Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, March 30, 2011

HADIAH


Ini hadiah daripada Khamisah yang saya panggil Kham. Kenapa saya besarkan hadiah ini? Ha ha Pak Seyit tak suka dengan gambar ini. Ha ha ha..mesti ada yang tanya, kenapa pula Pak Seyit tak suka?
"Why you look so young honey?"
Ha ha ha..nak ketawa guling-guling tau. Pak Seyit sempat cakap gambar ini nampak dia tua sangat. Macam dia dengan dua orang anak. Satu anak kecil dan satu lagi anak besar. 

Ini peralatan berkebun yang diberi oleh si Atan untuk saya. Pandai sungguh Atankan. Dia siap bungkus macam bungkus batu nisan sahaja. Buat kita berdebar-debar membukanya. Ha ha ha

MOUSE PAD


Kalau anda semua dapat hadiah mouse pad seperti ini, apa yang anda akan buat. Mengunakannya? Aduh..tak sampai hati saya mahu  meletakkan mouse ke atas pad inikan. Macam saya menenyeh wajah suami dan anak saya. Ha ha ha..
Ini hadiah daripada Kusyi Hirdan sempena hari jadi saya. Saya sukakannya, walau ringkas  dan murah tapi ianya sangat bererti dan saya suka barang sentimental begini.
Saya rasa saya tidak akan mengunakannya dan saya akan simpan selagi dia berkeadaan baik.
.

Tuesday, March 29, 2011

MAKAN DURIAN

Gara-gara ayah Roza yang memberi Qaisara satu bekas durian jadi kami merancang makan durian selepas majlis sambutan hari jadi saya. Kami beli durian tidak jauh daripada rumah saya. Rasanya durian D24. Sengaja suka-suka. Makannya tidaklah banyak mana. Seorang dua tiga ulas sahajalah. Ha ha ha.


Qaisara dan bibik pun join sekali. Kami makan sehingga terlupa si Yan di dalam rumah. Sorry Yan ya! Ketika leka makan, Kusyi dan Zul sampai. Kusyi lari masuk ke dalam rumah sebab dia memang tidak makan durian dan Zul join kami makan sekali. Kata Zul sudah dah lama sungguh dia tak makan durian sebab tak ada kawan.


Kham menunjukkan durian percuma yang berharga RM1 (term si Kham percuma tapi kena bayar RM1). Yelah beli 6-7biji durian harganya RM99. Penjual itu tambah lagi sebiji durian dan katanya percuma. Si Kham bayar RM100 dan dia tidak pulangkan RM1. Jadilah durian percuma berharga RM1. 


Lepas makan, si Atan pantas aje mengayuh basikal. Ha ha..jaga badan!

Kami tinggalkan Pak Seyit yang sudah keluar beberapa biji durian. Malam itu ketika dia balik, tersenyum-senyum suami saya mencium bau durian. Dia bercerita, ketika melalui gerai durian dia mahu berhenti. Tetapi dia berfikir berkali-kali, kerana beberapa minggu yang lepas ketika dia membeli durian, harga durian tersebut RM48 sebiji. Jadi dibatalkan niatnya untuk membeli durian. Tidak sangka sampai di rumah ada durian, itu yang suami saya senyum sampai ke telinga. Ha ha ha..


Monday, March 28, 2011

SELAMAT HARI JADI NB!

Hari Sabtu yang lepas saya menyambut hari jadi saya yang ke 45. Oh..sudah tua saya. Tapi syukur Alhamdulilah dalam usia yang sebegini ALLAH beri saya kesihatan yang cukup baik, kecuali sedikit alahan. Masih kuat berjalan, masih boleh berfikir dan ke sana ke mari dengan izin ALLAH.

Hadiah kek ini daripada dlittlekitchen iaitu adik saya Roza Ngah. Roza sebenarnya mahu membuat kejutan buat saya, tetapi tahu sahajalah rahsia selalu dapat dibocorkan jadi saya bersiap sedia dengan sedikit hidangan dan menjemput kawan-kawan yang selalu datang ke rumah saya makan sekali. 
Roza datang bersama keluarganya termasuk emak dan ayahnya yang datang dari Kluang. Saya benar-benar terlupa mengambil gambar. Ralit sangat berbual.
Kalau tidak boleh saya ambil gambar dengan ayah Roza yang sudah berumur 76 tahun tetapi masih sihat lagi dan boleh memandu dari Kluang sampai ke Seri Kembangan dan ke rumah saya. Harap-harap jika saya sampai ke usia sebegitu saya masih sihat dan boleh memandu lagi seperti ayah Roza.


