Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, August 17, 2010

RISAU TAK?


Saya nak tanya pada ibu-ibu yang membaca blog saya. Risau tak kalau anak yang baru berusia 4 tahun datang pada kita dan berbisik ketika bermain di padang.
"Umi, budak yang pakai baju biru belang-belang tu handsomekan?"
Aduh..ketika pertama kali Qaisara melakukan begitu hati saya berdebar kencang!
Normal atau tidak Qaisara ini.
Kalau ikutkan saya dahulu masa usia Qaisara masih main tembak-tembak dengan budak-budak lelaki.
Tidak pernah rasa malu dan suka dengan kawan berlawanan jenis.
Saya ingat saya rasa malu dan berdebar berhadapan dengan lelaki ketika usia saya 12 tahun.
Kemudian apabila berada di tingkatan satu, saya lagi malu dan tidak pernah menghiraukan mana-mana lelaki
Tapi entah macam mana bila berusia 15 tahun teman lelaki sudah melebih sedozen. Itu cuma teman.
Bila ada teman lelaki yang mengatakan sayang kat saya. Saya rasa menyampah sungguh..ha ha.
Oh..saya dah melalut. Berbalik semula pada Qaisara.
Bila saya cakap budak baju biru berbelang putih itu tidak handsome dia marah.
Bila saya cakap Anas anak jiran saya yang bermata bulat itu handsome dia menafikan.
"Teta tak suka, rambut dia terpacak-pacak.."
Aduh..Qaisara ada pawaian dia sendiri. Bila tengok kanak-kanak lelaki dia akan komen.
"Dia tu handsome tapi hitamlah umi.."
Alah..alah. Logikkah budak 4 tahun apabila dipuji oleh kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, Qaisara akan menjawab.
"Umi, budak tu puji Qaisara cantik. Malulah Teta.."
Aduh..aduh. Baru 4 tahun hati saya sudah bimbang dan berdengup kencang.
Cuba bayangkan 10 tahun lagi.
Mahu hari-hari saya sakit jantung!



20 comments:

SyuQ said...

sy akan berkata bergini: "da besar anak ayah yer... tp igt nak, x semua lelaki kacak tu baik dan tak semestinya lelaki kurang handsome tu jahat..."

wah2 feeling jadi ayah plak sy. he he he.

sekurang2nya kak, teta jujur, telus n berterus terang dengan akak.

idasm said...

adeh3! teta, teta. pening jugak akak ni. tp takpe akak kan ibu yang baik dan bijak, mesti ada cara nak menanganinya.... take care kak. rindunya kat akak.

hanisah hassan said...

hahaha....qaisara so cleaver. Oklah tu kak dia sudah pandai membezakan mana handsome dan mana tak.

hanisah hassan said...

erk...akak belum jawab soalan nisa kat kuih sarang semut tu. Telur nak letak bila...hahahahaha....

Suhana Shahril said...

Ana rasa memang lumrah kot...sebab bila tengok anak-anak Ana pun, yang paling ketara si Iwani yg sebaya Qaisara...dok perhati jugak ana bila ada lelaki tak kira lah yg seusia atau muda remaja,dia senang bergaul rapat dan berkelakuan manja,..hehehe...tak tahulah nak kata apa...mgkn ini yg dikatakan anak perempuan cepat matang kot

Nor Ramli said...

Salam kak yati..
nanti teta akan jadi mcm watak dalam novel popular..anak kacukan, cantik, mata bundar..lalalalalala

Rizziela said...

Normal kot untuk budak-budak sekarang...

Adik2 sepupu saya pun mcm tu gak..kecik2 dah pandai puji orang tu cantik..orang tu tak cantik..dah besar nak kawin mcm ni lah..macam tu la...tp bila dah besar sikit dia mula seganlah....

yatie chomeyl said...

wah Teta dah ada ciri2 pilihan tu,,hehe

Hajjah Noraini @Nanie said...

