1. Ketika saya bersekolah rendah, seorang pelajar baru masuk dalam kelas saya , orangnya biasa sahaja tetapi guru darjah kelas A dan B, berdolak dalik mahu mengambil beliau kerana dari buku laporannya, pelajar lelaki itu tidak berapa pandai. Saya ketika itu duduk di hadapan, dapat mendengarnya dengan jelas. Kasihan pelajar ini yang terpaksa berdiri mendengar cikgu bertekak sesama sendiri. Namun apabila dia masuk di dalam kelas saya. Saya sukakan dia, bukan kerana dia tampan tapi dia pandai melukis. Lukisannya cantik sungguh. Sampai sekarang saya masih ingat lagi..betapa ada guru-guru saya dahulu hanya menyenangi murid-murid yang pandai sahaja!
2. Sampai sekarang saya tak faham. Benar-benar tidak faham. Saya dilantik menjadi ketua darjah sebulat suara oleh murid-murid yang lain. Tetapi apabila hujung tahun yang mendapat hadiah untuk ketua kelas murid lain. Kata guru kelas saya Cikgu S, saya, saya sudah banyak dapat hadiah. Tempat pertama, bahasa Malaysia terbaik, matematik terbaik..etc2. Tak perlu banyak-banyak hadiah lagi. Saya masih ingat lagi nama cikgu tersebut dan saya sudah pun memaafkan dia.
3.Saya tak tahu kenapa Cikgu S ini benci sangat dengan saya. Mungkin saya suka bercakap agaknya dalam kelas. Dia menjadi jurulatih bola jaring. Apabila hari pemilihan, walau saya sudah bermain cukup baik saya tidak diterima masuk dalam pasukan bola jaring sekolah. Tetapi ada guru dan murid lain yang mempertikaikan kenapa saya tidak dipilih. Kata mereka saya antara pemain yang baik. Gikgu S menyuruh saya bermain semula. Saya menolaknya dan sampai sekarang saya cukup tidak suka dengan bola jaring.
4.Seorang guru lelaki berbangsa cina, Mr Goh. Ketika saya di dalam darjah 5, dia selalu mengadakan pertandingan menyanyi di dalam kelas. Saya pernah menang tempat pertama dan dia beri saya 30 sen (banyak tau masa tahun 70an) Saya ingat saya nyanyi lagu Rahimah Rahim. Masa tu Rahimah Rahim tengah hangat bercinta dengan suami pertamanya Mohd Nor pemain boleh sepak Singapura. Saya masih ingat lagi lagu kemenangan saya ini.
Ku melihat kau berlari
Padang bola
Tepuk sorak, yang bergema,
memuja-muja.
Kau dikejar, kau mengejar..
5. Seorang guru berbangsa cina, namanya Mrs Kong semasa saya berada di dalam tingkatan satu. Saya akan ingat dia sampai bila-bila. Dia seorang guru yang cukup baik dan kerana dia saya mendapat biasiswa. Dia cukup sedih apabila mengetahui yang saya tidak mempunyai emak lagi! Dan kerana dia saya setiap hari saya bersemangat untuk ke sekolah. Tetapi ketika saya berada di tingkatan 3, dia sudah ditukar ke sekolah lain.

6.Guru tingkatan saya yang cantik jelita tetapi janda. Kalau pakai baju kuning kasutnya kuning, kalau pakai baju cokelat, kasutnya pasti cokelat. Dia meminta ditukarkan ke sekolah lain kerana sering dikejar oleh bekas suaminya seorang pilot yang sudah berkahwin lain, dengar-dengarnya dengan pramugari. Dia pernah cakap dengan kami, dia suka mengajar di sekolah kami tetapi dia terpaksa pergi. Kasihan juga jadi perempuan cantik, fikir saya ketika itu.
Sebenarnya ramai lagi guru yang saya masih ingat, tetapi cukup-cukuplah..kerana ada yang sudah meninggal dunia.
0 comments:
Post a Comment