Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Sunday, May 31, 2009

BUNGA DAN BUAH

Baru tiba dari Istanbul. Memang agak penat kerana saya memang tidak tidur dalam perjalanan. Kita layan gambar bunga dan buah dulu...

Strawberi dan Mulberry di Bazaar Bursa


Bunga apa yang ni? Tanya suami dia sendiri tidak tahu..

Ini buah peach yang masih lagi muda belia..

Daun Mint..


Kaliboru, buahnya sedap di buat air.


Starwberi di pergunungan UluDag


Ini pokok bawang putih...


Putik epal. Buah epal akan mula meranum dalam bulan July-August


Pokok ini macam Rosellkan?Menurut kata suami bila ianya masak boleh dibuat air, wangi dan sedap. Tapi dia sendiri tidak tahu namanya..


Buah ceri yang sedang masak meranum..

Buah ceri di pasar..abaikan perempuan yang berposing di situ..he.he..


Inilah lebah yang banyak di musim bunga


Aprikot yang masih muda..akan masak dalam bulan Jun-July..

Buah Badam, masa muda buahnya boleh di makan begitu sahaja..rasanya masam. Kalau masak sambal udang letak badam muda, saya rasa mesti sedap..

Thursday, May 28, 2009

HADIAH UNTUK HAIKAL

Sekejap lagi saya akan ke Istanbul, menaiki free. Kalau menaiki bus 4 jam tapi dengan feri cuma satu setengah jam sahaja. Saya tidak pasti di sana ada wifi atau tidak, kalau tidak saya akan sambung bila balik Malaysia nanti. Sekarang tengah sibuk Read Malaysia dan saya tidak sabar ke pesta buku di Mines itu. Akhir-akhir ini saya tidak banyak bercerita pasal Qaisara. Tetapi anak dara saya ini banyak sungguh tingkahnya.
semalam ketika mengemas barang dan membeli apa yang patut (saya banyak beli untuk anak2 buah sahaja) Qaisara bertanyakan soalan pada saya.
"Umi this for who umi"
"Utk Kak Alin, untuk abang Irfan, Danish,A untuk Mak Usu..bla-bla..
"Umi you not buy for haikal umi?"
"Haikal. Do I know him sayang?"
Saya mengerutkan dahi saya.
"Alah..Haikal the handsome boy .."
Allah-Allah2..Haikal handsome boy manalah pulak. Puas saya bertanya dia Haikal yang mana satu dan akhirnya Qaisara memberitahu.
"Haikal,,his mother..your friendlah umi.."
Lama termenung akhirnya saya mahu sahaja ketawa guling-guling. Rupanya Haikal anak Lily Haslina..kah..kah..Macam mana dia boleh ingat Haikal sedangkan dia jarang jumpa Haikal. Hanya sekali sekala sahaja.
Dan hari ini saya terpaksa mengheret Qaisara ke bazaar mencari-cari apa yang Qaisara mahu belikan untuk Haikal. Walau tidak mahal, itu pemberian Qaisara dan saya berharap yang Haikal akan sukakannya nanti!
Aduh lily.anak kita ni macam-macam hal..ha.ha

SAHABAT

Memang ramai orang mengatakan pada saya, sahabat itu tidak penting. Sahabat kadangkala menyusahkan dan ada pula pernah sampai ke telinga saya. "Pegi mampuslah dia tak mahu kawan dengan aku, aku tak hairan. Paling panting suami aku dan adik beradik aku.Kalau susah bukan aku minta tolong dia!"
Kenapa sampai begitu sekali kita menghukum persahabatan. Sedangkan Rasuallah sendiri pernah mempunyai sahabat akrab seperti Abu Bakar, Ali dan Osman. Bahkan dalam Islam persahabatan kerana ALLAH memang cukup digalakkan dan ALLAH merahmati setiap manusia yang menjalani persahabatan kerana ALLAH. Bahkan kalau orang-orang Islam tidak bertegur selama tiga hari apa hukumnya. Saya rasa kita semua tahu..betapa cintanya ALLAH kepada manusia yang sering bersahabat antara satu sama lain.
Saya sendiri ramai sahabat, walau tidak terlalu rapat tapi saya akan berusaha membantu mana yang perlu jika mereka perlukan bantuan. Saya seorang yang cukup berdikari, kalau ada masalah saya akan selesaikan sendiri dan selepas selesai barulah saya memberitahu adik beradik dan kawan-kawan saya. Namun sesekali saya perlukan bantuan sahabat, rakan atau jiran saya. Saya beruntung mempunyai jiran cina dan sahabat seperti Mami Ah Kua, dia yang membawa Qaisara ke klinik ketika saya sibuk ke pesta buku, dia sekeluarga tolong melihat-lihat pembantu rumah dan adik-adik yang saya tinggalkan ketika berada di Turki. Inilah salah satu fungsi sahabat dan jiran dalam hidup kita.
"Honey..cepat-cepat turun ada kawan nak jumpa awak.."
Semalam ketika mahu berehat di hotel saya di ajak oleh suami yang baru pulang dari berjumpa dengan kawan-kawannya. Tahu sahajalah kawan suami memang ramai.
"Siapa?"
Tanya saya?
"Alah si H.."
Saya pun turunlah bersama Qaisara. Saya kenal kawan suami ini H namanya. Mengusahakan syarikat pelancongan. Saya menyapanya dengan hormat dan dia juga. Seorang duda beranak dua yang tampan pada hemat mata saya.
"Esok mari saya belanja awak makan.." Dia memberitahu saya. Saya mengerling suami dan pantas sahaja menjawab.
"Ada beberapa urusan yang perlu kami selesaikan dan petang kami harus ke Istanbul dengan feri"
"Mari saya hantar awak sehingga ke feri"
Kawan suami itu mempelawa. Suami menolak kerana semalam ada kawannya yang lain telah berjanji akan menghantarnya. Kami berbual seketika sebelum dia meminta diri untuk pulang.
"Awak ni nak menayang bini ngan anak, semua kawan awak awak temukan dengan saya.."
Saya bersungut, suami ketawa. Kata suami dia kenal semua kawan saya masakan saya tidak boleh bertemu dengan kawan dia. Dia memberitahu H kawan baik dia, ketika H bercerai dan kecewa dialah yang mendengar rintihan H dan sekarang H marah bila hampir mahu balik, suami baru menelefon H.
Dan malamnya suami ke kafe menonton bolasepak antara MU dan Barcelona (Orang2 Turki jarang yang menyokong MU tidak macam di Malaysia).
"Tadi ada kawan lama saya,tidak berapa rapat saya jumpa di cafe, dia menceritakan kesusahan hidupnya kerana krisis ekonomi dan dengan selamba dia minta saya duit. Saya cuma ada 30TL dan saya berikan padanya semua. Berkali-kali dia mendoakan saya murah rezeki. Tak mengapakan honey,,"
"Tak apalah kerana ALLAH akan beri awak rezeki kerana bersedekah..."
Mungkin lelaki ini dikatakan cuba mengambil kesempatan tapi apa salahnya berlapang dada pada sahabat yang kadangkala tidak ada apa-apa..

P/S ini pandangan peribadi saya mengenai sahabat, walau dalam hidup saya sudah ramai terkena dengan sahabat baik sendiri tapi saya tahu itu dugaan ALLAH untuk saya.

Wednesday, May 27, 2009

BERUNTUNG ANAK-ANAK KITA

Ini sebahagian daripada uniform sekolah tinggi di Turki. Setiap sekolah mempunyai uniform yang berlainan.

