Akihabara adalah tempat di mana-mana barang elektronik diniagakan ( di sini mereka memanggil kedai-kedai begini softbank). Terdapat deretan kedai menjual pelbagai barangan elektrik, termasuklah kamera, telefon, computer. Saya cuba juga mengintai-gintai kalau-kalau ada PSP untuk dibeli dan diberi pada anak buah saya. Namun sayang PSPnya agak lebih mahal daripada yang dijual di Malaysia dan warnanya tidak begitu menarik. (saya terlihat di Qatar PSP tersebut dijual dengan harga begitu murah dan sampai sekarang menyesali kenapa tidak membelinya..he..he).. Kamera di Jepun saya jangka akan lebih ‘advance’ dari di Malaysia tetapi sayang harganya sahaja yang ‘advance’. Bayangkan kamera sony 8.1 megapixel model yang sama, dijual di Malaysia tidak sampai RM1,500 di jual di Akihabara RM2,000.
Komputer yang di jual di sini tidak boleh dibawa balik ke Malaysia kerana semua programnya menggunakan bahasa Jepun dan harganya tidak kurang daripada RM6,000. Begitu juga dengan telefon tangan yang tidak boleh dibeli oleh orang luar kerana di Jepun telefon tangan tidak menggunakan sim kad seperti di Malaysia. Mereka menggunakan talian yang diprogramkan dan setiap pembelian telefon mesti didaftarkan walau dengan apa cara juapun. (Ini orang kata teknologi yang tinggi akan lebih menyusahkan). Bahkan paling saya terperanjat telefonnya seperti telefon permainan Qaisara yang berwarna warni dan kebanyakkannya berwarna merah jambu (seperti pakai buang sahaja). Tidak seperti di Malaysia yang telefonnya kelihatan lebih canggih.

Telefon tangan yang dijual di Jepun.
Berjalan di sepanjang Akihabara saya teringat kedai-kedai elektrik di Hong Kong. Menjual pelbagai barangan yang boleh dibawa balik dengan harga yang jauh lebih murah dibandingkan dengan Jepun. Bahkan ‘presentation’ di dalam kedai di Hong Kong, tampak lebih menarik dibandingkan di Jepun.
Dan sampailah saya pulang ke Malaysia, saya merasa agak kecewa kerana gambaran mengenai Jepun yang agak keterlaluan sebelum saya pergi dan ketika saya kunjungi negara matahari terbit itu seperti tidak selari.
Bahkan dua buah mesin kira yang saya beli di Akhihabara untuk dijadikan kenangan, tanpa saya sedar salah satunya rosak apabila tiba di rumah.
Mesin kira yang saya beli kerana tertarik dengan warnanya di salah satu sofbank di Jalan Akihabara. Sayang yang berwarna oren itu tidak berfungsi.
Suami dan Qaisara di Jalan Akihabara. Di Jepun, amukan sudah seperti menjadi satu lumrah seperti di Amerika kerana mungkin tekanan hidup yang dihadapi oleh penduduknya.
2 comments:
Assalamualaikum..
kelapangan sedikit masa di pejabat mendorong hati saya untuk tiba2 menaip nama Norhayati Berahim.Mungkin x sesuai dengan konsep,'cerita pasal jepun lagi' tapi sy adalah pengikut setia novel tulisan puan,xkisahlah ia diterbitkan disyarikat mana sekalipun sy tetap akan memilikinya.Sy baru sj menghabiskan novel sakitnya sayang..novel ini bukanlah yang terbaru tapi sy baru sempat memilikinya.. pada saya novel ini sarat dengan informasi yang melengkapi kehidupan dunia dan akhirat.tahniah..
akak,
indah khabar dari rupa ye kak jepun ni... hehe.
Post a Comment