Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, August 24, 2010

KAJIAN

Satu kajian dijalankan sebuah laman web di Britain mendapati, pasangan yang sudah berkahwin selama 50 tahun atau lebih, hanya bercakap satu sama lain selama tiga minit bagi setiap sejam. Percakapan mereka biasanya pada waktu makan tidak melebihi 150 perkataan.
Kajian turut mendapati pasangan kekasih menghabiskan 50 minit sejam untuk bercakap, pasangan berkahwin 10 tahun, 29 minit.
"Jelas sekali perkahwinan yang panjang ‘membunuh’ minat untuk bercakap,” kata laman web itu.


Betul ke kajian ini.?
Saya rasa macam ada yang tak kena? Mungkin kajian ini kajian di barat di mana manusia sentiasa berlari mengejar material. Berbanding dengan suasana di sini di mana pasangan suami isteri tampak lebih akrab melakukan perkara bersama, walau sudah berusia.
Ayah dan emak tiri saya sudah berkahwin lebih 30 tahun. Ayah saya suka bercakap, emak tiri saya juga begitu. Mereka saling berinteraksi dan kadangkala kalau mereka berdua bercakap macam ada 10 orang,
Saya sendiri tidak lama berkahwin, baru 8 tahun. Tapi setiap hari kami pasti bercakap, kalau tidak bersua muka pasti bertelefon dan kadangkala melalui YM. Perbualan pelbagai tapi yang pasti setiap pagi atau malam, saya akan duduk sebelah suami yang sedang membaca akhbar online Turki. Saya akan menyibuk sama bertanya itu ini, suami akan sabar melayan. Kalau saya tidak ada suami akan terjerit-jerit memanggil saya jika ada berita yang boleh dikongsi bersama.
Pengalaman saya, semakin lama saya berkahwin dengan suami. Semakin banyak kami berdua bercakap, merepek dan semakin banyak yang kami kongsi bersama.


7 comments:

Leeza said...

salah kajian ni kak NB.... kalau yang kurang bercakap mereka guna bahasa isyarat mata, hantar telepati atau blutooth....keh3.kalau yang slow sikit guna blinking2 atau gawang tangan situ sini.

AuntieYan said...

Salam Pn.Yati,

Salah kajian tu. Betul untuk orang Barat saja kot. Mungkin orang kita pun ada, tapi tak ramai.

Kak Yan dengan suami, memang sokmo...bercakap, tak habis-habis kami bersembang, dari satu topik ke satu topik. Kami diam bila suami baca paper atau tengok bola kat TV...atau pun dia tido...ha!
Alhamdulillah, dah 30 tahun hidup bersama :-)

yatie chomeyl said...

komunikasi tu penting kan kak utk kerukunan rumah tangga..harap2 suami sy pon sbar lah melayan isterinya yg cakap banyak ni hehe

Intanaziela said...

kajian tu tak betul kot kak? utk intan yang dah 7 tahun berkahwin, bercakap tu dah jadi darah daging, walaupun sorang kat umah sorang kat opis, cakap telefon pun lama2 jugak..hahahhaa

ieda said...

pada sayalah ni semua bergantung kpd personaliti org tu juga.kalau dah jenis pendiam nak buat cemana.tapi kalau jenis suka menyembang jer dah kawen berapa lama pun takdak beza.

NORHAYATI BERAHIM said...

Za..kurang bercakap tu sebab memang pendiamkan, heasy dapat pasangan pendiam mati kutulah..

Kak Yan kalau tgk boleh kat TV, lagi bisinglah kami..dapat2 yatie sokong group lain suami sokong lain..ha ha

Yatie bising ke? senyap aje ari tu akak tgk..akak yg bisingnya..ha ha

NORHAYATI BERAHIM said...

betullah intan, dapat kita yang kecoh dgn suami yang suka bercakap, hmm..kalau tak bercakap satu hari..itu tanda sakit gigilah tu..ha ha

ieda, betul tu..kalau dapat yang suka berbual tu, mesti satu hari cakap beribu2 perkataankan?