Ini pula hadiah daripada adik saya Arween yang datang dari Sungai Buloh.

Hidangan serba ringkas, ringkas-ringkas penuh satu meja. Ada ketupat, sup tulang, kari ayam kampung, satay, pengat pisang,  lodeh kering, karipap, makaroni bakar..etc..


Kedatangan pengantin lama tapi nampak masih baru, Kusyi dan suaminya Zul..ha ha


Seperti biasa kham (kham buat murtabak kucai sedap tau) bersama Yan, pelajar UITM yang membuat praktikal di NBkara. Bulan ini Yan tamat praktikalnya.


Si Atan yang alergi makanan laut, tapi kali ini dia makan udang di rumah saya tidak pula dia mengaru. Kata dia rugi tak makan banyak-banyak. Ha ha..


Aween yang sangat comel bila bertudung. Aween juga menyambut hari jadinya pada bulan Mac. Saya bagi Aween hadiah pokok bunga. Ha ha ha..


Anak saya yang tidak sabar mahu memotong kek.

Qaisara menyuap uminya, mulut dia yang mengangga. Ha ha ha.
Seorang lagi adik saya Anis Jaafar juga datang agak lambat sedikit. Berbual punya bual tak sempat pun ambil gambar. Alahai...

Kepada teman-teman yang menghantar ucapan terutamanya di FB termasuk diinbox, terima kasih banyak-banyak. Saya sedang membaca satu persatu. Saya rasa ada lebih 400 ucapan dan maaf banyak-banyak kerana tidak dapat membalasnya. Terima kasih yang tidak terhingga dan sayang semua.




Friday, March 25, 2011

JAWAPAN APA DI MASAK DI SEKOLAH TETA SEMALAM

Aunti-aunti semua, Teta sebenarnya nak bagi hadiah pada sesiapa yang dapat menjawab dengan betul, apa teacher Teta masak di sekolah. Malangnya tak ada seorang pun yang dapat menjawab dengan betul. Teta kenal meelah, teta kena meehoon. Cincau pun Teta pernah makan. Tapi ini memang Teta tak tahu. Umi pernah buat tapi Teta tak suka makan. Teta makan kuah dia ajelah.
Nak tahu jawapanya aunti-aunti semua, cuba tengok di bawah.

-
-

-

-
-

-



Pengat pisanglah. Teacher cakap pisang tu hitam sebab teacher pakai gula merah dan teacher potong panjang-panjang. , gambarnya umi Teta ambil di sini


Thursday, March 24, 2011

CUBA TEKA

Gambar lama si Comel saya bersama suami, ketika kami melancong di Jepun.

Hari ini Qaisara balik dari sekolah seperti biasa saya bertanya apa yang Qaisara makan di sekolah.
"Teta tak tahu.." wah..tak pernah Qaisara menjawab tak tahu?
"Heasy Teta biar betul, masakan Teta makan tak tahu?"
"Betul Teta tak tahu."
Tenang sahaja muka Teta seperti rasa tidak bersalah sahaja. Saya pandang bibik dan bibik pandang saya.
"Tak baik Teta jawab macam tu tau.." sampuk bibik.
"Betullah bik, Teta tak tahu. Teta tahu makan apa tapi Teta tak tahu apa yang cikgu bagi."
Heasy ada pulak. Dia tahu dia makan apa tetapi tak tahu apa yang cikgu bagi.
"Teta makan apa tadi.." sekali lagi saya bertanya, separuh mendesak.
"Teta makan kek ajelah umi dan ada hitam, panjang-panjang. Bila makan syurp..syurpp.."
Lah..apa ke kebendanya. Makan hitam panjang-panjang, kemudian makan syurp..syurp? Musykil sungguh saya dan akhirnya saya suruh bibik SMS guru Qaisara. Guru kemudian menelefon dan tergelak besar dengan cerita Qaisara.
Pembaca dapat agaknya tak apa yang dihidangkan di sekolah Qaisara pagi tadi? Panjang hitam-hitam, bila makan syurp..syurp..syurp ? Ha ha


Wednesday, March 23, 2011

TETA DAN TOPI

Hari ini Qaisara ikut saya berjalan-jalan ke Alamanda, suka sangat saya dengan topi ini. Saya pelawa Qaisara membelinya. Mana-mana yang dia sukalah. Bukan main anak dara saya ini mencuba satu persatu.


