Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, August 9, 2010

PESTA BUKU JOHOR

Pesta buku Johor sudah pun berlalu. Pesta buku Johor tidak ramai sangat pengunjung, menurut kata orang ramai yang saya temui, orang Johor kalau bab membaca kurang sedikit tapi bab shopping penuh! Ha ha..ada yang mengatakan tempat tak strategi. Tapi ada pula yang kata kalau MATTA Fair dengan chocolate Fair hari itu, penuh orang sampai parking pun tak ada. Orang Johor..ada sesiapa nak jawab? Ha ha..Tapi Alhamdullah, booth nbkara sentiasa dikunjungi oleh rakan-rakan pembaca.

Cik Ian yang datang bersama Hanisah. Aik..kenapa semuanya menyenget. Ha ha ha


Beg yang Cik Ian dan Hanisah belikan untuk saya. Terima kasih banyak-banyak ye dik!


Ibu June dan anak-anak yang sanggup datang dari Kluang. Mereka semua menaiki kereta api. Terima kasih Ibujune ya terima kasih dengan kuih bahulu tu..

Bila saya beranak kecil ni? Ha ha ha..ini adalah An-nur anak kecil ibu junes.

Si Yayah yang bekerja dengan Unik Smart yang sentiasa melekap dengan Qaisara dan Qaisara melekap dengan dia. Ha ha. ha..Qaisara ayu berbaju kurung yang baru di beli dari Danga Mall, ingat nak simpan raya, tapi si Qaisara yang sentiasa teruja dengan baju kurung sudah tak boleh tunggu lagi.


Noi dan anak-anak yang datang dari Singapura, emak dan anak sama-sama cantik.


Keluarga cikgu Rohana yang datang sebanyak dua kali. Anaknya Amalina membuat persembahan koir di pesta buku ini.(berbaju hitam) Amalina dan sekolahnya memenangi tempat kedua di dalam pertandingan koir negeri Johor baru-baru ini.

Ha ha ha gambar Teta dan Yayah lagi. Yayah ni pun macam kanak-,anak riang,. Nanti jangan lupa datang kajang tau Yayah!

Hasnah yang dalam gambar nampak garang tetapi di luar dia seorang yang amat lemah lembut.


Hafiza Suraya yang datang mula-mula dgn sepupu, kemudian dengan mak. ha ha...

Bersama Shidah sepupu Hafiza Suraya, masih belajar di matrik melaka. Saya gembira mendengar pembaca muda seperti Hafiza dan juga Shidah membaca buku saya. Yelah..ramai anak-anak muda mengatakan buku saya tu agak berat.

Bersama Rozita yang tidak percaya itu adalah saya. Sampai balik pun dia macam tak percaya. ha ha ha

Kekanda saya Halimah Awang bersama anaknya  Farhana. Balik dari  pesta buku sebelum ke Melaka kami singgah dan makan nasi beryani mauritius kak Imah yang sangat sedap. Kak Imah pernah tinggal di sana mengikut suami yang bekerja di situ. Nanti saya download gambar nasi beryaninya

Izan yang berdarah manis, tak lama lagi jadi raja sehari.

Kata tak ada orang, tapi ramai juga yang datang ya. Syukur sebenarnya dan sangat gembira kerana dapat bertemu orang-orang Johor yang baik-baik belaka dan ada yang menyeberang tambak Johor semata-mata mahu ke booth nbkara. Terima kasih tak terkira pada pengunjung yang datang ya..


12 comments:

idasm said...

seronk tak terkata diorang semua dapat berjumpa dan bergambar dgn kak yati.

teringat masa mula2 jumpa kak yati dulu kat pesta buku tahun lepas. mmg teruja habislah..

an15 said...

owh how i miss Pesta Buku. Dulu masa kecik2 ada pakcik ni dtg jual buku dlm bonet proton saga dia. sejak tu minat membaca ni.

hanisah hassan said...

Akhirnya entry kak yati pasal pesta buku johor keluar....wew....bahagia sampai saat ini jumpa kak yati.Kata mak saya , kak yati seorang yang humble dan peramah. Suka benar dia jumpa kak yati. Over dari anak dia pulak.

masturah said...

rasanya sebab ramai tak tahu ada pesta buku ni. saya duduk Pasir Gudang, tak ada dengar langsung pasal pesta buku dekat JB. tak tahu la kenapa.
betul kot tempat tak strategik. kalau buat kat Persada macam PC Fair, penuh kot. :D

suriya said...

kak yati..sy org jhr kak...rasanya kurang promosi kot..saya pon org jhr tak tau pasal pesta buku ni kalau bkn sbb baca blog kak yati hari2..tp sy tak dpt pergi sbb blaja kat bangi..sy mmg menyangkal habis-habisan la kalau org kata org jhr tak suka membaca...hahaha

Chareessa said...

Tak sempat saya bergambar dengan Puan hari tu. Novel puan sudah habis saya baca, Terima kasih kerana datang ke KB. Nanti datang lagi tau!

NORHAYATI BERAHIM said...

ha ha ha ida, akak sebenarnya seronok juga dapat jumpa kawan2 pembaca ni tau..

an15, membaca jambatan ilmu..

ha ha ha hanisah nanti kirim salam kat mak ya..

mastura dalam radio sudah diwar2kan tapi bunting langsung tak kelihatan..

NORHAYATI BERAHIM said...

suriya, tak tahulah akak, tapi setiap tahu macam tu jugalah orang yang berkunjung. Seharusnya penganjur buat sesuatukan..

Chareesa, akak pun rasa rugi tak bergambar dengan you. Thanks ya sebab datang..

nurnurnurnurnur said...

Salam Puan...Puan Yati memang sangat baik dan peramah la pd peminat setia Puan. Teman di tempat kerja(Mt.e) ramai yg minat dgn Puan. Semuanya jeles tau....Inshallah klu ada Pesta Buku di masa akan dtg, Noi akan bawa satu rombangan jumpa dgn penulis hadalan Norhayati Berahim

Chareessa said...

Tu la Kak, teruja sangat dapat jumpa kak sampai terlupa! Harap ada peluang yang lain...

hafiza suraya said...

salam...akak..seronoknyer dpt jumpa akak aritu..hehe
alhamdulilah...rasa mcm x percaya akak kenal sy wlupun bru beberapa kali comment status akak kat fb..
akak,thanx a lot k!
insyaALLAH sy akan sentiasa sokong akak...semoga dipertemukan kita lagi ye..insyaALLAH...
sebenarnya byk lg nak tny akak aritu tp masa amat mencemburui kita..hehe

hafiza suraya said...

http://hafizasuraya.blogspot.com/
kak ni blog fiza...hehe