Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, June 30, 2010

CERMIN KERETA POCAH!

Salah satu kereta saya yang telah dipakai oleh Mr Seyit Kara selama beberapa minggu sudah retak cerminnya. Saya rasa terkena batu. Hmm..gunung manalah Mr Seyit Kara masuk sampai batu terkena cermin ni. Tahu sangatlah Turki seorang ni. Dia main redah sahaja. Bila ada masalah, isteri dialah yang akan selesaikan. Dia akan pakai kereta yang lain. ha haha..


Call services centre macam-macam-macamlah cerita dia orang. Sampaikan berkali-kali telefon untuk set temu janji dan tanya harga pun tak dapat-dapat. Saya telefonlah pemuda cina ini. Dia beritahu, lepas dia tutup kedai dia datang rumah repair. Wah..mudahkan. Maka datanglah dia berempat.

Mula-mula keluarkan cermina. Mereka buat kerja dengan pantas. Paling tua dalam group ini bos mereka berusia 30 tahun. Lainnya di bawah 20 tahun. Mereka sudah bekerja semasa belasan tahun lagi. Memang mengagumkan. Mereka begitu cekap sekali.


Kawasan sekeliling cermin yang ditinggal tadi dibersihkan. Memang teliti mereka buat kerja. Ralit saya memerhatikan kerja mereka yang amat pantas itu.



Kemudian gam yang berwarna hitam di letakkan di sekeliling tempat yang akan dilekatkan cermin.




Kemudian dipasang dengan teliti dan kemas. Tekan sedikit dan kata mereka, jangan cuci selama 2 hari.


Siap! Harga dibawah RM500 dengan jaminan cermin ini selama dua tahun. Saya terfikir, kalau anak-anak muda melayu, yang duduk melepak. Merempit dan tidak bekerja, bekerja seperti pemuda cina ini. Hidup mereka sudah senang. Yalah bayangkan mereka datang dengan dua buah kereta. Satu Estima dan satu lagi Honda Accord dan yang memandu Honda Accord itu hanya berusia 19 tahun!
Sesiapa mahukan perkhidmatan tukar cermin atau tinted kereta. Mereka akan datang ke rumah. 016-3229221. Ha ha iklan percuma.




Tuesday, June 29, 2010

MAKAN KETIAK

Beberapa hari yang lepas suami saya lambat balik ke rumah. Pukul 11 rasanya dia baru muncul. Memang dia ada beritahu saya dia lambat sedikit tetapi dia tidak beritahu ke mana dia pergi. Jadi bila balik saya tanyalah dia dah makan ke belum. Dia jawab sudah. Dia makan di lapangan terbang kerana katanya dia menghantar kawannya yang mahu balik ke Turki.
"What did you eat for dinner?" Tanya saya.
"Hmm..we order Tom yam, nasi goreng and Ketiak.."
'Argah? Ketiak.."
Saya ketawa. Apa jugalah makan yang dimakan oleh suami saya.
"Alah honey, the food slightly spicy and black color.."
Fikir punya fikir akhirnya saya terfikir.
"Oh Kuey teow!"
"Yes..yes, kuey teow honey.."
Ha ha ha..kami ketawa besar. Tetapi kemudian rasa hairan pula. Sejak bila suami saya mula makan kuey teow. Kata dia, itu kali pertama dia makan dan terasa sedap pula. Esok paginya dia suruh saya membuat kuey teow. Tetapi disebabkan hanya ada mee kuning saya gorengkan dia mee.


Pertama kali makan mee goreng selepas 7 tahun berkahwin dan selepas berbelas-belas tahun tinggal di Malaysia. Suami suka dan lain kali katanya boleh buat lagi.





Esoknya pula bila makan malam, saya masakan dia kuey teow. Dia lagi suka. Dia cakapa kuey teow saya ini 4 kali ganda lebih sedap daripada yang terdapat di lapangan terbang. Apa tak sedapnya, sarat dengan udang, kerang, sayuran. Selepas makan seperti biasa suami mesti ucapkan terima kasih. "Honey..thank you for your ketiak!"

