Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Sunday, July 31, 2011

BANGSA BUKAN UKURAN..





Apa yang anda rumus dengan gambar ini?

Sebenarnya adik saya bekerja sebagai pengurusan murid di bahagian pendidikan khas di salah sebuah sekolah Jenis kebangsaan (Cina).
Hari ini ada persembahan dari pelajar-pelajar di sekolah adik saya di Mahkota Parade Melaka.
Salah seorang pelajarnya ketakutan untuk naik ke pentas dan meluru pada adik saya Ateh
Ateh memujuk dan memeluknya.
Anak ini walau bangsanya dan agamanya berlainan
tetapi dia rasa selamat dengan  Ateh kerana dia tahu,
bangsa dan agama bukan ukuran dalam menjalinkan kasih sayang..

P/S nampak tak gambar terakhir Haji merenung ibunya tetapi tidak marah, kerana dia tahu pelajar ini memerlukan perlindungan.

RETAK

Gambar ini hanya hiasan sahaja...

Kebenaran itu sesuatu yang cukup pahit
sehingga kita agak sukar bila bercakap mengenainya
takut menyinggung perasaan orang lain
apabila biasa kiasan tidak dimengertikan
bahkan bahasa sindiran dianggap menyakitkan
dan sampai satu peringkat
kebenaran itu terpaksa diluahkan
kerana kita tidak boleh menyimpannya lagi
maka terjadilah keretakan
dan walau disambung semula..
garis keretakan itu masih jelas kelihatan..

Kepada pembaca budiman, selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak, bulan yang boleh menjadikan kita kaya raya di akhirat kalau kita merebut peluangnya. Ampun dan maaf jika ada hati yang retak dengan apa sahaja percakapan saya yang kadangkala mungkin berbisa. Moga-moga Ramadhan tahun ini lebih baik dari Ramadhan yang seterusnya.

P/S Entry ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup dan mati, jangan sesiapa terasa hati.