Semalam saya sempat ke sekolah tinggi di turki. Sekolah di Turki di bahagi pada 3 bahagian. Sekolah rendah dari 7-11 tahun, sekolah menengah rendah 12-14 tahun dan sekolah tinggi 15-17 tahun.
Sekolah Tinggi di Turki mempunyai uniform yang berlainan. Terpulang pada sekolah, negeri atau daerah. Kadangkala ada negeri yang memberi subsidi pakaian pada para pelajarnya. Saya bertanya suami kenapa pelajar perempuan sekolah tinggi uniformnya skirt dan lelaki pula berseluar panjang. Tidak sejukkan kalau musim salji. Suami menjawab..
"Inilah Turki yang mendakwa negara Islam dan mempunyai masjid di mana-mana.."
Wang yuran kemasukan ke sekolah tinggi bergantung pada status sekolah tersebut. Kalau sekolah kampung dan rendah kualitinya yuran kemasukan lebih kurang Rm3,500 dan kalau sekolah yang agak baik yuran kemasukannya sehingga RM20,000. Memang tidak percaya tetapi itulah hakikat kehidupan di negara Turki yang separuh berada di Asia dan separuh di Eropah ini.
Sekolah yang saya kunjungi ini mempunyai lima tingkat dan hanya mempunyai padang bola keranjang sahaja. Tidak ada padang bola sepak mahu tennis seperti di Malaysia.
Bilik darjahnya tidak mempunyai tingkap di dalamnya hanya ada tingkap yang kecil menghadap keluar. Tidak macam bilik darjah di seluruh Malaysia mempunyai tingkap di kiri kanan. Saya benar-benar berasakan seperti di dalam penjara.
Alangkah bertuahnya belajar di Malaysia, cuma anak-anak kita kadangkala malas mahu belajar. Cuba bayangkan kata suami, kalau ada 3 orang anak di sekolah tinggi? Mahu pengsan emak bapak bila semestar bermula!
Turki murah dengan textile. Mana-mana t-shirt dengan kualiti yang lebih baik dibandingkan dengan negara china dijual dengan harga RM10-20 sahaja. Tetapi mahu masuk ke tandas kita terpaksa membayar RM1-R=M1.50 setakat ini saya tidak pernah berjumpa dengan WC yang percuma di Turki ini. Bahkan mahu masuk ke tandas pun terpaksa membeli token dan memasukkan ke dalam mesin palang seperti menaiki LRT.
Saya memerhatikan setiap stesen minya, gas LPG yang biasa digunakan oleh kereta di sini dijual dengan harga yang berbeza. Total, BP dan sebagainya mempunyai harga yang berlainan. Ada yang menjual TL1.54, TL1.59 dan TL1.,49. Bila saya bertanya suami, dia sendiri tidak faham kenapa..he..he.
Esok saya akan ke Istanbul, bermalam dua hari di sana sebelum terbang pulang ke Malaysia. Saya sudah puas makan ceri dan sudah puas makan hamsis..

Hamsi, ikan yang bertulang lembut ini di jual dengan harga TL5 di Turki bersamaan RM12. Kecil-kecil sahaja.

Rasa tak sabar pulang ke Malaysia tapi saya tahu saya akan rindukan Turki yang serba murah buah-buahan dan sayur-sayurannya. Baru saya melawat bazar sebentar tadi, ceri sudah turun sehingga RM3 sekilo.

Hamsi ini biasanya dimasak goreng bertepung dimakan dengan roti, bawang dan tomato dan kalau suka letak perahkan air lemon di atasnya. Kalau di malaysia sudah pasti saya masak sambal..keh..keh..

SAHABAT BUKAN UNTUK MENGAMBIL KESEMPATAN

Puncak Ulu Dag masih diliputi salji sana sini walaupun musim sejuk sudah lama berlalu.

Hari ini saya merayau lagi di Ulu Dag, semalam hanya dipertengahan jalan sahaja sambil menanti-nanti kalau-kalau ada beruang atau landak yang melintas, tetapi tidak ada. Semalam kami singgah di ladang strawberi yang masih hijau buahnya. Kali ini kami sampai ke puncak Ulu Dag yang masih bersalji. Perjalanan yang tidak dirancang itu menyebabkan saya tidak memakai baju sejuk. Apa lagi menggeletarlah apabila cuba bermain dengan sajli . Sedangkan suami selamba sahaja.
Qaisara pula memang sepanjang masa saya meletakkan baju panasnya di dalam beg saya. Di puncak gunung kami singgah di sebuah restoran. Apa lagi, restoran sucuk (macam salami) atau daging panggang. Daging panggang di Turki di kira mengikut kilo, sekilo TL18. Lebih kurang RM40 mahalkan. Tapi di puncak ulu dag di jual dengan harga TL36. Sekali ganda.
"This is the best yogurt!"
Sebaik sahaja yogurt sampai saya pantas sahaja merasa. Sebelum berkahwin dengan suami pun saya pengemar yogurt. Yogurt di uludag memang sangat sedap. Rasanya sangat halus dan tidak terlalu masam.(Setiap hidangan Turki memang selalunya ada yogurt. Tapi amat jarang dapat jumpa yogurt buahan-buahan seperti di Malaysia).
Dan daging panggangnya pun amat sedap sekali. Dagingnya begitu lembut walaupun dimasak secara 'well done'. Patutlah harganya pun sedap.
"Satu masa dahulu.."
Ketika kami turun dari Ulu Dag, suami bercerita. Saya memerhati keluar, melihat pokok Pine yang tingginya berpuluh-puluh meter. Cantik tapi agak mengerikan. Kalaulah pokok-pokok ini tumbang....
"Saya dengan A (kawan suami saya yang saya ceritakan semalam), pernah ke sebuah pusat peranginan.Menjalankan perniagaan. Dia menjadi partner saya dan saya banyak mengajar dia bagaimana mahu berniaga. Ketika berjalan di pantai, dia bertumbuk dengan seorang lelaki sehingga hidung lelaki itu berdarah dan mulutnya pecah."
Saya mendengar dengan tekun. Suami memang terlalu banyak cerita. Dari dia saya mengutip terlalu banyak pengalaman.
"Melihat lelaki itu jatuh kami lari, tetapi lelaki itu sempat mengambil nombor kereta saya. Beberapa bulan kemudian saya menerima surat dari mahkamah untuk datang perbicaraan. Saya dituduh menumbuk seorang lelaki ..."
Saya mengerutkan dahi, cerita itubaru kali ini saya dengar.
"A yang pukul lelaki itukan bukan awak.."
"Iya..A yang pukul tetapi kereta itu kereta saya dan A sudah ke New Zealand.."
"Apa jenis kawan macam tu.." saya berasa sedikit geram.
"Saya kemudian didapati bersalah dan perlu ke penjara selama 3 bulan dan ketika itu A menerima berita tersebut dari seseorang.."
Cerita suami lagi. Tenang sahaja dia. Saya pula yang geram.
"Kenapa awak tak cakap yang A pukul lelaki itu dan lelaki itu masakan tidak ingat siapa yang pukul dia.."
"Honey..kamu fikir undang-undang semuanya adil."
Saya terdiam. Betul juga kata suami. Kalau udang-undang itu adil, politik Malaysia tidak kucar kacir sekarang.
"Pelik ,masakan lelaki itu tidak tahu bukan kamu yang memukulnya.."
"Dia tahu tapi kerana tidak dapat A, sayalah yang menjadi mangsanya dan apabila A mendapat tahu apa yang berlaku, dia kemudian meminta tolong salah seorang saudaranya berpangkat tinggi di dalam tentera dan akhirnya saya dibebaskan dengan bayaran TL3k(mata wang dulu, mata wang sekarang sudah bertukar). Sebab itu sampai sekarang A tetap menghormati saya, apa sahaja bantuan yang saya mahukan dia akan berikan tanpa banyak soal tapi saya tidak pernah meminta apa-apa. A terlibat dengan Mafia di luar negara tetapi sekarang dia menjalankan perniagaan bersama beberapa ahli politik..."
"Tapi dia nampak baik.."
"Ya..orang seperti dia memegang semangat setiakawan yang cukup tinggi"
Dan apabila turun daripada Uludag, A menelefon dan bertanya kenapa suami tidak datang ke pejabatnya dan kalau mahukan pemandu dia akan sediakan, tapi jawab suami tidak mengapa kami sudah ada kereta sendiri.
"Persahabatan bukan bermakna kita perlu mengambil kesempatankan honey?"
Tanya suami dan saya hanya mengiakan sahaja.
Sampai sekarang saya terfikir kata-kata suami. Ya..persahabatan bukan bermakna kita boleh mengambil kesempatan...

Tuesday, May 26, 2009

DAH DAPAT MAKANAN LAUT...

Ini dia UluCami, di hadapannya ada taman tempat orang2 melepak. Memang orang sentiasa ramai di sini. Masjid merata-rata di Turki ini tapi yang bersolatnya hanya seorang dua.