Tukang mengambil gambar bibilah. Pakai telefon canggih bibik. Pembantu rumah sekarang telefonnya lebih canggih dari majikan tau. Saya suka Qaisara pakai topi yang ini. Kena dengan mukanya.


Bergaya punya bergaya saya tanya Qaisara.
"Sayang nak tak. Belilah yang mana Teta rasa suka?"
Lama Teta termenung.
"Tak mahulah umi. Nanti teta tak pakailah.."
Ha ha ha selamat duit saya!

Tuesday, March 22, 2011

SUAMI DAN HUJAN

Ini gambar dua minggu lepas, suami tak boleh masuk dalam gambar ini sebab dia hanya pakai kain sarung sahaja. Ha ha ha..


Pagi ini hujan lagi.
Seperti biasa, kalau hujan begini selebat manapun jika ianya tanpa petir atau kilat. Satu kebiasaan suami akan membuka semua tingkap rumah dan berbaring melihat hujan.
Suami saya memang amat menghargai hujan, mungkin di tanah tumpah darahnya hujan jarang turun kecuali salji.
Jadi bila hujan turun, telinganya pantas sahaja dapat menangkap.
Masih saya ingat mula-mula saya berkahwin dengan suami.
Bila hujan turun, dia akan menjerit-jerit memanggil saya walau ketika itu saya bukan peduli sangat pun hujan.
Dia memaksa saya berdiri di sebelahnya melihat hujan.
Dan  akhirnya menjadi kebiasaan, kami akan berdiri melihat hujan. Peluk memeluk bahu.

animal pasta kegemaran Qaisara.

Bila Qaisara lahir dan semakin besar, kami sudah jadi bertiga melihat hujan turun.
Sekarang bila hujan, kami akan bentang tikar di halaman rumah. Melihat hujan sambil menikmati burung yang berkicau (suami selalu bertanya, burung ni tak takut hujankah. Bila hujan lagi banyak burung keluar?).
Qaisara akan riuh bercerita dengan babanya (kebetulan hari ini Qaisara demam, tidak ke sekolah)
Sambil saya menyuapkan Qaisara pasta kegemarannya saya merasakan satu kebahagiaan yang sukar diucapkan.
Momen begini walau ringkas, tidak perlu berbayar tetapi amat berharga bagi saya.


Monday, March 21, 2011

AZAN DAN ANAK-ANAK

Ini anak-anak buah saya yang sudah besar sedikit. Sebenarnya seperti biasa saya angkut semua anak buah saya, tak kira kecil besar sekali, yang kecil ada di meja sebelah.


