Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Saturday, August 14, 2010

JOM PERGI PASAR!

Ha ha..tempat kegemaran saya bila balik Melaka. Pasar besar Melaka. Saya suka kalau dapat pergi hari bekerja, kalau pergi hari minggu. Aduh..pening. Parking penuh. Dekat pasar ni bukan sahaja boleh jumpa ikan, ayam atau daging. Tetapi segala macam benda klasik boleh dijumpai.

Ikan di Melaka lebih murah dari di pasar tani kajang. Saya sebenarnya suka ikan yang kecik-kecik sahaja. tetapi kalau ke pasar Melaka selalu yang saya belikan untuk rumah ayah saya, ikan parang, ikan tenggiri. Saya pula lebih suka ikan selangat, ikan kembong.


Ini mesti ada yang tak tahu buah apa ini terutama generasi muda. Inilah buah gelugor yang dibuat asam keping. Masa kecik-kecik dahulu saya suka makan putiknya. Masam-masam cicah dengan garam. Masa menaip perkataan masam seperti ada tindakan refleksi saya menelan liur. ha ha ha..



Ini ubi cekur. Boleh dibuat sambal. Kena bersihkan kulitnya dan tumbuk dengan cili, buat seperti sambal belacan.


Saya ni orang tua yang memang suka makanan klasik. Nampak tak apa yang saya nampak? ha ha..cencalok. Aduh saya suka sungguh! Hari-hari makan cencalok dengan cili api dan ikan goreng pun tak apa tau?


Segala macam penyedap makanan.


Oh..dah nama orang tua, mesti suka makanan klasik macam ni. Hmm..jering ini memang bagus untuk kesihatan. Orang tua dulu-dulu usia 80 tahun masih gagah kerana, inilah makanan mereka.





10 comments:

Marina Monroe said...

Salam NB, Terliur akak nengok, tu semua kegemaran akak juga..
Cincalok?? memang pegisa ...boleh bertambah2 nasi kannnn....he he he

Leeza said...

Salam kak...
mula2 nampak za ingatkan buah labu, unik labu ....rupa-rupanya asam gelugor.Tengok asam kelubi seperti siput sedut.

Sitisifir10 said...

Adei...sedap nye belimbing besi tu ek....nk cari ah nak masak kunin buka karang..

k.Yatie, pasang la nerworked blog...cpt sikit kami2 yg baca blog ni nak terjah blog ni :)

Zana S said...

musim ketam ke masa akak amik gambar ni?

dari belum posa sampai la ni tak dapat2 nak beli ketam. huhuhu... 'telan liur gak nih. iskh.. iskh..'

kakyong said...

kak,
tgk buah asam gelugur tu tingat masa umur remaja.. bila cuti sem, tolong mak potong buah asam tu.. jemur tepi jalan... hahaha... dah tepi jalan jer yg ade ruang...
berhari2 baru nak kering..

la ni dah susah nak cari buah asam gelgor ni.. balik kg pun byk pokok asam dah kena tebang...

kalo ade jumpa.. memang nak buat asam keping sendiri...

Fazlinil Irma said...

kak yati.. bila tengok ketam terus telan liur.. makanan laut kat sini mahal.. hukhuukk.

nasib sy kenal lg semua yg akak tunjuk. hehehh.

GreenJade said...

cencalok..perghh..potong2 bwg besau+cili api+taruk sket lime..pekena lak ngn nasik tgh panas2..ferghh terangkat u..hehehe

best kan pegi pasar borong..mcm2 ado xyah nk ulang-alik 2/3kali..segak2lah buah gelugor tuh.mak saye suka bikin asam keping sndiri..tp sini susah nk jumpa lah

Mrs.Sheikh said...

belimbing pucong tu buat sambal sedapp... iskk terliur2 niii...

Hasney said...

Kak Yatie, saya pun peminat tegar ulam2an ni..tk kiralah apa jenis ulam pun..hi3..baru2 ni masak lemak cili padi belimbing buluh dengan ikan tenggiri.

idasm said...

ida suka makan jering rebus cicah kelapa parut, pergh sedapnyer!

tp susah nak dapat.. nak buat tak pandai...