Friday, July 29, 2011

PERSAHABATAN

Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba Allah adanya golongan yang mereka bukan para nabi, atau para syahid. Namun para nabi dan para syahid cemburu kepada mereka pada Hari Kiamat disebabkan kedudukan mereka di sisi Allah”. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Beritahulah kami siapakah mereka?”.
Jawab Nabi: “Mereka itu golongan yang cinta mencintai dengan ruh Allah, tanpa ada hubungan kekeluargaan dan bukan kerana harta yang diidamkan. Demi Allah, sesungguhnya wajah-wajah mereka adalah cahaya, mereka berada atas cahaya. Mereka tidak takut pada saat manusia ketakutan, mereka tidak berdukacita ketika manusia berdukacita”.
Ya saya ingin bercakap mengenai persahabatan. Apakah kita seorang sahabat yang baik? Saya tidak pernah mengaku saya sahabat yang baik walau saya cuba menjadi sebaik mungkin. Saya sentiasa merasa ada lompong yang perlu saya perbaiki dalam persahabatan. Walau saya pernah dikhianti berkali-kali dalam persahabatan. Dipergunakan. Tetapi saya tidak pernah serik, kerana sukarnya mencari sahabat yang baik seperti mencari berlian di dalam butiran pasir dipantai.
Dalam persahabatan saya sering memegang perinsip.
1. Tidak akan mencemburui sahabat saya sendiri, mencemburui apa yang dibuatnya, tidak mencemburui sahabat kepada sahabat saya dan tidak mencemburui kehidupan bahagianya.
2. Akan cuba menyedari kesusahan sahabat saya, membantu selagi terdaya, kalau tidak ada wang ringgit saya cuba membantu untuk mendengar dengan baik dan memahami.
3. Tidak akan bertanya apa yang dibuat oleh sahabat saya dengan rakan-rakannya. Bahkan saya gembira kalau rakan saya dapat bergembira dengan rakan-rakannya. Saya langsung tidak cemburu kalau sahabat baik saya Kham meletakkan gambar dia bergembira dengan kawan-kawan bolingnya, saya tidak cemburu kalau Aidah kawan saya dari Singapura keluar dengan kawan-kawan dari Semenanjung, saya tidak cemburu kalau Kusyi dengan kaum keluarganya, bahkan melihat Kusyi yang satu ketika dahulu melawan penyakit kembali gembira, merupakan satu kegembiran yang tidak terhingga buat saya. Bahkan saya tidak cemburu suami saya dengan kawan-kawannya. 
4. Saya tidak cemburu dengan apa yang dimiliki oleh sahabat saya. Kadangkala FB membuat orang cemburu, tetapi bagi saya orang yang sakit jiwa sahaja akan cemburu dengan FB (maksud saya mereka beli barang dan meletakkan di FB). Sebab saya bukan jenis manusia yang nampak sesuatu barangan perempuan saya terus suka. Saya ada barang kegemaran saya, tetapi orang lain melihat sahaja gambar yang saya letak atau kawan-kawan saya poskan di situ terus cemburu. Sampai menutup FBnya. Penyakit ini perlu diubati...
5. Kawan-kawan saya selalu menghormati waktu saya bersama keluarga. Selepas pukul 8 malam dan setiap hari Ahad. Selepas 8 malam memang kawan rapat saya tahu, mereka tidak akan menelefon saya kerana tahu suami tidak suka kawan-kawan saya menelefon. Katanya bercakap sahaja di FB atau di ym (suami tak menghalang saya bercakap di FB dan YM sampai malam pun). Jadi saya harus menghormati privacy kawan-kawan saya. Saya tidak menelefon pada malam hari, kalau keadaan terdesak saya akan menghantar SMS sahaja.
Tetapi saya manusia biasa, kadangkala tergelincir dari landasannya. Tetapi saya rimas dan lemas dengan sahabat yang terlalu cemburu, terlalu mahu tahu apa yang kita lakukan dan bertanya dengan saya apa yang sahabat saya lakukan.. Saya bukan sahabat yang suka menjaga tepi kain orang lain. Sahabat saya semuanya mempunyai rahsia mereka sendiri yang mungkin mereka tidak mahu beritahu saya dan saya hormati itu. Saya tidak akan mendesak dan bertanya berlebih-lebihan. Mereka sudah dewasa..
Entry saya ini seperti luahan perasaan yang sangat kecewa...tetapi bagi saya saya masih sayangkan semua persahabatan dan sahabat saya, tidak ada siapa yang berkecuali...

Thursday, July 28, 2011

HOBI


"Apa hobi kau orang semua masa dahulu.."
Tanya Kusyi. Malam itu di Singapura, sambil duduk berbual, makan buah mangga, mee rebus, goreng pisang dan karipap kami bersembang.
"Saya tak ada apa pun.."
Kata Kham sambil ketawa. Kata Kham dia miskin sebab itu dia tidak dapat mengumpul apa-apa. Saya pun miskin, jawab saya.
"Saya kumpul stem.."
Balas Aween. Wah hobi budak baik dan saya dengan selamba memberitahu.
"Kumpul gambar Sudirman.."
 Gempak gempitalah jadilah rumah Aidah yang kami tumpang semasa di Singapura. Mereka semua mentertawakan saya.
"Wah..mana gambar itu sekarang?"
Tanya Kusyi dan kami ketawa lagi. Ya..saya masih ingat bagaimana saya amat meminati Sudirman dan semua berita tentangnya akan saya gunting dan saya kumpul. Banyak buku saya mengenai Sudirman ketika itu. Separuhnya sudah saya berikan pada pengajur yang membuat pameran mengenai Sudirman dan separuhnya saya tidak tahu entah ke mana.
"Saya suka kumpul pemadam.."
Cerita Kusyi lagi. Kusyi menceritakan bagaimana dia bergaduh dengan abangnya dan siabang membaling semua pemadam miliknya. Dia pula kerana geramkan si abang, dibalingnya baju si abang ke atas pokok. Sekali lagi kami ketawa.
Setiap orang mempunyai kenangan dan hobi semasa kecil. Selain daripada mengumpul cerita dan gambar Allahyarham Sudirman, saya suka mengumpul buku cerita Bercakap dengan Jin, karya Tamar Jalis. Sampai sekarang saya tertanya-tanya bagaimana rupanya Daun Serunai Malam yang disebut di dalam buku tersebut. Daun yang membolehkan seseorang melihat hantu yang berada di sekelilingnya.
 Saya juga suka mengumpul setem tetapi selepas habis bersekolah menengah buku setem itu sudah saya serahkan pada adik saya.
Ya..setiap kita ada kegemarannya semasa kecil. Anda semua bagaimana?
Aida yang bersebelahan saya dan juga Watie yang berbaju biru yang melayan kami sepanjang kami berada di Singapura. Terima kasih banyak-banyak Aida dan Watie, tak lupa juga pada Rose yang belanja kami makan. Sayang kau orang semua!



