Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, October 31, 2011

PROGRAM MENDERMA DARAH

Semalam telah berlangsung dengan jayanya program menderma darah di Pusat Darah Negara. Banyak yang saya belajar mengenainya terutama khalayak yang menderma. Pendaftaran pada mulanya dianggar 250 tetapi apabila tiba harinya kami menerima kurang dari 100 orang. Bila mendengar begitu ramai yang mahu menderma jadi disaat akhir saya tidak mengiatkan kempen tersebut. Ini kesilapan saya tetapi insya-ALLAH akan saya perbetulkan nanti jika program ini kami lakukan sekali lagi. Namun saya gembira dan bersyukur sangat ramai juga yang datang menderma dan melepasi target kami iaitu 30 orang.


Orang kedua dan ketiga menderma. Nurul adik saya sudah selalu menderma sampai nak bagi dia sijil dia kata tak payah. Banyak dah ada..berlagak le tu..ha ha ha ha. Si kham kali pertama sampai pegang-pegang tangan si Nurul. Dibelakangnya Lily yang banyak membantu grup ukwah

Suami tercinta juga menderma. Kata dia last dia menderma 20 tahun dahulu. Moga-moga sebelum usia suami 60 tahun, dia akan dapat menderma lagi dan lagi.

Ieda yang datang bersama kakaknya yang bersemangat mahu menderma. Tetapi kakaknya ada halangan, dia sahajalah yang boleh menderma. Kata Ieda menderma darah no hal, tapi organ dia belum berani lagilah. Ha ha ha Insya-ALLAH Ieda.

Atifah yang datang seorang diri. Semangatnya harus kita pinjam. Walau datang seorang diri, dia berani. Syabas!

Roslaini yang datang bersama suami, anak dan anak buahnya. Pertama kali dia menderma dan katanya kerana memberikan sokongan pada Projek Grup Ukwah. Tahniah Roslaini !


Naziq suami Balqis dan Pak Seyit, adik beradik yang menjaga di bahagian pendaftaran. He he

Balqis yang ada halangan mahu menderma telah membeli sticker 'Tahniah, anda telah berjaya menderma darah' di pasaran gelap. Ha ha ha Tak apa Balkis ada projek lain kita menderma sama-sama. Sebab saya pun tidak boleh menderma semalam. Sedih tapi gembira dengan kawan-kawan yang datang menderma.

Syarifah Sofea yang datang bersama anaknya untuk menderma darah. Terima kasih kerana datang!

Bersama penulis/wartawan Salina Ibrahim yang datang menderma juga. Thanks Sal!
Azrrina Basri juga datang menderma. Kata dia, artis pun saya tak ambil gambar akak. Saya tetap nak ambil gambar dengan akak..ha ha

Masliza dan kawan-kawannya yang banyak membantu kami. Sedikit cenderahati untuk Mas


Begitu juga dengan Che Anis..terima kasih banyak-banyak ya..

Jelitawan yang menjayakan program ini..ha ha ha


Friday, October 28, 2011

TAHNIAH QAISARA

Mengharap Qaisara menjadi anak yang soleh dan dapat mengembirakan hati orang lain.

Tadi saya berjumpa dengan cikgu Qaisara  untuk mengambil keputusan peperiksaannya..
Saya : Qaisara okay ke cikgu di sekolah
Cikgu : Sangat okay
Saya : Bagaimana dia dengan kawan-kawan dia?
Cikgu : Oh dia sangat bagus, kadang kala dia makan atau ada barang mainan , dia akan pelawa kawan-kawannya.
Saya : Ada cikgu nak komplen mengenai anak saya?
Cikgu : Tak ada puan, bla bla bla (dalam hati saya mahu mendengar cikgu ini melihat sisi lain mengenai Qaisara yang sangat manja bukannya pujian)
Saya : Cikgu dia nikan malas menuliskan?
Cikgu : Oh iye..dia lambat bila menulis tetapi dia lemah lembut orangnya.
Saya : Saya risau dia terlalu manja...
Cikgu : Alah budak-budak puan. Biasalah dia manja. Puan tahu tak, Qaisara dapat nombor berapa
Saya : Oh..ada nombor ke cikgu? (dalam hati saya berkata ya ALLAH budak 5 tahun ada nombor?)
Cikgu : Yeap..Qaisara dapat no.1 (saya terperanjat, anak saya yang malas menulis ni dapat nombor 1. Biar betul?)
Saya : Dia tak konsistenkan cikgu?
Cikgu : Tidak..dia sangat konsisten. Result dia hampir sama dengan exam lepas bahkan kali ini agak susah soalannya (saya belek-belek kereta soalan Teta, mak aik..sangat tebal). Tapi exam lepas kami tak bagi nombor. Kalau tidak sama sahaja resultnya.
Saya berfikir. Apa lagi saya nak tanya? Saya sangat takut dengan pujian yang akan melalaikan Qaisara. Dalam saya termenung gurunya bersuara.
Cikgu : Puan tahu tak kelas yang Qaisara masuk ini adalah kelas advance untuk budak 5 tahun
Saya : Oh iye ke..(aduh..saya tak tahu pun). Iqra dia macam mana?
Cikgu : Okay..dia dah lancar banyak surah. Bla bla bla.

