SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layar blog novelnbkara.blogspot.com

DI PASARAN

DI PASARAN
RM29.50/RM32.50

SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui nbkara.com.my atau email kepada admin@nbkara.com.my
Pembayaran boleh melalui pembayaran ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855

Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau admin@nbkara.com.my dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor



Semua penghantaraan di Semanjung akan mengunakan pos laju dan tidak dikenakan sebarang bayaran.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, February 22, 2012

STICKY CANDY

Semalam sehari suntuk saya di kedutaan Indonesia untuk memperbaharui passport pembantu rumah. Tetapi bukan itu yang saya mahu ceritkan. Tetapi saya mahu bercerita mengenai Sticky Candy. Letih menunggu dan sebelum passport siap. Saya lari ke Pavillion bersama bibik dan juga suami. Paling kurang boleh saya mencuci mata dan membeli belah. Seperti kata bibik lama sungguh kita tak shopping ya sejak umi sakit kaki.
Ketika berjalan-jalan itu, saya dan suami terjumpalah satu kedai ini. Kedai membuat candy. Dibuat secara tradisional mengunakan tangan. Mungkin ramai yang selalu ke Pavilion dah tahu tapi saya baru tahu jadi saya letaklah entry inikan. ha ha.
Semua gambar adalah dari pak cik google ya disebabkan saya punya galaxy tab sudah kehabisan bateri kerana dipakai guna di kedutaan untuk membuang rasa bosan. Kamera pula saya terlupa bawa.

Macam inilah gayanya candy itu dibuat tetapi di pavillion semalam, candy merah. he he


Kemudian digelek-gelek menjadi seperti ini dan dipotong. Semua menggunakan tangan.

Saya belikan Qaisara yang campur seperti ini. Disebabkan saya tinggalkan dia seharian, petang pula Qaisara ada kelas piano jadi saya dan suami bergesa ke kelas piano untuk mengintai Qaisara. Dia ke kelas di hantar oleh Mak Usunya. Bukan main gembira sekali apabila dia melihat kami. Terlompat-lompat dia apabila melihat kami mengintai dia dari pintu (perasaan ketika itu sangat indah) Ha ha



Satu botol harganya. RM19.90. Saya teringatkan Fariz anak kawan saya Haryati Baharom  yang suka makan gula-gula. Hendak saya belikan mereka di Johor. Jadi,  awal-awal lagi saya dah pesan dengan suami. Camkan kedai ini, jadi kalau saya suruh dia beli nanti senanglah. (suami memang suka melepak di kedai kawannya yang dia Pavillion itu) 
Cepat sahaja suami angguk.
Itu tanda dia sukalah dengan candy ini sebab kami dok pulun makan yang diberi di kaunter. Ha ha ha

Siap yang terliur, cepat pergi beli. Kedai ini terletak tidak jauh dari food court di tingkat bawah.


Tuesday, February 21, 2012

BAHASA ORANG POLITIK

Qaisara dan sepupunya ketika menyambut hari jadi Zafran a.k.a Haji..ha ha

Beberapa hari yang lepas saya dan Qaisara baru lepas solat maghrib . Dia kemudian bangun, membuka telekongnya dan kemudian duduk di birai katil.
"Umi..umi..bibir Teta macam kering ajelah.."
'Aik kenapa Ta?"
Saya melihat Teta mengebam gebam bibirnya.
"Bibir Teta keringlah umi, tekak pun macam tak selesa sahaja.."
Apa pula si Teta ni. Demamkah budak ni? Tapi tadi ceria sahaja. Masa solat pun baca Al Fatihah bukan main kuat lagi, sampai bacaan umi dia kelam kabut sedikit. Ha ha ha
"Teta demamkah Ta?"
Saya bangun dan mahu meraba kepala dia.
"Teta tak demamlah umi, tapi bibir kering tekak tak selesa. Kalau dapat susu okay agaknya.."
Cehh...main politik pula si Qaisara ni. ha ha ha..