Wednesday, July 27, 2011

MENGEMBARA DENGAN KTM

Sudah lama sungguh saya tidak menaiki kereta api atau KTM untuk perjalanan jauh. Rasanya kali terakhir saya menaiki kereta api lebih 10 tahun yang lalu. Kali ini saya bersama kawan-kawan menaiki kereta api ke Singapura. Masa pergi kami mengambil tempat tidur.
Kami mendapat tempat tidur di bahagian atas. Saya rasa kemudahan KTM ini masih ditakut lama. Tilamnya dan bantalnya sudah kuning begitulah selimutnya. Tandasnya lagi teruk. Walau tidaklah kotor, tetapi sudah terlalu uzur. Sama sahaja lebih 10 tahun yang lalu. Teringat saya menaiki kereta api di eropah. Walau kereta api tambang murah, tetapi tandasnya tetap bersih dan tip top.
Kemudian hendak naik ke tempat tidur satu hal. Satu tangga di kongsi berdua. Mahu melelapkan mata pun satu hal. Kebetulan saya dan Kham mendapat tempat  berdekatan dengan  pintu. Setiap kali orang lalu, pasti mereka membuka pintu dan pintu auto yang sepatutnya tertutup sendiri, tidak boleh tertutup. Khamlah terpaksa menolaknya kerana kalau tidak, bunyinya terlalu bising.
Baru mahu melelapkan mata, saya terdengar seperti kereta api akan tergelincir. 
"Kham! Kau dah tidur tak?" tanya saya pada Khamisah. Risau sungguh kalau sesuatu berlaku.
"Tak boleh tidur.." balas Kham yang bertentangan dengan saya.
Aduh memang kecut perut saya malam itu mendengar bunyi roda kereta api bergesel dengan treknya.
Harap-harap janganlah berlaku sesuatu. Sesekali bila bunyi geseran semakin kuat saya berzikir sekuat hati saya. Lantaklah orang dengar ke tidak! (Saya rasa tidak dengar, bunyi bising kereta api lagi kuat).
Malam itu saya tidak tidur kerana saya rasa amat takut. Rupa-rupanya Kusyi yang selang beberapa buah katil dari saya pun begitu. Tidak tidur kerana bimbang dengan cara pemanduan kereta api itu.

Ketika balik kami mengambil tempat duduk. Saya tidak dapat mengunakan meja kerana mejanya sudah patah.

Aween dan Nurul makan rojak yang saya beli di Geylang sebelum balik. Sampai satu mangkuk besar! Ha ha ha ha 



Zul..apa lagi layan hindustanlah dia..


Monday, July 25, 2011

PROJEK MEMBUAT BISKUT RAYA UNTUK KEMBARA UKWAH KE UTARA

Syukur Alhamdulilah, pada minggu lepas selesailah kami membuat kuih fasa 1 untuk projek Kembara Ukwah ke Utara. Kuih yang sudah siap dibuat sebanyak 60 balang. Kami membuat kuih arab. Pada mulanya macam-macam cadang yang keluar daripada kawan-kawan saya. Ada yang suruh buat kuih famos amoslah, ada yang suruh buat kuih chocolate chip tetapi apabila suruh mereka adun, terutama Khamisah. Jawapannya.."Saya mana tahu akak. Saya tahu makan sahaja.."
Ha ha ha ha..

Kuih yang sudah siap di hias. Kami bercadangan memberi dua balang kuih kepada setiap anak yatim.

