Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, August 20, 2010

TANGGUNGJAWAB KITA

Sejak akhir-akhir banyak contoh saya lihat. Anak lelaki melepaskan tanggungjawab menjaga ke dua ibu bapa selepas mereka berkahwin.
Bukankah tanggungjawab anak lelaki apabila sudah berkahwin tidak akan putus terhadap kedua ibu bapanya?
Kenapa anak lelaki bila sudah berkahwin, lupa tanggungjawab tersebut.
Sebenarnya..
Tanggungjawab mengingatkan anak-anak lelaki untuk ingat kepada ibu bapanya selepas berkahwin. Adalah tanggungjawab kita sebagai isteri.
Isteri bagi saya harus mengingatkan suami untuk pulang melihat ibu bapa, menjaga kebajikan mereka dan bertanya khabar apakah ibu bapa sihat. Isteri yang baik adalah cermin untuk suaminya menjadi baik.
Saya sudah tidak mempunyai emak dan ayah mertua. Tetapi saya yang selalu mengingatkan suami.
“Hari ini awak sedekahkan Al-Fatihah tak untuk arwah emak dan ayah awak?”
Selepas melihat suami usai bersolat. Ya untuk arwah emak saya, jika ada waktu terluang. Saya pasti sedekahkah beliau dengan Al-Fatihah. Apatah lagi apabila saya rindukan dia.
Setiap tahun kalau ada majlis tahlil saya yang akan meletakkan nama kedua-dua arwah emak dan ayah mertua saya. Kalau ada mana-mana orang membuat wakaf Al-Quran, saya pastikan selain mewakafkan untuk arwah emak saya akan pastikan untuk arwah emak dan ayah mertua pasti ada.
Selalunya suami tak tahu pun. Selepas selesai saya buat, baru saya beritahu suami.
Mungkin ada orang mengatakan, macam baik sangat?
Tetapi itu kenyataannya.
Saya sentiasa ingat tiga orang ini arwah emak, ayah mertua dan emak mertua.
Walau tak pernah jumpa ayah dan emak mertua. Tetapi mereka ada hubungan dengan suami saya.
Bahkan sampai sekarang bila suami bercerita bagaimana emaknya menyuruh suami berkahwin dengan saya dan melihat lambaian tangan terakhir emaknya.
Saya akan pasti menangis.
Selain itu bukan sahaja kebajikan ayah dan emak mertua yang harus kita jaga.
Kebajikan adik beradik suami juga.
Ada seorang adik suami yang agak susah.
Jadi tugas saya mengingatkan suami membantu adiknya. Tahu sahajalah lelaki ini. Kadangkala sepuluh kali kita ingatkan pun, dia buat tak faham.Kadangkala saya sendiri geram dan pernah berkata. Lantaklah..itu adik dia . Bukan adik saya. Tapi bila ingat adiknya yang baik terhadap saya. Masakan kita akan biarkan sahaja.
Kalau dah selesai tugas kita sebagai isteri, terpulanglah pada suami.
Kalau masih buat endah tak endah terhadap ibubapanya.
Berdoalah banyak-banyak supaya hati suami dilembutkan.
Tapi saya percaya, suami bila sudah berkahwin lebih mendengar kata isteri dari ibubapanya.
Jadi sebagai isteri..
Kita adalah sebahagian dari puncanya.
Teringat saya syair arab yang saya baca dalam majalah MUSLIMAH
"Ada tiga perkara yang boleh membawa kebahagian, rumah yang lapang, kereta yang tidak rosak dan isteri yang setia/baik"



12 comments:

Marina Monroe said...

Amat tepat apa yg NB katakan, memang lelaki mudah lupa keluarga nya bila dah beristeri. Kalau dpt isteri mcm NB bertuah lah...Alhamdulillah.

Akak pulak tak da adik beradik, so akak tumpang kasih sayang adik beradik suami.

Zana S said...

betul kata akak. apa yg kita buat adalah cermin utk suami.

tang syair tu... ' kereta yang tidak rosak??' mmg saya sgt setuju... hehehe

AuntieYan said...

Salan Pn. Yati,

Betul kata Yati tu...suami Kak Yan pun gitu juga, tiap kali kita kena ingatkan dia, suruh hubungi mak dia bertanya khabar, suruh belikan cenderahati bila balik kampung.
Mengenagkan ini semua, Kak Yan rasa gundah juga Kak Yan tak ada anak perempuan...nampak gayanya kena tackle menantu lah nanti...ha!...ha!

Insyaallah, kalau kita bebuat baik dengan mertua kita, nanti menantu kita pulak berbaik-baik dengan kita. :-)..harap-harap lah!

Rizziela said...

Betul tu.
Saya sangat setuju....

Tapi nak baik dengan adik beradik suami pada saya susah sikit. Sebab saya cepat marah kalau orang buat tak endah dengan mak pak sendiri...

Ibu bapa hanya ada satu ajer dalam dunia ni...jangan persiakan mereka selagi mereka ada..Hargailah mereka sepertimana mereka menghargai kehadiran kita dulu

hanisah hassan said...

Aduh , nisa nak jadi baik macam akak lah

yatie chomeyl said...

thanks aka mengingatkan say agak utk sedekah al-fatiha hari2 utk arwah mama

dlittlekitchen said...

iyelaa.. k.yati.. suami ni slalu ambik senang jerks, kita ni dari benda2 kecil smp laa ke benda besar nk consider...

smpkan script nk ajak adik beradik dia buka puasa pon kita gaks yg nk kena pikir... bukan apa, kita ni ala2 menarik rambut dalam tepung, rambut x putus, tepung x selerak.. cewah!!!

but seriously, apa yg k.yati tulis tu, mmg yg itu jgk ler yg mak sy ckp..

insyaallah..

GreenJade said...

kisah nih sgt dekat dgn realiti hidup saya

bungkam jek hati mengenangkan yg suka melepaskan t/jwb tuh..hmmm

NORHAYATI BERAHIM said...

oh kak nani tak ada adik beradik ya? yang selalu balik melaka tu keluarga suamilah ya? Baik dengan adik beradik suami sebenarnya tak rugi punkan kak?

Zana, yelah kereta rosak buat hati kita risau ajekan. Patah kaki dibuatnya..

kak Yan, moga-moga anak lelaki kak Yan akan ingat kak Yan sentiasa, paling penting pilih menantu yang sesuai..he he

NORHAYATI BERAHIM said...

Ziela, siapa pun kita..besar mana pangkat pun kita, kita lahir dari rahim emak dan dari benih ayah kitakan? ramai sangat skrg anak2 melepaskan tanggungjawab..sedih

Nisa, akak tak baik pun tapi jadilah muslimah yang baik..

yatie akak sering kesal tidak dapat senangkan emak, tapi berharap emak senang di alam barzakh dengan sedekah Al-Fatihah yang kita titipkan

NORHAYATI BERAHIM said...

ha ha ha..sama ajelah Roza, pak seyi tu. Kalau nak balik turki bini dialah yang susup sasap siapkan hadiah untuk adik beradik dia dan saudara mara dia..

Sian Tinie, bersabarlah ada ganjaran untuk Tinie tapi ramai sangat anak lelaki macam tukan, sedih dengarnya

Nomie Aziz said...

Kak Yati, terima kasih kerana mengingatkan saya:-)