Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Sunday, September 30, 2012

REVIEW BUKU BIAR JARIMU KU GENGGAM




Bismillahirahmanirrahim...
Dengan izin Allah , syukur alhamdulilah kerana saya dapat menghabiskan novel Kak Norhayati Berahim yang terbaru ini dalam masa beberapa hari sahaja. Malam tadi saya khatam novel ini dalam keadaan yang sesak nafas , dan mata saya sakit kerana hakikatnya saya berusaha sedaya upaya untuk tidak menangis. Ya, jika rasa tangis cuba ditahan dan dada terasa sendat dengan sedu sedan maka baiklah dilepaskan airmata supaya tidak memudaratkan diri sendiri. Dua perkara yang buat saya menangis dan rasa sangat sakit iaitu Sufian dan Mariam. Pada saat ini, menyebut nama kedua insan inipun tak terasa airmata saya mengalir. Watak Sufian yang pengakhirannya mendukacitakan namun memberi ikhtibar kepada kita. Dia mendapat HIV bukan daripada cara hidup songsangnya tetapi Allah tetap turunkan bala dengan cara yang berbeza. Namun beliau sempat bertaubat dan watak ini juga mengajar kita bahawa walau berjutapun harta tetapi bila sakit segalanya tidak berguna. Sedih bila mengingatkan dia dihalau oleh ibu sendiri sehingga saat menghembus nafas terakhirpun tidak sempat berjumpa dengan ibunya. Rasa kasihnya pada ibu tidak luak walau ibunya membencinya , bila beliau meninggalkan sebahagian harta kepada kedua ibubapanya . Walau bagaimanapun Mariam mempunyai harapan untuk terus hidup.

Pada mulanya penulis mendedahkan tentang seorang anak kecil di nurseri bunga , ia satu permulaan yang dipandang ringan dan mungkin dilupakan oleh pembaca kerana seterusnya penulisan kak NB terus berlari bersama waktu perkembangan plot dan wataknya. Banyak peristiwa dianyam dengan cantik dan seakan kita berada dalam sebuah bilik tayangan khas peribadi menonton perjalanan tiap wataknya. Pada saat ini , kita merasakan diri kita tidak mahu diganggu oleh sesiapapun dan keadaan apapun kerana jalan ceritanya sangat mengikat jiwa dan perasaan kita. Penonjolan watak antagonis , Puan Fauziah yang hyper , tipikal watak perempuan yang tidak dapat diubah-ubah perangainya. Rasanya kalau wujud watak ini dipersekitaran saya, mahu stress saya hari-hari dibuatnya. Namun dalam penyampaian watak yang negatif ini tidak lupa juga terselit kelucuan , contohnya ketika dia beria-ia berpuasa semasa 1 Rejab...hahaha . Sayang Mak Cik Rabiah terlalu baik, lemah lembut...jika saya , mahu tak jadi makan Puan Fauziah dibuat saya. Paling saya geram bila satu hari dia menghempas tudung periuk nasi rumah Mak Cik Rabiah...hesy, hesy..sungguh tak punya rasa malu dan segan. Ya, kerana Sufian saya sangat membenci watak ini sehingga ke akhir novel. Namun penulis ada rasa belas pada watak ni bila kepulangan Zulaikhah melahirkan satu harapan untuk mengubah perangai emaknya ini. Moga dia berubah dan insaf dengan sikapnya itu.

Saya akui saya tersilap membuat percaturan dan berprasangka dengan kak NB dalam corak penulisannya kali ini. Ternyata tekaan saya silap sama sekali. Beliau tidak menggunakan teknik penulisan yang sama. Saya menyangkakan watak Adila adalah Wilma tetapi rupanya tidak. Saya dari mula kemunculan watak Adila saya mencari dan tertanya-tanya di manakah Adila berada. Hanya penghujung cerita baru saya tahu bila Henry menceritakan tentang Adila. Jika ada yang mengatakan penulisan Kak NB adalah sama dan streotype, mahu saya naik angin . Caranya tidak sama dan setiap kali novelnya sentiasa berbeza. Itu yang membuatkan kami tertunggu-tunggu novel terbaru beliau.