Aduh..hari ini kaki saya rasa nak patah. Selepas merayau dari satu bazar ke satu bazar kami duduk melepak di ulu cami (sebutan ulu jamek). Suami mengajak saya ke Uludag (Gunung Ulu) yang tidak jauh daripada Green mosque Bursa. Suami mahu membawa kami menaiki cable car ke sana namun apabila sampai ke tempat cable car kami diberitahu yang cable car tidak berfungsi sampai ke penghujung bulan June. Aduh..hai, jadi suami menyuruh teksi yang membawa kami turun semula dan pergi ke Green Mosque, tujuan suami mahu mencari mana-mana kawannya untuk meminjam kereta. (kawan suami saya merata2 di Bursa ini).
Kami terjumpa dengan seorang kawan baik suami yang hampir 6 tahun tidak ditemuinya. Dia menghantar kami ke Gunung bersama dengan kereta MPV Merc siap dengan pemandunya. Mula-mula pening juga kepala saya, sudahlah jalan ke gunung bengkang bengkok saya pula duduk membelakangkan pemandu kerana kereta tersebut mempunyai tempat duduk yang berhadapan antara satu sama lain (kereta mahal2 buat seat macam tu). Saya teringat kereta yang sering digunakan oleh mafia dalam filem inggeris.
"Kawan awak tu kerja apa?"
Tanya saya pada suami. Suami saya ketawa dan menyeringai lebar. Yelah..sudahlah siap dengan pemandu, saya tengok bodyguardnya pun ramai. Setiap lima minit ada sahaja orang menelefon pemandunya. Bahkan dia tidak memakai telefon pun kerana katanya tidak mahu diganggu. Kalau mahu menelefon, telefon pemandu atau bodyguardnya.
"Pukul orang.."
Suami ketawa-ketawa. Ahh..suami saya sudah pasti main-main. Tetapi setiap kali ditanya itulah jawapan suami saya.
Selepas ke Uludag, kami ke Taman Culture, bermain di taman yang seperti gala-ala Genting itu. Pemandu kawan suami saya kemudian datang mengambil kami untuk makam malam di restoran ikan di sana.
Aduh..terlepaslah niat saya mahu makanan laut. Walaupun cuma ikan bakar tapi jadilahkan..syukur syukur sangat dan suami berjanji untuk membawa saya ke sana nanti lagi.
Selepas makan, kami ke rumah emak kawan suami saya Ketika kami sampi, emaknya sedang bersolat (Asar hampir pukul 6 skrg ini). Kami berbual lama dan balik ke hotel dengan berjalan kaki.
"Lain kali ke Turki jangan tidur di hotel. Kami banyak rumah..tidur sahaja di rumah kami.."
Pesan kawan tersebut yang memang fasih berbahasa Inggeris. Saya hanya mengatakan Insya-ALLAH.
"Kawan awak tu kerja apa?"
Tanya saya lagi sepanjang kami balik berjalan kaki ke hotel.
"Kaki pukul.."
"Aik..masakan dia kaki pukul, emak dia bersolat.."
Suami tergelak besar. Kata suami emak beriman masakan ada jaminan anaknya pun beriman. Sampai sekarang hati saya tertanya-tanya, betulkah kata suami saya atau mahu mempermainkan saya.
Tapi apabila melihat cara gaya beliau, saya terfikir mungkin benar cerita suami. Saya kenal suami saya, dia bukan peduli kawannya siapa, asalkan kawan itu baik dengan dia. Dia akan baik dengan orang itu....
Dan entah mengapa, saya sudah semakin suka dengan hidup Bursa yanng penuh warna warni

P/S Sebentar tadi hospital di Bursa terbakar dan 8 orang terkorban...

Bursa di lihat daripada Gunung Ulu...

Monday, May 25, 2009

BUNGA MAGNOLIA

Ini dia bunga magnolia.

Sekarang adalah waktu untuk melepak dan bershopping. Masuk ke satu kedai ke satu kedai. Saya terjumpa satu Factory outlet yang menjuall barang-barang berjenama seperti levis, esprit dan sebagainya dengan mengikut kilo. Sekilo TL25. Saya mengutip baju dalam 8 helai untuk pembantu rumah saya, ojan dan adik-adik saya. Apabila ditimbang cuba berhargaTL39. Murahkan!
Saya sempat masuk ke pusat billard kepunyaan seorang rakan suami. Lelaki itu bercerita mengenai krisis ekonomi yang berlaku menyebabkan dia kehilangan RM4 juta dalam perniagaan textile. Sekarang dia mengusahakan pusat billard. Pusat itu memang besar, ada lebih 20 meja billard dan dibawahnya ada cafe bersama 4 skrin besar telivisyen. Kalau ada perlawanan bola sepak, cafe tersebut sudah pasti penuh. Sahabat suami saya itu sekarang menghidap kanser prostat tetapi apabila bercerita dengannya dia begitu positif dengan kehidupan dan saya berasa bangga dengan sikapnya yang sebegitu.
Dan petangnya suami dengan kereta membawa saya ke kampung, mahu mencari pokok ceri untuk saya bergambar, sepanjang jalan kami berjumpa dengan ladang peach, suami menawarkan diri untuk berhenti tapi saya menolak dan kemudian saya menyesal!
Namun syukur saya dapat bergambar dengan pokok ceri. Lepas penat posing sana sini saya akhirnya suami memberitahu ada satu restoran istemewa yang pasti saya akan suka katanya.
Dan apabila saya masuk, rupanya restoran itu menyediakan daging panggang dan kambing panggang! Saya rasa mahu meraung..ha.ha(saya tak makan kambing).
Dan Qaisara hanya makan yogurt sahaja kerana katanya daging panggang tersebut busuk.!
Dan malamnya ketika saya tidur, suami menyelinap keluar. Tapi saya tidak kisah kerana saya tahu dia mahu berjumpa dengan kawan-kawannya. Dan pada pukul dua belas malam, suami saya mengejutkan saya dan meletakan sekuntum bunga mongolia yang cantik dan wangi di tangan saya. Rupanya dia keluar semata-mata pergi memanjat pokok mongolia dan memetik bunga tersebut untuk saya!!

Bila saya tengok pokok magnolia yang dipetik bunga oleh suami, mak datuk tingginya. Kata dia pada waktu malam sahaja dia boleh memetik pokok tersebut kalau waktu siang bandaraya nampak habislah dia kena hambat..ha.ha..

Sunday, May 24, 2009

KEBAB KEBAB KEBAB

Yeah! Yeah! Selepas dibega oleh saya setting komputer ini akhirnya saya dapat Wifi tak payahlah saya berjalan kaki mencari internet cafe.
Saya sudah tidak begitu tahan untuk makan kebab ayam dan daging setiap hari. Saya mahu mencari udang, kerang, sotong serta ikan di sini. Itu makanan saya setiap hari, saya memang tidak gemarkan ayam atau daging. Sebab itu saya mendapat sedikit tekanan perasaan.ha.ha.ha Tapi memang sukar kerana Mazhab Hanafi tidak membenarkan pengikutnya untuk makan, makanan laut kecuali ikan. Qaisara asyik bertanyakan beberapa snek kegemarannya tetapi mana mahu dicari. Kalau di Istanbul ada satu tempat menjual pelbagai ikan, Tetapi di sini suami kata ada tetapi jauh..
Huh..makanan adalah satu hiburan tetapi kalau makan sudah tidak menghiburkan? Tetapi mesti ada yang cakap bersyukur kerana kita ada makanan tetapi apabila kita diberi pilihan sudah masti kita memilih apa yang kita sukakan? Ha..ha..saya mahu keluar makan.kebab, kebab oh kebab...

PERJALANAN KE BURSA

Alhamdulılah saya sudah sampai ke Bursa. Kami menginap di hotel kepunyaan salah seorang sahabat suami. Agak selesa dan besar. Semalam TL100 x 2.1 lebıh kurang RM210, saya dıberıtahu yang dı hotel ada wıfı tetapı entah mengapa komputer kecil Asus saya tıdak dapat mengaccess wifı tersebut. Saya sekarang di ınternet kafe salah seorang rakan suamı. Huruf Turki yang amat berlainan dengan huruf yang sering kıta gunakan menyebabkan saya sedikit mengagau, jadı kalau ada perkataan yang salah, abaıkan sahaja.
Di sını saya dapat menikmatı ceri dengan sepuas-puasnya. Musım sudah bermula tetapi suami merungut kerana ceri dı sını mahal. RM10. Kata dia kalau musım ceri sebenarnya tıba harga cerı boleh dapat dengan harga RM2 sahaja. Mak aı...murah sungguh! Tomato dı sını dı jual dengan harga RM2 untuk 3 kılo. Murah-murah gıla..