Qaisara hidupnya tidak bermakna tanpa susu. Sudah berapa kali saya mengusik dia. Berhenti sahajalah minum susu, Qaisara dah besar. Esok kalau Qaisara kahwin pun bawa susu habis kena tinggal dek suami (ini lawak orang tua menyakat ha ha ha ) Tapi dia bukan kisah pun. Cuba bayangkan sudah 6 tahun usianya tetapi saya terpaksa bangun buatkan dia susu. Nasib tidak macam beberapa tahun yang lalu, setiap dua jam. Sekarang tengah malam hanya sekali sahaja.
Dan mungkin kebijaksanaan bercakap macam orang politik itu disebabkan susu..ha ha ha

Saturday, February 18, 2012

ULASAN MENUNGGU KERETA API

Jujur saya tidak pernah meletakkan apa-apa ulasan buku seseorang di blog saya ini. Kerana saya berasakan blog ini adalah kehidupan peribadi saya yang harus jauh daripada kerjaya sebagai seorang penulis. Tetapi pagi ini saya terpanggil membaca satu blog dari seorang pembaca yang baru mengenali buku saya dan saya sangat terharu. (Liza Bujang yang suruh saya baca)

Bagi saya mengekalkan hubungan saya dengan pembaca yang sedia ada sama sukarnya menarik pembaca yang tidak pernah membaca buku saya. Namun syukur Alhamdulilah, pembaca ini yang dikenali sebagai Engku Muzahadin http://engkumuzahadin.blogspot.com/2012/02/menunggu-kereta-api.html Baru pertama kali membaca buku saya dan sukakannya. Ini satu kegembiraan buat saya dan terima kasih diucapkan kepada Engku.


"Sejujurnya, ini merupakan karya pertama tulisan Norhayati Berahim yang saya baca. Meski, nukilan beliau agak popular namun entah mengapa sebelum ini tidak pernah tergerak hati untuk membaca. Bahkan, ini juga pertama kali membaca novel terbitan NB Kara. Dan usai membacanya, baharulah saya mengetahui sebab musababnya penulis ini mempunyai pengikutnya yang tersendiri juga setia berdiri di sampingnya."

"Saya jatuh cinta pada kisah ini. Tidak salah andai dikatakan cerita ini tidak pernah sama dengan ratusan cerita lain yang pernah dibaca"

Apa yang ditulis di dalam blog Engku Muzahadin sangat memberi semangat untuk saya berkarya dengan lebih baik, teratur dan penuh pengisian.

Terima kasih juga pada para sahabat yang tidak pernah jemu membaca karya-karya saya. Saya akan mencuba menulis yang lebih baik walau saya tahu, saya bukanlah yang terbaik.

P/S Walau ada kedai buku yang bersengkongkol dengan pengedar yang mahu membunuh karier saya tapi Alhamdulilah, Menunggu kereta api sudah masuk ke cetakan ke 3 dalam masa 4 bulan.


Thursday, February 16, 2012

TEKA TEKI

Hari ini sekolah Qaisara mengadakan majlis hari jadi untuk anak-anak yang lahir pada Jan dan Feb. Qaisara pun sibuk samalah sedangkan hari jadinya sudah sebulan berlalu. Mula-mula dia suruh pesan cup cake. Jadi saya pesanlah sebanyak 80 biji.
Gambar dari pak cik Google.


Kemudian suruh pula pesan karipap. Kata Qaisara tak ada karipap mana best umi. Setiap hari jadi pasti ada karipapkan? Pandai sahaja anak saya, manalah dia tahu tak ada karipap hari jadi tak best. Ha ha ha..

Pak cik google juga..

Balik dari sekolah, Qaisara membawa balik topi yang berbentuk binatang. Kalau tak silap saya topi Qaisara berbentuk seperti rusa, hadiah dari sekolahnya.  Lalu dia bercerita.
"Umi..umi. Kami yang sambut hari jadi semua pakai topi binatang ini. Umi tahu tak ada seorang kawan Teta tanya teka teki?"
"Teka teki apa sayang?"
Qaisara memang suka teka teki. Banyak teka teki yang dia ada.
"Teka teki, teka teko..binatang mana yang didunia ini paling cantik."
Terkebil-kebil saya mahu menjawab seraya berfikir sejenak.
"Hmm burung merakkah Ta?"
"Taklah umi.."
"Habis tu  apa?"
"Kawan Teta cakap, Tetalah.."
"Arghhh..Teta.?"
Mata saya terbeliak dan kemudian baru saya dapat menangkap.
"Yelah umi.."
"Kawan Teta yang bagi teka teki tu lelaki ke perempuan.."
Malu-malu Qaisara menjawab.
"Lelakilah umi.."
Ha ha ha ha..aduh...budak-budak sekarang, kecil-kecil lagi sudah pandai menghayat!