Kuih yang menunggu dimasukkan ke dalam balang. Kerana kami bekerja beramai-ramai. Alhamdulilah dapatlah kami selesaikan sebelum jam 1 pagi.

Kusyi yang kelaparan kerana dia berpuasa. Dengan siapalah dia beria-ia bercakap tu.

Kebetulan ada buah durian yang saya bawa balik dari kampung. Disebabkan ada yang alergi dengan durian maka sesiapa yang mahu makan durian, terpaksa makan diluar.

Alhamdulilah bekas kuih yang sudah terisi dengan kuih di dalamnya...

Thursday, July 21, 2011

DOA SELEPAS MAKAN...

Minggu lepas saya dengan anak-anak, iaitu Balkish, Danisah, Qaisara, adik saya Nurul dan juga Bibik ke Taman Seribu Bunga di Melaka. Waktu saya pergi tu panas terik, yelah pukul 1 petang. Saya pergi selepas membawa anak-anak bermain di tasik Ayer Keroh. Tak ramai orang di sana, tetapi banyak jugalah gambar bunga yang dapat saya tangkap. Anak-anak memang gembiralah berlari sana sini bertiga. Bekejaran. Tiba-tiba...mereka berpandangan antara satu sama lain.

Qaisara : Hey..rumah apa ni?
Balkish : Ini rumah nenek kebayan ni..
Danish : Boleh masukkah?
Mereka semua menunggu saya yang leka mengambil gambar. Muka masing-masing sudah cuak. Yelah jumpa rumah kecik dalam taman yang besar itu. Masing-masing mesti tertanya-tanya.
Bila saya sampai saya suruh mereka masuk.
"Takutlah umi." kata Teta.
"Masuk sahaja, nak takut apa. Beri salam dan baca doa.."
Suruh saya.
"
Terdengar si Balkish membacanya.
"Hey itu doa lepas makan Balkish"
Adik saya Nurul menegur. Kami semua ketawa.
"Alah tak apalah" Balas Balkish.
"Ya ALLAH ya tuhanku, selamatkan kami dari hantu dan nenek kebayan.."
Sambung Balkish lagi tanpa menghiraukan dia diketawakan.
Ha ha ha kami bantai gelak lagi. Aduh Balkish ni..
Selepas berdoa dengan penuh yakin mereka pun masuk ke dalam rumah tersebut.

Tengoklah bila dah masuk lain pula cerita budak-budak bertiga ni. Ha ha ha

Tuesday, July 19, 2011

MAK CIK TETA BUAT CINCIN..

Jom kita buat cincin dengan mak cik Teta. Yelah mak cik Teta ni kalau tak ada kerja, ada sahaja yang dibuatnya. Jadi hari ini mak cik Teta nak buat cincin.


Antara bahan yang diperlukan, termasuklah pewarna untuk batu cincinnya..umi mak cik Teta, lupa pula nak ambil gambarnya. Beli dalam kotak semuanya dah siap.


Warnakan mengikut kesukaan. Ini Mak cik Teta yang mewarnakan. Batu cincin ini hendaklah diwarna di sebelah belakang untuk nampak lebih cantik.


Selepas kering lekatkan batu dengan cincin mengunakan gam yang diberi. Abaikan botol susu yang berada di belakang mak cik Teta. Mak cik ni masih menyusu botol lagi sebenarnya. Ha ha ha


Ini jari mak cik Teta..

Ini jari umi mak cik Teta. Ha ha ha

Ini di antara cincin yang mak cik Teta sudah siapkan.

Monday, July 18, 2011

ORANG TIDUR BOLEH MATI?

Qaisara bersama sepupu dan mak usunya.

