Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Sunday, June 28, 2009

BALIK KAMPUNG

Semalam saya balik ke kampung. Sejak akhir-akhir ini saya sedikit sibuk kerana ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan dan balik apabila musim buah sudah dipenghujung. Ayah saya sudah pun menyuruh jiran-jiran datang sendiri memetik buah rambutan yang agak banyak berbuah kali ini. Begitulah adat di kampung, sesiapa mahu makan ambillah..seberapa banyak tetapi jangan sesekali membazir.

Ini buah rambutan yang bergayutan di pokok. Rambutan gula batu dan gading. Ada rambutan namanya Rambutan Budak Sekolah dan saya lupa mengambil gambarnya. Bila saya tanya emak tiri saya kenapa diberi nama Budak Sekolah, kata dia..pokok rambutan ini rendah dan kecil sudah berbuah..he.he.he macam-macam.

Ini semua orang tahukan apa namanyakan. Hmm..sesiapa yang berada jauh diperantauan tu..minta maaf ya. Ini yang orang cakap, sentuh boleh..cium tak boleh..makan hanya dalam mimpi ..ha..ha..
Ini pokok cempedak ya..sesiapa yang tak kenal tu. Di sarung dengan plastik hitam supaya tidak busuk. Cempedak boleh digoreng, di makan begitu sahaja atau dibuat pengat yang dicampur dengan labu, keledak dan sebagainya. Bijinya boleh direbus dan dimakan dengan kelapa. parut yummy...


Ini pokok ubi kayu. Bibik mana ya yang mengutip daun singkong itu ya..

Ayah saya cakap ini pokok sawi, kami semua cakap ini kailan. Dan ayah saya pun dengan muka hairan bertanya.
"Hey macam mana aku tanam pokok sawi yang keluar kailan.."
Huwah..ha.ha..kami semua gelak guling-guling.


Sessi mengutip buah rambutan yang sudah dipetik, ayah saya petik dan tugas kami mengumpulnya. Saya tukang makan dan ambil gambar ajelah. Nurullah yang mengutipnya. Kata ayah saya..tak habis sedekahkah orang. Jangan kau buang! Selalunya saya beri jiran dan selebihnya pembantu rumah saya akan bawa ke mesyuarat tingkap bibik-bibik di tempat saya.

Qaisara walau vogue tetap kena kerja tau. Belajar-belajar menjadi anak dara kampung. Bersama Danish, sapu sampahnya sedikit bermainnya lebih anak-anak ini.

Qaisara memang suka sekali kalau dapat balik kampung. Kalau dua minggu tak balik dia akan cakap..
"Umi..Teta macam rindukan Balkish, Atok, nenek, Danish. bla..bla.."
Itu hint dialah untuk mengajak kita balik kampung...

Lepas tu mulalah tergaru-garu digigit nyamuk. Semalam kena 10 liang. Walau digigit nyamuk Qaisara tetap tidak serik pulang ke kampung.

Ini parit besar seperti sungai kecil di belakang rumah saya. Waktu kecil dahulu tempat saya berenang dan memancing ikan. Banyaknya ikan sepat ronggeng/sepat kafir dan ikan keli. Saya pernah memancing dan dapat ikan sepanjang 1 meter. Saya lari lintang pukang. Ha.ha.ha..ular sawa air!

Ini dua-dua orang ini drama queen. Setiap kali saya mahu balik ke Kajang semula, bersiap sedialah saya menghadapi drama yang dimainkan oleh kedua-dua mereka.
"Umi i dont want to go back.."-Qaisara
"Umi..Baliksh nak naik kereta umi, nak ikut umi balik Kajang"- Balkish..
"Umi i want balkish umi.."
"Umi balkish nak Qaisara.."
"Baliksh.."
"Qaisara..."
Dan dua-duanya akan menjerit-jerit, hulur menghulur tangan seperti heroin hindustan. Qaisara pasti akan menjerit-jerit selama 10 minit di dalam kereta. Balkisah pun begitu akan menangis-nangis meleleh air mata.
Kadangkala saya terfikir sampai bila anak-anak ini akan berhenti bertangis-tangisan..setiap kali saya balik semula ke Kajang....ha..ha.ha

Friday, June 26, 2009

KENAPA DIA BANYAK RAMBUT!

Hari ini kami pergi lagi ke Sunway Lagoon. Membawa Bezya yang datang untuk summer holiday ke sini. Disebabkan beliau menghadiri kelas bahasa inggeris setiap hari kecuali hari Jumaat. Maka hari inilah dipilih untuk ke sana. Terpaksalah suami bersolat jumaat di Sunway juga..

Ini satu-satunya gambar umi yang ada dalam kamera ke Sunway kali ini.

Masa mula-mula masuk ke dalam Sunway saya bergaduh dengan pekerja di bahagian pemeriksaan beg. Kecoh sungguh minah seorang tu..membelek stroller Qaisara sehingga ke bawah dan terjumpalah dengan makanan Qaisara yang dibawa dari rumah. Kami bertengkar hebat, saya sebenarnya jarang bergaduh dengan orang. Tetapi sampai satu peringkat apabila makanan anak sendiri tidak boleh dibawa masuk. Anginlah saya. Dan tanpa sedar saya mengugut pekerja di situ.
"Kalau anak saya mati kelaparan, awak semua akan bertanggungjawab.."
Eceh..ceh..macam betul-betul aje. Tapi dua minggu lepas ketika kami ke Sunway, makanan yang dijual di sana memang tidak masuk ke tekak Qaisara. Qaisara memang biasa dengan makanan yang kami buat dari rumah dan dengan jasa baik seorang pemuda India, mungkin ketua di situ kami dibenarkan masuk bersama makanan Qaisara. Terima kasih banyak ya dik..kerana memahami.



Bila masuk, hujan pula mencurah-curah. Bezya ternampak seekor monyet mainan yang di jual di salah sebuah kedai di situ. Bukan main seronok dia lagi dan diminta belikan monyet tersebut. yelah..di Turki mana ada monyet. Mak aik..harga seekor monyet kecil harganya dalam RM65. Suami memang pandai, bila bab membeli barang-barang ni, dia akan cakap pada Bezya.
"You ask your umi!"
Bila sudah diminta, saya biasalah. Beli ajelah. Budak ni pun satu tak ada benda lain yang mahu dibelinya..monyet. Ha..ha.ha..