Aduh....jenuhlah saya mengajar dia kuey teow, tapi ketiak juga yang disebutnya. ha ha



Monday, June 28, 2010

KARYA OJAN

Ha..ha tahu tak nak letak entry apa. Saya cuma letakkan komik ojan yang saya cilok daripada FB. Komik budak-budak baru belajar melukis!
































Sunday, June 27, 2010

PAIS IKAN




Pais Ikan
Bahan Bahan
6 ekor ikan kembung/tenggiri/cencaru
20 biji lada kering, direndam dengan air panas dan dibuang biji }5 ulas bawang merah }Dicincang 4 ulas bawang putih }
1 cm kunyit
2 batang serai dihiris halus (tak ada pun tak apa)
4 helai daun kunyit, dihiris halus-halus
1 biji kelapa.
Garam
daun pisang kalau tak ada guna foil macam saya. Ha ha..terlupa nak beli daun pisang.

Cara memasak :
1. Campurkan semua bahan.
2. Ambil 1 ekor ikan dan gaul bersama kelapa dan bahan-bahan tadi.
3. Bungkus dengan daun pisang dan sematkan dengan lidi kelapa. Pakai foil cuma tutup dan lipat sahaja
4. Ulang langkah 2 hingga habis.
5. bakar ikan sehingga masak ( 15-20 min)

Sedap di makan dengan nasi dan pucuk umi. Mantap...








Saturday, June 26, 2010

BUAT KEK

Oh..anak dara saya nan seorang ini memang suka duduk di dapur. Tidak tahu kenapa suka sangat dia main dengan tepung segala. Acap kali dia mengajak saya buat kuih. Kadang kala saya layan, kadangkala tidak. Dia pulak kadangkala masa baik senyaplah bila saya tak layan, masa angin tak baik menangis-nangis mahukan tepung. Jadi kadangkala saya letak aje tepung dengan air. Biarlah dia main. Dah puas barulah dia bangun dan mandi.

Sampaikan dia sudah ada mixernya sendiri. Bukan pakai letrik ya, pakai manual.


Sayang asyik dia main tepung dan tepung itu terbuang sahaja. Saya belikan dia tepung kek dan buat kek yang betul. Dia ingat apa yang saya masuk, tepung, telur, susu..ha haha.


Mixer Qaiara ni pusing pakai tangan. Gigih dia memusingnya tau, orang buat tak boleh. Sambil pusing sambil senyum.




"Umi Teta dah penatlah, boleh masukkan dalam bekas tak?" Masuk ajelah Ta. Dah itu yang dia larat putarkan.



Inilah hasilnya. Kek Teta yang senget benget. Yelah..mixer pakai cara manual, mana kek tu nak rata ya tak? Ha ha...siap bila baba dia balik, dia menjerit pada babanya. "Baba suprise! I make cake for you!"
Baba dia betul-betul terperanjatlah. Walau senget benget tapi kata babanya sedap. Bersungguh-sungguh babanya makan. Nak ambil hati anak atau memang sedap, tak tahulah. Ha ha..