Balik saya bisik pada bibik yang Qaisara dapat nombor satu. Bibik marah saya kenapa tak beritahu Qaisara. Kejayaan itu perlu diraikan. Tetapi hati saya berat. Saya takut keputusan itu melalaikan Qaisara. Saya amat takut dia seperti saya yang satu ketika dahulu amat pandai di sekolah rendah tetapi agak kecewa di sekolah menengah (banyak masalah selepas ibu saya meninggal sebenarnya). Qaisara tanya apa yang saya bisik dengan bibik. Lambat-lambat saya jawab.
"Teta dapat nombor satu.."
"Wahhh..iye ke umi? Umi nak bagi Teta hadiah apa?"
Ha ha ha..aduh, si Teta ni. Saya bawak dia ke kedai alat tulis dan nasib baik dia hanya memilih membeli  pewarna air sahaja.


Wednesday, October 26, 2011

CERITA QAISARA


Qaisara memang rajin bercerita, macam uminya juga kalau kena gayanya. Kalau tak kena, diam membisu seribu bahasalah. Hari ini Qaisara bercerita semasa kami mahu ke Mines.
"Umi, Ikmalkan.."
Ikmal (nama samaran) adalah anak jiran saya dan satu sekolah dengan Qaisara.
"Kenapa dengan Ikmal?"
"Alah, hari itu Teta dengan bibik lalu depan rumah dia. Umi tahu dia tengah buat apa?"
"Main?" pantas sahaja saya menjawab.
"Iya, umi. Memang dia tengah main. Tapi dia panjat pagar. Teta cakap dengan dia. Awak jangan panjat pagar. Nanti awak jatuh. Umi tahu dia cakap alah..kita tak jatuh"
Terjuih-juih Teta mengajuk kata-kata kawannya itu.
"Lepas tukan umi, Teta cakap lagi dengan dia. Awak karang mak awak marah awak. Baru awak tahu.."
"Habis apa dia jawab?"
"Dia ejek Teta umi. Dia cakap..alah emak kita tak marah pun. Emak kita tak kisah.."
Sekali lagi bibir Qaisara terjuih-juih.
"Lepas tu apa jadi. Ta?"
"Umi tahu. Tiba-tiba emak dia keluar umi. Emak dia terus jerit. Ikmal! Turun-turun. Emak sebat kamu nanti. Turun."
Qaisara mengajukkan emak si Ikmal yang sedang marah. Saya dan Qaisara ketawa besar. Ha ha ha ha.
"Nak tipu Teta! Semua emak marah kalau anak dia panjat pagarkan umi!"
'Yelah Ta.."
Ha ha ha lagi sekali saya ketawa. Qaisara, Qaisara ada-ada sahaja cerita dia.

