Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, August 23, 2010

PEKERJA MYDIN KURANG ADAB

Minggu lepas saya ke Mydin Kajang. Bibik yang mahu pulang ke Indonesia bercuti raya mahu membeli Milo untuk dibawa pulang. (Sebenarnya Milo di Mydin tidak adalah murah sangat pun). Ketika itu Mydin Kajang tengah sibuk mengadakan ubaih suai di bahagian makanan.
Saya naik di bahagian perkakas rumah dan saya berhenti di tempat plastik sampah.
"Bik kita beli plastik untuk najis arnab.."
Ya setiap hari sangkar arnab harus dibersihkan, najisnya pula banyak dan harus dibuang di dalam plastik sampah. Ketika membelek plastik sampah ada satu bungkusan yang sudah dibuka dan teburai isi perutnya. Bibik menarik salah satu plastik tersebut untuk memeriksa ketebalannya.
"Weh..jangan bukaklah.."
Seorang pekerja yang ada di situ menengking bibik dengan kuat sekali. Saya terperanjat begitu juga bibik.
"Dah terbuka tadi, saya tengok sahaja..' balas bibik perlahan.
"Kalau dah terbuka pun, janganlah buka lagilahhh.."
Sekali lagi pekerja itu menengking. Syurrr..saya sudah mula angin di bulan-bulan puasa ini.
"Plastik tu dah terbuka, dia tengok aje.."
"Memang saya tahu dah terbuka, tapi yang awak tarik keluar buat apa? Tak boleh, tak bolehlah.."
Pitch perempuan tu begitu tinggi sekali. Pitch dia tinggi pitch saya pun tinggi jugalah (he he he)
"Kalau benda ni dah terbuka, dah terburai. Sudah pasti kami ingat boleh tengok dalamnya. "
Perempuan itu datang dan merampas plastik tersebut dari tangan bibik.
"Awak nikan macam mana layan pelanggan, kalau pelanggan lari kerana awak macam mana? Mana customer service saya nak komplen pasal awak?"
Tahap marah saya memang sudah limit. Melihat muka saya yang benar-benar marah pekerja itu diam sahaja.
Bagi saya bukan sekali dua saya menghadapi perangai pekerja Mydin yang kasar begini. Acap kali. Jarang amat saya jumpa pekerja yang berbudi bahasa di mana-mana store Mydin. Paling saya kesal yang berbudi bahasa adalah bangsa asing seperti pekerja bangladesh. Tapi pekerja melayu amat menyedihkan. Menjerit-jerit, jarang tersenyum bahkan di bahagian cashier pun selalu acuh tak acuh dengan pelanggan terutamanya pekerja perempuan.
Apakah kerana Mydin menjual barangan murah, maka maruah pembeli seperti kami diperendahkan.
Sedangkan yang masuk di mydin itu bukan orang berpendapatan rendah sahaja, tetapi yang bergaji lebih lima angka dan ada yang lebih 10 kali ganda lebih besar dari gaji pekerja di situ.
Bahkan bagi saya, walau yang berbelanja di Mydin seorang tukang sapu sampah pun, dia harus dilayan dengan baik dan saksama kerana merekalah yang banyak menyumbang pendapatan pada syarikat Mydin.
Kepada pihak pengurusan Mydin, saya berharap supaya para pekerja dihantar latihan bagaimana mahu melayan pelanggan dengan baik dan sopan.

13 comments:

suriya said...

setuju kak! akak tak jumpa manager ke??? suka2 hati nak marah customer mana boleh...

Marina Monroe said...

Jgn di biar begitu saja NB, patut nya memang elok di buat pengaduan supaya management tahu akan perangai kurang ajar dia. Emm..low mentality baru kerja sales assistant dah sombong..mcm2 ragam manusia..

Leeza said...

bila akak citer pasal service ni, za masih berbulu dengan spring kuching, perkhidmatan tandasnya suck.

Syeeda Sobbihi said...

uish..smpai mcm tu skali ker kak? hurm.tk penah jumpe lg pekerja cmtu. klu terkena cmtu, sy pun nk komplen kt manager. Diorg nih kene la ingat, kan "Customer is always right".

Rizziela said...

Memang pun..bila kita tanya sesuatu benda pun mcm tu..

Layananya mcm kita ni plak nak minta duit kita..padahal diaorang tak sedar..kalau x kerana kita g membeli belah kat situ..sure diaorang pun tak ada keje kan? x ada keje x ada gaji lah jawapnya

yatie chomeyl said...

sekeh je dahi di alaju2 lain kali huhuhuh

idasm said...

bila akak cakap nak pergi komplen tahu pulak da takut ye kak. diorang mmg, eloklah akak buat mcm tu biar dia tahu rasa...

Hamizah said...

hish..geram baca n3 ni..pernah juga terkena..

Qistina said...

uiks biadapnya.mostly memang ramai yang begitu NB,betul ujar NB yang masuk Mydin tu bukan org berpendapatan rendah aje.yg penting bahasa kena jaga,alahaii anak melayu..

AuntieYan said...

Salam Pn. Yati,

Kak Yan pun perasan, cashier dia memang sombong, acuh tak acuh je memandang kita....macam kita ni terhegeh-hegeh sangat nak dapatkan khidmat dia.

Dayah said...

Salam Kak Yati,

Akak lain kali buat report & jumpa manager dia kak. Kalau seorang pelanggan dia boleh macam itu tak mustahil customer seterusnya dia akan buat benda yang sama. Tarnish kan nama company sahaja kerana seorang pekerja.

GreenJade said...

bodo sombong x betempat nye itu sales assistant yek

mmg elok report kt management jek kak..kasi dia insaf sket how to treat cust after this

izazi said...

kurang sopan betul, tp kan kak NB sy mmg betul2 tak paham lah kenapa kebanyakan pekerja kedai/pasaraya sering buat muka tak acuh pada pelanggan. ntah la sy pernah ke kedai di spain dan perancis ..macam mana penat pun mereka tetap akan say 'HOLA' or "BONJOUR" pada pelanggan yg masuk ke kedai atau nak buat bayaran di kaunter. sedangkan kita tau, org malaysia antara yg golongan yg berbudi bahasa namun nampaknya indah khabar dari rupa je ... ;(