
Saya memuji Danelio. Danelio ketawa sambil memberitahu saya, kealimannya belum cukup untuk dia diberi kebenaran berkahwin.
Pantai Pebble di Positano di mana Dinelo sering meneropong ke pantai melihat perempuan cantik.
“Perkahwinan penting bagi manusia. Islam tidak pernah menghalang sesiapa berkahwin asalkan niatnya baik. Setiap perkahwinan ada rezekinya yang tersendiri dan perkahwinan itu akan membawa ketenangan jiwa. Kalau awak berkahwin sudah pasti awak lebih tenang dan awak lebih tekun dalam beribadat. Dan bukankah itu menambahkan kealiman awak lagi..”
Saya memberitahu Dinelio yang ketika itu saya rasa berusia dalam 40an. Saya masih ingat mata Dinelio terkebil-kebil merenung saya. Mungkin mahu mematahkan kata-kata saya. Namun dengan lemah lembut Dinelio mengusap bahu saya.
“Awak tidak akan mengerti. Betapa saya terangkan pada awak, awak tidak akan mengerti..”
Kata Dinelo. Dinelo sebenarnya mempunyai sebuat apartment di Positano yang terkenal dengan pantai pebbles. Setiap hujung minggu Dinelo pasti akan ke sana dan kadangkala saya mengikut Dinelo tidur semalam dua di apartment yang dibeli beliau.
Pada satu hari ketika saya baru datang dari Turki, saya mahu mengunjungi Dinelo. Ketika itu Dinelo berada di Positano dan saya terus ke apartment beliau yang cukup dekat dengan pantai.
“Dinelo..Dinelo..”
Saya mengetuk pintu rumah Dinelo.
“Masuk sahaja pintu tidak berkunci..” Dinelo menjerit dari dalam. Saya menolak pintu rumah Dinelo. Saya merapati lelaki tersebut yang kebetulan berada di balkoni menghadap laut.
“Apa yang awak lihat?”
Tanya saya pada Dinelo. Dia kelihatan asyik dengan teropong di tangan. Dinelo seperti tidak berganjak daripada tempat dia berdiri.
“Dinelo..apa yang awak lihat..”
Tanya saya lagi pada Dinelo. Dinelo ketawa sambil memberi saya teropong yang berada di tangan dan dihalakan ke pantai. Saya meneropong, di pantai saya melihat ramai perempuan cantik tengah menayangkan badannya dengan hanya beberapa cebisan kain menutup tubuh mereka.
“Awak tengok perempuan?” Saya mengusik Dinelo. Dinelo ketawa besar.
“Memang saya tidak dibenarkan berkahwin tetapi saya masih dibenarkan melihat..”
Ahh..manusia memang mempunyai nafsu. Tidak kira siapa mereka walaupun mereka paderi. Desis hati saya. Kasihan Dinelo. Dia sepatutnya sudah berkahwin, menyalurkan nafsunya dengan cara yang betul tetapi sayang dia dikongkong dengan peraturan yang dia sendiri tidak mengerti..
0 comments:
Post a Comment