Banyak gambar yang kami ambil, bila belek punya belek yang banyaknya gambar Qaisara, baba dan Bezya. Gambar saya cuma ada satu sahaja. Apa tidaknya. Saya yang tukang mengambil gambar. Hari ini pembantu rumah saya sakit perut. Dia hanya duduk termenung sahaja di tepi meja.

Tapi ada peristiwa lucu berlaku. Ketika itu kami berada di dalam bilik air, bibik, saya dan Qaisara. membersihkan diri sebelum bersolat dan pulang.
Ada
seorang perempuan cina. Tiba-tiba keluar daripada tempat mandi.
I think this lady has lost her mind or temporarily insanity; she’s wearing nothing!. Dengan bahasa yang mudah..bertelanjang bulat.
Spontaneous my little girl Qaisara yelled!
“Hey..chok aib (memalukan), see bulu-bulu there!”
Jari Qaisara pantas sahaja menunjukkan pada that lady private part. Kami tergamam, perempuan cina tersebut terbeliak matanya mungkin marah dengan kata-kata Qaisara tetapi apabila dia melihat kami memandang ke arahnya dengan mata yang terbeliak, baru dia ada perasaan malu. mencecit masuk semula ke dalam bilik air!
Aduh..dapat tengok tayangan percuma. Cis bukan cantik pun!…Kalau esok-esok kami sakit mata tahu-tahulah apa sebabnya ya..ha.ha.ha..
Dan Qaisara pula mulutnya tidak berhenti bertanya..
“Bibik, umi kenapa perempuan tu banyak rambut kat pet-pet dia..”
Ha..ha..masa itu juga saya ketawa guling-guling… aduh..aduh..





Thursday, June 25, 2009

MAIN BERJUAL BELI DENGAN QAISARA

Peralatan membuat Dim sum yang juga mahu dibeli oleh Qaisara..keh..keh..

Sejak akhir-akhir ini Qaisara cukup suka bermain berjual beli. Siapa lagi yang mengajar kalau tidak Babanya. Semua benda hendak dijualnya. Dapat sikat rambut, sikat rambut dijual pada saya. Hari ini kami main playdoh dim sum dan mula-mula saya jadi penjual Qaisara jadi pembeli.

Saya : Kuih..kuih..mahu beli kuihkah..

Qaisara : Ini berapa harga..

Saya : RM15

Qaisara : Wah..mahalnya, lapan ringgit boleh

Saya : Tak bolehlah Cantik, sembilan ringgitlah

Qaisara : Sembilan ringgit, sembilan ringgitlah. Bungkus.

Saya : Okay Cantik..

Qaisara : Itu saya mahu boleh (dia tunjuk bekas buat dim sum)

Saya : Awak mahu beli bekas kuih ni, abis saya mahu buat kuih macam mana?..

Qaisara : Kah..kah..umi ni, tak boleh beli ke umi…(kami ketawa)


Ini Dim sum yang sudah siap dan mahu dijual..ha.ha.ha


Kemudian saya pula jadi pembeli. Qaisara jadi penjual kuih.

Saya : Taukeh beri saya kuih RM5

Qaisara : Wah..kenapa beli banyak-banyak awak seorang makan . Tiga ringgit sudahlah.

(saya rasa nak ketawa guling-guling. Ada ke juru jual cakap macam tu pada pembeli)

Saya : Taukeh saya punya sukalah, saya mahu lima ringgitlah ini kuih..

Qaisara : Okay..okay, lima ringgit, lima ringgit lah..(Dia pun bungkus Dim Sum tersebut.)

Bila dia tengok saya letak aje di tepi peha saya. Qaisara pun menegur.

Qaisara : Awak kenapa simpan, sudah beli makanlah..

Saya : Yalah..yalah saya makanlah ni..keh..keh..

Penghabisan kami ketawa sama-sama. Kelakarlah pulak tapi seronok. Teringat masa kecil-kecil main-main dengan kawan-kawan, berjual beli tapi guna daun getah! Ha.ha.ha.