Sunday, October 23, 2011

BILA QAISARA MENGIGAU

Bila anak demam, kita ibu bapa pasti risau. Begitu juga saya, sudahlah anak itu seorang. Dialah penawar dialah racun. Malam tadi Qaisara demam. Awal lagi dia sudah tidur dan kelihatan tidak bermaya. Jam 8 malam dia sudah terbaring di katil. Sekejap sekejap saya raba badan dia. Panas membahang. Sekejap sekejap saya duduk di sebelahnya, membacakan ayat Al Quran. Sebab Qaisara punya perangai kalau dia demam saya harus kena duduk di sebelahnya dan bacakan dia ayat Al Quran.  Bila badannya terus membahang saya ambil tuala basah mengelapkan badannya. Walau perut saya rasa lapar tapi saya takut untuk turun ke bawah meninggalkan Qaisara. Tahulah perangai Qaisara kalau dia demam, kadangkala baba dia pun dia tidak mahu.
Pukul 10 dia muntah. Saya rasa sedikit lega. Dia kemudian melelapkan matanya semula. Dua tiga kali dia mengigau. Kadangkala dia tanya saya, kawan dia kenapa tak masuk lagi? Dada saya rasa nak pecah bila dia tanya soalan tersebut. Macam ada sesuatu aje. Pukul 12 tengah malam, tiba-tiba sahaja Qaisara menyanyi.
Tuhanku aku tidak layak
untuk syurgaMu
tetapi aku tidak pula
sanggup menanggung
seksa nerakaMu,
laa hilaastu lil Firdausi ahla,
walaa aqwaa ‘alaa Naaril Jahiimi. Allah,
fahablii taubatan waghfir dzunuubii,
fainnaka Ghafirun dzambil ‘adziimi

Aduh! Apa pula si Qaisara ni. Dada saya sudah pasti berantakan. Saya tengok dia. Dia tidur tenang sahaja lepas puas berzikir. Dalam hati doa macam-macam, rasa mahu menangis, rasa mahu meraung. Di kepala memikirkan yang bukan-bukan.
Sampai saya berdoa "Ya ALLAH ya tuhanku, janganlah kau ambil anak aku. Ini sahaja yang aku ada." Saya tahan rasa sedih yang berladung di hati walau susah untuk diempang rasa sedih saya. Pukul 1 pagi saya kejutkan Qaisara untuk minum susu. Pukul 1.30 saya berikan di ubat. Barulah dia tidur dengan nyenyak.
Pukul 4 seperti biasa saya bangun. Saya rasa seluruh badan Qaisara dengan telapak tangan saya dan Alhamdulilah sudah semakin mengurang demamnya. Saya kemudian mengelap sekali lagi badannya Pukul 6.30 dia bangun dia terus bertanya saya.
"Umi pagi ini jadi tak kita pergi piknik."
ALLAH, ALLAH anak saya seorang ni. Saling tak tumpah macam umi dia. Kalau demam ubatnya hanya berjalan. he he he

Saya selalu berdoa supaya tuhan tidak menduga saya terlalu berat dan kalau tuhan mahu mengambil nyawa saya pun biarlah Qaisara sudah dewasa dan mempunyai keluarga sendiri.


Friday, October 21, 2011

10 PESANAN

Mari kita renungkan 10 pesanan imam Hassan Al banna pagi Jumaat  yang penuh berkat ini:


1.Apabila mendengar azan maka bangunlah serta merta mengerjakan solat walau apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah

3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam

4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun keranapertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram

6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadarnya. Kerana ianya akan menyakitkan hati orang lain.

8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan

9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.




Wednesday, October 19, 2011

SAMA MACAM BABA KITAKAN

Minggu lepas saya bawa anak-anak buah saya tengok wayangkan?
Saya dengar si Teta bercakap dengan sepupu-sepupunya di lobi panggung.
"Awak-awak dia ni rupa baba kitakan?"
Saya dengar si Teta bercerita dengan sepupu-sepupu dia.
"Haahlah.."
Itu jawapan daripada Balkish.
"Betulkan macam rupa baba kita, tapi baba kita botak."
Aduh si Teta ni. Nak tahu  siapa rupa baba dia..

-

-

-


-


-


-


-


Ha ha ha itu yang dia ajak tengok Johnny English sampai dua kali tu.

Balik bila saya beritahu Pak Seyit, gelak besarlah baba dia.


Tuesday, October 18, 2011

MAFIA..