Sedıkıt catatan perjalan ke Bursa.
1. Setıap kanak-kanak yang membelı tıket untuk menaıkı bus dıwajıbkan menyertaıkan salınan pengenalan dırı untuk mendapatkan potongan 20%.

2. Setıap bus express mempunyaı dua pelayan yang memakaı pakaıan seragam. Selalunya pelayan ını lelakı. Saya bertanya suamı berapa gajı mereka, suamı suruh saya tanya sendırı..ha..ha

3.Apabıla semua penumpang mengambıl tempat, pengumuman dıbuat supaya telefon dı matıkan. Undang-undang ını perlu dıpatuhı kalau tıdak pelayan akan datang menerpa dan mengambıl telefon kıta. Inı pernah terjadı pada saya satu ketıka dahulu, saya mengunakan palm top untuk bermain game dan pelayan mahu merampasnya tapı saya mempertıkaıkan dengan mengatakan ıtu hanya palm top bukan telefon. Dıa membenarkan saya bermaın dengan ısyarat bunyı palmtop ıtu dıtutup.

4.Dı dalam perjalanan penumpang akan dıjamu dengan teh atau kopı dan juga kek. Kalau masıh terasa lapar, jangan segan memınta kek atau coke yang memang mereka sedıakan. Yelah tambang pun boleh tahan mahal...

5.Bus hanya berhentı dua kalı, dua jam awal perjalanan dan sejam sebelum tamat perjalanan, saya hanya membuat solat menghormatı waktu kerana bus tıdak berhentı ketıka waktu subuh. Saya hanya tıdur-tıdur ayam kerana mahu memastıkan Qaısara tıdur dengan lena dan selesa.

6. Jalan raya selepas wınter amat teruk, kata suamı memang begıtu setıap kalı lepas musım saljı jalan raya akan rosak dan kerajaan membelanjakan berjuta-juta TL untuk memperbaıkınya.

7. Lupa mahu memberıtahu, stesen bus menyedıakan trolı sepertı dı lapangan terbang tapı perlu meletakkan pengenalan dırı dan mengambıl kupon dı sana. Bıla trolı dıpulangkan kad pengenalan atau passport akan dıkembalıkan pada kıta.

8. Dı ınternet cafe ını ownernya menyedıakan teh untuk saya, saya ıngat memang semua pengunjung dıberı teh tapı rupanya kerana saya ısterı Seyıt Kara..huwah ha ha ha

Dı Turkı adalah perkara bıasa melıhat perempuan berjubah dan memakaı tudung menghisap rokok, abaıkan perasaan tıdak enak anda kepada mereka kerana itulah perkara bıasa apatah lagı dı musım sejuk..

Majlıs perkahwınan yang harus dıhadırı oleh kamı pada pukul 2 petang rupanya dıtunda pada pukul 10 malam, saya tıdak jadı pergı kerana Qaısara tıdur dan suamı terlambat sampaı dı Dewan Bandaraya kerana terlelap. Yelah pukul 10 dı sını pukul 3 pagı dı Malaysıa....

Saya sudah rındukan sambal kerang, meehon goreng, jemput2 dan palıng utama kakak saya Maznah dan Mıjah yang setıap harı pastı saya telefon jıka berada dı Malaysıa, saya rındukan Ojan..huwahhh, saya sudah homesıck...

Saturday, May 23, 2009

BERANGKAT KE BURSA

Hari ini saya ke rumah bapa saudara suami saya. Puas saya mengambil gambar kebunnya yang dipenuhi pokok aprikot, ceri, apple, bawang putih, badam dan bunga tulip. Tapi sayang, semuanya baru tengah berputik. Pokok anggur pun belum berbuah lagi Sedang menangkap gambar bunga-bungaan, saya dikejar lebah. Besar sungguh lebah di sini. Suami mengajar qaisara sesuatu yang menyebabkan saya ketawa.
"Bee berak honey.." Ha..ha..ha..
Saya sebenarnya tengah menunggu bas ke Bursa. Kami singgah ke Salon Selma, anak buah suami saya. Selama bekerja di salon sejak berusia 15 tahun dan beberapa tahun yang lepas, bos tempat dia bekerja menyerahkan salon tersebut kepadanya. Dia baru berusia 23 tahun. Saya beritahu suami, seharusnya anak-anak yang tidak suka belajar akademik perlu belajar kemahiran seperti Selma. Di salon Selma, Qaisara di make over, di makeupkan, dicat kukunya..aduh..rosak anakku. Rambutnya diberi glitter kerana saya tidak membenarkan rambut Qaisara di usik.
Bagusnya walau Selma ni nampak rugged tapi dia hanya menerima pelanggan wanita sahaja.
Cuaca begitu sejuk sekali. 15-18 darjah celcius. Harga tiket ke Bursa RM100 seorang, perjalanan sejauh 10 jam. Keraslah punggung saya....

Friday, May 22, 2009

Anekadot

1.Di sini terutamanya di Keyseri, Kapacali, Salfatli bandar dan kampung berdekatan, bahasa Inggeris memang tak laku. Bercakap macam ayam dengan itiklah kita Ketika saya bercakap dengan suami di sebuah kedai, sepasang suami isteri berbual sama sendiri, mengatakan yang saya ini Orang Arab Saudi..pulak dah.

2.Ketika menunggu urusan suami membuat urusan menukar geran tanah. Seorang lelaki tua menarik tangan Qaisara. Ya.bakim..(mari sini) kata dia. Saya terperanjat, apatah lagi Qaisara. Rupanya lelaki itu mahu mencium Qaisara.

3.Qaisara sudah kena sindrom hello kitty, nampak sahaja gambar Hello kitty di jaket, baju dan seluar di Bazar. Dia mesti cakap dengan saya.
"Umi i want this.." Macam umi dia cetak duit. Ha.ha.

4.Terung banyak digunakan dalam masakan daerah sini, mana-mana saya pergi ke rumah saudara mara mesti terung dihidangkan. Tapi terung di sini cantik dan tidak berbiji. Saya belajar memasaknya. Dua hari di sini badan saya letih tapi gembira.

5.Setiap kali berita di telivisyen selesai di Turki, akan disiarkan pembunuhan 47 orang di daerah Kurdis di East Turki. East Turki masih berpegang, darah pasti dibalas dengan darah. Di majlis perkahwinan tersebut pengantin perempuan di dendami oleh seorang lelaki yang berahi terhadapnya. Lantas dengan 6 orang saudara maranya, mereka menembak pengantin perempuan dan saudara mara yang menghadirinya (penembak itu adalah salah seorang jemputan). 47orang terkorban. Menitis air mata saya melihat mereka menari kegembiran di hari perkahwinan tersebut dan kemudian ditembak tanpa belas kasihan. Cuma yang hidup ayah pengantin perempuan. Ramai kanak2 dan wanita terkorban.

6.Salah seorang anak buah saya bekerja di salon di sini. Mereka beria-ia menyuruh saya mewarnakan rambut. Suami saya? Bukan dibantunya saya menolak pelawaan tersebut bahkan beria-ia sama mengajak saya hari ini ke salon untuk mewarnakan rambut. Pulak dah..ha.ha. Dan apabila saya beria2 menolak rambut qaisara pulak mahu diwarnakan..

7,Saya tengah menunggu suami di hadapan dewan bandaraya, di tengah padang. Menghadap masjid di mana arwah bapak mertua saya menjadi muazim dan kadangkala imam selama 18 tahun...

8.Qaisara tengah berposing dengan jaket hello kittynya sambil mengejar burung..balik nanti saya letak gambar dia ya..cuaca di sini nyaman seperti di Genting. Petang kami akan ke Bursa menaiki bas selama 10 jam. Tidak ada kapalterbang dari Keyseri ke Bursa. Ingat malam tadi mahu naik keretapi, menyewa satu bilik untuk kami sekeluarga tapi urusan tanah belum selesai lagi. He.he.nasib ada Wifi di tengah padang ini. Wifi Swiss.com. Tibai ajelah..