KELUARAN OGOS-PESTA BUKU SELANGOR


“Encik Adam okey ke?”
Berlari-lari anak Laura keluar mendapatkan Adam. Dia memang terperanjat apabila Adam menelefonnya sebentar tadi. Bahkan dia lebih terperanjat lagi apabila Adam menyuruh dia mengambil lelaki itu di mahkamah.
Walau berat hatinya mahu mengambil kerana sekarang hampir waktu puncak dan orang balik dari bekerja, tetapi dia datang juga berjumpa dengan lelaki itu kerana bimbang jika sesuatu terjadi pada lelaki tersebut.
“Marilah Encik Adam, saya hantar Encik Adam balik.”
Ajak Laura, namun Adam langsung tidak memandang ke arahnya. Seolah-olah kehadiran Laura itu, langsung tidak disedari oleh Adam.
Kenapa dengan lelaki ini?
“Encik Adam nak pulang ke pejabat ke?”
Tanya Laura lagi sambil menjenguk muka Adam yang kelihatan merah dan basah pipinya. Lelaki itu menangis agaknya. Namun apabila Laura terus-terusan memandang wajahnya, Adam bangun. Dan seperti dicucuk hidungnya, lelaki itu mengikut Laura masuk ke dalam kereta.
Ketika melihat Adam membeku di tempat duduk, Laura ligat berfikir, apakah dia mahu menghantar Adam pulang atau pergi ke satu tempat supaya lelaki itu dapat menangis sepuas-puasnya.
Akhirnya Laura membuat keputusan membelokkan keretanya ke Tasik Perdana. Tempat itu di waktu begini, sudah pasti tidak ramai orang.
“Kenapa awak bawak saya ke sini? Saya bukan nak berasmara dengan awak.”
Sebaik sahaja Laura berhenti di tempat meletak kereta di Tasik Perdana itu, Adam mengajukan pertanyaan.
Laura ketawa mendengar kata-kata dari mulut Adam yang dirasakan tidak wajar itu. Lelaki ini kalau aku ikutkan perasaan, mahu sahaja aku lempang dia.
Cakap tidak pernah berbahasa. Main sedap mulut saja. Kau ingat, aku ingin sangat dengan kau? Kau yang telefon aku tadi menyuruh aku datang. Bila aku datang, kau tunjuk lagak pulak.
Laura mencemuh dalam hati.
“Encik Adam, bukalah jaket Encik Adam tu. Encik Adam tak lemas ke dengan tali leher dengan jaket? Sesekali jadilah orang yang bebas dengan protokol. Malaysia ni panas, Encik Adam. Ini bukan Antartika.”
Tidak menghiraukan kata-kata Adam yang menghiris perasaannya, Laura merenung lelaki itu atas bawah.
Aku yang melihatnya pun lemas. Mat salih pun taklah dua puluh empat jam berjaket macam ni. Desis hati Laura.
Melihat Adam yang tidak berkutik, dengan berani Laura menarik baju Adam. Membukakan jaket lelaki itu dan kemudian membuka tali leher Adam.
Jaket dan tali leher tersebut di letak di tempat duduk belakang.
“Jomlah kita duduk di tasik tu sekejap. Sekarang jam. Nanti saya hantar Encik Adam balik rumah atau pejabat.” Ajak Laura.
Lelaki ini macam orang bingung. Apa yang berlaku di mahkamah syariah tadi? Apakah lelaki ini baru sahaja bercerai?
Laura masih agak samar tentang hubungan Adam dengan isterinya. Dan bertambah samar lagi apabila Rozita pernah datang ke pejabat dan memberitahunya yang Adam masih suaminya.
“Awak selalu datang ke sini?”Pantas Laura menggeleng, menjawab pertanyaan Adam itu.
“Taklah Encik Adam. Ada sekali dua. Bawak mak dengan kawan saya yang datang dari Kota Bharu.”
Memang sudah lama Laura tidak ke Tasik Perdana. Kebetulan Mahkamah Syariah terletak tidak jauh daripada Tasik Perdana, jadi itulah tempat terdekat yang boleh dia bawa Adam yang seperti orang kebingungan sahaja.
“Awak ramai kawan agaknya...”
“Adalah juga, Encik Adam. Hidup dalam dunia ni memang kita perlukan kawan. Kawan yang melengkapi kehidupan dan kekurangan kita. Dan kita juga melengkapi kekurangan kawan-kawan kita.”
Balas Laura tenang. Dia berjalan beriringan dengan Adam, lelaki beku yang selalu bercakap main sedap mulut itu.
“Awak tak pernah rasa sakit hati agaknya…”
Rasa sakit hati? Kenapa lelaki itu bertanyakan aku soalan yang agak aneh itu?
“Kita manusia, Encik Adam. Mesti ada rasa sakit hati. Tapi kalau saya, saya sakit hati sekejap aje, Encik Adam. Buat apa kita simpan rasa sakit hati lama-lama kalau ianya menyakitkan kita sendiri...”
Balas Laura sudah mengambil tempat di kerusi yang tidak jauh dari tasik itu.
“Awak tidak pernah rasa sedih?”
Pertanyaan tersebut tidak segera dijawab Laura. Dia melemparkan pandangnya jauh ke tengah tasik. Beberapa minit kemudian, pandangan matanya beralih pada Adam yang sedang melipat lengan bajunya hingga ke siku.
Sebentar tadi memang Laura terasa mahu melakukan begitu terhadap Adam. Lemas dia melihat lelaki itumembutang lengan bajunya hingga ke pergelangan tangan. Tetapi dia tahu itu tidak wajar dilakukannya. Takut dia jika Adam mengatakannya gatal.


Wednesday, June 24, 2009

AGENSI MENCARI JODOH PAK SEYIT

Suami saya ini, entah apa yang dikelentong dengan kawan-kawannya, saya pun tidak pasti. Tapi yang saya pasti sejak dulu lagi kalau balik dari Turki atau ada kawan-kawan dari Turki datang, sudah pasti ada gambar kawan-kawan yang dibawa baliknya.

“Honey..ada kawan-kawan you yang nak kahwin dengan orang Turki tak?”

Suami akan ketawa-ketawa selepas berkata begitu. Saya tahu dia tidak bermaksud begitu, tetapi kerana kawannya sudah mendesak dan memberikan gambar maka diambilnya dan biasa gambar itu disimpannya sahaja. Selalu yang melihat gambar-gambar kawan yang mahu mencari jodoh sayalah.

Pernah dahulu ada seorang Haji dalam 70an, datang ke rumah saya. Haji yang sudah tentu berbangsa Turki itu menjalankan perniagaan di India dan singgah ke Malaysia. Dia menumpang di rumah kami selama seminggu. Ketika itu bulan puasa. Kasihan pula saya melihat haji itu memakan sup yang saya buatkan untuk dia ketika berbuka dan selama seminggu itu kami melayan dia dengan baik. Bila saya tahu beliau suka memakan apa sahaja jenis sup, setiap hari saya menukar menu sup. Hari ini sup cendawan, esok sup ayam, lusa sup daging dan seterusnya. Saya melayan dia seperti dia ayah saya.

“Dia tak ada isteri sudah bercerai..”

Suami bercerita dan entah mengapa dihari terakhir haji itu di rumah saya, haji itu menyuruh suami saya mencarikan jodoh orang melayu untuknya. Kata haji itu biar yang baik dan lemah lembut macam saya..ha.ha..saya nak ketawa guling-guling ni. Saya bukanlah lemah lembut pun, tapi dibandingkan dengan perempuan Turki mungkinlah kot.

. Cerita mencari jodoh ini tidak habis begitu sahaja. Selalu sangat kawan-kawan suami saya menyuruh suami mencari jodoh untuk mereka dan apabila saya pulang ke Turki hari itu, ada tiga orang kawannya yang menanti suami mencarikan jodoh untuk mereka.

"Perempuan melayu" itu kata mereka.