Hari minggu hari itu saya, Bibik, Qaisara, Danish, Balkih dan Khamisah pergi menonton wayang di Melaka. Disebabkan tidak ada cerita lain yang menarik kami menonton sekali lagi cerita Johnny English. Suami tidak mahu mengikut kerana katanya dia penat. Yelah hari Sabtu, suami membawa kami ke kenduri ke beberapa buah rumah di Melaka. Bermula dari Melaka, batu Pahat, Ayer Hitam, Parit Raja, Kluang kemudian ke Gelang Patah. Kata dia mahu berehat sahaja di rumah. Sebelum pergi saya memasakkan suami sejenis masakan Turki iaitu ikan yang dimasak dengan tomato dan akan dimakan dengan roti.
Tengah saya menonton telivisyen. Suami menghantar SMS
"Mana roti saya. Puas cari tak jumpa pun?"
Alamak! Sebentar tadi saya ke pasar dan saya beli roti untuk suami. Roti itu tidak saya keluarkan dari dalam kereta yang saya bawa pergi menonton. Aduh! Masakan suami mahu menunggu sampai 2 jam baru makan. Kasihan pula dia. Fikir punya fikir, saya menekan butang telefon menghantar SMS pada kakak saya. Meminta tolong dia menghantar roti untuk suami, memandangkan suami tidak ada kereta untuk keluar pergi membeli roti.
Habis sahaja menonton, saya pulang ke rumah dan segera bertanyakan suami dia dah makan ke belum?
"Sudah, kakak you hantarkan roti pada I. You nikan betul-betul macam mafia.."
"Aik kenapa pula?" Berkerut dahi saya melihat suami yang ketawa.
"Yelah, mafia macam tulah. Dia boleh bagi arahan dari dalam panggung untuk bunuh orang ke, untuk hantar makanan ke.. you pun samalah. Dalam panggung pun boleh beri arahan orang lain hantar roti.."
Ha ha ha ha saya sudah gelak besar!

Friday, October 14, 2011

KEMILAU MENTARI


Dapatkan kompilasi 3 novel Zuraidah Othman dengan harga RM19.90/RM22.90 di kedai yang berhampiran atau pesan melalui online

Thursday, October 13, 2011

ALARM SEMULAJADI


Ha ha ha apa fasal anjing dua ekor ni masuk blog saya? Ha ha ha 
Dah lama tak tulis entry merapukan?
Anjing ni anjing jiran saya.
Dia dilahirkan di rumah jiran sayalah.
Kembar tak seiras. (satu kuning satu putih).
Dari kecil sampai besar dia hidup di dalam kawasan rumah jiran saya tu
Langsung tak pernah keluar.
Bila uncle sebelah rumah suruh di'ekor' keluar.
Tak pernah yang mahu. Buka pintu pagar pun di'ekor' tak akan keluar.
Memang sangat peliklah.
Bila ada kawan-kawan saya datang, mulalah sibuk menjenguk
Membuat provokasi, berbunyi dan meracau
Tapi bila kami dok pakat tengok di  'ekor' ramai-ramai
Mereka akan senyap dan bergolek-golek.
Orang lalu pun dia berbunyi, kucing lalu pun berbunyi.
Kadangkala angin juga kalau bising sangat.
Tetapi bersyukur juga ada mereka ni. Bila malam, dengar mereka berbunyi pasti ada orang yang lalu.
Pernah pukul tiga pagi, riuh mereka berbunyi.
Saya jenguk di tingkap rupanya ada orang jalan kaki lalu.
Tak tahulah siapa..
Tapi paling kurang mereka menjadi 'alarm' semula jadi.

p/s emak si kembar ini telah dijual untuk menjaga lembu.


Wednesday, October 12, 2011

BANTULAH DIA..

Sejak akhir-akhir ini saya macam penat sedikit. Yelah seingat saya sebelum bulan puasa sehingga sekarang setiap minggu saya ada banyak aktiviti termasuk bersama rakan ukhwah. Namun ini tidak akan menghalang saya meneruskan sedikit kerja-kerja kebajikan.
Minggu lepas kami sempat menziarahi ke rumah salah seorang pesakit kanser darah yang ditinggalkan suaminya sejak 10 tahun lalu. Namanya Aishah. Beliau dilahirkan bukanlah sebagai orang Islam, tetapi memeluk Islam ketika berusia 17 tahun.
Mempunyai 6 orang anak dan disebabkan kesan ubat kanser darah itu jantung Aishah pula bermasalah. Memang kasihan melihat keadaan Aishah. Ketika kami sampai dia hanya terbaring sahaja sebab tidak begitu sihat. Anaknya yang sulong berusia 19 tahun ditugaskan memasak sebelum pergi ke kolej.

Sedikit sumbangan kami..

Hajat kami mahu membantu dan menyiarkan penderitaan Aishah di suratkhabar tidak menjadi kenyataan kerana Aishah meminta supaya cerita mengenainya tidak disiarkan kerana ada beberapa masalah yang ditimbulkan oleh orang terdekat kerana beliaulah satu-satunya dalam keluarga yang memeluk Islam.

Kami berkumpul mendengar cerita Aishah. Sangat bersimpati dengannya.. Saya berdoa ini bukan kunjungan kami yang terakhir.