"Umi betulkah orang tidur boleh mati?"
Dua hari lepas Qaisara masuk ke dalam bilik saya dan bertanya. Dengan muka yang sedih dia duduk di sebelah saya.
"Iye, boleh.."
Saya yang tak tahu hujung pangkalnya menjawab. Qaisara termenung di birai katil. Wajahnya masam mencuka dan dia kelihatan letih. Kebetulan kami berada di kampung. Tahulah kalau ada dikampung Qaisara bukan lekat di rumah. Merayau sahaja dengan sepupunya, kebetulan rumah abang dan kakak saya hanya beberapa kaki antara satu sama lain.
"Betulkah umi orang tidur boleh mati.."
"Iye boleh sayang.."
Qaisara bangun dan keluar dari bilik saya dan ke ruang tamu. Kenapa dengan Qaisara? Saya mengikutnya.
"Qaisara tak mahu tidurkah?"
Saya tegur Qaisara, melihat wajahnya yang mengantuk dan sangat penat itu.
"Teta tak mahu tidur. Karang Teta tidur, Teta mati atau Teta tidur nanti umi mati.."
Lah kenapa pula ini. Adik saya yang sedang bermain dengan anaknya diruang tamu bersuara.
"Tadi dia cakap dia nak tidur, jadi orang cakaplah. Pergi salam umi, minta maaf dengan umi, manalah tahu nanti umi mati dalam tidurkah?"
Patutlah muka Qaisara begitu. Rupanya ada yang termengkelan di hatinya.
"Iyelah kalau umi mati macam mana. Teta tak tak mahu umi mati. Teta tak mahu tidur. Teta takut umi mati."
Sedih sungguh muka Qaisara. Saya peluk Qaisara dan saya cium dia.
"Sebab itu umi selalu cakap dengan Qaisara , sebelum tidurkan kita selalu doa. Doa ucap terima kasih pada ALLAH, doa supaya baba dan umi dipanjangkan umur."
"Teta tak tahu macam mana nak berdoa.."
Balas Qaisara perlahan. Qaisara kalau dikampung tidak suka tidur dengan saya. Kalau dia tidak tidur dengan sepupu-pupunya dia akan tidur dengan mak usu dan pembantu rumah saya.
"Aikkan kita selalu doa sama-sama.."
"Yelah, umi jom doa umi.."
Lalu saya ajarlah Teta doa yang ringkas dan saya ulang beberapa kali.
"Ya ALLAH ya tuhanku panjangkan umur babaku Seyit Qara, panjangkan umiku Norhayati Berahim, panjangkan umur saya. Panjangkan umur bibikku Siti Sariyanti.."
"Umi nanti umi tak matikan dalam tidur.."
'Insya-ALLAH tak sayang."
Barulah wajah Qaisara cerita sedikit dan dia memberitahu dia mahu masuk tidur sambil memeluk saya.
"Cara orang salahlah ya.?."
Adik saya yang melihat apa yang berlaku bertanya.
"Dia ni lain sikit Teh. Dia amat sensitif. Kalau cakap-cakap begitu harus ada penerangan yang panjang lebar. Tak boleh saje-saje. Nasib baik aku boleh jawab tadi. kalau tak boleh, mahu dia tak tidur semalaman.."
Adik saya ketawa seraya berkata
"Payah juga ya dapat budak terlebih cerdik ni..."
Ya..sekarang baru 5 tahun, esok-esok ketika usia Qaisara makin meningkat apa pula tingkah dan pertanyaannya. Ketika itu saya tidak pasti apakah saya boleh menjawabnya atau tidak. Harap-harap saya cukup ilmu untuk mengajarnya..


Saturday, July 16, 2011

MAJLIS MAKAN-MAKAN DI RUMAH AWEEN

Lama tak tepek pasal makan-makan diblog saya ini. Minggu lepas ketika orang ramai berhimpun di Kuala Lumpur saya pula berhimpun dengan kawan-kawan di Sungai Buluh. Aween membuat majlis makan-makan di rumahnya.

Tuan rumah Aween dan Kham  gigih membakar ikan, ayam dan daging.

Kusyi walau agak sibuk tetap datang bersama suaminya Zul.

Hero saya pun datang sekali tapi tak lepas dari lappynya. Ha haha. Di tepi Pak Seyit itu adalah Rose kawan Kham.

Bunga pemberiaan Kusyi..

Adik saya Nurul dengan Qaisara. Nurul akan menyambung ijazah sarjananya pada bulan Sept. Sementara itu dia tinggal di rumah saya, membantu saya dalam bidang penerbitan. Dapatlah dia duit poket sedikit. Bila dia duduk di rumah saya Qaisara sukalah. Boleh dia membuli mak usunya.