Kawan suami yang pertama yang mahu jodohnya dicarikan, seorang, duda beranak dua. Berusia 44 tahun. Baru bercerai setahun selepas beberapa tahun berperang dengan bekas isterinya. Tampan orangnya, agak berada dan dia minta kalau-kalau suami ada perempuan melayu untuk dikenalkan kepadanya. Tetapi perempuan melayu itu harus tinggal di Turki kerana dia menjalankan perniagaan sendiri. Sayang ketika saya berjumpa dengannya di hotel tempat kami menginap. Saya tidak sempat mengambil gambarnya.


Ali dari dahulu memang teringin berkahwin dengan orang melayu, kata Ali..orang melayu lemah lembut. Mungkin dia sudah termakan cerita suami mengenai kebaikan perempuan melayu...bangga kitakan!


Kedua, Ali masih bujang berusia 35 tahun, berniaga barangan cenderahati secara borong. Baik orangnya. Suami kenal dia sudah lama dan kata suami memang ada jaminan. Saya bertanya pada suami, kenapa si A tidak berkahwin dengan orang Turki sahaja.

“Entah..kata dia orang melayu lemah lembut…”

Mana si A tahu orang melayu lemah lembut? Bukan dia pernah datang ke Malaysia pun!


Saya terlupa apa nama lelaki yang berada di sebelah kanan suami yang berambut putih. Dia menyuruh suami mencarikan jodoh perempuan melayu untuknya dan sianak yang berbaju putih bila mendengar, memarahi si ayah.


Lelaki yang ketiga, seorang duda berusia dalam 60an, mempunyai kedai jahitan. Sudah pangkat bapa pada saya. Bila terpandamgkan saya dengan Qaisara, beria-ia dia menyuruh suami mencarikan jodoh untuk dirinya. Tidak kisah kalau perempuan yang dicarikan suami mahu dia tinggal di Malaysia. Dia rela. Apa suami boleh katakan kecuali Insya-ALLAH. Sedangkan dibelakang...

"Tak ada kerja lain!" gerutu suami.

Ha..ha.ha..Saya rasa kalau lama kami di Turki, suami saya boleh membuka agensi mencari jodoh agaknya dan ada mana-mana pembaca yang berkenan mana-mana jejaka di atas..(gurau aje tu..)



Monday, June 22, 2009

SAYA SAYANG ABAH!

Hari bapa sudah berlalu, tapi saya tidak tahu apakah saya mahu menulis mengenai ayah saya yang dipanggil abah atau tidak. Banyak kali saya berfikir. Saya memang tidak rapat dengan abah sejak kecil lagi. Waktu kecil saya pun tidak terlalu baik. Sejak berusia 7 tahun saya sudah bekerja di kebun getah. Berjalan kaki sejauh 4 batu pergi balik. Saya walaupun bongsu bukanlah anak kesayangan. Tidak sama sekali.
Saya kerap dipukul, dihantuk kepala ke dinding dan dipijak mungkin kerana kenakalan saya. Bahkan saya pernah tidur meniarap kerana kesan sakit talipinggang di badan saya. Saya pernah tinggal dihutan seorang diri, melarikan diri dalam semak kerana takut dipukul ayah. Saya melalui kehidupan yang sepi kerana adik beradik duduk di asrama. Saya dinafikan hak untuk bersekolah asrama kerana harus bekerja di kebun getah. Kadangkala sebelum ke sekolah jam 3 pagi saya harus bangun mengopek sekerap sebelum saya menunggu bas sekolah jam 6 pagi. Hidup saya penuh kesukaran, hanya sekali setahun saya dapat menjamah ayam. Iaitu hari raya. Saya pernah beraya seorang di rumah kerana adik beradik saya tinggal diasrama tak mahu pulang. Ayah saya di mana? Ketika itu dia ada di satu tempat bersama keluarga barunya. Memang hidup tambah sukar apabila emak meninggal dan beribu tiri. Hanya seorang dua sahaja yang tahu kisah hidup saya. Nik Fauziah pernah menangis mendengar cerita saya. Dia tanya saya adakah saya terasa hati dengan ayah saya.
“Kadangkala akak terasa, tetapi kita kena berlapang dadalah memaafkan dan insya-ALLAH ada ganjarannya.”
Memang ketika kecil saya mempunyai self esteem yang sungguh rendah walau saya pelajar cemerlang di sekolah sehingga ketika bersekolah menengah selepas emak meninggal, self esteem saya menjadi semakin buruk. Saya seperti takut untuk bersuara kerana di dalam keluarga itu dilarang sama sekali. Pelajaran saya menjadi semakin merosot.
Tapi perlukah saya menyalahkan ayah saya kerana keadaan ini?
Tidak..saya harus cari jalan untuk mendapatkan kekuatan. Saya harus melawan, bukan bermakna melawan ayah saya. Tetapi melawan diri saya sendiri. Saya perlu fokus pada diri saya. Saya perlu bangun dan memperkasakan diri saya. Pertama apa yang saya harus lakukan?
Ya..memaafkan ayah saya. Melupakan kenangan yang menyakitkan. Bangun, berjalan, berlari. Saya melarikan diri ke Kuala LumpuR (tanpa izin ayah). Saya bekerja di kilang, malamnya belajar di kelas komputer, kemudian belajar di kolej mengambil perakaunan, kemudian saya belajar menulis skrip, saya belajar pula di bidang kejuruteraaan komputer. Langkah saya tidak terhenti. Saya belajar pula pembangunan manusia. Di universiti saya di kira pelajar cemerlang. Beberapa kali mendapat anugerah dekan. Semuanya saya belajar tanpa bantuan sesiapa, tanpa pinjaman daripada mana-mana pihak. Saya ikat perut saya. Saya hanya hadkan diri saya makan RM1 sehari. Kalau harus berpuasa, saya berpuasa. Beg saya pernah diragut apabila pulang dari kelas malam. Tangan kaki saya luka kerana bergelut dengan peragut yang masih muda dalam anggaran lima belas tahun. Bukan banyak sangat duit pun dalam beg saya itu. Tetapi saya harus mempertahankan duit tambang yang saya ada. Kalau tidak, saya tidak akan pergi kerja dan bersekolah!
Apakah saya berpuas hati dengan pencapaian saya.
Ya..saya berpuas hati bukan kerana akademik saya bagus, tetapi saya berpuas hati kerana saya menjadi manusia yang lapang dada. Manusia yang tidak berdendam. Manusia yang sayangkan ayah sendiri. Saya puas hati kerana dari menjadi manusia yang rendah self esteem, saya sudah menjadi seorang yang kuat, matang dan berdikari.
Dari ayah saya banyak belajar. Belajar untuk melalui kehidupan yang sukar, belajar berdoa. Belajar bagaimana mahu memaafkan orang lain, belajar menjadi simpati pada orang yang tidak bernasib baik.
Dan syukur selepas tidak pernah lelah mendoakan ayah saya. Ayah sudah menjadi lembut, sudah boleh diajak berbual dan berbincang dan paling saya tidak pernah lupa apabila dia bercakap dengan seseorang.
“Anak aku yang paling lembut dan baik siyatielah. Walau dipukul dia tidak pernah menjawab..”
Nah..bukankah itu hadiah yang terbesar buat saya selepas melalui zaman sukar?
Saya tahu kerana masih baik dengan ayah saya, tuhan permudahkan rezeki saya. Tuhan beri saya anak secomel Qaisara, tuhan berikan saya teman yang memahami dan sentiasa berada di sisi saya iaitu Seyit Kara.
Dan apabila duduk sendirian, merenung langit melalui jendela dari bilik saya. Saya tahu, manusia dilahirkan dengan harapan yang terbentang luas. Terpulanglah pada seseorang itu untuk memanafaatkan segalanya dan paling penting memaafkan seseorang. Terutama orang yang paling dekat dengan kita.
Walau kenangan memang terlalu sukar dipadam tetapi dari kenangan itulah saya membina kekuatan. Dari kenangan itulah saya belajar mengasihi semua manusia.
Dan saya tahu..saya mengutip banyak pelajaran daripada ayah saya secara tidak langsung.
Dan saya tahu…walau apapun berlaku, walau teruk pun zaman kecil saya..saya tetap sayangkan Abah saya..