Cuti sekolah bagi saya amat bermakna sekali. Waktu inilah dapat berkumpul dengan anak-anak buah saya. Kali ini saya bawa anak buah saya makan KFC. Dalam makan semeja tu sempatlan saya berbual dengan anak-anak buah yang sudah besar, iaitu Ojan, Akim, Irfan dan Adli. Kali ini bila saya balik ke kampung. Anak buah saya Irfan dan Adli sudah menjadi tukang azan di surau ayah saya.
Saya tegur ke dua-dua mereka yang azan terlalu terburu-buru.
"Tahu tak betapa pentingnya suara muazin atau tukang azan ini.. Merekalah yang membangunkan umat Islam supaya bersolat. Mereka juga menjadi penanda waktu. Pernah baca tak mengenai Bilal bin Raabah?"
Ke semua anak buah saya yang sudah besar ini tampaknya pernah membaca mengenainya. Yelah, ke semua anak buah saya kecuali Ojan, bersekolah arab.
"Dia dilantik sebagai tukang azan oleh Rasulullah Sallallahualaihiwasallam. Azannya cukup menusuk kalbu. Cuma kekurangan Bilal ni, bila dia menyebut huruf ‘syin’ jadi ‘sin’. Kekurangan ini menyebabkan para sahabat kerap merayu kepada Rasulullah Sallallahualaihiwasallam agar memberikan mereka kesempatan untuk azan. Dengan itu perkataan ‘Asyhaduallailahailallah…’ tu dapat disebutkan dengan sempurna. Tapi Rasulullah selalu mempertahankan Bilal. Kata Rasulullah, Bilal lain daripada yang lain sebab apa?"
"Sebab Bilal ini ikhlas mengalunkan azan.."
Salah seorang anak buah saya menjawab. Tak ingat saya siapa yang berkata begitu. Mungkin Adli atau Akim.
“Setelah berkali-kali merayu, maka Rasulullah s.a.w akhirnya menerima rayuan seorang sahabat untuk azan solat subuh. Sebaik selesai solat, Malaikat Jibrail turun dan bertanya”
Saya menyambung cerita.
 “Apakah kamu tidak melakukan solat?”
“Sudah...” jawab para sahabat. Jibrail lalu memberitahu yang azan si sahabat itu tidak sampai ke langit ke tujuh seperti azan Bilal bin Rabbah."
 "Kenapa pulak andak?" Rasanya Adli yang bertanya.
"Malaikat Jibrail beritahu, azan Bilal lazimnya sampai ke langit ke tujuh. Sebabnya, dia melakukannya dengan ikhlas meskipun ada kekurangan sebutannya. Azan yang ikhlas dan menusuk kalbu akan sampai ke langit ke tujuh dan didengari malaikat. Jadi, azan tu sangat penting. Bila suara kita sedap, ikhlas mengalunkan azan orang akan jadi tertarik dan menarik orang ke surau untuk bersolat.."
Kesemua anak buah saya mendengar cerita saya dengan khusyuk, esoknya bila saya dengar Irfan(14 tahun) mengalunkan azan pada waktu asar. Saya dapat mendengar sedikit perubahannya. Dia sudah boleh menjaga pernafasannya dan mengalunkan azan dengan baik.. Cuma Adli sahaja yang mengalunkan azan pada waktu maghrib masih tidak berubah. Dia masih muda baru berusia 12 tahun tetapi saya yakin, beberapa tahun lagi ke dua-duanya akan menjadi muazin yang baik. Walau tugas muazin tidak sehebat imam di zaman sekarang tetapi saya yakin, peranannya tetap besar.


Saturday, March 19, 2011

LAKSA


Hey..betulkah laksa ni?
Macam mee kari atau mee jawa ajekan?
Iye inilah laksa.
Saya kalau ke mana-mana suka mencuba apa-apa makanan tempatan.
Masa di Brunei hari itu saya pesan laksa.
Ada laksa daging, ada laksa ayam
Saya pesan laksa daging.
Bila sampai ke saya, inilah laksanya. Oh..rupanya ini laksa orang Brunei.
Rasa dia seperti mee kari pun ada, mee jawa pun ada..
Sedaplah juga. Daging banyak sungguh. 
Saya makan tak habis.
Cuma saya kalau pesan makanan begini, memang sayanglah.
Sebab suami tak boleh tolong habiskan. Dia tak suka.
Kalau pizza, spaghati, lajulah dia..he he

