Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, August 11, 2010

SELAMAT MENGERJAKAN IBADAT PUASA

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan tabah menghadapi hari-hari kritikal di ramadhan yang mungkin sedikit mencabar untuk semua pembaca blog saya.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
 Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaq

Menurut hadis di atas, pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Kadangkala saya berfikir alangkah bagusnya kalau setiap tahun adalah bulan ramadhan. Saya tidak kisah berpuasa kerana saya mahukan pintu syurga sentiasa dibuka dan pintu di neraka ditutup. Tetapi segalanya adalah percaturan ALLAH yang maha esa yang maha mengetahui. Ini juga menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya. Jadi, jangan sesekali kita melepaskan peluang beramal ibadat di bulan puasa ini tetapi syuagia diingatkan beribadat bukan sahaja di bulan ramadhan. Harus setiap masa! Kalau Adnan Sempit kata di dalam hati ada taman, orang-orang Islam harus menanamkan di dalam hati hanya ada ALLAH yang satu!
Begitu juga, alangkah seronoknya kita mendengar syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi walau kadangkala syaitan diikat tetapi kita perlu sedar bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai. Nafsu kadangkala lebih teruk daripada syaitan! Nafsu boleh mengoda manusia kerana ianya berada di dalam tubuh badan manusia.

Nafsulah yang mengajak dan mengamit kita berbuka puasa dengan kuih muih dan juadah yang pelbagai. Walau baru-baru ini perkataan buffet ramadhan sudah diharamkan tapi sajian berbuka puasa tetap mengoda nafsu kita semua. Dengan nafsu jugalah kita membeli pelbagai persiapan hari raya yang sehingga membawa pembaziran. Kerana nafsu jugalah kita berlumba-lumba dengan kawan-kawan mahu menunjuk-nunjuk kuih muih yang terhidang di atas meja.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, saya memohon ampun dan maaf kepada pembaca blog ini dan pembaca novel saya, jika ada sebarang kekasaran dan kekhilafan saya selama ini. Moga-moga ALLAH memberkati ibadah kita di bulan ramadhan yang penuh dengan berkat ini. Aminn..





7 comments:

idasm said...

selamat berpuasa dan berterawih ye kak...

Nadiah Sidek said...

selamat berpuasa kak yati!

aishah said...

selamat berpuasa kak...jgn lupa lauk siput sedut untuk Teta...hehe

kakyong said...

kak,
selamat menyambut ramadhan & menjalani ibadah puasa

NORHAYATI BERAHIM said...

salam ida..selamat berpuasa dan berterawih kepada ida juga..

selamat berpuasa nadiah!

aishah..ha ha ha selamat berpuasa, siput sedut sesekali makan bolehlah..

Kak yong selamat berpuasa juga buat kak yong ya..

Dayah said...

Salam Kak Yati,

Selamat Berpuasa buat akak sekeluarga ^___^ & selamat menikmati juadah berbuka & sahur yang serba meriah di bulan puasa ni .. ngeee

GreenJade said...

Salam Ramadhan Kareem..selamat b'puase akak cayang :)