Friday, June 19, 2009

AWAK AYAH YANG HEBAT!

Awak mungkin bukan lelaki sempurna, tetapi awak ayah yang terhebat, yang mendahulu segala keperluan anak-anak dari segalanya.

Hubby! Awak ingat tak di hadapan kaabah, di mana awak berkata dengan saya.

“Honey tolong doakan anak-anak saya. Awak seorang yang berhati baik. Pasti doa awak dimakbulkan tuhan..”

Saya tahu kesedihan awak, rasa sedih awak terhadap perlakuan anak-anak. Bahkan pernah awak berkata dengan kata-kata yang memeranjat! Saya tahu awalk tidak bermaksud begitu, tetapi awak tengah bersedih Tetapi ingat tak Hubby! Saya usap belakang awak, suruh awak beristighfar, suruh awak mengambil wuduk dan mengaji. Saya tahu awak menangis ketika itu.


Alhamdulilah tuhan perkenankan doa kita. Kita dapat berkumpul dengan anak-anak. Dan mereka gembira bersama Qaisara..

Saya tahu kesedihan awak. Awak memenuhi segala permintaan anak-anak awak. Sampaikan kadangkala ianya begitu keterlaluan. Apa sahaja yang anak awak mahu, awak penuhi. Awak sentiasa diselubungi rasa bersalah kerana awak berasakan awak bukan ayah yang baik.

Tapi hidup dengan awak selama 6 tahun. Saya tahu awak ayah yang terhebat. Ayah yang paling baik di dunia pernah saya jumpa. Tetapi anak-anak tidak memahami. mungkin hati muda mereka. Saya tahu kesedihan awak apabila setiap lebaran, tidak seorang pun anak-anak awak yang menelefon. Sedangkan awak yang bersungguh-sungguh menelefon mereka. Tidak kira mereka berada di Russia, di Turki dan di mana-mana sahaja.


Qaisara memang sentiasa gembira bersama Babanya.

Hubby, Qaisara beruntung berayahkan awak.

Walau kadangkala awak marahkan sikap Qaisara yang keterlaluan nakal tapi itu lumrah seorang ayah.

Awak tidak marah Qaisara duduk atas perut awak sambil mulutnya bercerita itu dan ini.

Awak tidak malu membawa Qaisara ke mana-mana dan memperkenalkan kepada semua kawan-kawan awak. Bahkan awak sentiasa bangga bercerita mengenai Qaisara.

Awak tak pernah mengatakan tidak kalau Qaisara menyuruh awak membuat susu dan setiap malam awak selalu menukar lampin Qaisara.

Awak selalu mengatakan Qaisara satu-satunya anak awak walau saya selalu ingatkan awak, jangan sesekali berkata begitu.

Saya tahu awak ayah yang hebat, tapi awak terluka.

Hubby..doa kita tidak pernah berhenti. Doa untuk anak-anak. Mereka anak awak tapi mereka juga anak saya.

Alhamdulilah selepas beberapa tahun, tahun ini kita dapat berkumpul dengan anak-anak. Kita dapat makan semeja. Kita dapat bercerita dan ketawa.


Saya tahu ketika berkumpul begini, mata awak bersinar dan awak begitu gembira sekali.


Saya tahu awak teramat gembira dan saya masih ingat lagi selepas kita pergi makan bersama, Awak pegang tangan saya. Kata awak.

“Terima kasih kerana menenami kami makan, terima kasih honey kerana sentiasa bermanis muka dengan mereka walaupun apa yang telah mereka lakukan terhadap kita menyakitkan..”

Hubby, Awak bukan sahaja ayah yang terhebat, awak juga suami yang cukup memahami. Awak tidak pernah menyekat saya pulang ke kampung, bahkan kalau saya tidak pulang awak akan mengingatkan.

Jika ada musibah dalam keluarga berlaku, awaklah yang sampai dahulu.

Ingat tak, awak yang bergaduh dengan jururawat apabila adik saya kemalangan jalanraya dan mereka membiarkan adik saya berdarah tanpa di rawat. Wah..dalam beberapa saat sahaja adik saya sudah dibersihkan kerana penangan mulut awak..ha.ha..

Awak tidak pernah gagal mengucap terima kasih setiap kali saya sediakan awak makanan.