Thursday, March 17, 2011

TERLUKA


Semalam saya buatkan Qaisara sup wantan yang saya letak udang di dalamnya, memandangkan dia suka udang.
Baru satu wantan udang di makannya, dia sudah mengamuk.
"Apa umi masak ni, tak sedap. Teta tak suka, tak sedap.."
Kita sebagai emak pasti angin kalau mendengar kata-kata anak yang dianggap kurang sopan itukan?
Hampir bergenanng air mata saya.
Bibik yang meyuap dia bangun, dan mengambilkan ikan yang saya masak dengan tomato puree dan sayuran.
Masakan Turki balance makanan yang saya masak untuk suami.
'Yang ini barulah sedap.."
Saya dengar Qaisara bersuara. Saya ke dapur kerana terasa mahu menangis mendengar kata-kata Qaisara.
Saya berifkir, budak sekecil ini sudah berkata dengan saya begitu.
Bayangkan 10 tahun nanti. Ya AlLAH. Saya sabarkan hati saya.
Tiba-tiba Qaisara memeluk kaki saya dari belakang.
"Umi sorry umi, sorry. Tapi umi masak yang mula-mula tadi tak sedaplah umi.."
Saya hanya diam. Ketika itu hati seperti tidak terubat. Saya hanya tunduk. Pura-pura membersihkan dapur.
"Umi sorry umi, sorry. Smile umi, sorry.."
Sekali lagi Qaisara merayu. Perangai Qaisara memang begitu, kalau lihat saya diam. Dia macam babanya, tahu sangat itu tandanya saya tengah marah.
"Umi sorrylah umi, yang ikan ni sedap sangat. Teta suka, yang mula-mula tu Teta tak sukalah umi. Lain kali jangan masak macam tu lagilah. Sorry ya umi.."
Tidak mahu berbalah terus-terusan dengan Qaisara, saya peluk dan cium dia.
'Thank you umi ya, cook for me. Ikan tu sedap umi.."
Saya hanya tersenyum, hati masih rasa terluka namun saya tahu kehidupan ini adalah satu pelajaran yang kadangkala mahu atau tidak. Kita harus menerimanya sebagai pengajaran.

I'M NUMBER FOUR



Cuti sekolah ini, kalau tidak melayan tingkah anak-anal, apa lagi. Kali ini saya pergi ke panggung bertiga sahaja bersama Ojan dan Akim. Ketika mahu keluar, Qaisara mengadu mengantuk dia dia suruh saya keluar sahaja.
"Teta mantuk umi. Teta tak mahu tengok wayang. Teta tengok TV ajelah.."
Kasihan saya mendengarnya, tapi di panggung pula tidak ada cerita yang sesuai untuk Qaisara. Cuti sekolah ini hairannya, yang ada cuma cerita PG13. Ada tak ada  movie yang diklasifikasikan sebagai cerita umum hanyala Rango. Itu pun Qaisara macam tak berminat apabila saya bagi dia tengok promo di youtube.
I'm number four ini pilihan Akim dan dipersetujui oleh Ojan.
Oh lama sungguh saya  tidak melihat action movie yang sebegini. Action movie saya lebih suka menonton kalau Steven Seagal yang berlakon. Macam mana kena tembak pun confirm Stevem Seagal tidak mati-mati. Ha ha.
Im number four ini, permulaannya agak memeranjatkan jantung tua saya. Rupanya ianya mengenai makhluk asing yang turun ke bumi kerana dikejar musuh yang mahu menjalankan operasi pembersihan etnik. Hanya tinggal 9 orang, tiga sudah dibunuh dan yang keempat adalah John Smith yang mempunyai kuasa luar biasa. (seingat saya orang cina yang tak suka nombor 4kan?)
Ada beberapa kemungkinan yang dapat saya terka dalam cerita ini. Terutama mengenai anjing yang dijumpai Henri penjaga John Smith. Ojan dan Akim mengatakan yang anjing tersebut adalah jahat. Tetapi saya mengatakan anjing itu adalah penjaga John Smith.
"Mat Salleh kalau buat karektor anjing, selalu anjing akan dimenangkan. Terutama kalau anjing berbulu putih atau putih merah.."
Baik Akim dan Ojan mesti pening dengan teori saya. Tetapi teori saya memang betul. Saya dahulu memang kaki wayang, akan menonton wayang dari satu panggung ke satu panggung. Saya bukan menonton suka-suka sahaja tetapi meneliti.
Bukan setakat anjing sahaja. Tetapi dari kasut dan seluar saya tahu, siapa yang menyerang John Smith.
Siapa yang kuat semangat mahu menonton cerita ini pergilah menontonnya. Seronok apabila jahat dapat dikalahkan. Itu perkara biasa dalam sesebuah film. Kalau tidak mesti orang mengamuk dan bakar panggungkan? Ha ha ha
Dari lima bintang saya bagi empat bintang.


