“Sampai hati dia kak, aku dulu tolong dia cari kerja. Dia kerja sama-sama di restoran tu. Aku ajar dia macamana nak kerja. Akhirnya ayah aku dikebasnya..”
Ketika sibuk mengemas rumah menjelang hari lebaran, pembantu rumah ayah saya bercerita dengan saya. Pembantu yang datang dari Jawa Tengah itu masih muda lagi tetapi sudah berkahwin.
“Aku ganyang dia dengan cili kak. Satu bekas cili aku ganyang dia. Aku telanjangkan dia..”
Seram saya mendengar cerita pembantu rumah tersebut. Terkebil-kebil matanya. Pembantu rumah saya yang mendengar cepat sahaja mencelah.
“Orang Jawa Tengah ibu memang suka pukul orang..” Imah yang mendengar ketawa besar begitu juga saya.
“Emak kamu di mana? Di Indonesia?” apabila ketawa sirna saya bertanya.
Menurut Imah, pembantu rumah ayah saya itu. Ayahnya adalah penduduk tetap di Malaysia.
“Mak aku ada di Indonesialah..”
“Ayah kamu tak bawa dia ke Malaysia?”
Aju saya lagi sambil memerhatikan Imah yang leka melipat kain baju. Saya kalau dapat berbual saya akan berbual dengan sesiapa sahaja. Terutamanya kalau ada cerita yang menarik. Tidak kiralah pembantu rumah atau sesiapa sahaja.
“Dulu emak tinggal sekali. Tapi emak nggak betah tinggal di sini. Dia asyik ingat ibunya, ingat kawan-kawannya di sana. Tiga tahun dia di Malaysia dia minta pulang dari ayah aku. Ayah aku tak bagi tapi emak aku menangis-nangis nak pulang.”
Balas Imah. Patutlah..fikir saya. Mana lelaki yang boleh hidup keseorangan, apatah lagi kalau lelaki itu masih lagi sihat dan boleh berfungsi sebagai lelaki.
“Sejak ayah aku kahwin lain aku asyik kena marah dengan dia. Sakit hati aku..”
Imah terus-terusan bercerita. Orang Indonesia memang biasa mengunakan perkataan aku walau dengan sesiapa jua pun.
“Kamu pergi serang isteri dia, sudah pasti dia marah. Mana-mana ayah pun akan marah kalau orang berkurang ajar terutamanya dengan isterinya sendiri..” saya berkata lembut.
“Kau akak, kalau ada tempat aku..macamana. Kau tak ganyang perempuan tu?”
Bulat mata Imah merenung saya. Saya geleng kepala saya.
“Emak kamu yang salah. Dia tinggalkan ayah kamu. Sedangkan tempat isteri sentiasa di sisi suaminya. Menjaga segala keperluan suaminya dan juga melayan nafsu si suami. Suka atau tidak, kamu dan emak kamu terpaksa akur dengan ketetapan agama. Macamana dia sayangkan nenek kamu, tapi dalam Islam dia tetap hak sepenuh ayah kamu. Kalau emak kamu rasa dia berhak pulang dan tinggal di Indonesia, hak ayah kamu berkahwin lain lagi besar..”
Saya melihat mata Imah terkebil-kebil merenung wajah saya. Mungkin tidak percaya yang saya akan berkata begitu.
“Jangan robohkan masjid yang telah ayah kamu bina. Lebaran nanti, pergi ke rumah ayah kamu. Minta maaf dengan dia. Memang pedih melihat emak kamu dikhianati. Tetapi lebih pedih kalau hubungan kamu dengan ayah kamu tidak elok untuk selama-lamanya..”
Nasihat saya. Imah hanya diam sambil matanya seperti bergenang dengan air mata.
“Entahlah akak, aku macam dah malas nak jumpa ayah. Hati aku sakit..”
‘Kamu fikirkan sakit hati kamu. Sakit hati ayah kamu, kamu tak fikir. Sakit hati ditinggalkan isteri dan diserang anak yang tidak mengerti lagi pedih tau..”
Saya tidak tahulah apa yang seterusnya berlaku. Imah akan bercuti selama 3 hari ketika lebaran menjelang. Dan saya benar-benar berharap yang dia akan berjumpa dengan ayahnya dan memohon maaf.

0 comments:
Post a Comment