Awak tidak pernah gagal mengucapkan kata maaf jika tersilap kata dan langkah.

Hubby selamat hari bapa. Selamat panjang umur dan diberi kesihatan yang baik Moga-moga dipanjangkan jodoh. Andai satu hari takdir memisahkan kita, saya tidak pernah kesal bersuamikan awak.. Hujung minggu ini kita akan sambut hari bapa berempat. Bezya akan datang bersama kita.

Saya dan Qaisara sayang awak. Dan saya tahu, kalau Qaisara pandai menulis dia akan menulis seperti apa yang saya tulis ini…

Bezya akan datang menyambut hari bapa bersama kita. Sekarang awak tahu betapa dia selalu mengharap untuk bersama dengan awak. Namun selama ini dia mungkin menjadi mangsa keadaan. (jangan ada pembaca nak kenen-kenen anak dara saya ni ya..ha.ha..)


YOU ARE A GREAT FATHER!

Hubby, you always put your wife and children interests first. I know you enjoy smoking, but you quit not for your sake but for me and our daughter.

You are Qaisara protector. Even sometime you didn’t show a good example. You never using you seat belt!.ha.ha.ha..

You always spend your spare time with Qaisara. When you get home from work, I know you are tired and want to relax but you still have a time to play with her.

You never afraid to give us your hugs and kisses!

Your always do the mom stuff. Changing diapers, feeding, bathing, rocking Qaisara to sleep in the middle of the night. You help out as much as you can.

Hubby..We love you so much..

HAPPY FATHERS DAY!




JOM BUAT SARAPAN PAGI.

Sempena hari bapa ini, sesekali apa salahnya kita bertukar selera ketika bersarapan pagikan. Jom kita buat merjemic atau sup kacang untuk bapa/atau suami. Di turki sarapan ini memang terkenal, bahkan di kebanyakkan restoran sup ini sentiasa ada di waktu pagi. Ianya di makan dengan roti. Sup ini tidak membuat kita mengantuk tau..

Kacang dal putih sebanyak 200grm. Kacang ini saya beli di kedai Iran yang banyak di jalan Ampang. Boleh juga kalau mengunakan kacang dal biasa. tetapi kacang dal putih ini agak lembut. Rendam semalaman

Lada putih dan garam. Garam tidak ada di dalam gambar ya!

Dua biji kentang yang disagat halus.

Rebus kacang dan kentang yang sudah disagat sehingga lembut.

Selepas kacang dan kentang lembut. Blend sehingga hancur.

Kacang yang sudah dikisar, dimasak diatas api yang perlahan. Masukkan garam, lada sula dan kalau suka perasa letakkan sedikit perasa..

Hidangkan dengan perahan limau dan makan dengan french loaf.


Ini kredit yang diberi oleh suami dan Qaisara..ha.ha..

Wednesday, June 17, 2009

OJAN CT PUN TAK KENAL!

Saya memang tidak sukakan mendengar lagu! Kalau saya drive berpuluh-puluh batu pun saya tidak akan bukan radio. Saya tidak akan mendengar lagu. Akim pernah cakap menaiki kereta dengan saya agak membosankan tetapi sekarang dia sudah ada MP4, Ojan pula tidak kisah dia tidak sukakan mendengar lagu. Dia memang remaja yang agak pelik, dia cuma sukakan komik. Bahkan dia tidak pernah kenal mana-mana penyanyi. Sampaikan saya masih ingat satu ketika dahulu ketika gossip penyanyi Datuk Siti Nurhaliza mahu berkahwin dengan Datuk K disiarkan dan Datuk Siti beria-ia menafikan di Melodi, dia bertanya pada uminya.
“Umi siapa perempuan ini cakap no komen-komen tapi dia dah bercakap panjang lebar..”
“Itukan Siti, Ojan tak kenal ke Siti?”
“Siti mana Umi?”
Ha..ha.ha..bayangkan budak seusia dia ketika itu rasanya 12-13 tidak mengenali Siti Nurhaliza yang begitu popular di tanah air. Terukkan anak buah saya yang seorang ini.
Berbalik pada saya. Memang aneh perasaan ini, sedangkan satu ketika dahulu sayalah pencinta lagu dan muzik yang ulung. Saya boleh membaca segala note muzik dengan baik. Saya boleh bermain gitar, saya boleh bermain clarinet dan beberapa lain alat muzik. Bahkan dari mendengar lagu saya boleh buat note-note muzik!
Tetapi kenapa rasa cinta saya pada lagu dan muzik semakin lama semakin pudar?
Beberapa tahun yang lalu saya ke kelas mengaji. Mempelajari tajwid selama dua tahun di sana. Setiap petang saya akan ke kelas yang tidak jauh dari tempat kerja saya.
Petang itu ada ceramah agama yang disampaikan oleh seorang ustaz. Ustaz itu bercerita mengenai muzik, memberi perincian mengenai muzik yang dibolehkan dan tidak dibolehkan dalam islam dan saya masih ingat kata-katanya.
“Sepanjang perjalanan kita menaiki kereta, kita buka lagu yang mengkhayalkan, lagu mengenai cinta manusia sesama manusia, dengan muzik rock dan muzik yang entah apa-apa. Kita pun menyanyi-nyanyi mengikut aluan lagu tersebut. Tiba-tiba tanpa kita sedar, kereta kita dihentam lori dari belakang, kita meninggal di situ juga. Kita meninggal dengan diiring dengan muzik yang mengkhayalkan, dengan mulut kita menyebut lirik lagu yang menyesatkan kita dan kita tidak sempat mengucap. Tahukah anda itu tanda kematian orang yang kufur..”
Aduh! Kata-kata ustaz itu begitu menyentap jiwa saya. Ya..saya memang suka memandu, di dalam kereta saya banyak kaset atau CD lagu-lagu barat yang mengkhayalkan dan andai satu hari nanti, saya memandu dan saya mati kerana kemalangan dan saya tidak sempat mengucap bagaimana sedangkan mulut saya asyik menghafal lagu?
Sejak hari itu sampai sekarang saya jarang membuka radio atau mendengar lagu, biar di dalam kereta atau di mana-mana sahaja. Ada tidak ada muzik yang saya dengar sekarang ini lagu-lagu kanak-kanak daripada CD kartun Qaisara atau IKIM, semasa saya mengandung saya beli lagu-lagu HIjaz dan Rabani untuk Qaisara yang berada di dalam perut saya. (kedengaran macam berlagak alimkan..tapi mungkin usia sudah meningkat.hiburan bukan lagi keutamaan dalam hidup).
Dan maha aneh, kalau saya membuka radio, saya mendengar satu lagu. Saya boleh tahan lagi, dua boleh tahan lagi. Bila masuk lagu ketiga dan seterusnya kepalanya saya sudah pening dan berpinar.
Kalau ada lirik lagu dalam novel saya, selalunya lirik lagu lama yang saya ingat dan jangan tanya saya tentang lagu baru sekarang ini. Memang saya tidak tahu! (kecuali ada satu dua lagu, sprt lagu Aizat yang Akim masukkan dalam handphone saya..itu saya tahu)
Psttt..tapi saya teringin melihat Qaisara belajar bermain biola mewarisi kebolehan Atok saya yang begitu superb!