Wednesday, March 16, 2011

YA ALLAH SELAMATKAN MEREKA. AMIN..






The self-styled First Lady has come under attack from Twitter users over her comments regarding the tragedy in Japan.
By Tashny Sukumaran, Free Malaysia Today
KUALA LUMPUR: Self-styled First Lady Rosmah Mansor has come under fire from the Twitter community after a video of her commenting on the disaster in Japan began making its rounds on the Internet.
In the video, Rosmah said the tragedy was a result of the Japanese government’s lackadaisical attitude in implementing environmentally-friendly planning and development in the country.
She also stated that the catastrophe should serve as a lesson for Japan and other countries, saying the disaster was a result of countries not taking climate change concerns into account.
The wife of Prime Minister Najib Tun Razak also urged nations to have a thorough and well-structured development planning, and to consider climate change and green technology.
The video of her, shot at the International School Kuala Lumpur’s recent “Walk For Children: 1Malaysia Goes Green” event, was aired on TV Selangor.
Responding to her comments, the Malaysian Twitter community took Rosmah to task, with some even commenting about her hairstyle and that her hairspray contained CFC which was not environmentally-friendly.
“Rosmah, our very own expert on green technology, doesn’t seem to know earthquakes and tsunamis are natural disasters,” read one Tweet.
“Congrats, Malaysia – we’re officially dumbasses. Thanks, Rosmah!” stated another.

Terus terang kalau saya penduduk Jepun pun saya akan merasa  marah. Dalam keadaan begini, kalau kita tidak dapat membantu rakyat Jepun pun sekurang-kurang kita hulurkan rasa simpati dan mendoakan kesejahteraan mereka di sana.
Kenyataan di hadapan publik ini cukup melukakan.. Kenyataan yang bagi saya  tidak cerdik dan memalukan kita penduduk Malaysia.  Malapetaka bukan kita dapat jangka. Semua datang secara tiba-tiba dan kita harus jadikan pengajaran betapa tingginya teknologi sekali pun. Kita tidak dapat menandingi kuasa maha pencipta. (orang ramai dah lupa tentang kuasa ALLAH).
Andai kata satu masa nanti musibah ini datang ke Malaysia dan orang luar memperolokan kita dan menuding jari, apa perasaan kita?.
Sama-samalah kita berdoa, supaya bencana alam ini tidak singgah di sini dan sama-samalah kita berdoa, keadaan di Jepun akan pulih, rakyat kita di sana tabah melalui hari-hari kritikal dan rakyat Jepun diberi kekuatan menempuhinya. AMIN.


Tuesday, March 15, 2011

ANEHNYA..

Beberapa hari lepas suami bercerita mengenai mertua sahabatnya yang tidak bertegur sapa suami isteri selama lebih dua puluh tahun.
"Hesy..you ni merepek aje, masakan lebih dua puluh tahun duduk serumah tidak bertegur sapa, mereka suami isterilah.."
Saya menyangkal cerita suami. Suami mengelengkan kepalanya.
"Awak ingat saya ni mereka cerita, pergi tanya kawan saya tu. Dia bukan berbohong, dia selalu bercerita betapa peliknya dia melihat kedua mertuanya suami isteri, duduk serumah. Tetapi tidur dibilik asing-asing dan tidak pernah bercakap. Dia selalu balik ke rumah mertuanya pun lemas tau"
Beriya-iya suami bercerita. Saya pandang wajah suami. Suami bukan jenis yang suka bercerita hal orang.
"Macam mana berkahwin, duduk serumah dan tidur asing-asing dan tidak bercakap."
Saya tanya suami. Tidak terjangkau difikiran saya perkara ini berlaku. Sebagai suami isteri bagi saya biasalah bertikam lidah dan tidak sependapat. Tetapi tidaklah sampai bertahun-tahun lamanya. Kenapa salah seorang tidak mengalah dan hairannya bagaimana mereka boleh menghadap wajah masing-masing setiap hari. Tidak ada perasaan sayangkan pada pasangan sendiri. Kalau begitu kenapa tidak bercerai sahaja.
Saya percaya para pembaca, kalau bertikam lidah atau ada pergeseran pun pasti paling lama, sehari dua sahaja. Saya sendiri, kalau berbalah dengan suami, risau juga hati kalau dari pagi sampai petang tidak bercakap. Sekurang-kurang sebelum tidur, mahu juga memohon maaf, mahu juga memegang tangan suamikan?
Manusiakan dijadikan ALLAH akal dan Islam sendiri mempunyai garis panduan dalam berumah tangga, kenapa tidak dipergunakan dengan sewajarnya. Kenapa diturutkan hati.
Tidak malukah perangai kita diperhati oleh anak cucu yang seharusnya kita dijadikan contoh.
Entahlah, saya sendiri tidak habis berfikir bagaimana perkara ini boleh terjadi dan pasangan itu bukan pasangan muda yang selalu mengikut perasaan.
Tidak adakah kemaafan di hati masing-masing? Hidup memang aneh tetapi kadangkala keanehan itu kerana sikap manusia itu sendiri.