Adik saya Nurul dan Qaisara pun turut serta..

Salah seorang anak Aishah, Farid yang juga menghidap sakit jantung...

Makanan yang kami bawa dari rumah untuk Aishah dan anak-anaknya. Sayangnya Aishah tidak boleh makan kecuali susu dan roti.

Sesiapa yang mahu memberikan bantuan atau sumbangan boleh memasukan ke dalam akaun
NUR AISHAH ABDULLAH  BSN 1410029000165653 

Pada anda yang mahu mengetahui perkembangan atau aktiviti kami boleh klik di sini..


Monday, October 10, 2011

FITNAH...

Pagi ini saya mahu menulis sedikit mengenai fitnah.
Saya baru sahaja menerima fitnah yang disebarkan kepada kawan baik saya dan orang yang memfitnah saya adalah orang yang sama. Malangnya orang itu baik dengan saya dan tak perlulah saya ungkit bantuan saya pada dia tetapi entah mengapa dia tidak pernah putus mahu menyakitkan hati saya. 
Tinggalkan kes fitnah yang telah melanda hidup tetapi saya paparkan satu email yang telah saya terima.


Saya ingin meminta pandangan K.Yati berkenaan dengan masalah yang dihadapi oleh anak saudara saya. Begini ceritanya..
Biarlah saya gelarkan anak saudara saya sebagai Salina (nama samaran). Salina berumur 14 tahun dan tinggal bersama dengan neneknya. Ibu bapanya masih ada tetapi kerana sejak dari kecil lagi, Salina dan adiknya tinggal dengan neneknya.
Di sekolah Salina seorang yang bukanlah di kalangan pelajar yang cerdik. Dia belajar di kelas yang kedua tercorot kerana sejak daripada kecil lagi, dia pernah mengalami masalah susah untuk memahami perkataan dan ejaan. Dan dia tidak rapat dengan ibu dan bapanya. Salina boleh saya katakan sebagai seorang anak perempuan  tidak pintar tetapi seorang yang pengasih, baik hati dan pemaaf. 
Dua bulan lepas, Salina telah difitnah oleh rakan sekelas. Fitnah terbesar yang saya sifatkan kerana fitnah itu telah menjatuhkan maruah Salina dan mengaibkannya. Rakan sekelasnya telah memfitnah Salina mengandung. Hal ini telah menyebabkan Lina tidak mahu pergi ke sekolah. 

Fitnah ini menyebabkan Salina tertekan. Keadaan ini menjadi sukar apabila tiada guru yang membela nasib Salina sepenuhnya. Walaupun amaran telah diberikan kepada rakan sekelasnya, Salina masig lagi 'dibuli' secara lisan oleh rakan sekelasnya hingga ke hari ini. Tidak cukup dengan buli secara lisan, Salina pernah dibuli secara fizikal walaupun tidak mendatangkan kemudaratan kepadanya.

Apabila hal ini dipanjangkan kepada pihak sekolah, pihak sekolah gagal memainkan peranan. Malah, ada beberapa orang guru termasuklah guru kaunseling melemparkan kata-kata yang tidak sepatutnya kepada Salina. Mereka menyuruh Salina tukar sekolah, mereka menyuruh Salina duduk di sebelah rakan sekelas yang memfitnahnya, dan guru kaunseling sendiri bertanyakan soalan yang tidak berasas tanpa bukti hingga mengaibkan Salina
Guru kaunseling pernah melemparkan kata-kata sebegini kepada Salina.

"Berapa kali dah bercium?" 
(Guru tersebut seolah-olah menuduh Salina melakukan perbuatan cium dengan pelajar lelaki di sekolahnya. Jika ada bukti, tidak mengapa. Tetapi soalan tersebut diajukan tanpa bukti dan saksi).

"Keluarga rakan sekelas awak itu semuanya orang-orang berpelajaran. Kakaknya cikgu". (Saya tidak pasti apa motif guru kaunseling tersebut menyatakan perkara sedemikian?" 
Beginikah cara memberi kaunseling kepada pelajar? Dan beginikah etikanya.?

