Hari itu ketika balik dari sekolah, hati saya seperti tidak senang. Selalunya setiap kali saya pulang saya pasti akan mendengar bunyi loceng menerpa ke arah saya dan bunyi loceng itu seperti satu hiburan yang paling berharga buat saya.
“Darling..darling. Darling…”
Saya menjerit-jerit memanggil nama Darling. Sejak emak meninggal saya semakin rapat dengan Darling. Darling satu-satunya yang mengerti perasaan saya, teman suka dan duka saya. Walau Darling tidak boleh bercakap dengan bahasa yang sama dengan saya. Tetapi Darling cukup mengerti dan faham dengan apa yang saya beritahu dia.
“Darling, darling. Mana kau..”
Sambil duduk di tangga rumah, saya termenung memikirkan di mana Darling. Selalunya tidak perlu dipanggil Darling seperti dapat mencium bau saya. Bahkan mendengar saya melangkah sahaja Darling sudah menunjukkan wajahnya.
“Darling sakitkah..”
Saya berfikir dalam hati. Saya tahu hati Darling rawan kerana kematian emak. Sebelum emak meninggal, Darling amat rapat dengan arwah emak. Bahkan ketika emak bangun menoreh pukul 3 pagi pun, Darling akan menemani emak sambil duduk di bahu emak.
“Darling!””
Saya cuba memanggil Darling sekali lagi. Dua minggu yang lepas rawan hati Darling bertambah. Darling keguguran. Dari kemaluan Darling keluar darah tanpa henti menyebabkan kami terpaksa mencuci lantai rumah yang penuh dengan darah Darling..
‘Darling!”
Hati saya tidak puas, dengan baju sekolah saya mencari Darling keliling rumah. Manalah tahu Darling merajuk. Saya fikir..apakah saya telah membuat Darling berkecil hati? Ahh..tidak pernah dan tidak mungkin. Darling saya bela macam adik saya sendiri. Bahkan sejak akhir-akhir ini, Darling selalu tidur di perut atau di celah ketiak saya. Akhirnya selepas beberapa kali berpusing di keliling rumah, saya masih tidak menjumpai Darling.
“Mungkin Darling sudah lari..”

Wajah Darling sedikit lebih kurang macam kucing dalam gambar ini. Cuma Darling memakai loceng dan agak hitam. Walau hampir 30 tahun berlalu, tapi ingatan saya terhadap Darling tetap utuh. Dan sampai sekarang saya tidak mahu ada apa-apa hubungan perasaan dengan mana-mana kucing.
Mata saya basah. Saya cuba mengingati kesalahan yang telah saya lakukan terhadap Darling. Tidak ada! Sah..memang tidak ada. Hubungan saya dengan Darling bahkan dengan kaum kerabat Darling sebelum ini saya jaga dengan cukup baik. Sebelum Darling, saya berkawan rapat dengan Pak Mary yang sudah pun mati dan saya kuburkan. Kubur Pak Mary masih lagi saya ingat kerana ada pokok Puding yang saya tanam di situ. Sebelum Pak Mary saya baik dengan Kantan yang suka makan durian, Cicak yang suka makan biskut dan tidak suka makan nasi. Tina yang amat manja dan suka tidur siang dan malam, walau dia tidak melakukan apa-apa saya tetap sayang dengannya.Namun semuanya kini tidak ada, ada yang mati dan ada yang lari merajuk kerana saya memarahi mereka.
Namun bagi saya Darling paling istimewa. Darling terlalu manja dan saya tahu di hari kematian emak Darling berbunyi tanpa henti seolah-olah menangis sama atas pemergian emak.
Berhari-hari lamanya saya mencari Darling. Namun Darling tidak saya ketemui lagi. Saya tidak tahu di mana Darling berada. Mati dimakan ular agaknya? Itu perkiraan saya. Merajuk tidak mungkin kerana saya tidak pernah berbuat silap dengan Darling. Bahkan hubungan saya teramat baik dengannya. Berhari-hari itu jugalah saya menangis dan meratapi kehilangan Darling seperti saya meratapi kehilangan Pak Mary, Kantan, Tina, Cicak dan lain-lainnya.
Dan sampai sekarang, memang banyak kucing yang datang ke rumah saya dan saya beri mereka makan.. Namun saya tidak mahu lagi rapat dengan mereka. Kerana rasa sakit kehilangan Darling masih saya ingat sampai bila-bila.
1 comments:
Salam Yati, rasa hati saya pun begitu juga. Dahulu saya punya kucing sama seakan Darling bernama Nanu. Kami tiga beradik amat sayang kepadanya..malah anggap bagai adik bungsu kami. Dia yang teristimewa. Bila Nanu mati kir-kira 16 tahun lalu kerana sakit tua setelah bersama kami 15 tahun, tiada lagi yang rapat di hati saya dan adik lelaki saya. Adik lelaki saya ketika itu menangis di hadapan tunangan nya dan saya dah tentu lagi. Saya tetap sayang kan kucing-kucing tapi tiada yang dekat di hati sebab rasa sakit tu tetap ada.
Post a Comment