Monday, February 13, 2012

MAC D VS RENDANG

Ini cerita sudah basi. Rasanya kisah minggu lepas atau dua minggu lepas. Saya ke Sogo, tidak ada apa pun yang saya beli kecuali susu mak cik Teta. Ha ha.. Yelah susu dia yang harga RM95 turun pada RM85, beli 3 tin jimat juga saya RM30kan?
Selepas puas berjalan di Sogo itu selama 4-5 jam, sampai solat pun dua waktu di sana. Saya turun untuk makan bubur Mac Donald. Saya kalau pergi mac donald itulah yang saya makan. Saya ajak suami makan sekali, dia mengelengkan kepalanya. Kata dia, dia kenyang. Jadi dia temankan saya langsung tidak teguk air liur melihat saya makan dengan erti kata sebenar buat tidak peduli.
Langsung tidak terusik.
 Padahal dia sukakan burger. Kalau keluar dengan dia, tidak pizza hut, mac donald atau KFClah tempat dia menjamu selera.
Selepas makan saya pulang ke rumah. Dalam hati berkata juga. Pasti balik nanti dia suruh saya masak. Di kepala saya sedang merancang menu ringkas apa yang akan dimakan oleh suami.
Tiba sahaja di rumah, belum saya masuk suami sudah berkata.
"Honey, ada rendang semalamkan. Panaskan saya nak makan lagi.."
Ha ha ha patulah dia tak mahu makan. Rupanya teringatkan rendang semalam.  Suami memang suka sangat rendang dan boleh makan 3 hari berturut-turut. Sedangkan dia sangat cerewet dan dia biasanya  dia makan mengunakan siste al carte. Setengah jam atau satu jam sebelum makan, dia akan membuat pesanan dari saya.  Tetapi dengan rendang, panas berkali-kali pun masih mampu dimakannya.
Mac Donald kalah juga akhirnya dengan rendang. ha ha ha


Thursday, February 9, 2012

DOA Si Kecil

Lama sungguh saya tak update blog. Kalau rumah tak berkemas mahu sudah berabuk 12 incikan? Hey...12inci bukan satu kakikah? Ha ha ha
Sejak akhir-akhir ini lutut saya tidak begitu baik. Sampai nak solat secara biasa pun tidak boleh. Kena duduk kalau tidak, mahu menangis setiap kali berdiri dan duduk. Alhamdulilah semakin baik selepas saya berurut. Saya ingat masalah lutut saya adalah masalah bagi orang yang berumur. Tetapi menurut tukang urut itu, urat saya sudah bengkak dan urat saya sudah demam. (bukan demam urat tetapi urat yang demam tau).
Melihat saya yang berjalan dengan amat payah, Qaisara selalu berlari-lari mahu memapah saya. Pantang sahaja dia melihat saya berdiri mahu berjalan. Tetapi budak kecil apalah yang boleh dilakukan, penghabisan saya papah dia semula. Ha ha
Malam tadi ketika saya berbaring, Qaisara duduk di hujung kaki saya. Diusap-usap lutut dan juga betis saya. Dengan suara yang kuat dia membaca Al Fatihah dan ayat tiga Kul. Suami yang berada di sebelah hanya memerhati sahaja. Kemudian mulutnya menghembus kaki saya.
Kemudian saya melihat dia menadah tangan dan berdoa.
"Ya ALLAH kau beri perlindungan pada umi aku (dia mahu menyebut perlindungan sampai tergeliat lidah). Sihatkan umi aku, biar dia boleh jalan. Ya ALLAH kau bagi healthy umi aku. Ya ALLAH aku nak tengok umi boleh jalan baik-baik."
Masa itu saya pandang suami, suami pandang saya. Di dalam hati rasa sangat terharu. Memang setiap kali Qaisara sakit. Saya akan bacakan ayat Al Quran padanya. Saya akan berdoa di hadapannya . Begitu juga kalau saya sakit atau demam. Itu yang dilakukan oleh suami kepada saya. Jadi sudah pasti Qaisara melihat dan mengikut.
Moga-moga dengan doa si kecil ini, kesihatan saya bertambah baik. AMIN
Gambar ini tidak ada kena mengena dengan cerita, sengaja nak tayang gaya si Qaisara..he he he

Monday, January 30, 2012

CIRI CIRI PEMBANTU RUMAH YANG BAIK?

Ada orang tanya saya, bagaimana mahu mendapatkan seorang pembantu rumah yang baik. Bagaimana hendak tahu pembantu rumah itu solat, berpuasa atau menutup aurat. Susah saya nak jawab soalan ini. Tetapi dari pengalaman saya. Saya memang meminta pembantu rumah dari agen seorang yang bersolat, berpuasa dan menutup aurat. Tetapi bila saya dapat pembantu rumah, datang kepalanya togel, pakai pula seluar pendek. Rasa nak marah? Tapi saya tahan. Bagi saya itu dugaan saya. Saya harus mendidik pembantu rumah saya bukan sahaja mengenai kerja rumah tetapi perihal menutup aurat, bersolat dan berpuasa.