Apa perasaan pembaca kalau perkara ini berlaku kepada anak kita. Apa tindakan kita?
Dalam pemerhatian saya sejak dari bersekolah rendah, menengah, keuniversiti dan semakin hari semakin berusia. Sistem pelajaran kita yang sangat mementingkan akademik menyebabkan anak-anak yang tidak begitu pandai dan mempunyai masalah pelajaran dianggap sangat menyusahkan. Apa sahaja tingkah laku mereka yang molek dan manis jarang dipedulikan, sedangkan anak-anak yang cerdik datang dari keluarga yang baik dan bepelajaran sering dianggap juga 'baik' dari segi tingkah laku walau kadangkala mereka mempunyai masalah displin. Bahkan kata-kata mereka ini lebih 'diakui' daripada anak-anak yang kurang pandai.

Ketika di universiti saya belajar mengenai kaunseling keluarga, remaja dan kanak-kanak. Kounselor amat dilarang melakukan provokasi ketika melakukan kaunseling. Tetapi amat mendukacitakan, kebanyakkan individu yang menduduki kerusi kounselor sering mengabaikan etika yang harus dipatuhi ini. Mereka bukan sahaja mengeluarkan kata-kata merupakan provokasi tetapi kadangkala mendesak, mengancam dan membuat tuduhan. Bertanyakan soalan 'sudah berapa kali bercium?' adalah soalan tuduhan dan tidak bertanggungjawab dari seorang kounselor. Perkataan 'sudah' seolah-olah mengambarkan yang kounselor itu benar-benar yakin yang Salina pernah bercium sedangkan Salina tidak mempunyai teman lelaki dan jauh sekali mengandung. Apakah ini etika seorang guru kounselor?

Salina disuruh bertukar sekolah -adalah sikap yang sangat tidak bertanggungjawab ditunjukkan oleh seorang guru. Saya tahu ramai guru (tidak semua) yang mahukan anak murid di dalam kelasnya terdiri daripada pelajar yang pandai secara semulajadi. Sehinggakan kalau boleh mereka tidak mahukan pelajar yang bermasalah dalam pelajaran berada di dalam kelas mereka. Semakin ramai pelajar yang kurang bijak, mereka merasakan semakin banyak beban yang mereka tanggung. Ini mengimbaukan kembali  kenangan semasa saya bersekolah rendah dahulu. Seorang pelajar baru masuk ke dalam kelas saya dibawa oleh seorang guru. Saya masih ingat bagaimana wajah pelajar tersebut yang begitu serba salah apabila guru kelas saya dan guru yang membawa dia masuk berbalah tidak mahu menerima pelajar tersebut di kelas masing-masing kerana dari buku rekod pelajar tersebut, dia seorang yang tidak bijak.

Saya amat kasihankan Salina. Anak yang seusia begini seharusnya tidak dilanda fitnah dari rakan-rakan yang jahat dan suka membuli. Individu yang menghantar email kepada saya terpaksa membawa anak buahnya ke doktor bagi membuktikan Salina tidak mengandung. Ini bagi membersihkan nama Salina. Saya tahu ini satu tindakan yang sangat berat untuk dilakukan tetapi demi maruah keluarga. Sedangkan ianya seharusnya tidak berlaku kalau guru dan guru kounselor memainkan peranan dengan berkesan.

Fitnah ini amat berat kesannya dan sangat mendukacita, sekarang ini, ianya sudah berlaku di sekolah dan sebelum ianya merebak menjadi satu masalah ianya harus dibenteras dan tanggungjawab ini adalah tanggungjawab kita semua.



Saturday, October 8, 2011

JOM KAWAN-KAWAN DERMA DARAH!

Lama sungguh rasanya saya tidak menderma darah. Sejak saya berkahwin, kemudian keguguran beberapa kali dan menjalani pembedahan. Maka sumbangan saya berhenti selepas itu. Saya masih ingat ketika saya menderma darah ( dalam 6 kali). Darah saya jenis A-,  dikatakan agak berharga. Tidak ramai orang ada darah jenis itu. Mungkin ada pembaca darahnya seperti darah saya juga, yang sukar didapati. Jadi mari kita ramai-ramai bersama kami Group Ukwah menjalankan tanggungjawab ini.

Sedikit cendera hati akan disediakan oleh pihak kami. Datang ya beramai-ramai..



Wednesday, October 5, 2011

BELAJAR AGAMA TAK BOLEH SENANG?

Anak melayu pertama yang menjadi felo dan pensyarah universiti Oxford.

