Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Sunday, August 22, 2010

TOMBONG KELAPA


Bulan-bulan puasa ini apa yang saya rindu?
 Kalau makanan saya rindukan tombong kelapa?
Ha ha..mesti ada orang cakap. Tak ada benda lain ke nak rindu.
Tombong kelapa?
Hmmm..tak tahulah dari kecil sampai besar saya sukakan tombong kelapa.
Bulan puasa kalau nak buat dodolkan kena kopek kelapa. Kelapa tua yang banyak santannya.
Bila kelapa tua, sudah pasti ada tombong.
Hmm..saya akan mengumpul tombong ini dibuat berbuka puasa.
Orang lain tak hairan pun tombong ni, kalau saya tak ada tombong ini dilempar, bagi ayam makan.
Bila azan berbunyi sahaja.
Benda inilah yang saya makan dulu.
Saya suka tombong yang kecil macam di atas tu.
Sedap dan lemak.

Tombong yang besar ni pun saya suka
tapi agak bergabus dan berair.
Dulu masa kecik-kecik, arwah emak selalu usik saya.
"Kau makan tombong nanti kat punggung kau keluar tombong."
Alamak cuak juga masa tu.
Iyeke?
Tapi sampai sekarang saya dok tunggu tombong keluar tak juga keluar-keluar.
Ha ha ha...
Kalau balik kampung sekarang
adik saya Nurul yang terror kopek kelapa jumpa tombong ini.
Dia pasti akan tanya saya.
"Kak Tie, ada tombong nak tak?"
Dan pasti saya akan mahu..
Tak tahulah sampai bila saya suka  tombong
tapi pastinya, tombong sama nilainya dengan cincalok bagi saya.
ha ha ha..orang tua klasiklah katakan!

P/s semua gambar dari pak cik google ya!

12 comments:

Lady of Leisure said...

salam kak... hehe tombong kelapa ni saya pun suka jugak, kalau pergi rumah nenek ada kopek kelapa banyak2 saya tunggu jer di tepi tu kot-kot orang kasi. yang kecik manis dan sedap kan.
ada sekali tu tombong besar, nenek terus buang katanya yang besar tak sedap tapi bagi saya besar ke kocik ke janji tombong kelapa. sekarang dah tak jumpa lagi dah. asyik beli santan je terus hehe.

Balqis Nazid said...

salam kak..
kalau la ni saya pregnant ngidam nak tombong kak yati yang saya terjah..tak tahan tergoda tengok tombong ni...
orang susah macam kami mana ada jajan lain melainkan jajan keliling umah. So tombong ni kira jajan paling sedaplah waktu tu...berebut2 kami adaik beradik..
kalau kami dok rebut2 mak akan bagi sama adil..aduhhh sedapnya lagi2 makan masa panas2 yang begabus ada airnya tu paling sedap...entry kak yati buat saya terkenang2 zaman kecik2 saya..susahnya waktu tu sampai tombong yang di nanti2 buat jajan..

ierah_myra said...

kak yatie.. sy rase bukan org tua klasik je suka tombong nie.. sy pun suka.. sy duka yang kecik sbb berlemak dan manis.. kalo yg besar makan jugak.. lame dah x makan tombong.. rase rindu lak kat tombong bila kak yati buat enti nie.. haha.. mana mau cr...

marinahunny said...

eh kak yati. saya dh lama x jmpa tombong ni. sbb mak asyik beli santan yg dh siap je. biasa dulu saya dgn adik tukang kopek kelapa. berebut2 kalu ada tombong yg cute tu. yg besar tu air bnyk bagi ayam atau itik makan je.

oh mana nak cari ye...? hehehe

Leeza said...

saya pun klasik jugak...saya suka tombong kecik. tombong besar saya suka sedut airnya. saya pernah gaduh dengan abang2 pasla tombong ni....last2 saya sontar dia dengan kelapa terus...hahahaha pas tu kena balun emak sebab ganas dengan anak2 lelakinya.

GREENJADE said...

eh kak btol2 menggamit nostalgia silam nih.. mmg sedap nak pulak tombong yg kecik2 comel..lemak2 gitu

saya pon kecit2 dulu pantang opah kopek kelapa, tombong nih ler saya rembat dulu..selalunya kelapa yg kembang besau jek bley dapat..yg kepala lonjong (kecit bahagian atas) jarang pulok nak ada nye..

Hamizah said...

kecik2 dlsuka, sakarang xlagi kot..

ameeza77 said...

kak yati... last saya rasa tombong kelapa nih masa umur 7 tahun kot... tu pon mintakan ane yang kopek kelapa tuh, skang takkan nak mintak lagi kot hehhe

Hajjah Noraini @Nanie said...

NB membawa akak teringat zaman kanak2 akak, Abah pecah kelapa, kalau dpt tombong, itulah upah utk kukur kelapa..
Sweet memories..

Intanaziela said...

hahahah kak, masa kecik dulu, intan dgn adik2 selalu berebut nak kan tombong kelapa ni kak...enak... :)

Audra Sazreena said...

Ohhhhhh.. ni pun memang favorite saya ni!! Tombong kelapa.. saya kalau carik kelapa kat kampung, mesti nak carik yang ada mata, sebab kalau ada mata, maknanya ada la tombong!

Berkurun dah rasanya tak makan tombong ni..

ieda said...

pertama kali dengar perkataan tombong...saya pun suka juga benda ni.kat kedah kita panggil KUMBOI NYOQ....sebut betoi2...hehehe..yg kecik2 tu sgtlah sedap kan..