CERITA LAGI

Hari ini saya ke Sifataali, kalau ikut jalan lama 300km dari Keyseri. Suami meminjam kereta salah seorang saudaranya. Minyak di Turki cukup mahal. RM5 satu liter. Jadi kereta mercedes S320 itu menelan RM500 untuk memenuhi perut tanknya. Kami melalui jalan pergunungan di mana pokok daisy berwarna kuning memenuhi setiap jalan. Memang cantik. Sesekali kami berhenti di pinggir jalan. Minum dari air gunung yang disediakan di situ. Suami berasa begitu seronok sekali kerana kata dia kali terakhir dia ke sana 8 tahun yang lalu, bersama arwah emaknya menikmati hot spring . Jarak antara satu kampung ke satu kampung memang agak jauh dan setiap jalan masuk ke kampung dipapan tandanya ada diberitahu berapa ramai penduduknya yang ada.
Di Siftaali (penduduknya 11 ribu) hajat makan ceri termakbul tetapi ceri jenis di sini kecil-kecil belaka. Sekilo ceri RM10, strawberi RM8 di sini. Kami mengunjungi kakak suami yang sudah berpindah ke sana kerana menemani anak yang mengajar rekaan fesyen di sekolah (pelajar 15 tahun ke atas yang tidak begitu berjaya akan di ajar mata pelajaran ini).
Ada perkara lucu berlaku di rumah kakak ipar saya. Saya memang tidak fasih berbahasa Turki, hanya faham sedikit-sedikit sahaja. Bahkan dialeknya yang berlainan menyukarkan saya. Seorang jiran kakak ipar datang membawa puding beras dan memeluk saya tanda pengenalan diri. Dia bercakap terjerit-jerit dan begitu dekat dengan saya. Saya yang tidak faham hanya tahu bercakap tamam, tamam..
Rupanya jiran tersebut pekak. Dia ingat kerana dia pekak dia tidak mendengar jawapan daripada saya dia bercakap lebih kuat. Sedangkan memang saya tidak bercakap pun, saya hanya senyum-senyum sahaja. Dan apabila dia pulang baru dia sedar. Saya sebenarnya bukan orang Turki itu pun selepas kak ipar memberitahu..ada rupa orang Turki ke saya..ha.ha.

Thursday, May 21, 2009

SAMBUNG CERITA

Saya sudah tiba di Keyseri, lapanganterbangnya buat saya benar-benar terperanjat bahkan selepas itu saya ketawa besar. Bayangkan bahagian arrival hanya seperti kabin kecil dan orang yang menunggu penumpang terpaksa menunggu di luar.
"Kalau winter macam mana?"
Saya tanya suami. Suami beritahu kalau musim salji, selalunya kapalterbang tidak berfungsi. Patutlah..
Suami menyuruh pemandu teksi membawa kami ke Sur Hotel. Tetapi komen pemandu teksi tersebut.
"Tidak pernah orang turun dari kapalterbang pergi ke hotel tersebut.."
Sebenarnya saya tidak tahu apa-apa tentang hotel tersebut. Memandangkan saya sudah kepenatan. Jadi saya memang tidak ada masa untuk memilih-milih,
Mak ai hotel yang berharga RM140 itu tidak mempunyi air panas (bayangkan di Turki tak ada air panas. Malam cuacanya 15darjah}. Tandasnya pun Qaisara tak 'mahu masuk. Kata Qaisara busuk. Biliknya amat kecil, paipnya berbunyi seperti bergegar satu hotel.
"Dua puluh tahun dahulu hotel ini yang terbagus di sini.."
Kata suami, saya seperti nak menangis berguling-guling. 20 tahun dahulu? Penghabisan saya tak jadi menangis saya ketawa besar. Suami tidak mahu membawa saya tinggal di rumah adiknya kerana mereka memelihara anjing dan anjing itu suka mengigit kaki orang. Ha,ha
Hari ini suami akan ke Dewan Bandaraya, menyelesaikan semua hal tanah di kampungnya. Semua tanah tersebut di letak atas nama suami. Jutawan weh kalau dekat sini. Tetapi suami mahu meletakan ke nama adiknya yang agak kurang bernasib baik.
"Dari tanah itu ditinggalkan, biarlah saya berikan pada adik saya"
Saya terlupa membawa kabel camera, tak boleh nak update gambar. Rupanya di Keyseri ceri belum bermusim. Tetapi strawberi sebesar penumbuk anak kecil harganya sekilo hanya RM7 begitu juga aprikot. Suami beritahu saya makan tu ingat-ingat sikit, awak tu senang dapat batuk. Saya puas makan mante dan baklava.
Tengahari ini kalau cuaca baik kami akan ke gunung sebelum ke kampung, melihat rumah yang telah lama suami tinggal dan dia bercerita bagaimana dia melihat lambaian tangan emaknya yang terakhir sebelum emaknya menghembuskan nafas yang terakhir. Sedih weh...
Ketika saya menulis ini Qaisara mengacau. Saya marah dia. Dia tanya saya balik.
"Why you angry umi.."
Saya beliakkan mata saya. Dengan muka yang selamba dia bertanya.
"You dont love me umi?
Auwahah.hah..anakku..anakku....
Teruk-teruk hotel ni pun rupanya ada wifi....

Wednesday, May 20, 2009

CERITA SEDIKIT

Sudah sampai di Turki sekarang tengah melepak di lapangan terbang domestik. Wifi free. Kat airport biasalah kalau tak ada wifi free memang cekailah airportnya..ha.ha.
Saya tak dapat tidur kerana menjaga Qaisara yang tidur. Saya takut dia terjatuh daripada kerusi. 13 jam perjalanan memang meletihkan sekarang sudah masuk 17 jam saya tidak tidur.
Bertengkar sedikit dengan suami, saya suruh dia beli tiket online ke Keyseri, return cuma 350usd dia tak mahu, kata dia boleh beli di Airport Turki. Pengabisan one way tiket aje USD400 utk tiga orang. Nak saya kata apakah ini tanah air dia..ha.ha.ha Dan hari ini Turki cuti, sebab tu tiket melambung-lambung harganya.
Ada satu keluarga Turki membawa dua anak kecil, duduk di hadapan saya. Anaknya menangis sahaja. Pening kepala saya dibuatnya. Nanti saya cerita kenapa tapi sempat tanya suami. Macam inikah ibubapa Turki? Suami cakap ini keluarga pelik. Tengah-tengah malam anaknya yang berusia setahun jatuh dari kerusi, bergolek dan ayahnya dengan selamba mengutip sedangkan jantung saya macam nak terhenti..
Jumpa lagi, kena boarding..jumpa wifi free saya cerita lagi..

Tuesday, May 19, 2009

SALAM BERANGKAT

Yeah! Yeah! Sebentar lagi saya akan berangkat. Ampun maaf kepada pembaca blog ini jika ada salah dan silap saya selama ini. Doakan perjalanan saya selamat dan insya-ALLAH kalau diizinkan tuhan, kalau dapat line di sana. Saya akan update blog saya ya..kepada Nik Fauziah, Lily Haslina, Lizabujang, Idasm, Ibujunes, Nor, Bai, Aween, Hanimadu, mama apih, nuar, umie, ain, Intan, Sara, Dea Sara. Dhan, Kak Yong. Fadilah, Wanupeh, Yatie chomeyl, My Hasla, Leeya, Anim dan kepada sesiapa terlupa saya sebutkan namanya yang mendoakan perjalanan balik dan pulang saya terima kasih yang tidak terhingga.
KITA JUMPA LAGI SEHINGGA 1 JUNE..dan jangan lupa singgah di Gerai NB Kara di Mines ya! Wassalam..

Monday, May 18, 2009

I NOT LOVE UMI!