Makanan yang terhidang, Kham bawa karipap pusing, saya bawa serawa durian dan pizza turki. Aween buat puding roti berlaici. Rose kawan kham membawa keropok. Bawa seorang sedikit makanan akhirnya penuh satu meja.

Ayam diperap seperti satay dan daging hanya dimasak dengan thyme dan garam sahaja. Sedap. Tapi berapa banyaklah yang kami makan? Penghabisan masing-masing bungkus bawa balik.

Friday, July 15, 2011

SIAPA YANG DUNGU?

Pagi 9 July saya berdiri di hadapan pintu pagar rumah jiran cina saya. Kami berbual buat seketika dan riuh anjingnya yang comel juga menegur saya. Anjing itu sering membuat saya geli hati. Kalau kawan-kawan saya datang. Sibuk dia menjenguk dari celah pintu dan mulutnya bising seolah-olah bertanya khabar. Saya sudah biasa dengan keadaan bising tersebut tetapi kadangkala bersyukur, dengan adanya anjing tersebut kalau saya tidak ada di rumah sekurang-kurangnya dia boleh menjaga rumah saya.
Hari itu kebetulan saya mahu ke rumah Aween di Sungai Buluh. Aween ada buat majlis makan-makan. 
"Nanti jemuran kalau tak kering suruh mamilah angkat ya.."
Bibik memberitahu saya.
"Mami ada rumahkah?"
"Ada kot tapi masa saya di dapur dia ada." balas bibik.
Ya..mami pula jiran belakang rumah saya. Kalau kami keluar, hujan turun dia ada di rumah  bergesa dia mengangkat jemuran saya. Bahkan kalau lama saya tidak memasak rendang, mami akan beritahu saya. Dia teringin mahu makan rendang. Mami memang suka makan rendang cuma dia tidak tahu memasak sahaja.
"Mami..." saya dengar bibik menjerit di dapur.
"Ooooi....." saya mendengar mami menjawab separuh menjerit juga.
"Mami saya mahu keluar.."
"Hayooooo...lu dengan umi sama sahaja. Jalan, jalan jalan..."
Dengar mereka bergelak ketawa. Entah apa jugalah cerita mereka berdua. Tidak lama kemudian terdengar suara yang berdua sudah jadi 3. Ini mesti nenek cina tidak jauh dari rumah mami datang bercerita pula. Nenek ini memang suka datang rumah saya melihat pokok bunga. Kadangkala kami bergaduh pokok bunnga siapa yang paling cantik. Dia memang tidak pernah mengalah, madang mengatakan pokok bunga dia yang tercantik. Ha ha ha ha
Ya inilah kehidupan biasa saya, saya berjiran dengan ramai jiran Cina dan India. Kadangkala jiran India tidak jauh dari rumah meminta daun kari dan kunyit saya. Walau hidup di bandar perpaduan kaum ini tetap kekal dan mesra.
Sebab itu bila beberapa organisasi media melaporkan Ibrahim Ali sebagai berkata orang Cina perlu tinggal di rumah ketika protes Bersih dan simpan bekalan makanan. Saya sangat marah. Kenapa kenyataan itu harus keluar dari mulut seorang pemimpin? Pemimpin apakah ini yang cuba memecah belahkan kaum sedangkan perhimpunan tersebut bukan perhimpuna Melayu mahu membunuh Cina dan begitu sebaliknya.. 
Sebagai pemimpin bukankah tugasnya beliau mengajak rakyat bersatu padu. Tidak baca sirahkah beliau, di mana Rasullullah berjaya menyatukan kaum Madinah, Aus dan Khazraj sehingga menjadi satu kaum Ansar. Bersama kaum Ansar, kaum Muhajirin dan juga Yahudi yang terdiri daripada tiga puak semua hidup aman bersama. 
Zaman sekarang rupanya ramai pemimpin yang lebih dungu dari rakyat. Bagaimana pemimpin seperti ini dipilih saya benar-benar tidak mengerti atau kita yang dungu kerana tersilap memilih pemimpin seperti tu.....


