Persembahan zapin dari anak-anak sekolah. Qaisara cakap abang-abang yang menari ni handsome ya umi. Bukan main lagi si Qaisara. kih kih kih
Apa yang ditengok oleh Qaisara dengan bibik tu bersama kerusi-kerusi yang kosong ini?
Tarian tradisional India. Kasihan saya tengok anak-anak ini menari tanpa penonton. Macam mana pihak penganjur membiarkan perkara ini berlaku? Paling kurang bawalah penonton dari para pelajar sekolah di seluruh negeri Johor ke. Kasihan anak-anak yang berbakat ini menari sendirian.
Rama-rama dari belon yang cantik ini dibuat oleh teman-teman di unik smart untuk Qaisara.
Teman-teman dari Unik Smart, jiran booth kami. Shah, Fary dan Sapina. Shahlah yang membuatkan Qaisara rama-rama dari belon itu.
Yahya dan Melly jiran booth kami di sana sebelum berpisah. Tengok rambut Melly yang cantik. Mati-mati saya ingatkan rambut palsu, rupanya rambut dia sendiri. Cantik sungguh..ha ha..
Ada pula makanan kali ini?. Inilah ceritanya, lepas sahaja kami kemas booth kekanda saya kak Halimah, mengajak kami ke rumah beliau di kg Majidee untuk makan-makan. Kami dihidangkan nasi beryani Mauritus yang sungguh enak! Buat saya tersandar kekenyangan..
Sebenarnya nasi ini hanya dimakan begitu sahaja, tetapi kak Imah masak lagi sambal ayam yang memang sedap dimakan dengan nasi beryani.
Kak imah dan Farhana, sebelum kami berkemas pulang. Lain kali kita jumpa lagi ya kak. Senang-senang datanglah Kajang, kami belanja akak makan satay kajang. He he he..
3 comments:
betul kata akak tu , kesian kat penari2 cilik tu menari tanpa penonton.
kak, baju akak ngan kak sue sedondonlah.. hehe..
fikir2 balik, kalau za lah guru murid2 tu tak ingin saya biarkan murid2 saya buat persembahan tanpa penonton. Patutnya buat masa funtion pembukaan atau penutup...bagi org datang tengok.
sedap rupa nasi beriyani mauritius....kak Imah oooo kak Imah.
selamat sudah ye kak..time tuh sure x sabau2 nk blk Kajang ye dok? hehehe
mcm sunyi sket kat sane yek..may be tmpt tuh jauh sket dr town kuts
kak..nasi tuh xde resepi ker meh le sharing2..nmpk lazat lah hehehe
Post a Comment