Eloklah anak meluahkan pendapat dan perasaan...maka rapat lah perhubungan anak dan ibu. Tak semua anak2 gitu.

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

ha ha ha syuq dah berangan jadi ayah..hem.. hem..bila lagi tu? Jangan lupa jemput kami semua ya..

ida, itulah..terlampau bijak, semua diperhatikan ida. Itulah ida, akak datang restoran ida, ida tak ada. Bilalah nak datang lagi..

Nisa..handsome dia lain, handsome akak lain. ha ha ha..mata budak2kan..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Suhana, oh iye ke. Budak-budak sekarang pandaikan..semua perkara dia orang alert, kita dulu2 mana ada, dunia kita di rumah..

salam epel,
esok2 kalau letak heroin macam tu mesti pembaca cakap..macam Qaisara aje..ha ha..


Rizziela,
yelah agaknya, tapi bila dia malu2 dgn budak yang dia cakap handsome tu, kita pula rasa lain macam..ha ha..ha ha..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

yatie..ha ha..dia ada ciri dia sendiri, umi cakap tak handsome..dia pulak suka..mata budak2

Kak nani, saya dengan teta memang cukup rapat. Apa sahaja dia beritahu harap2 sampai besarlah dia begitukan..

Nurul Zahar said...

Salam kak Yati,

Selama ni jadi silent reader je, first time comment ni sebab tangan gatal juga nak komen.Hehe.

Qaisara, comellnyer awak, MasyaAllah! Saya sangat setuju dengan komen SyuQ. Kita kena fahamkan dia realiti kehidupan ni, yang handsome tak semestinya baik budi pekerti, dan kurang handsome tu, tak baik. Manusia ada kelebihan dan keistimewaan masing-masing.

K Qaisara, tak sabar nak tengok awak besar!

Hamizah said...

mmg naluri terbit drp kecil so kena pandai2 la ibubapa nak menegur apa2 yg ptt..

pssst, kak yatie..saya minat kat bdk llk sejak tadika lg..hehehe

AuntieYan said...

Salam Pn. Yati,

Kalau Kak Yan, risau juga, kecil lagi dah ada perasaan demikian.Tapi, bukan kah itu semua perkara lumrah? cuma mungkin Teta ni agak awal sikit...mungkin jugak sabab 'gene' orang Turki???...ha!...ha!jangan mareeee...

Selamat berbuka :-)

ibu aira said...

teta ni memang lawak betullah.. siap ada sistem piawaian sendiri.. sok2 dah besar macammanalah teta nikan kak... :)

jayhf said...

Salam Yati. Selamat berpuasa. Tentang hal Teta tu biasa le. Ini di namakan peredaran zaman. Sy ada 3 org anak dara dan sy telah pun melalui zaman mereka ketika berumur seperti Teta sekarang ni. Anak2 sekarang mmg cepat 'pick-up' mereka..cepat tangkap hal2 sekeliling mereka. Cuma satu saja Yati, be their friend first then you'll be able to talk to your daughter through her eyes and understand her more. Itu yg saya amalkan dgn ke-empat2 anak saya...kalau Yati nak confirmation tanya le Masliza.. dia boleh citer pd Yati...hehehe.

Unknown said...

amboi teta pun dah pandai bab nih...
huhuuu... anak dara saya belum 4 tahun lagi.. ;)

GREENJADE said...

kanak2 skg makin cerdik & advance lah kak..

kalu saye pon bedebau gak ditanye gitu..tp tu lah kanak2 ni jujur..bercakap dr hati nurani bukan emosi mcm kita2 yg dah agak bangka nih kans hik hik.

10 thn lg..InsyaAllah akak sure bijak menangani permasalahan si cilik yg comey itu :)

Zana S said...

sib bek anak saya tak petah berkata2 lagi kak. kalau tidak, kalut gak nak menjawab soalan gini.

anak perempuan matangnya cepat ya kak.