Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, August 12, 2010

SOGO

Minggu lepas hari Jumaat dan Sabtu adalah hari jualan murah untuk keahlian SOGO. Saya membawa ke dua-dua kakak saya Maznah yang datang dari Melaka dan juga kak saya Mijah ke sana pada hari Jumaat. Akak saya Maznah mahu melihat bagaimana keadaan Sogo sedangkan kakak saya Mijah mahu membeli baju untuk anak-anaknya.

Tengoklah berapa banyak kereta yang bersesak-sesak mahu masuk dan keluar dari SOGO ini. Saya pergi selepas solat Jumaat, parkir di Sogo sudah penuh jadi saya memakirkan kereta di bangunan CIMB. Satu jam RM3. Sekarang orang betul-betul buat duit dengan menyewakan lot parkir. Dah macam Hong Kong dan Singapura pula parking melantun-lantun mahalnya.
Ramai pelanggan yang datang dari jauh dan sejak awal pagi semata-mata mahu membeli belah di SOGO ini. Ada seorang kanak-kanak yang sudah masam mukanya kerana menunggu siabang membeli belah. Menurut beliau, beliau datang dari Seremban sejak jam 7 pagi.
"Barang dia semua dah dapat, itulah yanng tunjuk muka macam tu.."
Si abang memberitahu saya. ha ha ha..macam-macam.



Barangan yang dibeli oleh kakak saya Mijah dan Maznah. Tak banyak mana pun dibandingkan dengan orang lain yang bertroli. Kata kakak saya tengok orang bershopping macam ekonomi tak teruk pun! Macam barang semua percuma. Ha ha ha..


Ke dua-dua anak saya Qaisara dan Balkish yang kepenatan tidur di surau. Yelah..berapa kali solat di surau tapi umi dan ibu mereka tak balik-balik. Nak buat macam mana anak-anak untuk kau orang jugakan.


Qaisara dan Balkish kami letakkan dibawah penjagaan Starz Garden yang berada di tingkatan 7. Tetapi bila lama sangat angin juga Qaisarakan. Tengok muka Qaisara yang sudah masam mencuka. Aduh Ta..nak beratur pun ambil masa yang lama.


Orang terlalu ramai, jadi nak membeli pun tak ada selera. Saya cuma belikan suami dua helai seluar. Tahulah suami saya punya size extra ordinary jadi seluar yang boleh dipakai hanya brand tertentu dan salah satunya Dockers. Tengah membelek-belek seluar tersebut, seorang pak cik memberitahu saya.
"Seluar ni kalau sidai di luar tak tidur malam dibuatnya.."
Saya gelak, faham dengan kata-kata pak cik tu. Seluar mahal sudah pasti sering diintai pencuri.
Balik dari Sogo, suami marahkan saya belikan seluar yang mahal untuknya.
"Pulangkan balik, mahal sangat. Cari seluar RM50 ke bawah."
Walla..sudahlah size tu extraordinary nak cari yang murah. Mana ada? Seluar skinny pun tak dapat RM50 tau! Ha ha..Entah apa-apalah suami saya tu. Tapi beberapa jam kemudian dia nak pujuk isterinya yang kepenatan dia beritahu saya.
"Seluar tu mesti tahan 10 tahunkan honey.." ha ha ha..
Dan....
 Percaya tak saya hanya beli beg duit yang berharga RM32.90 (70%) sseperti gambar di atas  untuk diri saya. Bak kata kakak saya Mijah, kau ni Mak Andak dapat aje cium mana-mana barang murah ya!.

6 comments:

Leeza said...

cantik beg tu kak...murahlah pulak. nanti za nak intai beg murah di sogo..hahaha.

idasm said...

salam kak,
ida pun sempat singgah sekejap kat sana dlm pukul 11.30 pg. sebenarnya ada appointment nak jumpa pegawai mara, dh selesai jumpa, suami masih on the way, dia suruh pg sogo dulu.
ida pun beli bag kak. beg selempang ngan beg baju.

masa ida bayar tu, kaunter masih clear, x perlu nak beratur pjg, maklum, masih awal.

hehe...

AuntieYan said...

Salam Pn.Yati,

Sejak berpindah dari Kl ke BBB ni, sekali pun Kak Yan tak pernah pergi ke Sogo lagi.Dulu, masa ofis kat KL...setiap hari Jumaat tengahari, situlah tempat bersidai Kak Yan dan geng.
Sekarang ni dah malas, sale ke, harga runtuh ke, lantak le...malas nak harung lautan manusia.

Betul kata Yati, orang dok merungut pasal kenaikan harga barang, tapi, kat tempat beli belah..sakan orang berbelanja, barangan berjenama pun sikit orang tak heran, beli, beli, dan beli....memang rakyat Malaysia ni mewah sungguh!..

Rizziela said...

Tak boleh saya nak bershoping kalau orang terlampau ramai...tak tau nka beli apa jadinya nanti

Hamizah said...

kelakarnya suami akak tuh..

GreenJade said...

LoL..penat2 redah jammed bagai ..seketul jek akak rembat? ehehehe

this time serik nak pi...coz slalu paking susah nk dpt ihiks