Friday, June 25, 2010

MIMPI

Saya berpusu-pusu turun dari bas. Dari jauh saya melihat Kaabah. Tiba-tiba bila beg di turunkan dari basa, saya sedar saya tidak membawa baju. Hanya sebuah plastik di tangan.
Alamak! Bagaimana saya mahu melalui kehidupan 2 minggu di Mekah? Tanpa baju ganti. Bukankah Mekah terkenal dengan panasnya.
Saya telek diri saya, saya masih bertelekung. Telekung yang cantik. Oh..saya memang suka telekong yang cantik-cantik. Menghadap ALLAH memang kena cantik. bagi saya. Mesti sama standard dengan baju yang saya bawa pergi jalan-jalan.
Dalam risau, saya tiba-tiba terasa beg sandang saya amat berat. Saya buka, saya tidak nampak jelas apa yang dalam beg saya. Cuma saya tahu beg itu penuh dengan duit.
Saya terdengar seseorang bersuara.
"Itu, duit tu banyak tu. Jomlah kita tawaf. Lepas tawaf kita beli jubah baru."
Saya sangat gembira saya berlari-lari mendapatkan kaabah.
Saya sedar ketika azan subuh.
Hati saya lapang. Gembira bukan kepalang.
Rindu dengan kaabah 2 kali yang telah saya kunjungi.
Beberapa jam kemudian, saya menerima surat saman. Dari seorang pengedar yang kami tamat perkhidmatannya. Mesti ada sebab saya lakukan begitu? Sana sini orang komplen buku nbkara tak ada. 2 tahun saya menahan rasa. Tak mengapa, demi penulis saya, demi penerbit lain yang mungkin menerima nasib yang sama. Saya akan lawan. Hati saya tidak gundah. Saya bersedia ke mahkamah. Mencari pengalaman baru.
Sesekali saya tertanya-tanya. Apa kaitan mimpi saya?
Orang kata, mimpi sebelum subuh mainan syaitan?
Tapi saya masih ingat beberapa mimpi saya.
Salah satunya.
Saya melihat seorang sahabat saya menangis. Terngiang-ngiang kata-katanya.
"Tie, akak dah tak ada sesiapa di dunia."
Saya melihat seorang lelaki dimandi dan dikapankan. Lelaki itu teramat kurus. Badannya merengkuk seperti lama terbaring. Siapa lelaki itu?
Kakak itu seorang janda, ada seorang anak lelaki sahaja. Saya berharap yang mati itu bukan anak lelaki itu. Ya.saya berharap. Tapi siapa lelaki yang dimandikan itu?
Saya tersedar. Azan subuh berkumandang. Saya bangun bersolat subuh. Berdoa tidak berlaku yang buruk-buruk terhadap kakak itu.
Namun pukul 7 dia menelefon saya, hati saya berdebar kencang. Saya mendengar dia menangis di telefon.
"Tie..akak dah tak ada sesiapa di dunia ini"
Ya ALLAH, jantung saya mahu melantun..
"Kak siapa meninggal?" suara saya menggeletar. Saya berharap sangat yang bukan anak lelakinya.
"Ayah akak Tie.." pengakuan itu amat melegakan saya.
"Akak kenapa ayah akak kurus sangat? Merengkuk pula tu?"
"Dia lumpuh dah lama, dia terbaring lama. Memang dia macam tu? Macam mana yatie tahu?"
Ya..saya tidak pernah melihat ayah sahabat saya yang nun jauh di Selatan.
"Oh..saya melihat dia dalam mimpi saya.."
Itu salah satu mimpi yang pernah jadi kenyataan. Ada beberapa mimpi lagi lagi yang berlaku sebelum azan subuh dan ianya menjadi kenyataan.
Apa makna mimpi saya ke Mekah tanpa membawa baju tetapi saya dalam keadaan bertelekong.
Kata Nik Fauziah, mungkin ada orang mahu memalukan saya. Tetapi tidak dapat kerana saya menutup aurat.
Saya tak tahu apakah andaiannya betul. Namun di hati saya benar-benar berharap begitu.
Saya berdoa, supaya ALLAH jauhkan fitnah dari saya sekeluarga.
Saya buat solat hajat Saya tahu ayah juga dikampung buat solat hajat untuk saya. Itu yang selalu dilakukan.
ALLAH lapangkan hati saya, ALLAH gembirakan hidup saya, permudahkan segalanya.
Hati saya lapang.
Saya tidak sabar ke mahkamah. Saya teruja.
Seperti kata kakak saya Maznah, segala pengalaman baru adalah baik untuk kau sebagai penulis.
Ya..betul kak. Dan saya mahu menikmati hidup ini seperti dalam mimpi saya ..