Thursday, July 14, 2011

TAK ADALAH...

Dua minggu lepas saya jumpa seorang kawan saya. Dia tahu saya baru balik dari Eropah dan pantas sahaja dia bertanya dengan saya.
"Tie..kau beli LV tak?"
"Tak.."
Saya tahu kawan saya ni peminat LV dan dia sangat sukakan barangan yang ada jenama. Dari kereta sampailah kasut dan beg tangan. Saya pula jenis yang asalkan ada sudah. Beg guni kalau cantik saya bawak juga. Saya lebih suka abiskan duit dengan berjalan. Yelah masing-masing punya cita rasa.
"Hesy sayanglah.."
"Apa sayangnya pula.."
"Kau ada pergi LV punya butik tak?"
"Ada.."
"Mahal tak dekat sana?"
"Entah bagi aku mahal. Beg duit harga 200euro mahallah bagi aku."
Ya tiap kali nampak LV saya masuk. Masuk sahajalah. Rasanya LV di Jerman paling murah.
"Weh murahlah tu. Baru RM900lah.."
Glup..murahkah? RM900. Ha ha ha..
"Abis kau beli apa kat sana?"
Saya sudah tersengeh-sengeh. Saya tahu mesti dia gelakkan saya.
"Beli beg juga tapi taklah mahal.."
"Mananya.."
"Ini dia.."
Seperti dijangka dia tergelak-gelak tengok beg saya ini. Ha ha..beg jugalahkan. Dari Italy. Boleh sumbat kain baju, boleh sumbat semua benda. Ha ha ha..
-
-

-

-

-

RM120...ha ha ha Pak Seyit pun suka. Ringan dan kain baju untuk travel, 4 hari 3 malam boleh dibawa bersama.




Wednesday, July 13, 2011

JANGAN DIBERATKAN..

Seorang teman mengadu halnya kepada saya beberapa hari yang lalu. Kata beliau, ayahnya seperti tidak sukakan anak-anaknya terutama dengan anak-anak perempuan.
"Tidak pernah sekali pun ayah aku mendukung anak aku Tie. Dengan anak perempuan langsung dia tidak bermain."
Hibanya suaranya. Memang, kalau difikirkan kedengaran agak aneh seorang datuk tidak pernah menyentuh cucu-cucunya. Manakan tidak, rata-rata datuk lebih sayangkan cucu dari anak. Kalau satu ketika dahulu anak jarang didukung atau disentuh. Bila terkena pada cucu. Sentiasa cucu dikepit dan dikeleknya. Kalau dahulu anak sentiasa ditengking herdik tetapi bila giliran cucu, kepala datuk dibuat main pun datuk tetap tersengeh lebar.
"Dia marah anak kaukah?"
"Tidaklah, dia tak pernah marah. Bila dia datang dia selalu belikan anak-anak aku mainan, bagi duit tapi hairan kenapa dia tak mahu dukung anak aku."
Saya teringatkan ayah saya. Seingat saya dia tidak pernah mendukung Qaisara sejak Qaisara lahir sehinggalah Qaisara besar ini. Tidak tahulah kalau saya terlepas pandang. Saya merasakan perkara itu bukan perkara luar biasa, memandangkan dia memang tidak pernah juga mendukung Balkish. Tetapi dia ada mendukung cucu-cucunya yang tinggal bersama dengannya. Mungkin kerana dia menjaga mereka dan tinggal serumah. Saya tidak berkecil hati pun.
Cuma seingat saya, ayah saya tidak pernah gagal memberi Qaisara duit bila Qaisara balik kampung. Kadang kala RM10, kadang kala RM20 dan saya masukkan ke dalam tabung Qaisara.
"Kadang kala bila sudah berumur ini, mereka hilang keyakinan. Mereka dah lupa bagaimana mahu mengangkat bayi,  aku pun walau baru lima tahun tak beranak kecil. Risau juga kalau nak mengangkat bayi. Karang patahkah badannya."
"Habis bagaimana dengan anak perempuan yang dia jarang ajak bergurau dan bermain?"
"Atuk tukan lelaki, kadang kala orang lelaki ini sedikit canggung mahu bermain dengan orang perempuan walaupun anak kecil. Mereka lebih memikirkan batas agama dan adat.." saya memberi alasan.
"Kau ni nak menyejukkan hati aku ya Tie.." Saya gelak dan dia gelak.
"Jangan beratkan perkara yang kecil. Ada orang tua tidak reti mahu melayan anak kecil, bahkan ada orang yang dah berkahwin pun tak pernah dukung anak sendiri. Asalkan dia baik dengan anak kau cukuplah.."
Saya pujuk kawan saya. Pagi ini apabila saya berada di halaman rumah, melihat pokok bunga yang mana harus dipotong dahannya yang mana harus ditanam semula dan dibuang. Saya melihat uncle sebelah rumah, mendukung cucunya. Saya menegur dan sempat mengagah cucunya. Dalam hati saya tidak dapat menyangkal, betapa..cucu ini sangat beruntung dapat merasa dakapan datuknya.