Ini dari pengalaman saya. Apa yang saya telah lakukan sepanjang saya mendidik pembantu rumah saya.
1. Saya beritahu dia, kena solat. Duduk rumah saya suka tak suka kena solat. Nanti malaikat rahmat tidak masuk ke rumah orang yang tidak solat. Saya bercakap dengan cara yang lemah lembut tetapi tegas

2. Pembantu rumah saya tidak menutup aurat, saya belikan dia seluar panjang. Belikan dia tudung dan semua pembelian saya itu saya tidak tolak dari gajinya. Saya anggap sebagai hadiah.

3, Berpuasa, pembantu rumah saya sebelum ini tidak berpuasa katanya. Jadi saya temankan dia berpuasa ganti. Saya berpuasa sunat dan dia berpuasa ganti mana yang dia tidak berpuasa. Selagi daya saya boleh membantu saya bantu. Kemudian bila bulan ramadhan nampak dia sangat letih, saya bergurau dan cuba memahami. Saya selalu cakap..tak apa dua jam lagi, pergi rehat. Tak apa sejam lagi.  Teruskan..memang macam budak-budak tetapi jangan dibentak. Kita harus bagi dia semangat berusaha berpuasa. Saya juga berpuasa enam bersama-sama dengannya dan kami bersahur dan berbuka bersama.

4. Anggap dia sebagai keluarga supaya dia selesa. Setiap kali sebelum tidur saya ajar Qaisara berdoa dan pembantu rumah saya Sri Sariyanti Kasan Rejo pasti akan masuk dalam doa kami. Jadi kadangkala bila si kecil yang mulut banyak itu bercerita yang saya dan dia berdoa untuk bibik saya, bibik saya sangat bangga dan berbesar hati. Bahkan dia pernah menangis dan mengatakan, tidak ada orang yang berdoa untuknya selama ini kecuali kami.

5. Saya bawa dia bercuti dan kadangkala saya bagi dia duit untuk membeli belah ditempat percutian. Kalau saya ke mana-mana tanpa dia, dialah saya dan suami paling ingat untuk dibelikan cenderahati.

6. Mengenali keluarganya, bila dia pulang bercuti kekampung pasti akan saya titipkan buah tangan untuk emak, ayah, kakak, anaknya dan saudara maranya.

7. Saya juga berkunjung ke rumah pembantu rumah saya, menerima keluarganya sebagai keluarga saya. Bagi saya kalau satu hari nanti dia tidak bekerja dengan saya, saya tetap anggap dia keluarga saya.

8. Saya jarang menegur pembantu rumah saya, tidak cerewat di dalam bab makan, tidak pernah mengata masakannya tidak sedap (tetapi biasanya saya yang masak). Saya memberi kebebasan dia berkawan, bahkan saya mengenali semua kawan-kawannya dan majikan kawan-kawannya. Saya bantu kawannya yang di dalam kesusahan jika perlu.

9. Selalu berkongsi cerita, bahkan rasanya dia lebih banyak bercerita dari saya. Jika saya demam dia yang risau keterlaluan kerana saya akan menjadi seorang yang senyap dan dia tidak ada kawan bercerita. Ha ha ha..

10. Saya mengajar Qaisara menghormati dia seperti mana Qaisara menghormati saya, babanya dan saudara maranya. Tidak sesekali saya membiarkan Qaisara membentak-bentak hanya kerana dia pembantu rumah.

11. Semuanya saya serahkan pada ALLAH, tetapi saya sering membersihkan hati saya untuk tidak mengganggap dia pembantu rumah yang harus dilayan dengan layanan pembantu rumah. Siapa pun dia saya harus hormati dia sebagai manusia yang jauh daripada keluarga untuk mencari rezeki dan Alhamdulilah, dia menghormati saya sebagai seorang kakak dan kawan.

12. Saya yakin kalau kita bersikap baik dengan pembantu rumah kita, berdoa selalu pada ALLAH insya-ALLAH kita akan mendapat pembantu rumah yang bersikap baik dengan kita juga.




Sunday, January 29, 2012

DATANG BAWAK APA?

Sudah seminggu saya tidak berapa sihat. Biasalah saya kalau bulan Januari atau Febuari ni, bulan alergi. Tetapi malas nak melayan badan walau kadangkala terpaksa juga layan. Apatah lagi di kampung saya asyik melihat tapak tempat rumah baru ayah saya. Rumah asal pula harus dikosongkan segera kerana akan dirobohkan oleh kerajaan bulan hadapan. Jadi segala habuk dari lori yang keluar masuk membuat jalan serta  dari tapak rumah baru membuat sistem tubuh badan saya menyerah kalah. Sampai beberapa malam saya tidak boleh tidur kerana bantuk tanpa henti.