BAHAGIAN YANG BAIK DAN BURUK

Seorang wanita yang dermawan telah menghadiah seekor kambing kepada Lokman al-Hakim seraya berpesan:
Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan.
Setelah disembelih,dikirimkan kepada ibu tersebut hati dan lidah kambing itu.
Beberapa hari kemudian, ibu itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing dan berpesan agar sesudah disembelih dikirimkan juga kepadanya sebahagian daripadanya.
Pada kali yang kedua ini, bukan lagi bahagian yang terburuk yang dipesankannya, tetapi dimintanya bahagian yang terbaik daripada kambing itu.
Setelah kambing disembelih, Lokman mengirim hati dan lidah juga kepada ibu yang dermawan itu.
"Kenapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk, dan kenapakah yang itu juga dikirimkan ketika saya memesankan bahagian yang terbaik daripadanya?" tanya wanita tersebut kepada Lokman.
Lokman menjawab: Hati dan lidah amatlah baik ketika baiknya dan apabila keduanya buruk maka amatlah pula buruknya.
Mendengar jawapan itu, mengertilah ibu itu akan maksud Lokman, kerana hati dan lidah itu adalah pokok segala kebaikan; begitu juga sebaliknya dari hati dan lidah itu terbit segala kejahatan dan keburukan.

Thursday, June 24, 2010

ANAK BABA

Anak baba ni selalu teringatkan baba dalam apa sahaja ceritanya.


"Umi..why ALLAH gave us hands?"
"Because ALLAH so generous with us. With our hands we can eat.."
Itu jawapan yang selalu saya beri pada Qaisara. ALLAH so generous, ALLAH so kind, ALLAH so good. Bila kami membincangkan mengenai ALLAH. Nampak Qaisara faham sekarang ini. Tidak tahulah saya esok-esok.
"I can hold my shushu bottle umi ya.."Qaisara mencelah. Saya menganggukkan kepala saya. Qaisara ni lidah dia macam lidah Turki sikit, S dia mesti akan jadi SH. Ha ha..
"Yes your are clever, sayang.."
Qaisara kalau sudah dipuji sudah pasti tersenyum lebar. Budak-budakkan.
"Why ALLAh gave us mouth umi ya?"
"Because we can eat, we can drink shushu, we can smile" Tidak habis saya menjawab, Qaisara sudah menjawab sendiri.
"Yes sayang, once again you are so clever sayang.."
Mengekeh Qaisara ketawa. Senang hatilah kena puji dek uminya.
"Umi..why ALLAH gave us hair?"
"To cover our heads from the hot sayang..."
Qaisara diam, dia yang sedang berbaring di celah ketiak saya bangun sambil mencebirkan bibirnya.
"Pity baba umi ya.."
"Kenapa sayang?"
"Babakkan botak, no hair..Kepala baba mesti panaskan umi."
Ha ha ha..anak baba, anak baba...





Wednesday, June 23, 2010

AKAL SI TETA

Anak saya nak seorang ni, kadangkala rajin solat kadangkala malas nak solat. Kata dia kenapa satu hari kita kena solat sampai banyak-banyak umi. Boleh tak kalau satu hari kita solat satu kali atau dua kali sahaja. Jawapan saya tak boleh. Sebab ALLAH dah suruh solat kita kena solatlah tanda terima kasih kita pada ALLAH. Entah dia faham atau tidak, bagi saya tak mengapa. Tapi biarlah dia belajar perlahan-lahankan. Kadangkala dia ikut saya solat, kadangkala dia ikut bibik dan sekarang sebab adik saya Nurul yang cuti semester ada di rumah. Dia banyak bersolat dengan Nurul.



Part mengambil wuduk memang Qaisara suka. Sebab boleh main air. Alhamdulilah dia sudah boleh mengambil wuduk dengan tertib tetapi seringkali berlebihan membasuh muka.

Basuh kepala. Sampai lencun rambuat dia dan baju dia. Ha ha. Selalu setiap kali ambil wuduk kena tukar baju lain tau.