Monday, July 11, 2011

INSAN ISTIMEWA..

Gambar ini saya ambil dari FB.

Saya bukan mahu bercakap mengenai perhimpunan Bersih. Tidak. Saya mahu bercakap mengenai Pak Samad. Saya masih ingat pertama kali saya membaca buku Pak Samad, ketika itu usia saya dalam lingkungan 9-10 tahun. Buku pertama yang saya baca adalah Salina. Mengenai kemiskinan orang melayu zaman penjajah di Singapura. Kumpulan manusia yang sangat daif tinggal di pondok atau bangsal kalau tidak silap saya asalnya dari kandang kambing sehingga tempat itu diberi nama kampung Kambing (saya masih ingat ketika novel ini difilemkan bagaimana kampung ini terbakar).

Ketika saya membaca itu keluarga saya amat miskin. Saya meminjam buku tersebut dari perpustakaan di sekolah dan dengan gigih membacanya. Oh..saya terfikir ketika itu rupanya masih ada lagi orang yang susah dari kami. Paling kurang kami tidak perlu tinggal di dalam kandang tetapi ada rumah walau tidaklah begitu bagus.

Saya teringat bagaimana Salina banyak membantu Helmi seorang pelajar universiti. Salina walaupun seorang pelacur tetapi hati budinya memang baik. Ketika itu saya sebagai budak tidak sukakan Salina kerana tidak dapat mengimbangkan perkara dalam banyak sudut. Akal budak saya amat tidak sukakan Salina. Saya rasa apa yang ditulis oleh Pak Samad tidak kena. Salina pelacur tetapi tolong orang. (Ketika itu saya tahu pelacur adalah orang perempuan yang suka berjoget dengan orang lelaki he he he).

Namun apabila membaca balik apa yang ditulis oleh Pak Samad, saya tahu dia memperjuangkan sesuatu dalam tulisannya. Pembaca harus mengorek dan mengalinya. Ya..penulis yang baik akan menulis untuk menyampaikan sesuatu. Bukan penulisan yang membuat pembaca khayal dan syok sendiri.

Mogok seni beliau satu ketika dahulu baru saya dapat fahami ketika saya sudah menjadi penulis. Ya..penulis memang jarang mendapat tempat di Malaysia ini. Penulis bukan sahaja tidak dilayan dengan baik oleh pihak pemerintah tetapi dari pelbagai sudut, seperti pengedar yang suka menaburkan fitnah dan juga kedai buku yang banyak termakan hasutan pengedar buku yang jahat ini. (Tolong baca Bingkisan dari Hati). Namun saya yakin, kekuatan penulis timbul dari rangsangan dan dorongan pembaca.

Melihat gambar Pak Samad di atas, tahukah pembaca saya menangis. Walau dalam usia begini Pak Samad tidak berhenti berjuang. Mogok seni beliau tidak terhenti begitu sahaja. Beliau dalam usia begini masih sanggup turun ke jalanan demi memperjuangkan anak bangsa.

Oh saya sangat tersentuh. Pak Samad meminjamkan saya semangat dan saya tahu, sebagai penulis saya tidak akan berhenti menulis mengenai kebenaran...