Monday, March 14, 2011

SIAPA NAMA?


Pembantu rumah saya suka sangat bertanya Qaisara soalan yang seperti di bawah dan semalam juga dia bertanyakan soalan itu pada Qaisaar semasa kami dalam perjalanan balik daripada Times Square.
"Nama siapa?" Qaisara dan bibik yang duduk di belakang bertanyakan bibik.
"Qaisara Seyit.." Jawap Qaisara.
'Umi nama saya.."
"Norhayati Berahim.
Lancar sahaja Qaisara menjawab.
"Baba nama siapa.."
"Seyit Kara.."
Dan saya dengar, giliran Qaisara pula menyoal bibik..
"Bibik nama bibik siapa?"
"Siti Sariyanti Kasan Rejo.."
Saya dengar Qaisara mengamuk dan suaranya seperti mahu menangis..
"Bukan, bukan itu bukan nama bibik.."
Marah Qaisara. Saya menoleh kebelakang, terlihat Qaisara sudah mencemik-cemik. Heasy budah ni, teruk sungguh.
"Bibik, nama bibik siapa?"
"Siti Sariyanti Kasan Rejo.."
'Bukan, bukan..itu bukan nama bibik. Tak mahu..tak mahu.."
Qaisara sudah menangis, ya ALLAH budak ni. Benda macam ni pun mahu menangis. Bila Qaisara bertanya lagi, jawapan itu pun diberi oleh bibik. Tidak mahu Qaisara menjerit-jerit saya menyampuk.
"Sudahlah bibik, kamu jawablah Bibik Sari.."
Saya mengajar pembantu rumah saya. Dan apabila Qaisara bertanya lagi
"Siapa nama bibik?"
"Bibik Sari..." itu jawapan bibik. Barulah Qaisara berkata.
"Hahh..itu barulah nama Bibik.."
Ha ha ha..aduh si Teta ni suka-suka hati aje dia mahu menukar nama orang.

Thursday, March 10, 2011

BERHATI-HATI DENGAN ORANG IRAN INI..