"Anak kau sekolah mana?"
"Aku hantar sekolah agama sahaja"
"Hah..sekolah agama? Hesy esok susah nak dapat kerja. Tak makan dia nanti."
Dailog makan hati ini selalu kita dengar. Teringat saya ketika ayah saya menghantar adik beradik saya ke sekolah agama. Banyak suara-suara sumbang yang kedengaran di telinga kami.
Apatah lagi apabila adik di hantar ke sekolah tafhiz yang membangkang bukan orang sekeliling sahaja, tetapi ada juga saudara mara.
Bagi mereka bila hantar ke sekolah pondok atau sekolah tahfiz, masa depan mereka amat pudar.
Bila besar nanti anak-anak itu susah mencari makan.
Sehinggakan kalau ada syarikat yang besar menaja pelajar, pelajar yang bersekolah agama ini diketepikan. Mereka lebih suka menaja pelajar dalam bidang perubatan, kejuruteraan, perakauan kerana lebih memberi kesan kepada ekonomi mereka. (bukan bermakna course lain tidak penting tetapi    haruslah semuanya seimbang)
Sebab itu kadangkala kita lupa.
Korupsi berlaku kerana kita memandang belajar agama ini sebagai remeh. Tidak memberi kesan pada ekonomi negara dan dunia.
Tetapi Dr Muhammad Afifi pensyarah pengajian Islam di Oxford ini membuktikan, belajar agama atau sekolah pondok juga dapat pergi jauh. 


Tuesday, October 4, 2011

KALAU TAK TAHU ITU DIAM SAHAJALA..

Baru-baru ini saya terlihat satu iklan drama di telivisyen. Begini kata-katanya.
"Aku pernah bacakan Al Fatihah untuk ayah aku. Kau nak aku bacakan Al Fatihah dekat kau?"
Macam tulah sedikit lebih kurangnya (maaf kalau sedikit silap). Tetapi kata-kata yang berupakan lawak jenaka itu seperti lebih kurang begini maksudnya.
Dia membacakan Al Fatihah untuk ayahnya yang sudah meninggal dan mahukah orang yang dia bercakap itu mati seperti ayahnya?

Bagi saya dialog sekarang ini yang mengunakan agama sangat jelek, pelik dan agak keterlaluan. Apa salahnya bersedekah dengan surah Al Fatihah sehingga surah tersebut dipermainkan?. Surah tersebut bukan sahaja boleh dibacakan/disedekahkan ketika seseorang sudah meninggal sahaja tetapi masih hidup.  Seperti kata Dato' Dr Fazilah Kamsah. 
"Setiap pagi sedekahkan Al Fatihah kepada ibu bapa kita tak kira hidup atau telah meninggal dunia. Nescaya pintu rezeki kita akan terbuka."

Sebenarnya surah Al Fatihah ini mempunyai banyak keistimewannya.

1. Menurut Al Bukhari dan Muslin daripada Abi Said Al Khudri. Surah Al Fatihah ini boleh menjadi penyembuh penyakit terkena patukan ular, kala jengking  dan sebagainya.

2. Menyembuh penyakit gila seperti riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, al-Nasa’ie, Ibn Sunni, Ibn Jarir, al-Hakim yang memberi kesahihan daripada Kharijah bin al-Salt al-Tamimi daripada bapa saudaranya yang datang bertemu Rasulullah s.a.w dan pulang kemudian lalu di perkampungan yang terdapat seorang lelaki yang dirantai dengan besi lantas kata keluarganya: “Adakah kamu boleh rawatnya, kerana kamu datang daripada sahabatmu (Rasulullah s.a.w) yang amat baik.”
Aku pun membaca al-Fatihah selama 3 hari dengan dua kali pagi dan petang setiap hari, aku hembus ke mukanya kemudian dengan izin Allah dia sembuh dan diberikan kepadaku 100 ekor kambing, aku datang kepada Rasulullah s.a.w dan menceritakannya, sabda Rasulullah s.a.w (yang bermaksud): “Makanlah, siapa yang berjampi dengan bathil? Sesungguhnya awak berjampi dengan sebenarnya.”

3. Bahkan surah Al Fatihah adalah surah yang wajib dibaca di setiap rakaat solat kita.

Sebenarnya banyak lagi kelebihan Al Fatihah ini tetapi zaman sekarang ini orang melayu yang kurang arif mempermainkan surah ini. Seolah-olah membaca Al Fatihah hanya untuk orang yang sudah tiada. Kalau tidak tahu belajar, kalau sudah dungu sangat bagi saya lebih baiklah kita diam  daripada mempermainkan agama sendiri.