Tuesday, June 16, 2009

PANDUAN UNTUK IBU BAPA


What Flight Attendant Hate
Think that because you're on an airplane you're off-duty as a parent.
Stop expecting us to have spare diapers, formula, medicine, toys, playing cards, or batteries for DVD players or Game Boys. It's an airplane, not a 7-11. Take your kid to the restroom before you board. Leave the dry cereal and Legos at home and bring snacks and toys for your kids that won't make a horrible mess
!

Saya terbaca artikel ini di yahoo. Jadi saya teringat pengalaman saya ketika travel baru-baru ini. Mana tahu boleh dijadikan panduan untuk ibu bapa yang mahu travel bersama anak-anak mereka.


Seyit Kara tidur dalam kapalterbang macam tidur atas katil dekat rumah. Buat macam rumah sendirilah tu!

Qaisara saya bawa travel ketika dia berusia 3 bulan. Ketika itu saya ke Indonesia dan sepanjang berusia tiga tahun ini, rasanya sudah lebih sepuluh kali saya travel bersamanya. Ke Brunei, Vietnam, Jepun, Indonesia, Turki dan tidak termasuk Langkawi, Sabah dan Sarawak.
Setiap kali travel, saya akan memastikan barang-barang yang perlu saya bawa untuk Qaisara. Susu tepung, jaket, botol air panas, botol susu, makanan atau snack, permainan atau buku-buku stickers Qaisara ketika dalam perjalanan.
Pihak Airlines ada menyediakan beberapa mainan untuk anak-anak, tetapi kadangkala permainan yang disediakan hanya ala kadar. Jadi saya perlu bersedia bagi menghilangkan kebosanan Qaisara apatah lagi kalau perjalanan melibatkan waktu yang cukup panjang seperti di Turki tempoh hari (13 jam).
Ketika kami memulakan perjalanan ke Turki, pihak MAS memberi kami kerusi tiga sederet tetapi anehnya ketika balik daripada Turki, pekerja di sana yang tidak peka memberi kami tempat duduk yang berasingan sedangkan tempat duduk banyak yang kosong.
Dalam perjalanan pergi (tengah malam dan penumpang ramai yang sudah tidur), ada sepasang suami isteri muda berbangsa Turki, membawa dua orang anak, seorang berusia dalam 4 tahun dan seorang lagi mungkin dalam usia 1 tahun. Ketika mengambil tempat, si isteri sudah kecoh memanggil pramugari meminta susu segar di masukkan ke dalam botol susu anaknya dan memberi beberapa arahan. Dalam hati saya tertanya-tanya. Perempuan ni tak bawa susu ke ke dalam kapalterbang?

Alhamdulilah setakat ini Qaisara tidak pernah meragam di dalam kapalterbang kerana saya merancang dengan teliti segala aktiviti di dalam kapalterbang untuknya.

Dan setiap dua jam sekali, apabila anaknya meraung-raung sehingga penumpang satu kapal terbang bangun, dia akan berlari ke belakang meminta susu segar, menunggu susu itu dipanaskan. Di dalam kapal terbang tidak ada microwave, mereka mempunyai system tersendiri bagi menunggu susu itu panas dalam anggaran 5 minit. Dalam 5 minit itulah anaknya dibiarkan meraung-raung seperti kerasukan.
Saya memang bengang sungguh, takut Qaisara terbangun. Dan selepas menunaikan solat subuh, di tempat duduk. Tiba-tiba satu kapalterbang mendengar jeritan anak ini. Rupanya si anak sudah bergolek di kaki si bapa yang sedang melopong tidur dan dengan selamba si bapa memungutnya tanpa rasa malu dan cemas.
Keluarga ini memang membuat ramai orang bengang, anak yang berusia 4 tahun tengah sedap-sedap dikejutkan untuk membuang air. Sudah pasti anak itu menangis. Kenapa tidak dipakaikan pampers di dalam kapalterbang?
Pernah sekali emak dan ayahnya sedap-sedap mengangga tidur, anak yang asyik menangis ini menjerit-jerit ini tidak dipedulikan. Saya tengok anak itu dibiarkan tidur tergolek di tempat duduk tanpa selimut atau sesuatu yang menutupi tubuh badannya. Memanglah mereka datang dari negara sejuk tapi masakan anaknya kalis sejuk?

