Negara kita majoritinya melayu
Melayu yang beragama Islam
Ketua negara pun melayu, juga beragama Islam.
Menteri kabinet pun ramai yang melayu
Suratkhabar, suratkhabar melayu.
Tapi hairan sungguh, bukan sahaja hairan tetapi sedih.
Bahkan saya kecewa dan ramai kawan seagama sama perasaan dengan saya.
Masakan orang melayu, beragama Islam,
suratkhabar melayu yang rata-ratanya wartawan melayu
pekerja melayu dan mungkin ketuanya melayu
Tidak tahu halal haramnya judi.
Masakan dalam ramai-ramai pekerja di dalam syarikat akhbar ini tidak perasan dengan ayat Al Maidah 90-91 seperti dibawah ini
Firman Allah:
"Hai orang-orang mu'min! Sesungguhnya arak dan judi dan berhala dan azlam adalah kotor, berasal dari perbuatan syaitan; oleh karena itu jauhilah, supaya kamu beruntung, Sesungguhnya syaitan hanya bermaksud akan menjatuhkan permusuhan dan kebencian di antara kamu melalui arak dan permainan judi serta akan menghalangi kamu dari ingat kepada Allah dan sembahyang; oleh kerana itu apakah kamu mau berhenti."
Tetapi kenapa iklan seperti di atas masih disiarkan.?
Sedangkan iklan rokok pun sudah tidak kelihatan
Rokok dengan judi mana yang lebih haram?
Ya ALLAH berikan kesedaran pada sahabat-sahabat Islam kami yang tidak menyedari dan yang mungkin tidak tahu akan hal ini. Lapangkan hati mereka untuk menerima hidayahmu Ya ALLAH. AMEENNNN.
9 comments:
suratkhabar kat sini bukan hanya iklan dengan nombor judi je tapi juga penuh dnegan perkhidmatan loan. sampai jenuh nak baca suratkhabar camtu.
betul kata kak nb...yg haram tetap haram..walaupun iklan!!
malaysia ni tak tahulah kak..nak kata negara islam mmg x sesuai la..sbb byk hukum Allah yg tak dilaksanakan...
dunia akhir zaman kak
Salam Kak Yati,
Akak sihat? heeeee.. lama tak drop komen sini.. asyik lalu je.. hehehe..
Agree with you. Kerana $$ orang buta mata gadaikan pegangan. Minta kita jauh dari perbuatan di larang Allah, Amin.
amin....
amin...
nilah kalau double standard masih diterima pakai
amin.
kalau lalu kat dpn kedai nomnor, yg berderet tgh bareatur nak membeli nom ni semuanya org melayu.... ish3!!!
salam ziarah...dah lama bercuti lawat blog ni...hari ni tinggalkan jejak...
Post a Comment