Sebelum solat. "Umi Teta hauslah, Teta nak minum boleh?" Wah..saya dah tahu, Teta dah buat akal. Ha ha. Tapi tetap bagi dia minum (Telekong ini telekong baru beli dari Siti Sifir agak besar sedikit. Tak mengapalah nanti Qaisara besar jugakan). Qaisara dah ada 4 telekong. Bagi saya nak menghadap ALLAH biar Telekong cantik dan bersihkan.

Umi, umi jom kita baca buku. Malas nak solatlah tu! Tau sangat perangai dia.. Kadangkala saya suruh dia solat ikut saya. Tetapi kalau dia solat ikut saya, rakaat kedua dia sudah duduk depan saya sambil panggil "Umi, Umi..Teta dah penatlah" Menyebabkan kadangkala bubar solat saya apabila tengok dia tersengeh-sengeh. Grrr..geram sungguh!



Tengok, dah aturkan sejadah dia, kiblat ke mana dia ke mana. Ikut mood dialah, kalau dia nak ikut dia ikut. Jenuh juga ya mengajar  anak bersolat. Agaknya saya dulu macam tu kot? He he



Baru satu rakaat dia dah buka telekong dia. Ayat klasik Qaisara pasti keluar.
"Umi Teta panaslah, berpeluh-peluh"
"Qaisara kena habiskan solat.."
"Teta penatlah umi..." Itulah alasan Qaisara, penatlah, berpeluhlah. Nak di marah baru berusia 4 tahun. Agaknya bila besar nanti dia baca balik entry saya. Apa perasaan dia ya? Keh..keh..


Dah buka telekong dah. Bukan didengarnya cakap kita. Dah bersedia melarikan diri.
Sempat lagi meninggalkan pesanan buat saya "Umi kemas telekong Teta ya!"
Aduh Qaisara, Qaisara.
Tetapi sebagai emak sudah pasti kita tidak berputus asa supaya satu hari anak kita dapat bersolat dengan sempurnakan?







Tuesday, June 22, 2010

KELUAR MAKAN.

Hari Khamis lalu giliran saya membawa Ojan dan Hakim pula pergi berjalan-jalan dan menonton wayang sempena cuti sekolah. Yelah..sebelum itu saya membawa anak-anak buah di kampung ke wonderland. Kebetulan Ojan dan Hakim ke Langkawi bercuti dengan umi dan ayahnya. Jadi mereka tidak dapat turut sertalah. Kami ke Jusco Cheras Selatan sahaja. Makan sebelum menonton wayang. Mula-mula merancang untuk makan di Johnnys tetapi pekerja di situ menyuruh kami tunggu diluar kerana mahu membersihkan meja. Sedangkan ada beberapa meja yang masih lagi kosong dan sebahagian section itu ditutup. Mungkin tidak mahu mengotorkan banyak meja agaknya. Jadi kerana malas menunggu kami ke Rendang Opah. Nyata pilihan kami tidak silap.
Ha ha..Tengok si Teta macam nak pergi dinner lak ya. Dengan beg tangan warna pink lagi.

Nasi beryani untuk dua orang. Banyak sungguh lauk pauk dia. Ada daging kurma, ada ayam masak merah.

Ini lauk nasi beriani juga. Ada bergedel sekali.

Di pesan oleh dua beradik ini. Ojan dan Hakim. Mereka memang suka makan nasi beriani. Abang menyerahkan ayam kepada adiknya sebab Hakim tak makan daging lembu.




Ini lontong yang saya order. Mangkuknya amat besar sekali. RM9. Saya makan tak habis, Ojan dan Nurul tolong habiskan pun tak boleh habis.

Ini laksa Singapura yang dipesan oleh bibik.



Asam laksa yang disertakan dengan dua otak-otak dipesan oleh Nurul.



Tersengeh-sengeh Nurul sebelum dapat makan! Ha ha.



Air bandung cincau! Agak manis sedikit.



Rojak buah, untuk pembasuh mulut. Tapi tak habis pun sebab masing-masing dah kenyang. Berpuas hatilah dengan makanan di sini.