Saya bukanlah ibu yang sempurna, tetapi saya lebih rela tidak tidur dan menjaga Qaisara yang tidur. Saya akan pastikan Qaisara yang sedang berbaring dipakaikan tali pinggang demi keselamatan dan tubuhnya di tutup dengan selimut. Setiap dua jam sekali, saya sudah membuat susu Qaisara dengan air panas dan apabila Qaisara membuka matanya, yang perlu saya lakukan menyumbat mulutnya dengan susu tanpa perlu Qaisara mengeluarkan apa-apa bunyi pun. Di samping itu saya biarkan suami tidur dahulu kerana saya akan tidur apabila suami bangun nanti.Bila Qaisara bangun, saya akan sediakan sedikit makanan untuknya dan mengeluarkan buku-buku untuk dia bermain.Memang travel bersama anak kecil agak memenatkan, tetapi kita perlu merancang. Jangan jadi seperti sepasang suami isteri muda ini.
Kalaulah saya menjadi pramugari agaknya, mahu saya baling pasangan ini keluar tingkap…ha.ha.ha


PERKARA REMEH YANG MELUKAKAN HATI

Bila tengah stress atau teringat kenangan lama yang menyakitkan, rasanya biskut kecil ini dapat menghiburkan hati. Selalunya Qaisara makan gulanya saya makan biskutnya..ha.ha.ha


Kenapa kita tidak dapat melupakan sesuatu perkara yang menyentuh hati. Kenapa perlu kita ingat sampai ke mati. Sedangkan perkara tersebut adalah sesuatu perkara remeh temeh di mata orang lain.

Contohnya..
Saya masih ingat lagi, ketika itu saya sedang demam. Rasa hati mahu makan tetapi saya tidak berselera. Tetapi saya gagahi juga dengan membuat telor masak kicap sebanyak empat biji. Ketika itu saya dengan pembantu rumah saya yang lama. Pembantu rumah ini tidak pandai memasak. Selepas memasak, saya makan sebiji dan tiga lagi saya tinggalkan untuk makan malam pula.
Petang itu apabila saya ke dapur semula. Telur masak kicap saya sudah habis. Menurut pembantu rumah saya, sebiji telah dimakan olehnya dan dua biji lagi telah dimakan oleh seseorang yang datang ke rumah.
“Masakan dia makan sampai dua biji..”
Hati saya diruntun kesedihan yang amat keterlaluan dan seperti tidak boleh dijawab. Dan peristiwa itu tetap saya kenang sampai sekarang kerana malam itu saya tidur dengan kelaparan kerana tidak makan.
Kenapa saya tidak dapat melupakan perkara tersebut setelah beberapa tahun berlalu? Sedangkan yang saya masak hanya telor bukannya daging unta yang susah dicari?

Alasannya.
1. Ketika itu saya sedang berada dalam kesakitan. Orang yang sakit adalah orang yang cukup sensitive dan tidak berdaya dan memerlukan bantuan orang lain. Mungkin sebab itu saya terasa..

2. Mungkin peranan otak saya. Otak ini memang bekerja bagaikan sebuah CPU (Central Processing Unit) dari sebuah komputer. Kemampuan otak ini sangat mengagumkan. Otak tidak memerlukan seluruh data yang diterima Otak hanya memerlukan setengah dari data sudah cukup untuk menangkap makna dan mengimbas semula memori, apatah lagi memori yang melukakan. Mungkin dengan melihat kicap atau telur. Memori itu akan diimbas kembali. Saya tidak boleh membuang kicap dan telur kerana ianya dua perkara penting dalam kehidupan saya dan orang melayu (saya teringat kata Nik Fauziah ..kalau kilang kicap ditutup..meroyanlah..keluarga dia yang memang suka makan kicap..ha.ha)

3. Mungkin tidak ada permohonan maaf daripada orang yang memakan telur saya sebab apabila di tanya dia memberi pelbagai alasan. Tetapi saya telah memaafkan dia.

Saya tahu memori itu masih menyengap dalam fikiran saya. Ianya salah satu daripada berpuluh memori luka dan sedih yang masih memburu fikiran saya. Dan saya rasa pembaca entry ini juga mempunyai banyak memori yang kelihatan remeh tetapi melukakan dan terbawa-bawa sehingga sehingga ke hari ini. Dan mungkin juga dengan berkongsi memori ini dapat menghilangkan rasa luka di hati. Siapa tahukan……


Monday, June 15, 2009

BALLY DANCE..



Wah tajuk mengancam sungguh. Ha.ha.ha..Sudah beberapa hari saya komplen dengan suami. Saya dah gemuk terutamanya bahagian hip dengan lengan. Ada baju yang sudah mula ketat. Dan baberapa hari yang lepas suami memberitahu saya. Jom mari saya ajar awak bally dance. Ha..ha.ha..lucu bukan bunyinya. Tetapi suami dengan perutnya yang lebih sikit dari perut saya mula melakukkan bally dance. Bila melihat dia menari walaupun tanpa music saya tertarik juga. Qaisara pun bukan main serononk mengikutnya..



Belly dance adalah tari perut yang berkembang sejak lama di kawasan timur tengah. Dikenal sebagai tarian oriental yang hanya dilakukan oleh kaum wanita untuk menyambut upacara kesuburan atau persiapan pernikahan dan juga dijadikan moment untuk mengoda lelaki.
Belly dance menunjukkan kesensualan, kecantikan dan kelembutan seorang wanita pada setiap gerakannya diiringi muzik. Gerakan Belly dance ini sangat energik dan menarik. Mengajak tubuh, fikiran dan semangat dari setiap wanita untuk mengetahui dan berasakan kekuatan daya tarikan dalam diri.

Ada banyak kesan dari melakukan belly dance ini.





dengan latihan Belly Dance iatu :
  • 1. Dilakukan 15 – 30 minit akan boleh melatih daya tahan fizik (cardio/endurance)
  • 2. Merupakan latihan low impact yang sangat baik
  • 3. Meningkatkan kewanitaan, ke-sensualan dan kecantikan dari dalam diri seorang wanita
  • 4. Menaikkan kekuatan, kelenturan, keseimbangan dan kelincahan pada otot-otot bahagian perut, pinggang, panggul dan kaki.
  • 5. Meringankan ketegangan dan kekakuan tubuh
  • 6. Dapat bergembira dan menenangkan fikiran
  • 7. Sesuai untuk semua umur, semua ukuran, semua bentuk dan semua suku bangsa
Ini tarian untuk mengurangkan lemak dilengan. Kata suami, cuba buat macam petik buah mangga atau buah durian. Ahh..buah durian.? Mahu dihempapnya kepala kita..keh.keh. Mentang-mentang suami suka makan buah durian, dia ingat buah durian itu boleh dipetik-petik. Rupanya selama ini dia tidak tahu yang buah durian untuk memakannya terpaksa menunggu buah itu gugur..ha.ha.ha