Anak-anak membesar disebabkan corak didikan ibubapa. Inilah tema utama yang cuba disampaikan oleh penulis. Sufian dan Zulaikhah menjadi rapuh dan tersesat jalan kerana kelalaian ibubapanya. Sikap emak yang dominan , tidak memasak sarapan dan tidak mendidik anak-anak dengan ilmu agama yang cukup menjadikan anak-anak tidak kuat pegangan dalam menempuh arus kehidupan yang sangat mencabar. Akhirnya penyesalan tidak berhenti-henti dan jadilah kisah duka Sufian berakhir dengan tangis yang panjang. Syukurlah pengakhiran Zulaikhan sangat menggembirakan. Kita diberikan contoh terbaik dengan baik budi pekerti Wilma dan Wahid. Saya sangat suka dengan dua watak ini yang sinonim semua pembaca suka. Watak baik akan disukai. Namun kita boleh ambil ikhtibar dan teladan dengan mencontohi sikap Wilma meladeni masalah rumahtangganya, masalah di tempat kerja dan cara pergaulannya setiap hari. Dia anak yang sangat menyayangi ibunya. Cuma kerinduan Wilma terhadap arwah ayahnya menyebabkan saya juga merindui arwah bapak saya. Dulu kalau saya bergaduh dengan emak, arwah bapak selalu menyebelahi dan memujuk saya. Saya berharap buku ini dibaca oleh semua ibubapa dan contohilah cara Mak Cik Rabiah mendidik anak-anaknya, lembut sahaja. Wanita yang baik lain yang ditunjukkan oleh kak NB ialah watak Dr Maznah yang sabar dengan anak-anaknya. Keluarga Dr Zahari dan Dr Maznah mengetengahkan betapa pentingnya untuk sabar dan menjadi pemaaf. Saya sebak sangat-sangat membaca perjalanan kehidupan keluarga ini dan penderitaan Mariam. Terbayang-bayang di mata saya Mariam yang sakit. Hati saya menjerit-jerit berharap watak Mariam tidak dimatikan. Dugaan sangat besar bila hanya seseorang yang kehadirannya tidak didoakan yang mampu menunaikan harapan dan doa keluarga ini. Ini memerlukan anda membaca sendiri untuk lebih penghayatan. Saya tak mampu melahirkan ia dalam tulisan.

Doa sangat penting dalam kehidupan kita. Jangan berhenti berdoa kerana pada Allah sahajalah kita mampu berserah dan bertawakal. Saya tahu ada di antara rakan saya bila ditimpa musibah akan menidakkan mujarabnya doa menjadi penawar. Namun membaca novel ini, saya berasa sangat tenang. Bagaimana Sufian menyalahkan sikap emaknya dan Wilma menyedarkan betapa penting anak-anak turut mendoakan agar emaknya berubah. Begitu juga bila berdepan dengan keburukan orang lain ,kita tidak harus menghukum dengan mudah tetapi sebaliknya mengambil jalan yang lebih afdhal dengan mendoakan agar individu yang jahat tersebut berubah menjadi baik. Cuma doa untuk mak mentua jahat seperti Hajjah Ramlah ini tak makbul juga. Sebaliknya menjadi teruk. Mungkin setelah Riduan meninggalkannya , Hajjah Ramlah menjadi lebih insaf. Dia perempuan yang sakit jiwa kerana mengawal kehidupan anak dengan melampau sangat sehingga ke bilik tidur pun dia ikut. Hahahaha...saya tak dapat lupa rasa terkejut saya bila beliau mengikut anak menantu berbulan madu malahan tinggal SEBILIK. Dasyat sungguh....

Latar pekerjaan , jururawat dan doktor. Banyak info diberikan dan banyak kisah menjadi teladan. Juga Kak NB memberikan info terbaru tentang tokoh perubatan Islam yang dilupakan iaitu Siti Rufaidah bt Saad. Banyak info lain yang beliau selitkan dan syukur sebab kita bukan hanya membaca novel sahaja tetapi juga berkongsi maklumat dan ilmu di dalamnya. Terimakasih kepada Kak NB , saya sendiri banyak mendapat ilmu dalam novel ini terutama berkaitan saat kematian dan doa.

Novel ini rasanya tidak puas saya baca. Juga mengulasnya seakan tidak cukup satu pos sahaja. Namun saya tidak mahu mengulasnya panjang-panjang sehingga menganggu keseronokan orang lain membaca. Bak kata sahabat saya Roslaini , beliau sampai bengkak mata menangis membaca novel ini. saya yang gelakkannya , akhirnya mengakui turut menangis walau tidaklah sampai bengkak mata tetapi mata sakit menahan . Banyak yang buat saya sedih namun trajedi Wilma dan Riduan lebih melahirkan rasa sakit hati terhadap watak Hajjah Ramlah dan watak Riduan yang tidak menyebelahi isterinya. Geram saya....hehehe .

Selamat membaca novel ini dan anda boleh dapatkan di pasaran dengan harga RM31.90 /RM34.90 . Anda boleh layari http://www.nbkara.com.my. untuk dapatkan novel ini secara online. 5 Bintang saya berikan untuk novel ini....tahniah kak Norhayati Berahim sebab bukan calang-calang penulis yang dapat menulis sehebat ini. Penyampaian berisi yang sangat padat dengan ilmu dan pengajaran.

