"Honey you tahu tak, di Turki solat sunat, solat Isyak dengan solat terawikh semuanya yang disatukan lebih 30 rakaat tau.."
Saya mendengar suami bercerita. Yela, solat terawikh dengan witir sudah 23 rakaat belum lagi masuk solat isyak.
"Cuba awak bayangkan, kadangkala kalau tiba musim panas. Berbuka puasa pukul 9 malam dan sahur habis dalam pukul 3. Baru habis solat terawikh dan bersahur.."
Wah..teruk jugalah. Memang syukurlah duduk di Malaysia, waktu berbuka dan sahurnya hampir sama setiap tahun.
"Jadi bila solat terawikh tu kami carilah yang mana Imam bersolat dengan cepat.."
"Ada ke?" tanya saya.
"Ada honey, ada seorang Imam itu kami gelar dia Mahmet Jet.."
"Mahmet Jet?"
"Yelah..awak tahu tak. Iman ni nama dia Mahmet, dia solat sunat terawikh macam Jet. Cepat aje habisnya.."
Suami sudah ketawa saya juga.
"Kami kalau lepas berbuka masing-masing berebut-rebut nak pergi masjid yang Mahmet Jet jadi imam. Kalau sesiapa pakai sarung, nak betulkan sarung. Tak sempat dah.Mahmet Jet dan bagi salam tau.."
Ha ha ha..besar ketawa saya mendengar cerita suami. Macam-macam ceritakan. Tapi kata suami Mahmet Jet sudah meninggal dan Imam yang mengantikannya tidak laju seperti jet. Lajunya seperti keretapi sahaja.
Tetapi pokok persoalannya, kalau solat pantas begitu bagaimana menjaga bacaan dalam solat itu? Agaknya imam itu hanya membaca yang rukun sahaja, seperti Al-fatihah dan tahiyat akhir. Berbaik sangkalah..
Mungkinkah Imam Mahmet mengimamkan solat terawikh laju seperti Jet?
8 comments:
:) kelakar la kak yati...saya ada jugak sorang kawan,solat laju...kadang2 saya tak habis baca alfatihah, dia dah rukuk...terpikir jugak...cepatnya...tapi bak kata akak, berbaik sangka la... :)
hehehe... sib baik cam jet. ok gaklah. kalau cepat macam kilat.. lagilah kan.. hehe
kak... lama x chatting kan. rindulah...
Memang ada imam yang lambat ,ada yang laju dan ada yang nyanyuk...hehehe. Teringat dulu ada driver van sapu yang digelar si X belon sebab dia driving laju dan selalu accident.
hehehe ini mcm pon ada ka kici? hik hik hik
sama mcm Imam kt masjid dekat umah saye nih..punye lah laju bace kdg2 tecungap2 saye ngn mak nk kejau..tp bacaan dia ok cuma laju mcm monorel lupe berenti kt stesen gitu ahakz :p
hihihi... bgtau kat suami akak, imam gitu kalau kat malaysia panggil imam pacat :P jgn hilang toma'ninah sudah ek...
salam kak Yati..
Kebetulan, mlm td ke masjid negeri shah alam, Ustaz Ismail Kamus menyampaikan tazkirah, bercerita tentang Nuzul Quran. Ada ayat ustaz lebih kurang,
'hajat di hati org lelaki nak bidadari syurga, tp solat tarawih 8 rakaat...dahlah tu...laju pula...'
Jemaah ramai ketawa..sudah lama tidak mendengar penyampaian beliau yg ringkas tp menusuk kalbu kerana terkena batang hidung sendiri...:)
HIHIHIH....alamak husband akak macam nisalah....cari imam laju...ngeh..ngeh...ngehhh
kat kg suami saya imam express msh hidup..xsempat tarik nafas dah siap solat..
Post a Comment