Adik saya Ateh dan Kairina yang sudah lebih dua minggu berada di hospital. Saban hari sebelum saya dan Qaisara tidur kami tidak putus berdoa untuk anak kecil ini.

Anak buah saya Kairina pula sudah lebih 2 minggu berada di hospital kerana mengidap penyakit septic athritis. Sekejap doktor pakar menyuruh dia  dibedah, sekejap doktor mahu membuat pengawasan lebih lanjut. Lepas keluar dari hospital Pantai masuk pula hospital besar Melaka. Ada beberapa orang kawan-kawan saya datang melawat iaitu Kusyi suami isteri Hari ini Kham dan Tini datang melawat. Adik saya yang beritahu. (Terima kasih daun keladi ke kawan). Saya pula tidak dibenarkan suami pulang ke kampung buat sementara waktu.

Tini dan Kham, gambar ini diambil oleh mak cik Teta ketika berkunjung ke Teratak Rahmat.

 Bila mendengar Kham dan Tini datang, pantas sahaja Qaisara bertanya..
"Umi kak kham datang bawak apa untuk Kairina?"
Hesy mak cik Teta ni siap bertanya orang datang bawa apa.
"Tak tahulah umi. Umi tak tanya Mak Teh (adik saya, emak pada Kairina)."
"Oh ingat kak Kham bawa karipap. Kak Khamkan  suka bawa karipap. Datang rumah kita bawa karipap, pergi rumah aunti Balqish bawa karipap, pergi rumah aunti Kusyi bawa karipap.."
Ha ha ha aduh mak cik Teta ini sangat pemerhati tau. Sentiasa memerhati apa yang orang buat dan semuanya disimpan dalam kepalanya.  Kemudian masih terdengar dia membebel seorang diri.
"Kak kham, Kak Kham..karipap, karipap, karipap.."
Ha ha ha ha ha ha.

P/S Memang Kham selalu datang dengan buah tangan karipap.


Friday, January 27, 2012

KALAU MACAM TU TAK JADILAH....

Bukan majalah ini yang saya belek, ini saya ambil dari pak cik google. Tapi sedikit lebih kurang macam inilah. He he he..

Saya sedang membelek majalah untuk membuat hantaran dan datanglah si Qaisara duduk di pangku saya dan sibuk membelek sama.
"Wah..cantiknya, cantiknya. Wahhh..ini warna merah jambu lagi cantik."
Riuh mulut Qaisara bercerita. Menunjukkan pada saya hantaran berwarna merah jambu. Tahulah Qaisara yang sangat fanatik dengan merah jambu.
"Umi yang ini ada tali pinggang untuk lelakikah?"
'Yeap untuk lelaki tetapi pihak perempuan yang kena buat"
Terang saya pada Qaisara. Terkebil-kebil mata dia cuba menangkap apa yang saya sampaikan padanya.
"Kenapa orang perempuan kena buat?"
"Yelah orang perempuan bagi dekat lelaki jadi orang perempuanlah kena buat. Masakan orang lelaki nak bagi orang lelaki balik barang barangnya."
Penerangan saya agak panjang tetapi hairannya Qaisara faham kali ini.
"Nanti Qaisara kahwin, Qaisara nak warna apa?" Tanya saya sengaja mengusik.
"Qaisara nak warna pinklah umi.."
Yakin sahaja si anak ini, menyebabkan saya tergelak.
"Qaisara tahu tak? Esok Qaisara kahwin, Qiasara kena masak untuk suami Qaisara, Qaisara kena basuh bilik air. Qaisara kena cuci baju, Qaisara kena mop lantai.."
"Wahhh..banyaknya kerja Teta kena buat umi kalau macam tu Teta tak mahu kahwinlah. Cancellah umi.."
Pulak..ha ha ha. Gelak besar saya dibuatnya.

Monday, January 23, 2012

LAWAK SEPONTAN

Anak buah saya Ojan/ Fauzan sedang menonton telivisyen bersama adik saya Kamal yang dipanggil Pak Uda. Mereka menonton perlawanan sepaktakraw.
Kamal : Wow...bagus dia  orang punya lipat
Ojan : Yelah pak uda
Kamal : Ojan pandai tak lipat?
Ojan : Hmm..kalau belajar betul-betul pandailah Pak Uda
Kamal : Hesy Ojan ni, masakan lipat net pun tak tahu..
Ojan : Hesy pak uda ni...
Kami semua ketawa beramai ramai.