Minggu lepas saya ke Nilai 3. Saya memang suka ke Nilai 3 tu, bukan apa. Mencuci mata di samping mencari bunga telor untuk adik yang akan berkahwin di penghujung tahun ini. Lagipun Nilai 3 hanya 20 minit sahajar dari rumah saya.
Dari satu kedai ke satu kedai saya keluar dan masuk. Saya ingat nak buat mug sebagai bunga telur, jadi masuklah KK Home Decor. Lelaki Bangladesh yang berada di situ memberitahu saya, tempahan hanya boleh didapati dalam masa 3 bulan. Mak ai! Cepat sungguh..ha ha..
Qaisara sudah membebel marahkan saya yang membawa dia berjalan tengah-tengah panas, dalam dia membebel tu ternampaklah padang permainan . Tahu sahajalah anak saya tu, kerjanya bermain sahaja. Teruslah dia terpa semua alat permainan yang ada di situ. Kebetulan ada dua orang adik beradik bermain . Kulit ke dua-dua mereka agak gelap tapi saya rasa ke dua-dua mereka melayu dari gaya percakapannya. Tidak lama kemudian Qaisara mendapatkan saya.
"Umi budak tu tanya Teta. Kenapa awak putih sangat?"
Masam mencuka muka Qaisara. Aik..orang cakap dia putih pun muka masam?
"Tak apalah memang Teta putih.."
"Teta mana ada putihlah umi, kulit Teta kulit biasalah. "
"Yelah, tapi putihlah dibandingkan dengan mereka berdua. Tak apa, dia bukan ejek Teta tu, dia puji..."
Saya tahu Qaisara fikirkan putih itu macam kertas, jadi dia agak marah bila orang mengatakan dia putih.
"Oh..iye ke umi?" Saya menganggukkan kepalanya.
"Tapi kesian juga budak dua orang tu umi ya"
"Kenapa pula kasihan?" Saya bertanya Qaisara? Saya lihat kanak-kanak berdua itu okay sahaja.
"Umi tak kasihan ke, muka dia terbakar, tangan dia terbakar. Kaki dia terbakar. Satu badan terbakar umi.."
Terbeliak mata saya mendengar kata Qaisara. Saya hanya tunduk mengulum senyum. Tidak berani ketawa kerana Qaisara mesti marah saya ketawakan kawannya yang 'terbakar' itu. Jadi biarlah saya ketawa di sini. Ha ha ha haha ha ha..Qaisara, Qaisara.
11 comments:
hahaha.. ida pun nak gelak guling2 ni kak...
keh3...unsangkarable punya ayat dari Teta yang manis.....gelak pagi.
dasat lah vocab Teta...hahahhahha..kat mana dia blajar mix n match vocab dia kak :P
hahaha..pagi2 teta dah buat intan ketawa!!
klakar qaisara tu...slalu buat org gelak..
Pandainya kata orang terbakar yer..mentang2lah teta tu putih gebu....comel ajer anti tgk
hahahaha...teta..teta.
bijak btoi Qaisara ni..dah la lawa..
semoga Qaisara mnjadi anak yg solehah dn berjaya esok nnt,insyaalllah =)
dah lama tak ketawa dengar celoteh qaisara... hahahahaha... ketawa besar dibuatnya!!!
aiyyya
kih kih kih anak dara akak nih ado2 aje lah
tesembor jagong kuor molot tau..atoiii
Post a Comment