Dari Liza Bujang http://bulanyangsatu.blogspot.com/

Friday, September 14, 2012

MEMASANG KATIL DI UMMU SOFIA

Cerita dah lama sebenarnya. Seminggu yang lepas. Pada mulanya Kusyi mengajak saya ke Ummu Sofia pada hari Khamis, katanya 10 buah katil double decker sudah sampai ke Ummu Sofia. Tetapi disebabkan saya ada hal pada hari Khamis itu. Maka saya datang pada hari Jumaat. Sebenarnya katil itu sumbangan dari orang perseorangan dan sebahagian besarnya oleh  YM Dato' Seri Tunku Soraya puteri kepada  Yang Di Pertuan Agong kita.


Seronok sebenarnya memasang katil beramai-ramai. Bersama Khamisah dan juga Zul. Kami berlumba siapa yang siap pasang dahulu. Walau tidak ada hadiah tetapia ada keseronokan.

Beria-ia ajekan..

3 buah dari 10 katil sudah siap di pasang. Alhamdulilah...

Beramai-ramai menunggu ketibaan YM Dato' Seri Tunku Soraya. Kham sibuk bebenau menelefon Ku Yam yang menunjuk jalan kepada pembandu YM Dato Seri, ke rumah Ummu Sofiah.



Bunga untuk YM Dato' Seri Tunku Soraya disampaikan oleh adik Nasuha.




 YM Dato' Seri Tunku Soraya melihat katil yang disumbangkan.

YM Dato' Seri Tunku Soraya, melihat-lihat perpustakaan yang dibangunkan oleh Iskandar atau Dr Red Bubbles yang terdapat di rumah Ummu Sofea.


Kusyi memberi penerangan bagaimanan perpustakaan ini dibangunkan.

Selepas lawatan, ada sedikit jamuan dan sambutan hari jadi untuk anak-anak yang lahir pada bulan Sept.

Anak-anak ini seronok memotong kek!



Gurp ukwah bergambar dengan YM Dato' Seri Tunku Soraya .

Dengan anak-anak ummu Sofiah yang nakal-nakal tetapi menghiburkan. Ha ha ha


Wednesday, September 12, 2012

AKIL NAK KAHWIN!


Semalam kami ke padang permainan. Qaisara ajak kami bersenam dan dia mengajar kami beberapa teknik senama. Apa yang cikgu ajar di sekolah semuanya diajar pada kami. Oh berpeluh jugalah. Sampai semua angin ada dalam badan pun keluar. Ada seorang budak kecil asyik memerhatikan kami bersenan.

Kata Qaisara
"Umi-umi itu Akil nama dia. Asyik cerita nak kahwin aje. Cuba umi tanya dia."


"Nama siapa sayang?"
"Akil"
"Acik dengar Akil nak kahwin?"
"Iye, Akil nak kahwin dengan Sera.."
" Sarah?"
"Seralah, nak kahwin tapi tak kahwin lagi.."
Masa ini saya sudah gelak. Aduh budak kecil dengan gigi sedikit rompong memang sangat comel.
"Oh nak kahwin tapi tak kahwin lagikah? Hesy budak kecik mana boleh kahwin. Nanti siapa nak belikan baju, siapa nak beli makan.?"
"Emaklah belikan,lah..tapi belum kahwin nak kahwin ajelah.."
Hesy emak juga?
"Akil suka Shera ke?:"
"Bukanlah Sera..."
"Akil suka Serakah?"
"Sukalah, saya nak kahwin dengan dialah.."
'Hesy budak kecil tak boleh kahwinlah sayang, dah besar baru boleh.."
"Tak kahwin lagi, baru nak kahwin.."
Ha ha ha saya sudah gelak. Akil juga gelak. Aduh anak-anak sebenarnya tidak tahu apa fungsi perkahwinan. Tetapi aneh ya, bagaimana anak berusia 4 tahun itu tahu angan-angannya tentang perkahwinan?



Saturday, September 8, 2012

MEREKA BERBICARA BAHASA YANG SAMA


Mereka bukan saudara mara
Jauh sekali adik beradik.
Emak mereka lain, bapa asing-asing.
Tetapi mereka berbicara dengan bahasa yang sama
Bahasa kemiskinan
Bahasa kesedihan
Bahasa kekurangan
Bahasa keseorangan..

Anak berdua ini adalah penghuni rumah anak yatim Ummu Sofia, Trong Perak. Nasuha adalah anak bongsu dari 6 beradik dan Fatih pula anak bongsu dari 8 beradik. Kemiskinan dan kekurangan menemukan mereka. Tetapi kasih sayang antara mereka berdua tidak ada batasnya.