Saya jarang menonton telivisyen pada waktu malam. Kalau menonton pun biasanya menonton rancangan kanak-kanak. Sampaikan saya lebih hafal rancangan kanak-kanak daripada rancangan saya sendiri. Malam tadi sempena hari guru saya menonton drama di Astro. Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Kerana khusyuk menonton saya tidak begitu mempedulikan Qaisara.
"Umi i not love umi..." (bahasa budak-budak)
Tiba-tiba Qaisara yang sedang bermain mengeluarkan kata-kata tersebut. Dia sebentar tadi nampak senyap senyap sahaja.
"Ya..sayang.."
"I not love umi.."
Wajah Qaisara masam mencuka. Hati saya tersentap, rasa terlalu sayu dan kecil hati. Suami yang leka menghadap komputer ketawa-ketawa. Matanya melirik jam di dinding.
"Dont so sensitive. Go to the bed honey.." suruh suami saya apabila melihat muka saya yang begitu sedih.
Selalunya pukul 10 malam saya sudah naik ke tingkatan atas. Membaca buku untuknya. Baru-baru ini saya ada membelikan satu buku kisah bintang yang amat disukainya..
"Tortoise are slow animals..."
Walau dia tidak tahu membaca tapi dia akan mengulangi apa yang saya baca untuknya..
"Rabbit eat their own stool.."cerita saya dan Qaisara akan menyambung "Yeark ! disgusting!"
Tapi malam ini saya tidak menghiraukan dia jadi mungkin itu protes dia untuk saya. Jadi saya bangun menutup telivisyen dan membuatkan dia susu. Saya bawa dia ke tingkatan atas. Selepas dia baring dan minum susu, dia memberi saya botol susu tersebut sambil tersenyum dia berkata..
"Umi i love you so much..unccountable!" (dia belajar dari babanyalah tu..)
"I love you too sayang.." Balas saya sambil memeluk dan mencium dia. Hati saya yang sedih sebentar tadi berbunga semula. Dan apabila Qaisara sudah tidur, suami memberitahu tak perlu sensitif dengan anak-anak. Mereka tidak tahu apa yang mereka cakapkan dan mereka akan lupa apa yang telah mereka cakapkan. Sama macam babanyalah. Kalau bercakap masa marah..macam-macam dicakapnya tapi lepas lembut dan baik, dia lupa apa yang dicakapnya..ha.ha.ha..(nasib suamiku tak tahu membaca bahasa melayu..).

Sunday, May 17, 2009

KENAPA BAWA PANADOL BANYAK-BANYAK!

Lizabujang cakap tak payahlah bawak barang-barang banyak sangat terutama panadol tu. Saya tahu dia tidak tahu cerita sebenar dan paling penting. Ubat di Turki bukan macam ubat di Malaysia. Murah. Dekat sana sudahlah mahal dan ubatnya macam tak kena dengan saya.
Hari itu saya seorang diri menaiki penerbangan SIA ke Singapura. Saya berhenti di Singapura sebelum terbang ke Cyprus, Turki dan Greek. Di sana ada kawan yang akan menunggu saya. Ketika itu saya masih belum berkahwin. Dan dalam berjalan kaki di lapangan terbang Changi itu, saya melihat seseorang wanita yang kelihatan terhoyong hayang. Mabukkah dia? Tapi tampak dia seperti kepenatan atau keletihan.
“Are you okay?”
Saya bertanyakan wanita yang berbangsa cina itu. Dia menganggukkan kepalanya tetapi saya tahu dia tidak okay. Lantas saya pegang tangannya dan saya papah dia duduk di salah satu kerusi yang ada di sana. Airport di Changi bukan seperti di Malaysia, dari satu Gate ke satu Gate boleh menaiki keretapi. Tetapi di Changi, terpaksa berjalan kaki!
(dah lama sebenarnya saya tak transit di Changi lagi)
“What happen to you?”
Saya bertanya.
“I got headache!”
Wanita itu memberitahu dia sakit kepala teramat sangat dan seperti mahu pitam. Dia sebenarnya dalam perjalanan ke Italy. Penerbangan yang berlainan dengan saya dan tanpa saya sedar dia sebenarnya satu kapalterbang dari KLIA dengan saya sebentar tadi.
“Ini..”
Saya menghulurkan sekeping panadol dan saya keluarkan dua biji panadol dan berikan kepadanya berserta dengan air mineral yang saya bawa (dulu boleh bawak air naik kapalterbang, sekarang imigrisen lempar dalam tong sampah kalau kita bawa!). Dia mengambil dan memasukkan ke dalam mulutnya. Saya temankan dia buat seketika dan beberapa minit kemudian dia tampak okay!
Bila saya mahu beredar dia mengucapkan terima kasih berkali-kali kepada saya. Kata dia pertolongan saya amat besar maknanya bagi dia. Dan saya berikan dia beberapa biji lagi panadol untuk peneman dia nanti (walaupun saya tahu dia boleh mencarinya di dalam air port itu).
Hati saya puas dapat menolong. Membawa panadol atau ubatan memang habit saya untuk keluar negara. Dengan ubat kita boleh bersahabat dengan orang lain dan memberikan sedikit pertolongan. Walau tampak kecil tapi cukup berguna. Dan untuk Lizabujang cerita akak ini akan memberi jawapan pada Liza kenapa akak bawa panadol banyak bila travel. Dan saya sering mengingatkan diri sendiri, jangan pertikaikan perbuatan seseorang kerana setiap orang mempunyai alasan dan ceritanya sendiri!

SHOPPING LAGI!


Apa lagi, selagi tarikh balik ke Turki tak sampai. Selagi itulah shopping..shopping dan shopping. Tengoklah terpaksa beli cokelat berbalang-balang. Beritahu dengan suami..macam mana kita nak bawak ni. Sebab apabila sampai ke Istanbul kami kena naik lagi kapalterbang domestik ke Keyseri, lepas tu ke Bursa. Aduh! ...Ubat-ubat untuk kecemasan dan maggi untuk kecemasan perut saya..ha.ha (silap-silap besok bawak balik semula)

Handbang dan juga barang kemas ni untuk di bawa ke sana. Sambarlah apa sahaja yang ada.. huhh. Udahlah semalam Sogo mak datuk. Ramainya orang. Macam barang semuanya percuma.

Bila asyik beli barang kemas untuk orang lain. Saya terlihat set ini dan suka pula. Saya cakap dengan suami. Kita simpan untuk Qaisara kahwin nanti..huwah..ha.ha..mak aik..jauhnya berangan. Dan petang itu saya berjuma dengan Idasm dan Ida hadiahkan saya kain batik Terengganu. Dalam hujan dia berjalan kaki dapatkan saya di Sogo. Kami berbual lama. Bila berbual..tahu ajelah. Mana nak berhenti. Kasihan Ida..batuknya teruk sungguh. Ida..kena rehat lama-lama jangan fikir pasal restoran Ida..

Saturday, May 16, 2009

KASIHAN..


SEOUL (AFP) - - A homeless South Korean unable to withdraw his life savings because he could not remember his real name has died in poverty, officials said. (macam mana orang tak ingat nama sendiri ya!)

The man, believed to be aged 56, died of cancer last month, leaving 128 million won (just over 100,000 dollars) in a bank account that was opened in early 1993 under the alias of Na Hae-Dong. (wah banyak tu dalam RM350k)

The account was frozen several months later when a law took effect to ban accounts held under false names, as an anti-corruption measure.

Deposits were still allowed but the account holder had to register a real name to withdraw money, something "Na" could not do.

"He didn't know what his real name was or where he was born. We tried but failed to identify him," Yoo Joon-Soo, the senior official of Yongbong district in the southwestern city of Gwangju, told AFP by phone.

The man collected scrap iron and other junk and slept on his cart under plastic sheets before moving in 2007 into a makeshift shelter made from a shipping container.

Though he could not withdraw from the account, he kept putting in savings.(macamana bank Korea ya, bank-in boleh withdraw tak boleh?)

"He used to say he wanted to buy a home with his savings," Yoo said. (kasihan, sampai mati pun tak dapat beli rumahkan!)

"Last month, we applied for court approval to create his new ID and the court procedure was under way."

A local court is expected to order that the savings revert to the state, he added.


P/s The moral of story..jangan bagi nama anak panjang-panjang. Nanti anak tak ingat nama sendiri. Bukan sahaja anak tak ingat, kita pun tak ingat. Teringat kata seorang ustaz. Beri nama anak yang ringkas, yang akan kita sebut sentiasa. Ini kita letak tiga nama, satu nama sahaja kita sebut dan dua nama lagi terpinggir. Dan berilah anak dengan nama yang membawa maksud yang baik-baik.

