Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, September 5, 2008

LELAKI TERHEBAT

Saya berjumpa dengan pak cik Zahari ini ketika saya menaiki bas 183 dari Bukit Indah Ampang ke Jalan Ampang, untuk pergi kerja ke pejabat saya di Jalan Munshi Abdullah.. Lelaki itu bekas pegawai Kastam dan ketika itu bekerja di pejabat peguam. Mempunyai dua orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan yang sudah berumah tangga.
“Pak cik tak ada isteri?”
Saya bertanyakan Pak Cik Zahari satu hari, ketika itu saya duduk disebelahnya di dalam bas.
“Tak ada nak. Dia meninggal ketika melahirkan anak pak cik yang bongsu. Anak pak cik sekarang berusia 23 tahun. Sudah 23 tahunlah dia meninggalkan pak cik..”
Cerita Pak Cik Zahari tenang. Saya renung wajah lelaki yang berkulit bersih itu.
“Dia meninggal sakit ya pak cik..”
“Tidak..tidak, dia meninggal kerana melahirkan anak pak cik yang bongsu itulah. Ketika itu pak cik bertugas di Singapura dan dia berada di Kuala Lumpur. Dia menghadapi komplikasi. Doctor menyuruh dia menandatangani surat pembedahan, sama ada mahu menyelamatkan dia atau anak. Dia tandatangan untuk selamatkan anak..”
Kali ini mata Pak Cik Zahari berair. Saya terfikir adakah prosedur doctor yang sebegitu. Ahh..mungkin agaknya.
“Kalau pak cik ada. Pak cik mesti suruh doctor selamatkan isteri pak cik…”
Mata Pak Cik Zahari sudah basah. Menurut Pak Cik Zahari, setiap kali mengingati si isteri setiap kali itulah dia akan menangis walau sudah 23 tahun berlalu.
Saya yang sensitive terus sahaja sebak sambil menahan tangis.
“Kenapa pak cik tak kahwin lagi?” Saya kira soalan ini sudah pasti banyak kali ditanya pada lelaki itu, tetapi dia tetap tenang menjawab.
“Bagaimana pak cik akan melupakan seorang isteri yang tidak pernah mementingkan dirinya sendiri? Bagi pak cik dia isteri yang terlalu baik. Terlalu hebat. Dia sanggup berkorban untuk memberi pakcik anak-anak..”
Ketika itu air mata saya pula yang bergenang. Kalau Pak Cik Zahari menganggap arwah isterinya seorang isteri yang hebat.
Bagi saya, Pak Cik Zaharilah seorang ayah yang hebat. Kadangkala saya berjumpa dia dipasar tani membeli bahan-bahan untuk memasak (kami tinggal sama-sama di Bukit Indah, fasa sahaja berlainan). Menurut Pak Cik Zahari setiap hari dia memasak sendiri untuk anaknya yang sedang belajar di Kolej. Masak pada waktu pagi sebelum dia pergi kerja kerana anaknya akan balik ke rumah untuk makan. Tugas yang biasa dilakukan oleh ibu yang bekerja di Kuala Lumpur. Bahkan setiap kali dia bercakap mengenai anak-anakya, saya dapat rasakan betapa dia bangga dengan anak-anaknya itu.
Bukan sahaja Pak Cik Zahari ayah hebat, dia juga seorang lelaki yang cukup budiman. Beberapa tahun saya kenal dengan Pak Cik Zahari, kami berebut tempat di dalam bas, dia selalu memberi tempat duduknya pada orang buta, perempuan mengandung, anak-anak kecil dan pada sesiapa yang memerlukan.
Dan setiap kali di bulan puasa. Saya pasti teringatkan Pak Cik Zahari. Memang kami tidak pernah sempat berbuka puasa di rumah kerana masalah pengangkutan. Biasanya azan maghrib berkumandang ketika kami berada di dalam bas. Jadi terpaksalah berbuka di dalam bas.
Setiap kali itu kami akan membawa bekal. Saya air kotak dan Pak Cik Zahari, roti. Roti pak cik Zahari selalunya roti bun kecil-kecil. Dalam dua belas biji. Dan setiap kali berbuka puasa, saya akan bagi Pak Cik Zahari air kotak sebungkus dan sudah pasti pak cik Zahari akan memberi saya rotinya.
Cuma roti Pak Cik Zahari bukan sahaja untuk saya dan dia. Selalunya untuk penumpang lain yang tidak membawa bekal. Habis roti tersebut merayau satu bas.
“Roti pak cik dah berjalan ke belakang..” itu selalu saya bisikkan pada Pak Cik Zahari setiap kali kami selesai meneguk air dan mengunyah roti. Lelaki itu ketawa sambil menyebut.
“Alhamdulilah…”
Sampai sekarang walau saya sudah tinggal di Kajang dan saya tidak pernah berjumpa Pak Cik Zahari lagi, saya tetap ingat lelaki itu. Saya tetap menganggap dia salah satu lelaki yang hebat di dalam dunia ini.
Jika Pak Cik Zahari masih hidup, saya berdoa supaya lelaki itu diberi kesihatan yang baik dan berada di bawah perlindungan ALLAH sentiasa.

0 comments: