Turan Orhan / Izmir
Hatice Şenocak yang mengajar di London, ingin berenang bersama anak lelakinya yang menggunakan baju renang Islam diserang oleh seorang wanita yang mendakwa dirinya seorang isteri kepada seorang pegawai tentera.. Wanita yang bernama Birsel Wrestler mengelarkan Hatice (Sebutan Hadijah) Spirder marine yang mencemarkan lautan dan pantai Izmir. Birsel telah mencakar dan memulas tangan Hatice yang ketika itu bersama dengan anak lelakinya. Bahkan anak lelaki beliau juga dimarahi oleh Birsel dan juga keluarganya yang ketika itu turut berenang bersama. Brisel mengatakan Hatice tidak akan mampu berbuat apa-apa kerana dia isteri kepada seorang tentera yang berpangkat.
Serangan itu dilakukan pada awal pagi di mana Birsel yang berpakaian bikini tidak menyukai Hatice yang berpakaian muslim.
Hatice telah membuat laporan polis diatas kejadian tersebut.
Seorang pengamal undang-undang Turki menganggap."Mentaliti penduduk seperti Birsel adalah pencemaran Turki,"
P/S Geram sangat mendengar berita ini. Sakit hati pun ada. Saya beritahu suami wanita seperti Birsel inilah yang akan menjadi kayu api neraka (masa tu geram sangatlah). Moga-moga ALLAH meneguhkan lagi iman Hatice dan diberi petunjuk kepada Birsel yang juga seorang Islam untuk bertaubat. AMEEN....
4 comments:
manusia senteng macam Birsel ini memalukan orang islam sendiri. Apa salahnya orang lain pakai apa ikut suka hati ? Agaknya nak cover malu tak...?
ehm..syukur di M'sia tidak seperti ini. Apa² pun..kita sbg manusia perlu amik iktibar...AllahuAkhabar...
Salam Kak Yati,
Geramnya baca! Melampau sungguh perbuatan tersebut. Sudahlah dia seorang Islam. Berlagak macam dia dunia ini milik dia! Owhh geram kak.
Moga Hatice di beri Allah kekuatan. Birsel baiklah bertaubat sebelum pintu taubat tertutup.
betullah za, geram sangat mendengarnya, tapi di Turki perkara begini memang sentiasa terjadi..
Atie, kalau di Malaysia terjadi orang macam birsel mahu sahaja kena bunuh. ha ha..
Memang geram sangat2kan dayah, tapi nak buat camana sekular dan menyerang Turki sejak lama dulu lagi
Post a Comment