Thursday, May 14, 2009

DEMAM LAGI!

Bukan demam betul-betul sebenarnya tapi demam shopping. Selasa minggu hadapan tidak lama lagi jadi sekarang saya telah pulun mencari buah tangan untuk dibawa pulang ke Turki. Suami pula sedap-sedap aja memberi senarai apa yang perlu dibeli. Katanya, sayakan suka bershopping. Ahh..shoppinglah puas-puas. Macam perli aja! Saya memang suka membeli belah, tidak kisahlah untuk saya atau siapa pun, tetapi kalau membeli dengan senarai panjang, pening jugalah. Tapi tadi dapatlah saya membeli beberapa barangan. Ada banyak lagi yang belum dibeli.

Barangan ini untuk anak-anak dara.

Ini untuk yang mak-mak atau mak cik-makcik.


Ini untuk anak-anak muda.


Muslimah ini untuk saya. Kalau muka saya tak keluar pun selalu beli juga muslimah ni..ha.ha..

Tengah-tengah ambil gambar anak dara ini bersuara 'umi one please!'. Suruh ambil gambar dialah tu..ha.ha.

Tuesday, May 12, 2009

BALIK KAMPUNG MAKAN CERI!


Yeah..yeah..
Balik kampung makan ceri..
Baru dapat tiket pulang ke Turki. 19 pergi 31 kembali ke Malaysia.
Hati berbaur antara gembira dan bosan.
Bosannya 12 jam dalam perjalanan. Stopover di Dubai. Ini perjalanan paling pendek melalui MAS. Kalau mengikut SIA, ada transit. Kalau ikut Gulf Air, Emirates lagilah dahsyat. Mungkin 19 jam mungkin 20 jam..
Tapi apa-apa pun saya perlu fikiran buah ceri yang merah menawan. Supaya dapat makan sepuas-puasnya.
Sekarang saya kena merancang. Apa yang perlu dibawa ke sana untuk buah tangan.
Cokelat,
Jam tangan,
Kamera
Kaftan
Mangga kering
Rendang
Sardin
Tuna..
ha..ha.ha.
Dan saya tahu saya akan sibuk mulai hari ini..
Ah! Bencinya nak pack barang!

SABUN DAH HABIS!

Sabun minyak Zaitun yang banyak terdapat di Turki.

"Soap finish! Soap finish!"
Suami sudah menjerit di muka pintu bilik air. Saya yang sedang bermain tampal stickers dengan Qaisara berpandangan antara satu sama lain. Kalau Qaisara terlebih rajin dialah yang meluru turun dan meminta sabun mandi dari pembantu rumah dan diberi kepada babanya. Tapi kali ini Qaisara seakan acuh tidak acuh sahaja. Jadi sayalah yang turun dan mengambilnya di kabinet dapur. Hairan saya, baru dua minggu lepas saya membawa naik 6 buku sabun protex. Masakan sudah habis?
"Sabun di Malaysia ni tak bagus.."
Celoteh suami apabila saya menghulurkan sabun padanya.
"Huh.."
"Cepat sangat habis. Tidak macam sabun di Turki.."
Sambung dia lagi seperti mengejek sahaja bunyinya.
"Orang Turki, bila summer mandi berapa hari sekali?"
"Dua atau tiga hari sekali.." jawab suami tulus tanpa dapat menebak apa yang cuba saya sampaikan.
"Kalau winter?"
"Hm..siapa nak mandi masa winter! Basuh muka ajelah. Seminggu atau dua minggu sekali baru mandi."
"Sebab itu sabun Turki bagus, tak habis-habiskan.." Perli saya.
"Pidahhh..."
Panjang Pidah..suami sedangkan saya sudah ketawa besar. (suami memang suka menyebut perkataan pidahhhh!)
"Dekat sini you mandi kadangkala satu hari sampai 3 kali, apatah lagi musim panas ni. Itu yang menyebabkan sabun Malaysia tak baguskan.."
Kali ini suami sudah ketawa besar dan tanpa menjawab apa-apa dia terus pintu bilik air dan mandi. Huh! Nak mengena orang dia akhirnya terkena!

BABA DENGAN ANAK SAMA AJE!

Hari Ahad yang lalu saya collapsed semula. Langsung tidak boleh bangun. Solat pun duduk, jam 4 petang suami saya memaksa saya bangun. Kata dia, jom mari potong rambut. Dia memang tidak suka saya berambut panjang. Kata dia geli tengok perempuan berambut panjang, berminyak dan tidak berjaga. Huh! Tahulah dia tak banyak rambut. Cemburu dengan orang yang banyak rambut!
Saya gagahkan untuk bangun, pergi ke Metro Kajang. Sementara menunggu rambut saya dipotong suami dengan Qaisara berjalan-jalan di Metro Kajang, masuk satu kedai satu kedai. Kemudian Qaisara membawa balik sesuatu. Melolot mata saya melihatnya sedangkan dia tersengeh-sengeh tanda seronok.
"Untuk siapa ni?"
"Untuk Babylah.." balas suami. Kadangkala kami memanggil Qaisara Baby.
"You ajar dia pakai benda ni .."
"Apa salahnya, dia bukan baligh lagipun.." Selamba sahaja suami.
Aduh..anakku, anakku..babanya sama aje, ikut sahaja apa anak mahu! Saya tahu Qaisara selalu teruja memakai benda ini kerana sering melihat mami Ah Kua memakainya.
Pengilat kuku ini memang biasanya dipakai oleh orang2 Turki sejak dari anak-anak. Bila yang perempuannya cukup umur mereka akan pakai bila tidak bersolat. Cuma di sini, pengilat kuku belum membudaya dan kita sering dihambat perasaan bersalah bila mahu memakainya.

Kemudian selesai saya memotong rambut, suami mengajak saya membeli sesuatu. Kata dia, Qaisara mahu membelikan saya kasut tetapi mereka berdua tidak tahu size saya. Kata suami kasut yang dipilih Qaisara itu cantik dan kalau saya tak suka, pakai sahaja di rumah. Tetapi bila saya tengok kasut yang dikatakan cantik itu. Mata saya terbeliak. Ini kasut yang dipilih oleh Qaisara dan babanya, udahlah suruh dipakai di rumah pulak kalau saya tak suka! Rasa nak ketawa berguling-gulang masa itu juga!

Ini kasutnya, nak suruh saya terpelecok! Tak adalah saya nak pakai..percuma pun tak mau! Ha..ha.ha. Saya memang tak reti pakai kasut yang melebih satu inchi...

Saturday, May 9, 2009

MACAM-MACAM CERITA

Rasa macam lama sangat tak update blog walaupun hanya beberapa hari. Cuaca sekarang terlalu panas dan membuat semua orang tidak berasa selesa. Saya balik kampung sekejap sebab sudah lama tidak berjumpa dengan Balkish dan makan sambal goreng emak tiri saya..

Kalau dua minggu tidak berjumpa Balkisah, Qaisara sudah komplen. Kata dia dah lama sungguh tak jumpa kak Balkish, abang Danish, Atok..nenek dan semua orang kampung disebutnya..ha.ha.ha..

Qaisara di rumah Atok di kampung pun tetap maintain stylo..ha.ha.ha


Balik dari kampung esoknya rehat sehari, saya ke Genting melunaskan janji saya pada Qaisara. Tempat penginapan saya biasalah di Theme Park. Macam dah jadi regular customerlah pulak. Bukan apa saya sukakan bilik di Theme Park yang besar dan boleh disumbat dengan ramai orang. Saya pergi dengan suami, pembantu rumah dan adik saya Nurul yang kebetulan sedang bercuti semester.

Qaisara dan suami ketika di pertengahan jalan mendaki puncak Genting. Nampak riang sangat tapi ada sesuatu yang berlaku dan tidak dijangka..

Suami sedang menenangkan Qaisara yang sedang kesakitan. Tapi bila diambil gambar boleh pulak dia senyum sedikit.

