Malam Jumaat itu, Nina dan Nani baru balik menonton wayang bersama dengan teman lelaki masing-masing. Mereka menonton dipanggung yang sama dan sudah pasti cerita yang ditontonya pun sama. Ketika sampai ke rumah, mereka berdua menjenguk ayah mereka yang sudah hampir setengah tahun sakit kerana diserang angin ahmar.
“Ayah tidur agaknya..”
Nina si kakak berkata kepada adiknya Nini. Mereka kemudian masuk ke dalam bilik dan berbaring dikatil. Sambil berbaring mereka menyambung cerita mengenai keseronokan menonton wayang bersama teman lelaki sebentar tadi.
“Ishh..siapa yang menangis tu..”
Tiba-tiba Nini menegur. Ada suara tangisan yang agak kuat menerpa ketelinga mereka. Pantas kedua-dua mereka melihat jam yang berada di dinding. Sudah pukul 11 malam. Serta merta bulu roma mereka meremang. Suara tangisan tersebut seolah-olah orang itu di dalam kesedihan yang teramat sangat.
“Yalah..siapa ya..” Nina dan Nini berpandangan. Suara tersebut seperti mereka kenal. Tetapi suara siapa?
“Ahh..mungkin anak-anak jiran kitalah..”
Balas Nina, walaupun agak gementar tetapi dia cuba mengubati rasa gementar itu dengan mengatakan yang suara tangisan tersebut adalah suara daripada rumah jiran mereka. Kak Mah yang benar-benar dekat dengan rumah mereka.
“Yalah mungkin juga..”
Nini menyambut untuk menyedapkan hati sendiri. Tetapi suara tangisan tersebut kenapa begitu dekat sekali. Seolah-olah orang itu berada di dalam bilik mereka. Lantas kedua terus masuk tidur. Namun suara tangisan tersebut masih tengiang-ngiang ditelinga.
Tidak sedap hati Nini yang masih terdengar-dengar suara tangisan tersebut bertanya Kak Mah jiran sebelahnya, pada keesokan hari. Ada sesiapa yang menangis malam tadi. Namun Kak Mah memberitahu semalam mereka sekeluarga balik pukul 3 pagi dari kampong Kak Mah di Johor kerana adik ipar Kak Mah meninggal dunia. Kemalangan.
“Habis siapa yang menangis malam tadi di bilik kami?”
Tanya Nini dalam hati dan sampai ke tempat kerja pun, persoalan itu masih menganggu Nini. Lantas Nini datang berjumpa saya dan menceritakan apa didengarnya kepada saya.
“Suara itu macam suara emak saya..”
Nini bersuara dengan tersekat-sekat. Seperti orang yang ketakutan. Mata Nini merenung wajah saya seperti mahu menangis.
“Tapi emak dah meninggal..”
Jatuh juga air mata Nini. Dia kemudian menangis teresak-esak. Saya tahu emak Nini sudah meninggal setahun yang lalu dan selepas itu, ayah Nini pula diserang angin ahmar, sehingga lumpuh sebelah badan. Sebagai seorang penyelia Nini, ada juga saya pergi melawat ayah Nini yang dijaga oleh salah seorang kakaknya yang tidak bekerja.
“Kamu solat tak?” Tanya saya menduga.
“Kadangkala kak. Kadangkala saya penat saya tidur sahaja. Subuh pun selalu terlajak.”
Terus terang Nini membuatkan saya rasa sebak.
“Mungkin emak kamu sedih. Malam Jumaat kamu tidak sedekahkan dia Al-Fatihah, kamu pergi menonton wayang bersama teman lelaki. Kamu bukan sahaja tidak menghormati emak kamu, kamu juga tidak menghormati ALLAH yang menjadikan malam jumaat adalah penghulu segala malam. Balik nanti, bacakan yassin pada emak kamu. Sedekahkan dia Al-Fatihah. Sebagai anak, itu tanggungjawab kamu kepada emak kamu. Walaupun dia sudah meninggal dunia. Dan paling penting jangan tinggal solat walaupun satu waktu”
Nini terdiam seolah-olah terasa malu dengan kata-kata saya. Dan selepas itu saya sudah lupa dengan cerita Nini.
Cuma selepas beberapa minggu berlalu. Hari itu ketika saya sedang sibuk menulis di buku laporan, Nini sudah tercegat di hadapan saya.
“Kak..saya mimpikan mak lah..”
Jelas Nini dengan saya. Saya dapat melihat wajah Nini yang begitu ceria sekali.
“Dia tersenyum pada saya. Akak tahu tak, lepas akak cakap macam tu dengan saya. Saya tak pernah lupa solat. Tiap-tiap hari selepas solat, saya doakan emak. Saya sedekahkan emak Al-Fatihah. Malam jumaat saya dengan Nina bacakan yassin untuk emak..”
Sambung Nini lagi. Alhamdulilah..hati saya berdetik kegembiraan. Senang hati saya mendengar penjelasan Nini.
“Emak kamu cakap apa dalam mimpi kamu??”
Saya tanya Nini sekadar menduga. Walau saya tidak arif makna mimpi tapi saya tahu mimpi kadangkala ada benarnya.
“Tak ada apa kak. Cuma emak senyum. Saya tahu senyum emak itu tanda senang dengan kami. Bagi saya senyum emak dah cukuplah kak. Walau dia tak bercakap. Lega hati saya…”
Saya gembira sekali mendengar cerita Nini. Dan berharap perubahan Nini itu akan kekal buat selamanya.
P/S cerita ini adalah cerita kakak saya yang menjadi seorang penyelia di salah sebuah kilang. Nama watak-watak tersebut adalah nama samaran. Dan moga-moga cerita ini akan dapat dijadikan panduan oleh saya dan para pembaca blog ini. Insya-ALLAH.

0 comments:
Post a Comment