Balik kampung hari itu (saya ni selalu sangat balik kampung ya? ha ha..nak buat camana, hobi saya balik kampung). Saya ke kedai makan kawan saya yang sudah lama tidak saya jumpa. Bayangkan hampir 20 tahun rasanya. Saya ini jenis balik kampung, duduk dalam rumah. Ada tak ada merayau-rayau dengan kakak. Jadi memang susah nak berjumpa dengan kawan-kawanlah.
Kawan saya bernama Ana ni pun terperanjat tengok badan saya yang dulu kurus melengking dah subur macam ni. Ini kawan baik saya masa sekolah, kami berempat. Selalu huaha..huhaa..dalam bas sekolah, walau kami berlainan sekolah tetapi kami memang akrab. Dia berkahwin dahulu dari saya, kahwin masa usia muda tetapi jodohnya tidak panjang. Selepas 14 tahun hidup dengan anak-anak dia bertemu jodohnya semula. Dia sendiri tidak menyangka, kata dia hatinya yang tertutup untuk bersuami terbuka semula selepas 14 tahun. Saya berdoa supaya sahabat saya ini bahagia dan jodohnya kekal selamanya.
Di kedai makan Ana, kawan saya ini ada makanan kampung yang paling saya suka. Binjai masak lemak ikan parang dengan asam pedas daging tetel. Masakan Melaka, memang sedap. Masa menaip entry ni pun asyik telah air liur sahaja. Ha ha..melampu sungguhkan!
Kuih muih yang dijual di kedai Ana. Satu ketul 30 sen, saya suka kuih keria bersalut dengan gula Melaka itu. Sedapppp...
Saya bawa anak-anak buah dan kakak makan di sini sebenarnya. Kelakarnya si Balkish tak mahu makan nasi takut gemuk, memandangkan badannya memang agak besar dibandingkan dengan usianya 5 tahun. Tapi apa yang dimakannya? Karipap 3 keping dengan ayam. Sama sahajalah kalorinya, malahan mungkin terlebih.
Anak-anak dara saya yang bertiga ini. Di mana-mana sahaja kalau dikampung beginilah selalu.
3 comments:
20 tahun tak jumpa, lama tu kak. bestkan dpt jumpa kawan lama.
boleh tahan dia meniaga kuih ye kak. mcm2 ada. nampak sedap semuanya.
Aween di simpang ampat minggu lepas..sekilo binjai RM 6..mahal rupanya..
owh sesi menjejak kasih nih
adui kak..saye sini ponm meleleh air liur bile sebot asam pedas melaka nih..feverettttttt kalu blk kg incek abg hehehe
Post a Comment