Beberapa hari yang lepas, Qaisara leka menonton Upin dan Ipin di komputer dalam bilik saya. Ketika itu sudah pukul 10 malam. Saya tanya dia sama ada mahu ke bilik air atau tidak?Dia menjawab tidak mahu.. Saya lihat jam di dinding. Biasanya Qaisara akan buang air waktu begini.
Apabila suami yang baru balik dari bersolat terawikh memberi salam, pantas sahaja dia mendapatkan babanya. Dua beranak ni kalau berjumpa, tahu sahajala. Kebetulan ketika itu video upin dan ipin sedang menyanyikan lagu. “tanam-tanam ubi..” Jadi dua beranak inipun menari sama.
Dua beranak ini memang selalu berballey dancer, berzapin, berballet dan sebagainya. Kadangkala saya join sekali. Ha haha..aktiviti keluarga!.
Selepas selesai, suami masuk ke bilik air. Mahu mandi, tahu sahajalah suami saya itu. Bergerak hanya seminit dua pun sudah berpeluh. Qaisara pula tiba-tiba menjerit.
“Umi Teta tak tahan ni, Teta tak tahan ni.."
Belum sempat saya buat sesuatu. Dia sudah membuang air di tengah-tengah bilik. Apa lagi anginlah saya. Selama ini tidak pernah sekali pun dia membuang air merata begitu. Ketika umurnya 3 tahun, dia sudah pandai ke bilik air dan duduk di tandas.
“Teta ni kenapa!”
Saya menengking dia sekuat hati saya. Aduh, kalau buang airnya sikit tak apa. Banyak! Sambil membawa mop sambil itulah saya memarahi Qaisara. Yelah pukul 10 malam, kena bersihkan rumah! Dia hanya terpaku sambil terhinggut-hinggut bahunya menangis dalam senyap. Amat jarang saya marahkan Qaisara, biasanya kalau dia menangis saya hanya diam sahaja sehinggalah dia senyap. Tetapi kalau saya sudah marah Qaisara memang benar-benar takut.
Mendengar saya yang betul-betul meradang itu Qaisara sudah turun kebawah mendapatkan bibik. Lagilah saya angin, sebab takut air kencingnya menitis dan terpaksa mengemop satu rumah.
Dia kemudian dimandikan bibik dan ditukarkan baju. Tidak lama kemudian dia naik ke atas, saya jeling padanya yang meleleh air matanya. Suami yang baru keluar bilik air bertanya apa yang berlaku dan memujuk Qaisara. Selepas selesai saya membersihkan lantai bilik dan tempat di mana Qaisara pijak, saya pun ke bilik air untuk mandi.
Keluar dari bilik air Qaisara sudah berbaring di katil sambil tersedu-sedu dan menjeling-jeling saya.
“Umi Teta minta maaf umi, Teta minta maaf..”
Aduh, sedih sungguh hati saya melihat Qaisara yang sudah meleleh air matanya. Kemarahan saya mencair 100 persen. Marah saya hilang melayang. Saya usap air matanya dan cium pipinya.
“Tadi..Teta ingat Teta boleh tahan, tapi tak boleh..”
Qaisara sudah meraung sambil memeluk saya.
Hendak ketawa pun ada, kesian pun ada. Saya balas pelukan dia.
“Bukankah umi dah tanya. Qaisara nak pergi tandas ke tidak? Kenapa ditahan-tahan. Boleh berjoget-joget dengan baba lagi. Lain kali nak menari ke, nak buat apa ke pergi tandas dulu.”
Beritahu saya. Qaisara hanya mengangguk sambil tangannya memeluk saya.
“Sorry umi ya, Teta tak buat lagi. Sorry ya...”
Penghabisan saya menangis mendengar kata Qaisara yang begitu tulus itu. Benarlah kata orang, bagaimana marah seorang ibupun, seorang ibu tidak akan sampai hati berdendam dengan anaknya.
12 comments:
naluri ibu kan kak. ida, ngan solihin yg suka main air tu pun tak sampai hati nak marah kat dia...
teta baik sgt..mengaku kesalahan sendiri itu lebih baik..cerdik betol teta ni..
Inilah kasih ibu sepanjang hayat. Entry ini buat saya berfikir tentang keadaan saya sekarang....bila berdepan dengan mak yang sakit.
marah ibu marah membina :)
Teta anak yg baik tahu aje ngaku kesilapan..kalu saya pon cair terus bara di hati tuh kak
saya pun tersentuh baca entry akak ni... teta kecik2 dah pandai mengaku silap dia.. hendaknya kekal begitu sampai bila-bila.. saya pun pernah marahkan aira beria-ia.. lepas tu nenek dia ambil bawa balik rumah nenek dia. dalam dia nak pergi tu, dia lambai kat saya.. terus mengalir airmata saya...
Bravo akak kerana berjaya mendidik Qaisara untuk mengakui kesilapannya dan mengganggap meminta maaf itu sesuatu yang tidak merugikan. Insyallah, jika sudah berumahtangga dan punya anak sendiri kelak saya pun akan mendidik sedemikian rupa :)
Untuk Qaisara, awak mesti kena dengar cakap Umi selalu tau!
alahai..sedihnya kak...
Sedihnya ....mesti sedihkan tengok si comel tu nagis...
menitik plak air mata saya membacanya.saya pun selalu marah2 kat buah hati saya,cair 100 percent jugak bila dia dtg cium kita..hehehe.itulah anak.
betul la kak, bila lepas marah anak..pastu tgk diorang nangis beria..tiba2 rasa bersalah sgt.
pandai teta minta maaf..
kalo fikri, dia cuma akan cakap "MAAF" mcm gaya kartun alih bahasa sebut... kalo kena marah dgn ayahnya.. siap ler dia kena ulang ayat ' abang janji tak buat lagi..'
yer lah kan kak.. hangin camner pun, xdenya sampai nak dera jiwa anak...
kak yati...
itulah kasih sayang seorang ibu! marahkan anak akhir sekali sendiri yang menangis (wan la tuh!)
itu yg pelik lagi hairan bila ada anak2 yang tak kenang akan susah payah ibu membesarkan anak2... yg sanggup biarkan ibu menghabiskan sisa usia di rumah orang2 tua... uuwwaaa sedihnya!!
teringat kat mek di kampung! :'(
Post a Comment