Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, August 18, 2010

SIPUT SEDUT SI TETA...

Entah dari manalah anak saya ini  keturun makan makanan klasik macam ini. Ha ha..sudah tentu dari uminyakan. Berhari-hari Qaisara pesan nak makan siput sedut. Bila dapat di pasar Kajang, dia sanggup tak bersarapan pagi mahu menunggu lauk siput sedut saya ni. Siput sedut biasanya beli taklah cantik macam ni. Selalu berlumpur. Tapi nak bersih dan cantikkan siput, mula2 bersihkan dengan air biasa. Potong buntut siput dengan belakang pisau dan kemudian gesek dengan hampas kelapa. Buat beberapa kali dan bilas dengan air.


Biasa orang masak dengan keladi, tapi kadangkala dapat keladi yang gatal. Orang sekarang berniaga bukan jujur pun. Ditariknya keladi tepi longkang entah mana, dijualnya. Saya pernah terkena dan serik nak makan keladi ke, batang keladi ke. Bila dah gatal. Satu periuk kena buangkan. Jadi saya tukarkan pada labu. Labu bukan sahaja tak gatal tapi menjadikan kuah bertambah sedap. Tak mahu angin makan labu. Rebus labu itu dahulu dan buang airnya. Basuh lagi. Insya-ALLAH tak angin.


Siput yang sudah siap di masak lemak. Kuah dia yang manis membuat anak dara saya mengambil kelongsong siput dan menceduk kuah,  menghirup  tau. Ha ha..


Qaisara belajar sedut siput. Tapi sedut-sedut tak keluar. Umilah dia yang sedut dan suapkan dengan nasi berisi labu. Satu pinggan besar dia makan. Qaisara ni punya perangai kalau dia nak makan, dia akan sebut bila dah dapat makan. Itu sekalilah dia makan sehingga dia teringat lagi seminggu dua lagi.



Lepas makan, tukar baju..
"Umi Teta mantuk tak tahan ni.."
Tapi saya dera dia berjalan-jalan dulu keliling sofa, keliling ruang tamu supaya nasi turun sampai ke perut. Saya dan bibik memang tak benarkan dia tidur selepas makan.
Tapi bila dapat tidur tak bergerak-greak, puas hatilah dapat makan siput masak lemak. ha ha ha..




15 comments:

idasm said...

untung teta.. kecil lagi dah dapat merasa makan siput sedut. kat ganu xde siput sedut ni. tahu makan bila dah kawen ni.. hehe.. jauh tul ketinggalan

(kak, leceh nak msk siput sedut ni yea.. ida x penah masak sendiri)

umie said...

wah..sedapnya...umie kalu makan siput ni..2-3 biji jer..lepas tu xnak dah.sb nak sedut 2-3 biji tu pun umie x reti nak sedut..sakit lidah dan mulut umie sedut..hahhaa

AuntieYan said...

Salan Pn. Yati,

Nak masak siput sedut kena rajinlah kan??..kena bersihkan siput tu cukup-cukup.

Suami dan anak sulong Kak Yan suka siput ni, tapi, Kak Yan sampai sekarang tak pandai-pandai nak makannya.Selalunya, kalau nak makan beli saja yang dah siap masak.

P/s: satu lagi petua supaya bila makan sayur labu tu tak angin, campurkan sedikit lada hitam dalam masakkan...boh sebiji sebiji pun boleh, boh yang dah di tumbuk pecah-pecah pun ok.

Selamat berbuka.

Epelijau said...

Salam kak Yati..
Siput sedut ni kegemaran Am juga...huhuhu...tapi tak pernah lagi masak dgn labu seperti yg kak Yati buat ni.
2 hari lepas Am beli lauk gulai keladi yang kelihatan sgt sedap, masa makan tu tiba-tiba terasa tekak macam dah nak start gatal..hihihi...apalagi, siap bermonolog suruh histamin dalam badan duduk diam-diam jangan keluar...alhamdulillah tak gatal sangat lepas tu...hihihi

aishah said...

sedapnya kak tgk siput sedut dgn labu..pandai Teta mkn wpun akak yg tolong sedutkan.....dia ikut akak suka mkn masakan klasik...hehe

Rizziela said...

Dah macam anak dara la Teta ni...besar dari umurnya

hanisah hassan said...

Family nisa tak makan siput sedut. Sebab mak tak berapa pandai masak. Tapi nisa kalau jumpa kat kedai belasah jer...Masak sambal lagi sedap.

kakyong said...

pandainya teta makan siput sedut...
saya yg dah tua ni pun tak reti makan siput sedut.. tolong masak reti lah...

len kali leh cuba resepi kak yati ni.. boh labu...

PUTUBAMBU said...

ler hai...cute betul dia..

samalah cam anak2 putu..cukup suka siput sedut.. dan satu lagi..lala masak sweet sour tu

NORHAYATI BERAHIM said...

ida iye ke kat trgn tak ada. Kat trgn tak ada paya2 agaknya. Kat melaka banyak, ingat kecik2 dulu abang akak selalu pergi sauk..

ha ha umie, memang sedut siput ni mesti ada skillkan..kalau tak tak keluarlah siput tu..

Kak Yan, oh masuk lada hitam ke? Petua ni diberi oleh doktor, kata dia..macam pucuk ubi nak buang angin rebus, perah airnya.
Tapi nak masak siput tu kak yan macam nak masak 5 lauk lainlah..ha ha

NORHAYATI BERAHIM said...

oh Am suka ke? Nak masak leceh sikitkan am. Hmm..itu yang akak tak suka keladi ni, gatal. Lebih-lebih lagi kena budak-budak. Ha ha histamin tu dengar pula kat Am ya..

aishah, si Teta ni dia ikut2 dua2, karang mood dia nak makan makaroni..makaronilah, nak siput, siputlah..he he


Rizziela, ramai cakap Teta dah 6 taun..tapi baru 4 taun..

NORHAYATI BERAHIM said...

nisah..nasib kat kedai ada jualkan dapat juga makan..

ok kak yong tak reti makan ya. Labu budak2 suka, sbb manis..

Putu akak suka masak lemak..bila dapat sedut2 tak keluar, sakit dada..ha ha

Dayah said...

Salam Kak Yati...

Ohhmakkaiii.. teta kecik cinonet pun pandai makan siput sedut.. omg..hehehe. Dayah mmg tak taw ekekekeke..

Pandang je sebelah mata.. hehehe.
Mana taw makan2 tersepit bibir kat siput tu.. hahahaha.. melampaunya imaginasi kan..

Tu dia. terkapang tiduq anak dara akak.. puas sungguh dia kan kak... syok kan.. Dayah mcm try la. Jamu orang makan hehehee..

Take care akak.. selamat berpuasa ^__~

GreenJade said...

sedap tuh kak..tenkiu kasi petua buang angin tuh yek

caya lah Teta makan x memilih tuh..haaa gendang gendut tali kecapi kenyang perut tdo x sedau diri tuh..hehehe

an15 said...

mcm2 la Teta ni, sweet. Btw saya beli buku Layang2 Bertali Kaca tu.Pulun baca dalam 5hrs flight KL-Perth. Sekarang ada kawan pinjam and dia pun tak tdo malam sb nak habis baca.