Pada pukul 6 pagi ketika kami bermalam di Genting, Qaisara menangis-nangis mengadu yang telinganya sakit. Saya panik kerana tidak pernah dia menangis begitu walaupun dia demam atau sakit. Kami bergesa membawanya ke Klinik First World, tetapi sayang ketika kami sampai klinik yang beroperasi 24 jam itu ketiadaan doktor. Terpaksalah kami menunggu sejam lebih untuk menanti kedatangan doktor. Doktor mengatakan adalah perkara biasa selepas kanak-kanak terkena campak akan terkena jangkitan di telinganya. Ubat titik dan sebotol ubat tahan sakit harganya RM80-Mak aii..murahnya!


Sebelum Qaisara sakit saya sempat membeli belah di First World. Banyaknya belikan baju untuk adik saya dan pembantu rumah. Saya terjumpa dengan kasut yang sama saya pakai tapi jenamanya lain. Saya memang suka sangat kasut ini. Jadi saya belilah sepasang lagi (saya memang macam tu, kalau saya suka. Saya boleh beli berpasang-pasang) Harganya separuh daripada kasut asal saya (tapi saya tak kesal sebab masa saya beli tu ada potongan harga 50%) ha.ha.ha. Suami saya meneka yang kasut ini berharga RM100-pandai aje dia. Bila saya beritahu cuma RM35 dia cakap saya cheapskate! Cheapskate2lahkan, asalkan selesa.

Adik saya Nurul yang cuti semester sekarang ini. Bukan main lagi posing dia. Masih single tau!


Ini salah satu permainan yang saya berani naik sebab saya ni cepat mabuk. Tengok..kapalterbang ni tak boleh naik, sebab saya berat agaknya..he.he

Suami saya cakap taubat dia nak naik benda alah ni lagi. Kepalanya dia berpusing sampai pulang ke rumah!

Balik dari Genting sempat makan satay di Kajang.

Tapi esoknya saya tak bangun kerana diserang demam dan batuk-batuk yang cukup teruk (ketulan berdarah keluar dari tekak saya). Saya jarang peduli kalau saya demam. Saya akan bangun dan gagahkan diri untuk melakukan apa sahaja. Tapi kali ini saya menyerah kalah. Saya memang ada masalah dengan sistem TNE saya. Saya jarang selsema, seingat saya seumur hidup saya adalah 1 atau 2 kali saya mendapat selsema, jadi segala mucus akan pergi sistem pernafasan saya dan juga tekak.
Qaisara pula mula demam kerana telingannya yang sakit. Jadi pada malam hari terpaksa saya gagahkan diri untuk bangun menjaga dia.. Ketika saya update entry ini saya masih demam . Tetapi saya gagahkan juga, kerana lama-lama tidur pun saya akan menjadi lebih demam. Tapi kalau saya lepas ni nampak saya lama tak update, itu tanda saya berada di hospitallah!

Dan hari ini suami saya yang baik hati dan romantis itu, konon-kononnya tengok isteri tak lalu makan, lalu pergilah meredah chow kit mahu membelikan buah kesukaan saya. Aduh! Rasa nak menangis tengok buah salak yang memang saya suka sangat! Tapi buah ini adalah pantang besar apabila saya batuk dan sakit tekak..auwaha..huh.huh..

P/S Saya sebenarnya banyak hutang tag..aduh2..bilalah saya ada masa menjawabnya! Jangan si Yatichomel dah bersalin saya tak jawab tag dia sudah! Tag besan saya Noraini Johaini pun saya tak jawab2 lagi. Tapi tak apa tag dia sama tag fida comelkan..kan..

Wednesday, May 6, 2009

HADIAH HARI IBU!

Cincin ini kat suami, hadiah untuk hari ibu!

Petang itu suami mengajak saya ke KLCC. Kata dia dah lama sungguh tidak ke sana. Saya hanya ikut sahaja dan sebaik sahaja keluar dari lift, kami keluar tidak jauh daripada Habib Jewel.
"Marilah masuk"
Kata suami saya mengajak saya masuk ke Habib. Saya mengerutkan dahi saya, selalunya kalau saya melihat barang-barang kemas suami saya memang tidak berkenan. Kata dia membuang duit sahaja membeli barang beribu-ribu sementelah saya memang sukakan berlian dan juga emas putih atau platinum dan tidak sukakan emas kuning.
"You nak beli apa belilah.."
Kata suami lagi. Mata saya terkebil-kebil. Macam tak percaya aje! Betul ke tidak suamiku ini! Hati saya berdetik. Dan apabila suami mendesak, saya membeli sebentuk cincin yang sepadan dengan gelang tangan saya sedia ada.
Sejak beberapa set barang kemas saya dicuri orang yang saya kenali. Saya malas mahu membeli barang kemas lagi sebenarnya. Tapi sebab suami yang mempelawa saya ambillah sebentuk cincin.
"Kenapa belikan I cincin.."Saya tanya suami.
"Hadiah hari ibu untuk you. You dah menjaga Qaisara dengan baik.."
Hadiah hari ibu?Bila ya hari ibu? Saya sendiri lupa dan tidak ingat bila hari ibu? Ha.ha.teruknya saya!Ini cincin pertama yang dibelikan suami. Hadiah dia untuk saya kerana telah melahirkan Qaisara.

"Bila Qaisara sakit I tengok you sanggup tak tidur menjaga dia. Sampai you sendiri yang demam. I berdengkur di sebelahkan..... You lebih sabar dari I. You tahan bila Qaisara menangis terlalu lama. Walau you tengah menulis you tetap melayan dia dan biarkan dia duduk dipangku you.."
Hati saya tersentuh dengan kata-kata suami. Saya ingat dia tak perasan. Rupanya dia melihat!
"Dan terima kasih kerana you bukan isteri yang suka berleter walaupun I selalu buat silap.."
Aduh..terharu sungguh saya! Saya tidak mengharapkan apa-apa dari suami atau anak saya. Itu tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Tidak ada hadiah pun tidak mengapa.
Saya selalu berkata pada Qaisara. Qaisara bila dah besar nanti, umi tak harapkan apa-apa dari Qaisara. Cukuplah bila umi meninggal, sesekali Qaisara hadiahkan Al-Fatihah untuk umi.
Mungkin sekarang Qaisara tidak faham, tetapi esok atau lusa saya harap Qaisara akan mengerti.
Dan terima kasih padamu ya ALLAH kerana memberi peluang pada aku menjadi seorang ibu.
Dan emak! Aku rindukan emak, terlalu rindu!
Dan kepada emak tiri saya. Selamat hari ibu dan terima kasih kerana sanggup mengiling cili setiap kali saya balik kampung untuk dibuat sambal!

Sunday, May 3, 2009

ADUH ..BAGAIMANA NAK JAWAB!


Hari ini jari saya luka terkena pisau semasa mahu mengopek buah mangga. Saya tunjukkan jari saya yang luka pada Qaisara.
"Eikk..kenapa umi?"
"Luka.."
"Luka kenapa umi?"
"Kena pisaulah sayang...."
"Umi dah letak ubat..."
"Udahlah sayang, minyak gamat.."
"Kenapa umi main pisau. Umikan marah teta main pisau.."
"Tidak umi nak kopek buah mangga.."
"Oh.."
Qaisara diam buat seketika. Matanya menatap rancangan tom-tom bak dan beberapa minit kemudian dia datang kepada saya dan bertanya lagi soalan sambil menyuruh saya menunjukkan jari telunjuk saya yang luka.
"Umi siapa buat jari umi ni?"
"Umi yang buat.."
"Kenapa umi buat jari umi sendiri.."
"Tak sengaja..umi nak kopek manggalah sayang.."
"Oh..."
Qaisara diam, dia menyanyi-nyanyi apabila TV menunjukkan kanak-kanak menyanyi. Selepas berhenti menyanyi dia datang dan membelek jari saya lagi.
"Umi kenapa umi buat jari umi sendiri umi?"
Uwahhh...bukan jari saya yang sakit sekarang tetapi kepala saya..ha.ha.sebab tak tahu bagaimana saya mahu menjawab lagi soalan Qaisara @ Teta.

Qaisara selepas demam champak, baik dua tiga hari diserang demam 3 in 1, demam, selsema dan batuk. Walaupun demam dia tetap aktif dan lincah. Pantang nampak saya atau pembantu rumah mop lantai. Dia pun sibuk sama.
Bilik air pun nak tolong bersihkan kononnya..