Selepas maghrib tadi, suami dari Kuala Lumpur singgah mahu berjumpa dengan sahabatnya di Ampang Point. Kebetulan ada cek yang harus dimasukkan ke dalam salah sebuah bank. Selesai berurusan dengan bank, suami memberitahu dia berjalan di salah satu lorong di Ampang Point kebetulan tidak ada orang. Tiba-tiba seorang lelaki menegur suami. Lelaki itu sebenarnya baru keluar dari kereta.
"Stop. Come here."
Jadi suami pun berhentilah. Dia memandang lelaki yang dia amat pasti itu adalah lelaki Iran dari cara dia bercakap dan bentuk tubuh badannya. Satu ketika dahulu suami sering berulang alik dari Turki ke Iran menjalankan perniagaan di sana.
Apabila suami berhenti, lelaki Iran itu memberitahu.
"I'm police..
Mendadak sahaja suami terfikir, sudah bertahun-tahun di Malaysia tidak pernah polis Malaysia mendekati seseorang dengan cara yang begitu. Jadi suami tahu ini adalah satu tipu helah.
"Are you sure, are you police! If you are  police please come here!"
Suami menjawab dengan suara yang kasar. Kebetulan kawan suami sedang mencari-cari suami saya yang kebetulan dia tahu mahu ke bank.
"Lelaki itu bercakap seseuatu dengan lelaki yang sedang memandu kereta berwarna hitam. Suami mendengar lelaki itu bercakap perkataan 'scissor'. Pantas sahaja suami berlari mendapatkan kawannya dan lelaki itu masuk ke dalam kereta dan pergi dengan memandu laju.
Kata suami ketika dia beredar dari Ampang point dia ternampak lelaki tersebut di traffic light di ampang Point. Memakai kereta berwarna hitam plat nomber BMW 544 atau 574 (kerana malam suami tidak begitu jelas tapi dia lebih pasti dengan BMW544). Dia mahu mengejar kereta tersebut tetapi kawannya menegah.
Barulah suami teringat, beberapa hari yang lepas. Ada seorang kawannya memberitahu. Hati-hati dengan orang Iran yang mengaku dirinya polis dan modus operandi penjahat ini adalah terhadap orang asing. Yelah..orang Malaysia mungkin akan ketawa kalau orang Iran mengaku diri mereka poliskan?
Saya terfikir, mungkin suami baru keluar dari bank, mereka memikirkan yang suami membawa banyak duit. Sedangkan sebenarnya suami hanya memasukkan cek.
Jadi pada pembaca saya, berhati-hati berjalan di waktu malam dan pada jangan sesekali mendekati orang yang mengakui diri mereka polis.



ADA BERANI?

Ha ha..tengah meihat Qaisara okay ke tidak. Anak saya ni okay sahaja..

Lintas langsung dari kampung Ayer Brunei. Ha ha ha. 
Ada berani tak? Melalui jalan begini ke kampung air? ha ha..Najla yang membawa saya ke rumah kakaknya memberitahu, pertama kali menaiki jambatan ini dia rasa mahu menangis. Apa tidaknya, air begitu dekat dan jambatan ini nampak begitu uzur sekali. Suami memberitahu saya, pemerintah harus tengok ini dan demi kebajikan rakyat jambatan ini harus dibetulkan. Saya rasa authority terlepas pandang kampung Ayer yang ini. Bagaimana agaknya penduduk membawa barang-barang berat ke dalam rumah ya.?


\
Najla kata terperanjat juga saya macam tak kisah melalui jambatan yang sebegini. Oh..zaman muda saya penuh dengan cabaran. Saya mengembara dengan keretapi, sampan, berkhemah di hutan belukar. Jadi bagi saya jambatan yang begini tidak apa-apa. Bahkan Qaisara juga saya didik mengembara ditempat yang sebegini. Bukan ditempat yang cantik dan indah sahaja.

Walau rumah di kampung air, pokok bunga pun ada di tanam. Dalam pasu sahajalah..

Kenapa Pak Seyit ambil gambar macam ni ya? Macam sakit pinggang aje..agaknya jenuh memimpin Qaisara. Ha ha ha..tapi suami saya amat suka berada di rumah Ana, kakak kepada Najla di kampung Ayer ini. Kata dia, dia nak datang lagi..saya sendiri pun suka. Boleh memancing di balkoni..


Bersama Ana, tuan punya rumah yang saya ziarahi di kampung ayer ini. Di sebelah saya itu adalah Hadi anak Ana. Kata Hadi, kalau dia stress pasti dia akan terjun ke laut. Hilang stress..ha ha ha..


Bersama Najla yang sudi membawa saya ke sini.


Pak Seyit mengambil angin petang, memang sangat nyaman udaranya di sini. Di belakang Qaisara dan Pak Seyit itu adalah tempat simpanan udang dan ikan. Ada beberapa ekor ketam yang berada di dalam bekas tidak jauh daripada Qaisara duduk, lupa mahu mengambil gambar. Qaisara suka melihat ketam tersebut.
Ketika saya berada di dalam rumah, Qaisara yang leka melihat ketam itu merapati saya dan berbisik.
"Umi kenapa ketam tu atas badan ketam yang lagi satu?"
Ha ha ha..tak tahu saya nak menjawabnya. Bak kata Najla, ketam ni pun kalau nak berkasih sayang janganlah tunjuk depan Teta. Jenuhlah umi Teta  mahu menjawabnya. Ha ha ha